Friday, September 3, 2010

Kepentingan Bumiputra Dibahaskan Termasuk di Kedai Kopi

Sambungan Dari Apa yang sering menjadi bualan bagi kaum - kaun lain di Malaysia adalah memansufkan sistem diskriminasi yang di anggap memundurkan negrara. Permansuhan adalah melibatkan kepentingan dan keistimewaan kaum bumiputera khususnya kaum melayu. Keistemewaan ini adalah termasuklah kouto bumiputera dalam kemasukan UPU, perlaburan , perniagaan, jual beli rumah sehinggalah kepimpinan negara.

Apa yang mereka inginkan adalah sebuah negara yang berjaya tanpa berlakunya diskriminasi ini. Mereka sering meletakkan Singapura sebagai contoh yang patut dicontohi. Menurut mereka,  disebabkan sikap terbuka Singapura mereka mampu berjaya sekarang. Malah keterbukaan masyarakat Singapura mampu mengatasi pemikiran masyarakat Malaysia khususnya Melayu.



Kepelbagaian kaum adalah keunikkan Malaysia


Warna warni Bumiputra Malaysia

Sebagai contoh yang diberikan boss aku adalah, Orang Melayu Singapura mampu menewaskan pemikiran advance Orang Cina di Malaysia, termasuk lar dari segi ekonomi.  Dalam hal ini aku tak hahu kesahihan kata - kata itu. Tetapi inilah yang mereka cuba tegakkan. Kebebasan, dari segi ekonomi, politik, dan juga pendidikan. Senang cakap "siapa yang berusaha dia lar yang berhak memperolehi nya"

Seperti yang kita tahu, dan tak dinafikan Orang Cina adalah kaum yang paling rajin dan kuat berusaha, maka dengan adanya kepentingan kaum bumiputera mereka merasakan bahawa mereka susah berkembang. Mereka juga sangat yakin jika permansuhan ini dilakukan maka negara lagi mudah berkembang dan maju. Mereka menganggap diskriminasi ini adalah punca kenapa kemajuan negara susah dicapai.

Pada Permodenan, 2020 adalah Negara Maju

Aku memang tak setuju dalam hal ni, walaupun ada betulnya di situ. Tapi bagi mengekalkan kepentingan kita sebagai bumiputera dan orang melayu di bumi Malaysia aku adalah orang pertama membangkang isu ini.

Rasanya dah panjang n3 nie. dan mungkin ada sesetengah korang sedia maklum hal ini. Tapi untuk pengetahuan korang isu ini tidak berakhir di sini. Aku akan sambung lagi, sedikit sejarah dan dan isu ketamadunan yang mereka kaitkan.

* Aduh, korang bayangkan, aku adalah orang melayu
 terasa kecilnya bila boss aku kaitkan mcm -mcm dalam hal nie..
 Aduh in the middle dah.. Tapi aku sayang kan kaum aku dan negara aku lebih. *

2 comments:

Mario said...

mana ada kouta lagi dlm kemasukan UPU...seme ikut merit skrg ni...yg lain2 tu..walaupun ada kouta...tapi ekonomi tetap dorg pegang...

aNiS tHe BumbleBee said...

pendapat saya,
buat apa perlu tiru singapura? org melayu singapura hidupnya mcmana?so,no way! hak bumiputera tetap perlu dipertahankan.ini adalah perjuangan datuk nenek kita dulu.skang,boleh kira bapa byk tanah milik org melayu kt KL,kt penang tu.apalagi yg tinggal nnti?

anak kecil main api,
terbakar hatinya yg sepi...
(bila dengar bait2 lagu ini,hati saya menjadi sayu.)