Friday, September 17, 2010

Penyembelihan Sabra dan Shatila

Sedang kita bergembira meraikan Hari Raya ke 8,  tapi jangan kita lupa bahawa 28 tahun lepas pada tarikh hari ini, bersamaan 17 Sept 1982 berlakunya satu peristiwa ngeri dan tidak perikemanusian yang telah mencabut nyawa seramai lebih kurang 3000 orang yang disembelih hidup - hidup dan dibunuh kejam.

Peristiwa hitam ini berlaku pada saudara kita yang mendiami kem pelarian Pelestin di Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan di bawah kawalan Israel. Kematian melibatkan wanita, kanak - kanak dan orang awam yang mendiami kem tersebut.

Juga disifatkan sebagai "Penghapusan Kaum"

Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut. Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini. Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel.


Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan. Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya.Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-



Jumlah dianggarkan 3000 orang atau lebih

• ”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”


• ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supayamenggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.”


• "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri" Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.







Monday, September 6, 2010

Isu Keparat Berkarat

Penat sudah aku menyentuh isu - isu serious nie. Rasa mcm ahli keparat plak, tp semua tue hanya untuk di jadikan perkongsian, supaya kita sama - sama terbukak mata nie. Isu & Kongsi

Takut juga kawan - kawan pembaca ingat aku nie, suke serious talk. Walaupun kadang - kadang macam ye jer, tapi sebenarnya aku suka berkongsi pendapat aku dengan korang. Kalu korang rasa malas nak baca, aku tak kisah pun. Asalkan, aku dah luahkan apa aku rasa, daripada terpendam jadi pekasam dalam lubuk perasaan nie, sakit oooo... kalu terpendam macam tu.

Eh, lagi bapa hari jer nak raya.. korang dah shopping ke?? Baju raya bapa pasang? Kasut raya warna pe? Duit raya tuk aku dah ada ke? Eh.. betul ke HEhehe..

Yeay Yeay Raya...

Aku baru dapat 1sr BE yeay yeay....
TQ pada Kehidupan Kita coz bagi tips, dan tunjuk ajar.. 

Kisah Panglipur Lara Menjadi Kaitan

Dalam perbualan aku dengan boss aku, (Sambungan ini dari sini) dia ada menyentuh tentang ketamadunan di dunia. Sebagai seorang berbangsa cina dia sangat bangga dengan ketamadunan nya. Memang tak dinafikan kemadunan Masyarakat Cina adalah antara paling lama iaitu 5000 thn dahulu. Maka dengan itu dia mengkaitkan kan sikap masyarakat cina sekarang adalah disebabkan ketamadunan mereka.

Kalu kita amati betul - betul dari bacaan sejarah atau paling senang menonton cerita- cerita kepahlawanan cina, system tulisan mereka sendiri telah dikesan pada abad ke3 sm. Dari pada perkembangan itu, mereka terus mengorak langkah sebagai negara terpenting dalam system ekonomi. Mereka juga merupakan pelabur terpenting pada masa itu.

(Bacaan tambahan: Kesultanan Melaka juga, telah di isyistiharkan sebagai pemimpin negara olah Maharaja Cina.)
Pelabuhan Negara China

Pengalaman mereka dari masa itu telah di turunhkan hingga lar zaman sekarang. Bagi senang cakap, dorang nie dah sebati dan darah, dan otak dorang nie dah berkembang dari situ lagi.

Perbezaan ini juga dibezakan dengan masyarakat india. Yang dikatakan menapak lama. Perkembangan lambat Tanah melayu sendiri dalam system ekonomi telah dibuktikan apabila Tanah Melayu menjadi pusat pelabuhan selepas pedangang India dan China datang ke Tanah Melayu. Benda nie seolah - olah berkait.

Maaflar, aku tak buat terlalu banyak research tantang nie, tapi apa yang aku nyatakan di sini, mereka mengangap bahawa orang melayu adalah masyarakt yang paling lambat berkembang dan belajar jika di banding kan dengan mereka, disebabkan kisah silam itu.

Aku tak tahu macam mana nak sampai kan disini. Tapi aku cuba yang terbaik. Apapun, aku ingin menyeru dengan semua pembaca, walaupun kita berbangsa melayu jgn sesekali terasa yang diri kita kerdil, jadilah seseorang dan sesuatu yang kita sumbangkan pada negara dan bangsa kita. Jangan bagi bangsa lain menganggap kita bangsa mundur dan malas.

Cukup lar mereka memonopoli ekonomi, jangan sampai mereka berkuasa pada minda kita juga.

Friday, September 3, 2010

Kepentingan Bumiputra Dibahaskan Termasuk di Kedai Kopi

Sambungan Dari Apa yang sering menjadi bualan bagi kaum - kaun lain di Malaysia adalah memansufkan sistem diskriminasi yang di anggap memundurkan negrara. Permansuhan adalah melibatkan kepentingan dan keistimewaan kaum bumiputera khususnya kaum melayu. Keistemewaan ini adalah termasuklah kouto bumiputera dalam kemasukan UPU, perlaburan , perniagaan, jual beli rumah sehinggalah kepimpinan negara.

Apa yang mereka inginkan adalah sebuah negara yang berjaya tanpa berlakunya diskriminasi ini. Mereka sering meletakkan Singapura sebagai contoh yang patut dicontohi. Menurut mereka,  disebabkan sikap terbuka Singapura mereka mampu berjaya sekarang. Malah keterbukaan masyarakat Singapura mampu mengatasi pemikiran masyarakat Malaysia khususnya Melayu.



Kepelbagaian kaum adalah keunikkan Malaysia


Warna warni Bumiputra Malaysia

Sebagai contoh yang diberikan boss aku adalah, Orang Melayu Singapura mampu menewaskan pemikiran advance Orang Cina di Malaysia, termasuk lar dari segi ekonomi.  Dalam hal ini aku tak hahu kesahihan kata - kata itu. Tetapi inilah yang mereka cuba tegakkan. Kebebasan, dari segi ekonomi, politik, dan juga pendidikan. Senang cakap "siapa yang berusaha dia lar yang berhak memperolehi nya"

Seperti yang kita tahu, dan tak dinafikan Orang Cina adalah kaum yang paling rajin dan kuat berusaha, maka dengan adanya kepentingan kaum bumiputera mereka merasakan bahawa mereka susah berkembang. Mereka juga sangat yakin jika permansuhan ini dilakukan maka negara lagi mudah berkembang dan maju. Mereka menganggap diskriminasi ini adalah punca kenapa kemajuan negara susah dicapai.

Pada Permodenan, 2020 adalah Negara Maju

Aku memang tak setuju dalam hal ni, walaupun ada betulnya di situ. Tapi bagi mengekalkan kepentingan kita sebagai bumiputera dan orang melayu di bumi Malaysia aku adalah orang pertama membangkang isu ini.

Rasanya dah panjang n3 nie. dan mungkin ada sesetengah korang sedia maklum hal ini. Tapi untuk pengetahuan korang isu ini tidak berakhir di sini. Aku akan sambung lagi, sedikit sejarah dan dan isu ketamadunan yang mereka kaitkan.

* Aduh, korang bayangkan, aku adalah orang melayu
 terasa kecilnya bila boss aku kaitkan mcm -mcm dalam hal nie..
 Aduh in the middle dah.. Tapi aku sayang kan kaum aku dan negara aku lebih. *

Thursday, September 2, 2010

Perkauman Tak Habis - Habis Dipropakan.

Bukan tujuan untuk mempropakan isu perkauman di Malaysia, tapi bertujuan untuk membuka sedikit minda dan berkongsi pendapat serta cerita yang aku sering dengar.

Sebagai pengenalan aku sedikit cerita tentang latar belakang aku, aku merupakan seorang Contract Executive untuk sebuah CO construstion. Dari aku grad aku terus kerja dengan CO pertama tue, aku adalah anak melayu pertama dan juga perempuan pertama yang buat kerja QS di situ. CO tue agak besar, maklum lar Main Con. dan juga sedang berjinak - jinak dgn dunia developer. CO aku tak pernah membezakan aku dengan yang lain, walaupun dorang terdiri dari semua berbangsa cina. Mungkin sikap aku yang sedikit terbuka dan mampu menahan telinga tentang apa saja isu yang dibicarakan termasuklah isu diskriminasi negara. Memang secara kebetulan tahun pertama aku berkerja di sini, adalah tahun Pilihanraya. Maka makin panas lar cerita para boss dan staff nie berhubung sapa nak menang merah , biru, hijau, dacing, roket, mata, bulan dan sebagai nya.
Sebagai seorang yang malas nak masuk campur dalam cerita dorang nie, aku hanya pasang telinga dengar dan berdiam buat kerja aku jer. (bukan bermaksud aku tak sayang negara, tp malas nak campur cerita dorang nie)

Tapi, aku bertukar tempat kerja. Aku lebih rapat dengan Boss aku yang juga berbangsa cina. Apa saja mesti dia akan berkongsi cerita dengan aku. Tiba - tiba satu isu telah timbul sebagai topik perbualan waktu kami balik dari site, perjalanan dia terus hantar aku pulang.

Isunya adalah, lebih kurang sama dengan isu yang di timbulkan oleh Namewee. Cuma Namewee lebih berani menyatakan dalam public dan bercampur emosi.

sapa tak kenal budak nie, ada yang mula benci dan menyokong nya... jgn tak tahu fan pages dia dlm fb dan pun mencecah 200k

Nampaknya boss aku memang percaya aku, hinggakan dia boleh berkongsi cerita nie dengan aku. Apa yang mampu aku lakukan hanya lar diam dan adakala nya mengiakan serta beri sedikit pandangan. Walaupun aku adalah seorang yang keras dan sering rasa nak menang tapi dalam situasi itu, aku terpaksa berdiam diri untuk beri peluang untuk aku faham cerita sebenar yang ingin di timbulkan oleh sesetengah ahli politik bukan berbangsa melayu dan juga menjadi bahan senda Namewee.

Apa yang dipersoalkan akan aku kongsi dalam next n3 aku. Coz nanti panjang sangat korang bukan nak baca pun..