Thursday, September 2, 2010

Perkauman Tak Habis - Habis Dipropakan.

Bukan tujuan untuk mempropakan isu perkauman di Malaysia, tapi bertujuan untuk membuka sedikit minda dan berkongsi pendapat serta cerita yang aku sering dengar.

Sebagai pengenalan aku sedikit cerita tentang latar belakang aku, aku merupakan seorang Contract Executive untuk sebuah CO construstion. Dari aku grad aku terus kerja dengan CO pertama tue, aku adalah anak melayu pertama dan juga perempuan pertama yang buat kerja QS di situ. CO tue agak besar, maklum lar Main Con. dan juga sedang berjinak - jinak dgn dunia developer. CO aku tak pernah membezakan aku dengan yang lain, walaupun dorang terdiri dari semua berbangsa cina. Mungkin sikap aku yang sedikit terbuka dan mampu menahan telinga tentang apa saja isu yang dibicarakan termasuklah isu diskriminasi negara. Memang secara kebetulan tahun pertama aku berkerja di sini, adalah tahun Pilihanraya. Maka makin panas lar cerita para boss dan staff nie berhubung sapa nak menang merah , biru, hijau, dacing, roket, mata, bulan dan sebagai nya.
Sebagai seorang yang malas nak masuk campur dalam cerita dorang nie, aku hanya pasang telinga dengar dan berdiam buat kerja aku jer. (bukan bermaksud aku tak sayang negara, tp malas nak campur cerita dorang nie)

Tapi, aku bertukar tempat kerja. Aku lebih rapat dengan Boss aku yang juga berbangsa cina. Apa saja mesti dia akan berkongsi cerita dengan aku. Tiba - tiba satu isu telah timbul sebagai topik perbualan waktu kami balik dari site, perjalanan dia terus hantar aku pulang.

Isunya adalah, lebih kurang sama dengan isu yang di timbulkan oleh Namewee. Cuma Namewee lebih berani menyatakan dalam public dan bercampur emosi.

sapa tak kenal budak nie, ada yang mula benci dan menyokong nya... jgn tak tahu fan pages dia dlm fb dan pun mencecah 200k

Nampaknya boss aku memang percaya aku, hinggakan dia boleh berkongsi cerita nie dengan aku. Apa yang mampu aku lakukan hanya lar diam dan adakala nya mengiakan serta beri sedikit pandangan. Walaupun aku adalah seorang yang keras dan sering rasa nak menang tapi dalam situasi itu, aku terpaksa berdiam diri untuk beri peluang untuk aku faham cerita sebenar yang ingin di timbulkan oleh sesetengah ahli politik bukan berbangsa melayu dan juga menjadi bahan senda Namewee.

Apa yang dipersoalkan akan aku kongsi dalam next n3 aku. Coz nanti panjang sangat korang bukan nak baca pun..

7 comments:

Ckin Kembaq said...

Sepatutnya semua orang buka minda..jangan smpai negara kita dijajah semula cm dulu dah la kan?..tkut nt jadi pelarian di negara sendri..na'uzubillahiminzalik..

Lizzie Yasmin said...

penjajahAN CARA moden.. dek pemikiran... dan cyber

Kulanz Salleh said...

nampak sangat semakin banyak perkara macam ni berlaku di negara kita.. makin membimbangkan kalau tak dicegah

hamzah ian said...

kalau berlandaskan yg betul patutnya tak jadi mcm ni..

Mario said...

ok...aku nak baca dulu apa dia cakap..

ahmad endo said...

suma salah ahli politik...hehehe...

beaty said...

bagi saya mesti open mind....kasi luas otak sikit...jangan duk bawh tempurung ja...OIT that all