Friday, September 17, 2010

Penyembelihan Sabra dan Shatila

Sedang kita bergembira meraikan Hari Raya ke 8,  tapi jangan kita lupa bahawa 28 tahun lepas pada tarikh hari ini, bersamaan 17 Sept 1982 berlakunya satu peristiwa ngeri dan tidak perikemanusian yang telah mencabut nyawa seramai lebih kurang 3000 orang yang disembelih hidup - hidup dan dibunuh kejam.

Peristiwa hitam ini berlaku pada saudara kita yang mendiami kem pelarian Pelestin di Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan di bawah kawalan Israel. Kematian melibatkan wanita, kanak - kanak dan orang awam yang mendiami kem tersebut.

Juga disifatkan sebagai "Penghapusan Kaum"

Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut. Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini. Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel.


Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan. Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya.Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-



Jumlah dianggarkan 3000 orang atau lebih

• ”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”


• ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supayamenggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.”


• "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri" Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.







5 comments:

nasazfrog... said...

takut btol kisah2 camni ek... disembelih hidup2 tu mmg kejam...

naniE said...

subahanallah..dah lama rupanya Palestin dibelenggu oleh Israel..terima kasih entry ini..

Putri Lindungan Bulan said...

Actually saya tak tau ttg kisah nie. thanks cz share this info...see yeah!

sabree hussin said...

Memang kejam la israel ni. memang patut pun hitler bunuh orang-orang israel beramai-ramai dulu. tapi ironinya, orang yang memberi funding kepada pembunuhan oleh hitler pun adalah orang yahudi sendiri

Lizzie Yasmin said...

memang ramai yang tak tahu benda nie.. kebanyakkan kita ingat israel nberu menunjukkan belang nya,.. tapi mereka sebenarnya sudah lama mengganas dan memusuhi Islam.

Cuba search lebih.. ada byk lagi tentang mereka kita tak tahu...