Pengenalan Penyakit
Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
Apakah itu migrain atau sakit kepala
Satu symptom yang mana, apabila kepala kita mengalami kesakitan yang sangat pedih. Tidak dapat berfikir dengan baik. Kadang - kadang mengganggu penglihatan seperti terdapat bayang-bayang melintasi pandangan.
Sebagaimana yang telah kita ketahui, migraine/pening ini adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya. Mungkin ramai di antara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu kerja/study. Sehingga kini, migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya, apabila kita ke klinik, doktor akan bagi kita pil pain killer sahaja (pil tahan sakit) ,untuk mengurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.
Punca migrain atau sakit kepala
Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit
Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
Sakit kepala adalah disebabkan oleh satu gangguan sakit sensitif struktur-struktur dalam kepala. Otak dalam sendiri tak sensitif kepada kesakitan, kerana ia tidak mempunyai nociceptors. Beberapa kawasan kepala dan leher telah sakit sensitif struktur-struktur. Sakit sensitif struktur-struktur dibahagikan dalam dua: dalam tengkorak (urat darah, meninges, dan saraf-saraf kranium) dan di luar tengkorak (periosteum tengkorak, otot-otot, saraf-saraf, arteri dan urat-urat, tisu-tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus).
Punca-punca lain.
Gejala Awal
Satu atau dua hari sebelum timbul migrain, biasanya mengalami gejala awal seperti lemah, menguap berlebih, sangat menginginkan suatu jenis makanan (coklat), gampang tersinggung, dan gelisah. - (salu berlaku kt aku)
Tanda- tanda / Simptom
Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala
CARA MERAWAT
Petua
Cara pernafasan
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
Cara - cara lain
Cara mengelakkan Migrain
Mari kita sama2 lawan migrain... huhuhu.. coz aku antara manusia hidup dlm migrain








