Monday, May 20, 2013

Hoi, Pickpocket

Jumaat lepas aku keluar awal dari office. Konon kerja dah habis, dan nak keluar pegi KL jap, nak cari baju pakai sendiri semperna THE YARD. Biasalah perempuan, baju penuh lori pun cakap baju tak der. Selalu sangat dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. Kan baik kalau dikaburkan padangan wanita nie dari bershopping seperti mana dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. T_T'

Balik tue, janji dengan Along untuk pick up aku dekat Kepong Sentral, coz ofis dia dekat Manjalara je. Dari KL entah merayau macam mana tah boleh sampai hingga ke Masjid Jamek. 

Dari Masjid Jamek aku amik Putra ke Bandaraya then tukar naik komuter di Bank Negara ke Kepong Sentral. 

**********


Kejadian nie berlaku waktu aku dalam Putra dari Masjib Jamek ke Bandaraya. Selang 1 station jer pun. Oleh sebab train tak pack, so aku pun duduk lar depan sorang pak cik nie. Orang melayu kita berkulit gelap, berbadan besar, berbaju kemeja T oren, sambil pegang document bag warna hitam. 

Waktu berdepan dengan dia, mata dia tak lepas dari pandang muka aku. Aku rasa pelik, dan dia kelihatan tak senang duduk. 

Sebelah dia ada sorang mak cik, dan suami dia. Sebelah aku ada perempuan anak mak cik tue.

Bila train bergerak, Pak Cik yang dok ushar aku nie, duduk rapat sedikit belah dinding tepi, dan ada ruang sebelah mak cik tepi dia. So anak mak cik nie pun ubah tempat dan duduk tepi mak dia, sambil rancak berborak dengan handbag menghala arah pak cik belah dia. 

Tiba - tiba aku nampak ada pergerakkan pada pak cik tue. Dia mula mengesot, sambil sebelah kaki diangkat ke atas (macam orang lenguh kaki)  dan lindung tangan dia dengan document bag yang dibawanya. 

Hati aku rasa tak sedap, tapi still tak nak suspect bukan- bukan. Sebab Allah sendiri marah bila kita buruk sangka. 

Alah, 1 station je pun, bukan lama mana pun aku dalam tue. Kelip mata aku dah sampai ke station Bandaraya. Waktu langkah keluar, memang niat aku nak intai di balik cermin luar. Memang tak syak lagi, pak cik tue, cuba meraba handbag gadis tersebut. 

Dengan sepontan aku terus KETUK CERMIN DARI LUAR, supaya salah sorang dari keluarga tersebut pandang ke arah cermin. Dengan gaya dari luar, aku tunjuk handbag dan arahkan dia pusing handbag tue kearah lain. 

Mula - mula gadis tersebut tak hiraukan aku. Mungkin dia ingat aku gila or cakap sorang - sorang. Tapi aku ketuk lagi, dan kali nie bapak dia pandang aku, sekali lagi aku cakap "BAG", dengan isyarat pegang bag aku dan halakan ketepi supaya dia dapat ubah handbag tue. Kali nie, aku nampak dia terus tarik bag dia kedepan dan terus kepit. 

Aku memang tak hiraukan muka pak cik pick pocket tue. Aku tau, dia nampak aku bagi amaran. Tapi yang pasti, aku tak sure sama ada akak tersebut perasan or tak, isyarat aku tue adalah bagi mengalakkan dia dari ditimpa malang. Tapi asalkan dia dah ubah kedudukan handbag, aku rasa dah selamat. 

Badan aku terus mengigil, takut benda buruk berlaku pada family tue kalau aku tak bagi amaran. Kerana mereka kelihatan seperti baru sampai dari jauh dengan bag besar semua. Pada masa yang sama aku bersyukur dapat selamatkan keadaan. Tapi masih ada gusar, kalau - kalau massage aku tak sampai sebenarnya. 

Tak sangka perempuan pun boleh jadi mangsa seluk saku, kalau kita lalai. Please - please kakak , adik, mak cik, auntie, miss,  madam, jaga handbag bila berada di tempat awam. Jangan sesekali lalai. Benda nie jadi pengajaran pada aku jugak. 

************

Bila dah balik baru terpikir, kenapa aku begitu penting diri, kenapa tak masuk balik train tersebut, dan jerit pada pak cik tue. Biar dia terus ditahan. "Grrrr....... Mengesal kemudian tiada guna." 

SEKIAN.


Wednesday, May 15, 2013

Kaki Shopping, minggu nie kita ada date

Untuk pertama kalinya Us Faminnile akan berada di The Yard bazaar minggu nie.
 
Please mark dekat kelendar dah kosongkan jadual dating anda sabtu nie, 18 May.

UsFaminnile akan berada di Block N, Bargain Corner. Semua barang jualan di sudut itu adalah RM100 below. Yang pasti barang dari UsFaminnile adalah RM20 below.

Yang bestnya kali nie,agak banyak gerai terlibat. Dan ada jugak lorong makan yang boleh isi perot yang lapar ketika bershopping.

Kalau korang jenis kaki shopping, yang salu dengki dengan fashionista dan tak tau mana nak cari benda stylo. Sini lar tempat dia.

Jangan lupa bawak bag untuk isi barang shopping k. Sabtu adalah hari tanpa plastic bag.

Jumpa di sana. Jangan lupa say hello to me.

Tuesday, May 14, 2013

Kirim Salam

Pagi tadi macam biasa, aku akan mengadap TV dulu sebelum nak pergi kerja, sementara tunggu Along siap. Rancangan apa? selalunya main random asal sedap ditengok je.

Pagi nie aku terbukak rancangan Pesan Atok, sapa tah nama ustaz tue main story - story dengan budak - budak. Kadang - kadang ada jugak topik best yang dibincangkan. Ala benda lazim, yang mungkin kita pernah belajar waktu kat sekolah agama or kat mana - mana dulu. Dan telah pun lupa.

Topik hari nie adalah SALAM.  

Tak nak cita pasal bagi salam, sebab aku rasa semua orang tau MEMBERI SALAM ITU ADALAH SUNAT, tapi MENJAWAB SALAM TUE ADALAH WAJIB.

Tapi benda yang aku nak SHARE nie rasanya lagi menarik kot. KIRIM SALAM.

Selalu sangat kita dengar orang cakap, "Eh kirim salam dekat (nama) exp Kak Ton/Family ko/ dan bla bla bla" . Orang yang boleh dibilang dan mampu untuk kita sampai kan salam tue.

Tapi selalu jugak kita dengar "Kirim salam dekat ORANG KAMPUNG ko / awek cun dekat sana/ or bla bla bla" Yang bilangan orangnya adalah ramai dan mustahil untuk kita sampaikan salam tue.

Untuk pengetahun kalau kita tak sampaikan salam tue, hukumnya adalah DOSA.

Adalah mustahil untuk kita nak sampaikan salam pada SEMUA ORANG KAMPUNG. Dan mustahil jugak ko jalan - jalan dekat Mall, nak cakap. "Eh awak, kawan saya kirim salam " Sebab dia awek cun, dan tadi kawan ko cakap, suruh kirim salam dekat awek cun yang ada sekat sana.

Bila salam tue tak sampai maka BERDOSA lar orang yang tak sampaikan tue. Sapa nak disalahkan?
Aku akan salahkan orang yang suka kirim kan tue lar. Grrrrrrrr....... tak pasal dapat dosa free 

******************

Aku personally, memang menyampah bila orang suruh Kirim Salam bagai nie, sebab aku bangsa pelupa. Takut memang tak sampailah salam tue. Dah lar, dosa sendiri tak tertanggung, nie tambah plak DOSA TAK SAMPAIKAN SALAM nie plak.


Sekian.

Chop Chop: JOm dating dekat sini Sabtu nie. SINI 
Cari Us Faminnile k.


Monday, May 13, 2013

Terapi Gelak

Macam - macam betul perangai orang kita. Kalau aku kerja operator mau aku hampuk ganggang talipon. Hilang sabar aku dengar.  Kalau tak hempuk, ganggang talipon... mesti dah lama kene buang kerja, sebab tak boleh jadi serous, dah mati gelak tang tue jugak.

Aku suspect caller yang sengal - sengal macam nie, mesti orang luar. 2 mamat indon n last tue mesti Thiland yang speaking klantan.

Bebal lar dia nie. Mahal bah, aku beli.. Lapan ringgit lapan pluhsen nie. 

Mamat nie lagi aku respect. Antonasi suara tak lari langsung. 
Sungguh profesional, dah lar suara agak boleh tahan.
"Encik nak makan pisang goreng kah? " hahahhaa

Nie lagi tak bleh blah. 
Nah amik, speaking tamil terus. 

Dah dah, pi sambung kerja. Aku nak sambung gelak nie. Hahahaha.....
Comfirm muka aku, hari nie muda 10 tahun, tak habis gelak dan senyum dari tadi.  




Jiwangnya Isnin

Friday, May 10, 2013

Doa Bulan Rejab

"ALLAHHUMMA BAARIKLANA FII RAJABIN WA SYA'ABAANA WA BALLIGHNAA RAMADHAN"

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'abaan dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (hingga) Ramadhan.



Thursday, May 9, 2013

Aroma Hijrah

Lama tak update kisah makan. 1 sebab aku menyampah nak update kisah makan adalah, bila aku sendiri view entry tersebut perut sendiri mula bergolak. Terutama makanan yang tak dapat dilupakan keenakkan nya.

1 tempat yang aku nak suggest bagi penggemar masakan arab, iaitu nasi mandhi , kabshah yang bermain main sama lamb dan kebab.  Tak salah rasanya. kalau korang cuba Aroma Hijrah, yang terletak di JALAN OPERA H, TTDI JAYA, SHAH ALAM. Kalau nak survey - survey boleh tengok FB dia SINI.

Aku jumpa restaurant nie, adalah dengan cara tak sengaja. Waktu cousin aku tengah survey - survey tempat makanan arab di Google. Maklumlar, bibik yang teror masak nasi Mandhi tue udah lari. Semua pakat mengidam sampai gigil lutut punya ketagih. So terpaksa lar, main survey - survey Klik Klik sekali jumpa, terus buat tempahan untuk 24 orang dengan tamaknya. 

Peringatan, dilarang datang kesini dengan pakaian tidak cukup kain. Ia akan mengakibatkan anda sendiri pasti terasa segan, kerana anda akan dilayan oleh jejaka yang penuh tutup litupnya. (huhu insap jap. Terus mata meliar berpusing - pusing, mana 1 nak buat calon suami). - kain meja extra please, nak buat selindang jap. - hahaha

Ye bilangan kami adalah 24 orang ( termasuk 3 budak kecik) , tapi kedekut order tanya 4 set sahaja. jangan nak tamak sangat, kalau order melebih sapa nak habis kan. Allah marah kalau membazir. 1 set boleh makan 4 - 5 orang. 


Bila tengok menu dia DISINI
Tak tak dapat regonise set mana yang kita orang amik. 
Tak silap 1 set RM74.00, datang sekali dengan 1 jug air. 
Nasi Kabshah, ayam bakar, daging lembu salai, mutton, sup dan tomato pes seperti biasa. 

Sambil taip entry nie sambil telan air liur. Serius nasi dia sedap sangat, boleh makan macam tue jer tanpa lauk. Sebab dah sedia ada berperisa. Daging salai adalah fav, sebab cukup garing dan empuk. Kambing tak payah cakap lar, boleh nangis makan.

Boleh kata tempat nie 5 bintang lar, layanan dia baik sangat. Mak cik yang amik order tue baik, dan lembut orangnya. Kedai pun bersih, mata tak lekang melilau sana sini sebab terlalu impress.  Surau dan toilet disediakan. 

Nasib aku dok kat Damansara, jalan nak pergi pun tak berapa nak ingat. Kalau tak, mau hari - hari menggemukkan diri di sana

Baik lah, 
Sekian. 


Untuk persediaan nak pergi sana, 
boleh view FB dia dan terus call buat tempahan.










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails