Sunday, October 31, 2010

Punca Kemalangan Bus Di Genting Sepah / Bus Penyabut Nyawa

Aduh dah beberapa hari tak tengok news, rupa - rupanya BUS BETUL - BETUL JAHAT PUNCA KEMALANGAN.

 Ketakutan terhadapat bus belum lagi reda gara - gara detik 10-10-10, tak sampai sebulan dah ada lagi nyawa yang di ragut gara - gara bus.

Nie baru betul bus jahat, bila bus yang terlibat dalam kemalangan di Genting Sepah jumaat lalu rupanya di pandu oleh pemandu bus, yang di gantung lesen memandunya, dan lebih megejutkan lagi di pandu dengan sebelah tangan kerana kudung sebelah tangan kerana xcident sebelum nie serta dipandu laju.  Baca Ini

Macam mana pemandu kudung boleh dibenarkan mamandu pengangkutan begini? Kalu aku lar yang naik bus tue, nmpak jer pemandu kudung comfirm aku mintak tukar, kerana nak ke Genting mestilar mamerlukan skill memandu maksima, sedang kan orang cukup sifat pun boleh mencicit, nie kan pulak dia. (MAaf bukan memandang rendah, tapi nie isu nyawa dan orang ramai.

Lebih mengejutkan bahawa bus itu memaparkan tanda BUS PERLANCONGAN tetapi sebenarnya didaftarkan sebagai BUS SEWA sahaja. Pemilik syarikat bus tersebut telah pun melarikan diri.

Ambil keuntungan tapi abaikan keselamatan, hingga kan lesen memandu pun diketepikan. Apakah tindakan yang bakal diambil ? Tak kan nk tutup mata, dan keluarga mangsa hanya berputih mata melihat nyawa anak mereka  ditentukan ditangan manusia sendiri bukan tuhan.

Rasanya orgenizer pun salah jugak kot, kerana tak selidik latar belakang co. bus berkenaan, please jadikan ini sebagai ikhtibar kita semua. Jangan pandang remeh.. duit boleh cari nyawa tak terbeli....
Bus Jahat Punca Kemalangan Ngeri.. Klik Ini

Saturday, October 30, 2010

Selesai Semua Masalah Rambut

Tak sabar nak nk habis kan shampoo Dove yang tgh aku pakai nie. Sebenarnya bukan tak sabar nak tukar jenama shampoo tapi nak cuba new fomula dari Dove. Elok2 aku baru beli dalam 1 minggu, Dove baru nak keluarkan Fomula baru nie. (rugi betul)



Nak tahu jugak betul ke, fomula baru nie lebih baik ke dari yang lama. So far ok lar, yang aku suke dengan Dove nie coz bau dia memang best, dan paling penting, dia mampu melembutkan rambut. Kalu rasa rambut korang kasar macam brus dawai, memamg sesuai sgt lar. Selain tue, dia menghaluskan texture rambut, paling best rambut rasa ringan sangat.

Pasal masalah rambut yang aku hadapi b4, aku tengah merajinkan diri guna petua yang memang aku tahu. Alhamdulillah so far, makin kurang gugur, tapi kene rajin lar.. Macam mana nak rajin nok, aku nie nie kerja sepanjang hari, bila dah sampai rumah dalam pukul 8 or 9, kadang - kadang terus mandi, BW jap dan terus tido mana nak sempat nak buat masker rambut bagai.

Eh dah terbagi tahu ek, .... hehehe.... okey lar, petuanya adalah masker kuning telur letak kt rambut. Cara dia memang senang, amik kuning telur dan sapu pada kulit kepala. Mula2 basuh rambut sikit dulu, hilangkan segala jenis benda yang korang pkai . Sapu kuning telur pada kulit kepala dan biarkan selama 30 min, bergantung lar, basuh dengan shampoo n conditioner spt biasa. Amalkan 3 kali seminggu.. nanti korang bleh nmpak hasil nya... ketara ooo... (betol tak aku cakap kene rajin)hehehehe


Berbalik pada  shompoo Dove, aku harap fomular rambut gugur dah dipertingkat kan.. dan tak perlu lar amal petua nie lagi.. hehehe.... Walau apapun aku memang suka pakai shampoo Dove
, coz dia dah selesaikan masalah rambut aku yang lain..

Bersusah payah lar aku nk perabih shampoo skang nie.. hehehehe.....

Kemalangan Bus Persiaran Di Genting Sepah, Lebuhraya Karak

Lagi - lagi bus terlibat dalam kemalangan jalanraya. Dan kali nie di Lebuhraya Karak yang dalam perjalanan pulang dari Genting Highland ke Kuala Lumpur.Bus tersebut  hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan. Seramai 6 orang maut dan 21 orang cedera telah dilaporkan

Bus yang membawa 44 orang penumpang yang terdiri daripada Ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan 2 pemandu bas, yang dalam perjalanan turun dari Genting. Kemalangan berlaku pada 7.51p.m mlm tadi (29 Oct 2010)

Mangsa yang terbunuh adalah

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
Mohamad Firdaus Rosedi, 16
Mohammad Yussof A. Akhit, 16
Mohd Ridzuan Husin, 17
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17

(muda - muda lagi tue, kesianya.. baya - baya adik aku jer... siap ada yang nk amik SPM lg tue.. huhuhu)



Adeh, tak habis - habis lar bus nie, makin lama makin seram plak aku ngan bus nie. Dah mcm - mcm kejadian dah berlaku. Apapun semua bergantung pada  hajal.

Al - Fatihah dan Takziah pada ahli keluarga..


Friday, October 29, 2010

Di sorak buat kawan

Uik, rupa nya ramai betul sanggup baca n3 menjela - jela aku.. Huhuhuhu.. nmpak nya memang ramai suka baca benda mistik dan misteri nie rupa nya...

Cis ada plak cakap aku nie tak klimak .. huhuhu.. bukan tak klimak tapi aku nie telenovella kene sabaq tunggu dan tunggu.. menjela - jela weh nak tunggu drama indon dan korea nie nak habis.

OK pada yang dah terlepas apa aku merepek nie sila baca dulu n3 sebelum nie LOst and Found

Satu hari dengan cara tak sengaja mak aku ada pi jumpa seorang Ustaz yang sangat arif hal - hal mistik nie. Sebenar nya tujuan jumpa nie, bukan nya nak apa - apa pun tapi hanya merujuk benda lain yang berlaku. Tapi bila ustaz nie nampak jer Mama aku dia terus tanya.

" Ada anak lelaki sorang kan"
Hai bukan main lagi ustaz nie tanya, mana dia tahu.. tak kn nak wat menantu kot..

" Baik jaga dia elok - elok, ada benda nak buat kawan dengan dia tu"
Kawan, memang lar ramai kawan, dah kata pun budak dah bersekolah...

" Pernah tak dia hilang, tak jumpa"
Eh mana plak ustaz nie dapat tau nie.. pernah lar, biasal ar budak tengah nak besar nakal merayap jer lar..

"Dia, dah pernah pi tempat benda nie dah... depa pernah nak amik dia dok terus kat sana, tapi depa slow - slow dulu, bagi dia suka.. "
Huik, berdesup jantung dengar.. benda apa, pi mana?

"Benda halus yang kita tak boleh tengok , depa wujud tapi di alam lain"
"Orang Bunian" 
Tup, nak pengsan dengar wei.... biar betul...


Menurut kata Ustaz nie, orang bunian nie dah memang aim adik aku since dia kecik, coz character adik aku nie bukan jenis yang nakal tapi jenis menurut kata, boleh dikatakan baik lar.. Orang bunian sangat suka pada budak yang terutama nya tidak menpunyai parut. 

Adik aku, memang tak pernah ada parut di mana-mana bahagian badan nya, sebelum nie. Kalu ada pun, senang sangat untuk hilang, dan tak nampak kesan. Lagipun dia bukan jenis nakal sampai luka sana sini.

"Benda nie salu sangat main dengan dia, kita jer tak pernah nampak"
Wei, patut lar selama nie adik aku boleh main ten ten sorang - sorang, dok bawah pokok..cakap sorang -sorang, dan paling pelik dia boleh main chess..sorang - sorang....

Memang semua nya terjawab bila dengar keterangan Ustaz nie. Since hari tue, ustaz ada bagi air tuk menghalang benda tue dari datang dekat adik aku, dalam proses tue, dia cakap elakkan dari marah adik aku, coz benda nie akan jadikan alasan marah sebagai penarik adik aku untuk terus tinggal ke alam dia.

Alhamdulillah, segala usaha telah berjaya, dengan hanya beberapa doa dan air bacaan ayat - ayat suci. Dah hingga kini dia tidak lagi di dekati, mahupun lesap tanpa dia kesan.

Skang dah jadi anak teruna dah pun, kalu hilang pun mesti kes gatai dan ikut kawan.. Tak perlu risau lagi pasal penggilan misteri tue dah..

Kesimpulannya, dapat anak baik sangat pun ada orang lain nak share... huhuhu.. biar lar budak nakal sikit since dia nak besar, tapi kene jaga jer...

kan aku cakap tak seram sangat tapi just berkongsi pengalaman yang berlaku pada aku dan keluarga
Sejak dari hari tue, bila baca Variasi or Mastika pasal kejadian budak hilang di sorak benda halus. terasa ia memang betul terjadi
Family aku sangat bersyukur kerana telah dapat kesan dari awal, kalu tak ,
entahlar apa bakal jadi pada adik aku.. huhu.. anak jantan sorang tue, mau meraung Mama aku..

Thursday, October 28, 2010

Lost and Found

Semalam aku dah janji nak stori mori pasal apa yang mengganggu family aku kan. Cerita kehilangan yang hampir sama dengan kehilangan Siti Balqis tapi ras nya kurang kot kadar seram nya.

Benda nie melibat adik lelaki aku.. Kalu korang nak tahu, dia nie adalah anak lelaki tunggal dan anak ke3 dari  kami 4 beradik.

Waktu tu dai kecik- kecik dia pernah hilang beberapa kali, ketika waktu menjelang petang dan senja.

Kejadian pertama: yang berlaku wktu umur dia 2 tahun lebih, dia hilang secara tiba - tiba waktu senja. Waktu kejadian tue, semua orang ingat dia ikut abah pergi kedai, tapi bila abah balik rupanya abah tak bawak dia bersama. Kejadian nie memang gempar lar, mengglabah lar jawab nya, lebih kurang 30 min lepas tue, ada orang jumpa dia dekat kilang beras berhampiran rumah, tangah jalan sorang - sorang dlm keaddan confius tapi tak nangis.

Yang pelik nya, kilang beras tue lebih kurang 300m dari rumah dan perlu melintas jalan besar tuk ke sana. Senja hari tue adalah gelap. Dan adik aku tak pernah pergi sampai sana. kerana kami adik beradik tak pernah dibenarkan bermain di luar selain dari kawasan rumah, dan memang tak berani nak  jalan begitu jauh.

Bila dah jumpa, tanya - tanya adik aku jawab dia ikut nenek ke sana. "Hai betul ke budak nie"

Kejadian ke2: Waktu dia berumur 5 tahun , waktu petang tiba - tiba dia hilang. Semua masih ingat dia jalan - jalan dengan abah naik moto. Tapi bila abah balik dia tak der. So kitaorang mula mencari ke rumah sebelah yang dia salu main. Memang tak pernah dia bermain tempat lain selain rumah tue, coz rumah aku nie jenis tak banyak jiran sebelah menyabelah. Waktu tue baru jam 6 makna nya belum lagi gelap di Semenanjung.

Punya lar mencari habis rumah - rumah yang possible kita orang tanya mana nak tahu budak nakal dah mula pandai merayap, tapi semua nya hampa.

Bila hampir menjelang senja, tiba- tiba aku nampak ada budak berbaju merah diseberang sawah belakang rumah. Kalu nak tahu belakang rumah aku ada sawah dah besarnya lebih kurang 1 setengah padang bola. Kira besar jugak kan. Memang budak baju erah tue adik aku lar.

Yang pelik nya macam mana budak nie pandai seberang sawah tu, dah di seberang sawah tue memang ada jalan raya kecik tapi di pisah kan oleh tali air. Tali air pulak tak berjambatan tuk ke jalan tue.

Bila di tanya dan di marah dia hanya blur menjawab,
" Min gi umah kawan dekat bukit, cantik umah dia, mak dia bagi makan"
Ye kawan - kawan, rumah aku dengan bukit berdekatan adalah sangat jauh tak mungkin ada  budak kecik boleh sampai ke sana.

Kejadian ke3:
Waktu tue dia berumur 10 tahun dan petang tue Mama ada marah dah lupa kenapa. Dia nie bila kene marah mesti duduk bawah pokok tepi rumah, dan main sorang sorang. Maklum lar ada kakak pun dah kurang sebaya nya, so dia banyak main sorang - sorang.

Mula aku ada nampak dia main dekat belakang rumah, past tue nampak dia pusing main ten - ten sorang2 kat tepi rumah. Tiba - tiba dengar senyap jer. Cari - cari rupa nya dia dah hilang. Dah lar baru kene marah, merajuk ke budak nie, satu rummah sebuk lar mencari bagai nak gila , sambil marah -marah. Punya lar lama mencari.

At last menjelang senja nampak dia berjalan sorang  - sorang dekat tebuk belakang rumah. Memang jauh lar dia berjalan. Bila ditanya dan di marah - marah dia hanya diam dan blur. Bila dah cool dia jawab ke rumah kawan dia dekat bukit.
"Wat the H___" Bukit lagi.
Mana ada bukit kt rumah kita nie dik oooiii..

Family aku memang tak pernah pikir benda bukan - bukan pasal benda yang jadi nie,
just pikir, dia takut dan menjawab benda bukan - bukan maklum lar budak laki tengah nakal..

Dah lama benda nie tak jadi tapi, kali telah di kejutkan oleh pengakuan seorang Ustaz mengenai adik aku. Nak tahu apa dia cakap tunggu n3 coming soon.

Kalu taip panjang - panjang pun bukan korang baca betul pun.

Wednesday, October 27, 2010

Cerita Malam Sebelum Tido

Hish seram plak bila tengok TV3 nie, kalu tak silap Ilmu Alam Ghaib . Kali nie dia cite pasal budak yang salu hilang di sorokkan oleh makhluk ghaib. Ala kisah Siti Balqis nie pernah famous kejap, kerana dilarikan benda ghaib.
Disorok di atas ceiling rumah


Di sorok dalam almari rumahnya


Liz (nama aku lar) memang percaya macam nie, kerana benda macam nie pernah menghantui family aku satu ketika dulu..

Kalu nk  tahu story nie, tunggu next n3 esok aku akan stori mori about this...

Owh Mama Creative Nya Kamu / Pengurut Serbaguna

Hye guys, kalu korang rasa sakit belakang apa medium yang korang  gunakan untuk mengurut balakang korang ek??

Jangan cakap tangan, coz  tangan tak mungkin sampai belakang untuk mengurut..
Jangan jawab mintak tolong orang.. coz itu tak aci..
Tapi jawab alat yang di gunakan...

Ok, Mama aku memang ada masalah sakit belakang. Bila setiap malam asyik sakit belakang jer, tangan abah pun mana larat nak urut..  (biasalah orang berumur mesti ada sakit belakang bagai lar...) Nak mintak tolong anak - anak dah tentulah, 2 orang nie memang kene except coz tak der bersama.. Adik and Abang dia kat umah..

Dah nama pun budak,  asyik merungut lar, penat tangan tak larat nk mengurut, Si Mama masih tak rasa lega..So Mama mencari satu alternative bagi membantu  dia urut belakang.. Korang nak tahu tak apa yang Mama guna kan....

Dah nama pun orang dapur, memang barang dapur lar jadi mangsa....
-
-
-
-

Yang paling tak boleh tahan,.. bila dia masuk hospital baru nie...

" Mama apa nie... " smbil godek - godek dalam loker kat spital

Adik aku " Apa dia...? "

" Meh dekat sikit, tak kan nk bawak keluar..." Aku

Along " Keluar kan jer lar... "

Aku " Sat  gi bawak kuar, semua orang tangok.."

Mama " Apa dia.. keluar kan jer lar..."


" Nie...." Sambil mengangkat senjata rahsia Mama..
Pecah wei gelak dalam wad tue, bila aku angkat senjata Mama....

Benda wajib bawak.. bila sakit belakang senang nak gosok..

Senduk, peneman Mama
tak gaduh nak beli kusi urut Gintel dah.. hahahaha

pst.. Mama khusus kan senduk nie utk urut dia, tak akan dibawa ke dapur k...
boleh cuba di rumah, sangat berkesan.. pastikan senduk itu spesis keras tak mudah patah..

Tuesday, October 26, 2010

Melepas Kerana Spam

Waaaa... kenapa kenapa.... huhuhuhu..


Kenapa banyak email important masuk dalam spam. Aduh kekesalan semua gara - gara baru dapat tahu yang aku dapat ke tayangan You Again minggu lepas, by Nuffnang.

Adeh boleh pulak teringan nak tengok apa isi spam aku banyak sangat hari ni, Tup tup.... Padan muka aku,kan ....dah melepas nk jumpa para - para blogger kesayangan. Hai tension betul lar.. sedih pun ada..

Tak pe lar, anggap aja belum ada rezeki nak tampil dihadapan muka korang. Lagipun kan malam tue aku dah gerak balik kampung.

Pada Nuffnang please jangan marah, I really don't know.. Huhuhuhu.....
pls jgn merajuk.....

Jom sambung kutuk diri sendiri...

Cuaca Panas Gara - Gara dot dot dot...

Sapa nak basuh baju cepat basuh baju, aku jamin mesti cuaca baik hari nie. Cuaca bakal panas beberapa hari nie, gara - gara Cik Katak Pink sakit tekak. Ye sakit tekak, maka aku tak boleh lar malalak panggil hujan, kecuali ada katak yang lebih comel sanggup panggil hujan 2 hari nie...


Dengar lagu jer lar hari nie, dah tak boleh melalak..

So hari nie, katak hanya akan berkata - kata melalui penulisan bukan secara verbal...

Sakit tekak, mesti aku cari benda ni.. coz bakal mengurangkan kepedihan nya..
muka freezing.. + berselubung.. dlm ofis.

Hye guys, Mama aku dah ok, boleh berjalan2 lagi..
Mama En. Kekasih pun dah sedar, buka mata dan cakap guna isyarat ..
Alhamdullillah atas doa korang semua.....

Monday, October 25, 2010

Cik Anonymous tanya aku jawab, Jangan Main Tembak - Tembak.

Hye Morning guys, I'm back... just reach from Kedah. Alhamdulillah, Mama selamat  dari operation dan kini keadaan nya stabil. Terima kasih atas semua doa kawan2 pada Mama aku. Aku terpaksa balik awal ke KL atas urusan kerja, so for this moment Along akan menjaga Mama. Aku akan bertukar turn dengan Along this Friday. Along akan balik ke KL dan aku akan ke Kedah semula menjaga Mama.

Mood baik pagi nie, telah berkecai dengan satu comment dari Anonymous yang main tembak jer, tentang percutian aku minggu lepas.

Yelah, aku kn merahsiakan ke mana percutian aku...rupa nya ada orang mengletek nak tahu kemana aku pergi. Aku bukan tak nak bagi tahu, tapi aku benda dah nama pun privasi biar lar rahsia. Korang para reader pun tak menglabah mcm dia nie.

Ok, lar untuk pengatahuan aku telah pergi ke Vietnam. Saja jalan - jalan, disamping melawat kawan Abah disana, dengan family aku. Sori gambar semua tak banyak ada dekat aku, coz semua ada dekat camera adik lelaki aku. This vacation, adalah last minutes plan coz dapat sponsor hotel di sana.

This vacation, adalah untuk menenangkan hati Mama aku, yang tengah nerves untuk operation. Salah ke wahai Cik Anonymous.

OK mood nak kerja, bertimbun - timbun kerja perlu disiapkan.. 
Cari - ccari mana mood yang hilang...

Saturday, October 23, 2010

Aku Pencinta Mu...

Cantik nya si Alam, terbentang luas karya Pencipta.
Indahnya pantai tak terlafaz dek kata- kata.
Angin mu menyapa indah tubuh, pasirmu menyentuh halus deria ku,
bunyi ombak mu, menangkap pendengaran ku...
Gelagat mu memukau kata- kata ku...

hingga aku mampu berpuisi dalam n3 ku

Ciptaan semulajadi nie, terlalu cantik hingga termampu aku lupai..


Kalau nak tengok aku senyum tanpa paksaan dan seikhlas hati,
 cuba tengok bila aku menemui alam semulajadi..
Kerana disitu lah kegembiraan aku tersembunyi.

n3 ini  adalah n3 auto publish,
masih di hospital menjaga Mama

Apa Itu Fibroid Part 2

Hye Wanita Jangan Ambil Mudah...
Tidak semua Fibroid perlu dirawat, jika ia tidak mengganggu dan menimbulkan pelbagai gejala. Bagi wanita yang menghampiri putus haid, ia elok dibiarkan saja, kerana bila putus haid, Fibroid ini akan hialang begitu sahaja kerana kehabisan hormon estrogen.

Setakat ini taida rawatan yang dapat mencerutkan saiz Fibroid. Mungkin dengan pengamalan perubatan tradisional seperti akar kayu dan daun - daun mungkin memberi kesan pengecutan Fibroid ini.


Fibroid Dirawat Melalui Pembedahan
Myomektomi - iaitu bagi wanita muda yang mahu melahirkan anak dan mempunyai masalah kesuburan
Pembedahan ini melalui perut, dimana ketumbuhan Fibroid sahaja dibuang. Tetapi ia mungkin akan tumbuh kembali dalam jangka masa panjang.

Hysterektomi - Pembedahan membuang rahim. Dikhususkan bagi wanita yang bercadang untuk tidak memlahirkan anak lagi. 
Kebanyakkan wanita risau akan hormon mungkin terganggu bila rahim di buang, tapi untuk pengetahuan, hany rahim di buang tapi  kilang Ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu melebihi 40 tahun. Kerana kilang itu penting bagi menjaga kejelitaan.
"so Mama, Mama jangan risau k, kerana nanti Mama akan tetap jelita dan meletup"
cuba tiada haid jer ....

Viginal Hysterectomy
Bagi fibroid yang Wujud bersama Prolaps (kekenduran rahim)
Di bedah melalui saluran faraj. Ini bermakna tiada parut yang akan timbul, sebaliknya kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakkan. Segala kelonggaran akan diperbaikidengan pembedahan ini. (Bonus tue)

Tamat sudah bacaan aku tentang Fobroid, so skang aku tak lar risau sangat  tentang Operation Mama esok, tapi apa yang merisaukan adalah, Mama hanya akan di bius separuh badan sahaya, kerana Mama ada masalah pinggang sebelum nie. Sedikit dari tulang pinggang Mama adalah besi, so tidak boleh di bius sepenuhnya.

So Mama adan seeparuh sedar, harap Mama kuat ka,,.. Anak2 Mama akan doakan yang terbaik tuk Mama..

Continue From This

Friday, October 22, 2010

Apa Itu Fibroid Part 1

Disebabkan Mama akan menjalani operation membuang ketumbuhan Fibroid pada rahim nya, aku ada buat sedikit reseach berkaitan Fibroid nie. Jadi aku ingin berkongsi sedikit maklumat dengan korang.

Hye, wanita.. ini bukan tajuk boring, tapi korang perlu tahu.. mana nak tau korang salah seorang dari pengidapnya.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Ketumbuhan ini mengandungi tisu - tisu otot bercampur dengan tisu serat dan tisu penyambung.

25%  daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghadapi penyakit Fobroid dapa rahimnya. Dan tidak mengetahui kehadiran penyakit itu. Selalunya Fibroid tidak akan menimbulkan masalah kesihatan, sebab tue lar ramai wanita tidak menyedari kehadirannya.

Jangan ingat Fibroid tidak akan menyerang wanita muda dan belum berkahwin. "aku ada seorang member sebaya yang kini menghidapi Fibroid". Adakalanya kehadiran Fibroid akan menyebabkan kemandulan  atau ketidaksuburan.

Sering berlaku, wanita yang menjangkau  umur 30 - 40, telah melahirkan anak, dan mendapati sukar untuk beranak kembali, dan berdepan dengan ganguan haid tidak sekata. berkemungkinan menhadapi fibroid.

Punca Fibroid
Disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. (estrogen - hormon yang keluar sejurus selepas haid) (progesteron- hormon yang meningkat selepas telurdikeluarkan). Ketidakseimbangan ini disebabkan hormon estrogen lebih dari progesteron. Punca sebenar ketidakseimbangan ini tidak diketahui, kerana kilang penghasilan hormon dikenali sebagai Kilang Pituitari yang berada di otak. Fungsi Kilang Putuitari dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi, dan kerohanian seseorang.

kedudukan Fibroid, kadang kadang tak menentu. Kadang - kadang bilangan nya boleh menjadi banyak dengan pelbagai saiz

Tak ada bukti yang menyatakan Fibroid depengaruhi oleh faktor pemakanan, jangkitan kuman mahupun keracunan.

Dari pengalaman yang jadi  dekat Mama aku, aku menyifatkan bahawa Fibroid nie membesar bila emosi tidak stabil. Baru - baru nie, banyak kejadian yang buat Mama jadi tension, so perbesaran Fibroid nie meningkat, mungkin rembesan horman estrogen lebih dari  progesteron..

Cause, sebelum nie, scan saiz Fibroid tue kecil jer, tapi after a month saiznya dan quantitynya meningkat mendadak.. Kesian Mama. Mama jangan tension lagi k..

 

Fibroid boleh menjangkau berat 15kg, dan pelbagai saiz
Mama aku dianggarkan terdapat lebih kurang 6 dan berat lebih kurang 5kg.
Bayangkan 5kg dlm perut kau..

Gejala Fibroid
Gangguan haid
 Pendarahan yang banyak hingga menyebabkan anemia.
Pendarahan banyak dan berketul - ketul.
Sakit ketika haid (sengugut).
Haid tidak teratur atau hanya menitis sahaja.

Ketidaksuburan@ mandul dan ketika kelahiran
Tidak semestinya tidak boleh mengandung, ada juga yang masih boleh mengandung.
Jika ketumbuhan itu besar, boleh mengebabkan keguguran @ kelahiran tidak cukup bulan
Kedudukan bayi songsang.
Menyekat kelahiran normal bayi, kerana ketumbuhan itu besar
Sakit beranak yang amat sangat, kerana ketumbuhan ini menjadi tegang.

Menekan pundi air kencing
Kedudukan pundi air kencing adalah bersebelahan dengan rahim. Oleh itu, jika berkalu seseatu ketumbuhan, pundi air kencing akan tertekan lalu menyebabkan, kerap kali hendak kencing, dan tidak dapat menahan kencing.

Kekenduran Rahim
Yang aku tahu pasal nie, perut akan kelihatan besar, seperti orang mengandung. Kerana sintom nie paling ketara pada Mama aku.
Fibroid kan menyebabkan Prolaps ( kekenduran rahim)



Nie berdasarkan apa yang aku paham dalam bacaan aku,
kalu korang nak baca yang panjang punya boleh lar klik

Wei semua orang berkemungkinan kene tau,cuba samaada benda nie mengganggu atau tidak jer... bergantung.
Nanti aku smbung lagi tentang rawatan nya...
kalu taip panjang- panjang pun bukan korang baca pun...

Jumaat Penuh Sayu

Kawan - kawan, hari  nie hari Jumaat bersamaan 22 Oct 2010. Hari nie Mama aku akan dimasukkan ke Hospital bagi membuang Fibroid yang menapak dalam rahimnya. Mama akan menjalani Operation pada 24hb, Doctor suruh masuk awal nak bagi Mama rehat. Kesian nya Mama.

So kawan - kawan, aku mungkin tidak akan mengupdate n3 selama beberapa hari. Isyaallah, aku akan balik Kedah malam or pagi esok. Aku harap korang dapat mendoakan Mama aku, dan aku berharap setelah selesai operation nie, maka tamat lar penderitaan Mama aku.

Hari nie jugak genap lar 5 minggu, Mama En. Kekasih berada di ICU dan memerlukan bantuan mesin, masih tidak sedarkan diri.

"Ya Allah, Kau selamat kan lah, kedua - dua Ibuku ini, Kau lenyapkan lah, segala kesakitan yang Mereka rasai, Kau jauhkan lah penderitaan dari Mereka ini, Kerana Mereka adalah Ibu terbaik yang pernah Aku kenali"

Thursday, October 21, 2010

Carrot Pants Is Back, and Fall In Love wif It

Wow aku memang jenis cepat terpengaruh dengan keindahan aliran fashion terkini. Kalau lah, mak aku masih simpan baju zaman dia muda - muda skang, comfirm aku lar orang pertama akan choop baju - baju tue jadi milik aku.

Mana tak nya, tahun 2010 nie, kebanyakkan fashion telah kembali pada zaman 70's and 80's. Kegilaan ini, telah menyababkan ramai anak muda mula selongkar alamari lama milik mak, dan nenek mereka. Malangnya aku tak dapat berlaku demikian  huhuhu... coz baju- baju tue dah jadi arwah.

Tapi aku still xcited nak kongsi ngan korang..

Auuww.. tergoda seh.. memang cantik bila pandai gayakan nya.

Lebih relax dan santai bila digayakan dengan t-shirt, simple je dan boleh diterima pakai

Tak lar malu sangat kalu mencuba gaya nie, coz terlalu ketara.

Dan baru - baru nie aku jumpa lebih kurang warna nie... and damb admire it ready

Cantiknya kamu jika dibawa berjalan-jalan hujung minggu.


Macam kene jer kan dengan kemeja yang aku selongkar dalam butik yang sama . 

Tapi terasa sayang berjuta kali, walaupun saiz S, tapi pinggang dia terlalu besar tuk aku.

Dan aku memasang impian tuk cari sebijik macam nie, saiz XS.


sebenarnya aku dah ada satu seluar macam nie, tapi berfloral hula hooop.. cantik jugak seh, nanti aku share pic tue k...

Jangan malu mencuba fashion terkini, mungkin ada bakal merubah personaliti kamu, dan keyakinan ke arah lebih baik.

Wednesday, October 20, 2010

Pengalaman Pertama Couple Ngan AirAsia

Hye kawan - kawan, korang sihat ke hari nie? Aku still sakit tekak lagi, may cause tonsel kot, masih malas - malas lagi nak kerja.. huhuhu.. dah lemau betul badan nie..

Aku ada janji nak cerita pngalaman pertama aku dengan Air Asia kan.. kan.. kan...  Yelah, selama nie dok dengar jer penerbangan tambang murah,  tapi belum pernah merasa. Sebelum nie bukan tak nak try, tapi aku nie jenis suka plan bercuti last minit, so kalu last minit tambang jangan harap lar dapat semurah mana.  Nie pun aku book 4 minggu sebelum, dapat lar 20 % off. Kira murah sikit dari pencabar dia.

Disebabkan tak der orang nak anta aku ke LCCT hari tue, so aku decide naik bus SKYBUS dari 1U (RM15). Bus terakhir ke sana jam 1630 so kira kene ok lar ngan timing aku. Sampai sana dah pukul 1530, cun - cun tuk check in.

Melaut betul orang dekat sini upanya. Kira gelabah jugak aku cari2 counter, almaklum lar, 1st time pijak LCCT. Nasib baik semua direction agak clear, senang nak ikut.. Beratur bukan main panjang lagi nak check in, mana tak byk aunty uncle shopping kt sini nk balik  kampung. Tiba  - tiba terasa lembab nya caunter dia.

Bestnya LCCT nie, tak payah jalan jauh - jauh sangat macam kt KLIA. semua kt situ jer. (tue yang senang)

Dalam flight, aku dok tengah, tue lar bahana nya tak pilih seat. Kene dok sebelah Uncle, sebok dengan tido sambil berdengkur sekuat, satu flight boleh dengar. Setiap kali dia berdengkur semua orang gelak, ko bayangkan macam mana aku nak tahan telinga dengar dia punya bunyi. Bau jangan cakap lar... Waaaa terasa nak balik jer.. hahaha..

Aku memang tak amik meal dalam flight, so waktu dia sebuk berniaga aku memang buat tak tahu jer lar. Lagipun aku dah makan sebelum tue, sat gi kalu berkejar nak pi toilet sapa nak jawab.

 Waktu makan memang macam2 lar bau, maklum lar macam2 ada dlm tue. Ada meggi cup lar, nasi ayam, briyani, nasi lemak, lagi ada apa weh.. (tiba2 bertukar seperti di kedai makan, pakat dok order ramai2).

Selepas kedai makan keadaan bertukar, pada kedai souviner. Nasib baik tak der tawar menawar, kalu tak mesti macam kat Petaling Street kan. Biasa  lar, benda atas awan nie murah, duty free katakan.

Selepas semua selesai, keadaan kembali tenang dan bunyi berdengkur kat sebelah bersambung balik. Nasib baik lar, ada mp4 yang teman aku. Kalu tak pakat dok dengar lagu dari hidung lar.


So far, aku rasa tak der banyak sangat beza AirAsia dengan yang lain. Kira boleh naik lagi lar lepas nie, lagipun benda murah sapa tak mau. tahap keselamatan ok, bukan dia amik lewa pun. Cuma kalu nak selamat jgn lupa amik insurance..mana nak tau malang tak berbau. (pssssttt... aku pun tak amik baru nie, kalu mati..comfirm mati katak jer.. huhuhuhu...)

Tuesday, October 19, 2010

Balik Sakit.

Hye guys, i'm back... Kesian blog aku nie, aku bercuti dia pun senyap jer , bercuti sama. Sakit plak hati pagi nie tengok carta nuffnang merudum bilangan visitor nya... Nampak sangat blog tak fames, merudum lar..bila senyap sikit.

Past nie,kene berkerja keras nak naik kan semua balik. Macam biasa lar, kalu nak bagi ramai orang berkawan ngan kita nie, mestilar merayap perkenalkan diri dengan cara paling friendly ke rumah - rumah jiran tertangga. (blogwalking), selain shout paling kuat, comment paling tertarik menarik dan memang deboom mestilar wajib. Supaya ada singgah balas sambil menghantar cup cake or buah - buahan sebakul.

Nie, pun tengah mencari idea macam mana nak olah cerita pi vacation semalam. Tak kan nak cerita macam Red Mummy, tiga hari punya bercuti nak cerita sampai 2 minggu tak habis. (Owh tidak aku tidak fames mcm dia, setiap langkah dia semua nak bagi tahu orang, coz aku lebih suka personalkan cerita vacation aku nie. Hanya part2 tertentu aja akan aku share kalu aku sudi lar)

Pada yang mempersoalkan aku ke mana, hanya aku mampu cakap, aku tidak pergi dalam Malaysia mahupun Borneo. Aku pergi cari ketenangan bukan cari pasal.

Pic lama, sekadar hiasan...

Dan hari nie, aku tengah sakit, huhuhu..  mungkin kerana perubahan cuaca dan suasana yang aku alami di sana. Nanti aku update sikit2 pasal vacation tue k...


Pada kak pija, mia dan gerrard souviner korang aku dah beli k... Nanti aku post kan...

Friday, October 15, 2010

Cres - Relaxing Therapy / relax smpai kroochhh...

Yeay Morning semua... hehehe.. rasa relax sangat hari nie, mana tak nya, semalam janji nak share ngan kawan - kawan semua pasal treatment yang aku buat dekat CRES kan.

Tempat dia lebih kepada mesra perlanggan, ala macam kt spa lain - lain lar. Sedap mata memandang setiap ruang dia. Hiasan semua lebih pada modern kontemporari.

Sebenarnya package facial yang aku buat adalah lebih pada Relaxing Treatment. Ia bertujuan untuk menukar kadar metabolisma, mengurangkan cell kulit mati, dan melancarkan aliran darah.


Jangan tak tahu setiap kali dia urut muka dan bahu aku, terasa macam kat tengah laut plak, di hempas ombak... memang lembut tangan amoi nie, dia tekan memang terasa, betul2 beralun badan kecik aku nie. (lancar betul lar darah lepas nie..) Di tambah dengan music yang  sangat menyenangkan dan bau product yang sgt mesra hidung. (betul- betul relax lar)

Service Cres nie boleh cakap tip top lar, korang hanya perlu tukar baju, baring dan serahkan segalanya pada dia. Keselesaan waktu korang baring pun biar dia yang handle, Siap angkatkan kaki letakkan pillow lagi.. (ala amoi, i loleh angkat kaki sendiri lar). Staff dia pun sgt ramah, cakap pun lembut jer.. (nmpak sangat aku nie tak sajak keje mcm nie, coz ckp sore bukan main kasar, mcm nk mkn orang.. sebab tue lar aku jd QS huhu) 
Aku tak pasti semua nie ke dia taram kt muka aku, tapi rasanya tak semua kot, coz aku rasa ada lebih 5 benda jer dia sapu kat aku..

Semua product yang digunakan dari CELLNIQUE, product mahal maka hasilnya semestinya gempak. Patut lar rasa sihat jer kulit aku. Salu pakai cap ayam jer, kali nie pakai cap arnab.. mmg menjadi lar.

Kalu tanya apa dia letak kt muka nie, mmg aku tak tahu, dah banyak sangat , tak teringat dibuatnya. Yang aku tahu, ada clenser, scrap, masker, dan +++ ..Ternyata memang segar sangat dibuatnya. Terasa kulit muka ringan dan nipis dengan daki.. hehehe..

Habis semua dia akan saji kan tea, walaupun aku bukan pengemar tea, tapi lamanya dia buat muka aku, sampai tekak pun kering, so bedal aja lar..

Weh package yang Cres tawarkan pun tak lar mahal sangat jika dibandingkan dengan hasil yang meletup. Bagi perlanggan pertama kali mencuba Cres ada sediakan Mini Package, merangkumi body, facial dan bath kot, (kalu tak silap) untuk sekali percubaan, dan keahlian Cress selama 1 tahun, yang membolehkan korang menggunakan Gim, dan sauna serta facilities dengan percuma, tanpa had (baru aku tahu dia bukan sekadar facial centre, tp juga semua pasal kecantikan)... . Dan harga nya adalah RM 340 . Murah weh, kalu disaperate kan treatment semua tue, harga nya adalah lebih kurang RM688, tapi atas nama promotion, harga dia baru RM 340. Murah kan kan..

Tapi ada lar package yang lebih besar, jenis berkali - kali punya treatment. Sampai berkesan, bg yang bagi nk kurus or cantik, putih melepak, dan bercahaya wajah nya.

Sekali sekala belai badan nie, memang best kan.. tapi nk keluar pun best.. Bukan selalu pun.. hehehehe...


(pst..rasa nya bg sapa jenis senang tdo, mesti letak jer badan kt citu , comfirm jalan... bau, music, dan suasana betul2 buat aku ngantuk... jgn smpai bunyi KROOOCHHH dah lar)

tq Cres and nuffnang

Thursday, October 14, 2010

Appoiment Facial Treatment

Hye Afternoon kawan - kawan... Korang buat apa petang nie? Ada ke yang plan nak pegi jogging, lepas kerja/class/ or else...

Sekarang semua orang nak cantik, nak ada kulit yang bersih dari perternakan jerawat, blackhead, whitehead, aged, kusam .. bla bla bla... mmg mcm2 masalah kulit nie, terutama muka. Sapa ckp dia tak kisah pasal kulit muka dia, ANGKAT TANGAN.... cis penipu.. mana ada orang tak peduli pasal muka, laki pun peduli kan... kan kan.. kaum laki.

Cis, apasal aku cite pasal nie... Eh bukan kes nak promote BE baru aku si B.Liv from Cellnique tue..Walaupun aku ada sedikit perasaan teruja untuk mencuba nya.. Huhuhu.. korang ada pakai ke product tue, meh share skit... hehehe...

Sebenarnya hari nie aku ada appoiment tuk salah satu iklan Nuffnang jugak.. Dah lama aku buat appoiment. Hari nie baru berkesempatan nak buat treatment tue.
Mesti pernah nampak iklan nie kan.

So hari nie, aku akan menjalani Facial Treatment, dan secara tak sengaja upanya akak aku pun gatal tangan clik benda nie jugak, dan appoiment nya adalah hari nie jugak sama dengan aku, tp dia amik Slimmimg Treatment. (tang mana dia nk slim aku pun tak tahu)

So hasilnya kita tangok lar malam karang kalu aku rajin nak update, kalu tak tunggu jer esok k. Tak rugi mencuba, mana tau kalu elok.. Boleh korang cuba plak..

Ada tak korang - korang yang dah cuba? macam mana hasil nya...
(psssstttt... officemate aku ada buat jugak semalam, hehehe hasilnya, masih di rahsia kan, apa benda  nie pun nak rahsia hehehe)

Jawapan Teka - Teka

Yeay Good Morning Reader, 1 hari jer lagi.. Jom kita menerbangkan diri bersama Air Asia. First time nie, nak naik Air Asia, before asyik naik MAS dan  sekali jer Korea Airline. Apa beza penerbangan Air Asia dengan yang lain ek?? Selain tak der percuma baggage , apa lagi??

Korang memang teror, tambang murah lar, dah kata benda murah jangan dok gatal nak request benda bukan - bukan. Sekarang semua barang kene bayar kan.... So pengalaman penerbangan mungkin akan dikongsi selepas aku balik nanti k..

Untuk entri semalam , ada ada ajak korang teka yang mana satu aku kan... Setiap kali, aku baca  comment tue, mesti aku tergelak.. Ok tips nak kenal aku adalah, aku ada seorang kakak, korang mesti salu nampak pic Along tue kt dalam entri sebelum2 nie, so point kt citu lar, maknanya baju biru adalah kakak aku, dan baju pink tue adalah aku. 
Comel tak? cepat cakap comel sebelum kene FIRE

Kalu nak tahu aku kecik2 memang tak pandai senyum selebar, habis gigi.. Jadi yang senyum lebar tue bukan aku, she's my cousin yang salu join my weekend activity. Dari  11 peneka, hanya 3 menjawab dengan betul.

Peneka yang tepat adalah

~Pija = yang paling rendah

Mia =  yg paling kecik kt depan tu..thirt kaler pink..

Wan Gerrard = yang tengah, kecik comel tu =P

pada yang tak dapat menjawab dengan betul, aku ucapkan terima kasih kerana mencuba. May be kalu ada extra, aku akan ajak main teka2 lagi k... hehehe
  

Wednesday, October 13, 2010

Stinky Mood ,dan ada sesuatu for reader..

Hye readers, hari nie rasa macam tak der mood. Badan rasa letih sangat, may be tak cukup tido kot. Kerja kat ofis nie plak boleh tahan bertimbun, banyak plak kene siapkan minggu nie, as u known i will start my vacation this Friday so, a lot of thing have too settle.. Tak mo lar, bila aku bercuti jer, telefon tak bercuti, keep calling jer tanya itu ini. (mimpi ngeri lar aku nanti)

Kalu tak der halangan i wiil update my blog while vacation, tue pun kalu ada WiFi dekat hotel. Normally hotel yang aku akan stay nie ada WiFi through hotelroom. Tapi masih pikir - pikir lagi nak bawak lappy or tak.. Takut beg berat, semua bergantung pada isi dalam bag yang akan akan aku packing esok.


As stinky pic, jom teka mana satu aku...

Orang 3 pertama dapat teka dengan betul akan dapat souvenir from my vacation trip.

Yahoo. tak der syarat tuk ini, just for fun..
bila aku dah publish comment, bahawasanya sila berhenti meneka...
Org yang tepat telah di temuiii....

Tuesday, October 12, 2010

Tak Sabar Nak Kiss, Gomol dan Main Dengan Dia. (18 sx)

Lambatnya terasa masa nie nak berlalu, tak sabar betul nak jumpa dengan dia. Walaupun baru jer berjumpa, tapi terasa lama sangat, aku dah terlalu kemaruk dah nie.... Auwww... jgn nakal k sayang, nanti Mami Ja datang bawak hadiah, kita main sama- sama..

Nur Amanie, she;s already 20 days today


Sudah pandai posing 18 sx, auwww.. terpikat gitu.

Nia lar, rupa terkini, Nur Amanie.. beberapa minggu lepas kan aku ada cite ngan korang pasal dia. Comel sangat, terasa tak sabar nak tengok anak sendiri plak,.. huhuhu.. kawen pun belum..

Pasal tajuk tue, korang jangan bikin propa k.. saja nak bikin panas... Mesti ramai si ghairah sebuk nak baca kn kn kn .... no no no jangan notty notty tau.. blog i bersih dan suci...

Monday, October 11, 2010

Hampir menemui ajal, Tragedi Bus 10 10 10 - Saksi Utama

Kalu dah memang bukan ajal nya.. beberapa saat pun berjaya di elak... Baca pengalaman saksi Tragedi Bus 10 10 10. Klik Ini

Kalu aku, comfirm mengigil sampai sekarang.. Baca pun dah nak meleleh air mata..

Bus Jahat Punca Kemalangan Ngeri

Takziah pada semua kaum keluarga yang menjadi mangsa kemalangan ngeri pada tarikh keramat 10 10 10. 
 Al - Fatihah.

Dari pengalaman aku bersama bus express nie, aku boleh label kan, bila naik bus, separuh dari  nyawa dah dok atas tanduk. Selalunya, sebelum bus bergerak mesti dah kene mengucap awal - awl. hehehe

Mana tak nya, dulu waktu studi, balik kampung semesti nya bus menjadi pengangkutan utama. Dan kadang - kadang naik kecut perut mak dibuatnya. Nak - nak plak naik time tengah malam. Memang terasa bus bergerak laju giler, maklum lar jalan sunyi, keta tak banyak.. highway dia lar yang punya.  Sapa pernah naik memang tahu lar, lain lar korang jenis naik bus terus krochhhhhhh...

Kalu dekat highway, memang boleh nampak kebrutalan bus express nie, mana tak nya, dok link kanan tak nak ngalah, kalu orang nak potong masuk link kiri lar jawap nya. Tue memang dari pengalaman aku sendiri, waktu balik kampung bulan puasa hari tue. 

Paling dasyat, aku waktu tue kelajuan aku adalah lebih kurang 110 km/j tapi masih tak dapat potong dia, dan terpaksa tekan minyak sampai 130km/j. Bayangkan punya laju dia merempit. Aku pulak yang naik seram beb.

Dari pengalaman, aku nak nasihatkan supaya, jauhkan diri dari memandu berhampiran bus express dkt highway. Coz kelajuan bus akan tarik kereta. Bahaya beb. Bus jugak boleh buat kita terbabas bila dia cuba memotong, angin dia saja dah boleh buat kita hilang kawalan stering...

Kalu korang perasan, dekat highway banyak moto suka ikut belakang bus, "wei...  bahaya tue bang oooiii..." memang lar ko jadi laju, tapi di buatnya bus tue brek mengejut, kau jugak mencicit ... silap- silap boleh arwah..

Aku memang paling takut dengan bus. Kalu nampak jer bus dari jauh lagi aku dah pecut.. kalu boleh memang tak mau bertembung dengan bus, baik lagi lori, dorang tak boleh laju dan berat. Walau apapun semua bergantung pada korang jugak, sebagai permandu berhemah..

Tapi kalu dah ajal memang tak boleh elak lar.. Tapi selagi boleh kautim, baik buat pilihan terbaik, nak selamat sampai or cepat sampai tapi berisiko???

Pada pemandu bus, "wei korang tue bawak puluhan nyawa, ada anak orang, bini orang, mak bapak orang ... nyawa dorang sume dok kat tangan hampa, baik jaga baik2...  Besar amanat tue, kalu nak merempit baik masuk trek,, adakan perlumbaan bus dlm trek.. ada bran??? "

AP Ayam Penyet / kene langgar lori

Lemau nya badan nie wh, seharian dok umah.. dah jadi macam kere sumbang dah nie.. Plan nak keluar asyik terbantut coz  malas dan malas dan malas dan malas, keluar sorang2. date partner cancel huhu..

Akhir, dek kerna perut minta diisi, gagah kan diri tuk keluar cari makan. Makan plak tak agak2 ingat nk gi Restrees Bandar Sunway. jauh tue  Tapi terbantut plak, bila kedai tu tiba2 tutup. Dah sampai jauh - jauh nie kalu tak makan rugi plak. Tak kan nk balik cari tom yam kt kepong plak. rugi minyak keta beb

Tiba2 nmpak Ayam Penyet, nk tak nk pi jer lar. Bila dah order tak rasa apa2 pun. Ingat macam ayam penyet biasa, yang kureng jedr.. Aku memang tak gema pun bnda nie... Bila meal dah sampai,.. nafsu makan macam biasa jer.... makanan singgah ja dlm mulut, rasa macam nk masuk kan lagi dan lagi dan lagi... ...

Eh, asal tak leh benti nie.. macam plek plak,.... Owh sedap rupanya weh... memang tak sama ngan Ayam Penyet tempat lain...
Ayam Penyet, Daging Dendeng, Pecal

Rasa dia weh, memang masyuk, pedas menikam jiwa.. tapi memang layan. Dari makan pakai sudu, bleh letak pakai tangan lar.


Sebelum nie, aku asyik pandang serong jer kat Ayam Penyet nie, at last skang status bertukar sekelip mata. Terpaut betul aku pada sambal dia, memang pedas berdesup tup. Ayam plak, rangup kalah kopok.. Eeeee.. memang tak bleh cite rasa dia.. sapa pernah makan tahu lar..

Sebelum nie , pernah jugak makan Ayam Penyet kat Curve , tapi rasa dia tak lar best macam nie. Nie sampai licin oooii, 2 orang ja yg makan. Tak caya tgk bawah......

Siap bertindih pinggan tue, coz malu punya pasal.. ..

Ayam Penyet AP, Dataran Mentari
Best Recomended..

Saturday, October 9, 2010

Seharian Bersama Blogger

Hohoho.. berpinau - pinau mata cheq seharian dok BW. macam aku cakap tadi nak nak baca RM since she started. Mau tak berpinau beb, merah jer suasana. Patut nya dah kene migrain, tapi disebabkan warna merah, migrain pun terbantut. (warna merah baik untuk pulihkan migrain).

Hasilnya, aku belum jumpa apa - apa lagi.. tapi maybe effect dlm diam kot, dari segi bahasa yang sempoi, macam dia tengah bercakap dengan ko dalam blog dia. 

Tak larat lar, nak ngadap RM jer, aku ada jugak main terjah - menerjah,... Ramai betul orang dalam alam maya nie, yang sudi berkongsi cerita ngan orang lain. Caya lar Blogger, korang memang berani. Satu dunia dapat tahu xtivity dan pendapat korang.

Rabun aku makin teruk lar, kalu hari2 mengadap lappy macam nie. Eh hello skit, bukan sampai tak jadi kerja k. Aku akan pastikan kerja rumah siap dulu, kain baju berbasuh, rumah berkemas dan segala sampah di buang, cuma tak berasap jer dapur tue.(aku bukan ada maid bagai nk tolong wat semua tue) Aku tinggal sorang, tak kuasa lar nk masak membazir jer. aku makn sikit jer...lebih kang masuk tong smpah plak... Kalu Along ada jugak tukang prabih. 

Best nya dapat banyak kawan dalam blog nie.. hope keep in touch k...

Weekend Wif RM

Adeh, bosan plak rasa nya hari nie, plan nk tido smpai tengahari pun terbantut, gara - gara En. Kekasih col, konon2 nak kejut kan pi keje lar tue.. (cik abe oiii.. cheq tak keje hari nie). Kan tak boleh tido, finally BW lar gamaknyer.

Korang, plan apa ri nie, shopping ke?? Or ada yang baru balik jogging? (lama nya aku tak jogging, dah lemau badan nie). Aku nk shopping jadah nyer, salary pun tak masuk lagi, tapi nasib baik lar masih berduit, gara2 lebihan budget raya ri tue, (masih mampu shopping 1 round lagi), tapi aku kne budget jugak, coz nxt friday had start my 3 days n 3 night vacation, to someplace.. Yahoo,.. can't wait.


Hari nie may be, dok umah jer.. dan BW smpai lebam.. plan nak baca blog Red Mummy since she started. Al maklum lar, aku baru jer kenalan ngan dunia blog nie, dan cuba blaja dari taiko. She's my idol so far. Ops bukan bercita - cita gempak macam dia, tapi belajar cara penulisan yang di terima ramai seperti RM.

Dia ada ada aura sendiri. Dia mungkin kelihatan macam cakap besar or wat, tapi kalu baca blog dia dari mula, dia juga blogger biasa macam yang lain. Dan dia kini telah berjaya, hasil dari blog.

"Jom, Njoy Weekend"

Friday, October 8, 2010

Oshin Sambut Birthday

Selamat Hari Tua,
Selamat HAri Tua,
Selamat HAri Tua Along,
Selamat Hari Tuaaaaaaa........

Yeay, macam n3 lepas aku ada kecoh - kecoh cerita yang aku aku gi cari  barang tuk wat hadiah pada seseorang kan... Kalu lupa sila baca n3 INI,

Bertarikh 7 October 1983 larhir permata pertama bagi pasangan suami isteri..yang di satukan pada 25 Sept 1982. Permata yang dinanti ini, telah dinamakan yang membawa maksud Cahaya Kelembutan. (nama betul cari sendiri)


.....................................

Seluruh keluarga menyayangi nya, kerana sifat lemah lembut itu terserlah dari kecil
seperti nama nya

Oshin gelaran yang diberikan kerana sifat lemah lembut itu,
dan juga cerita famous ketika itu.....
Kalu tak tahu apa itu Oshin
Sila rujuk mak korang berkenaan cerita jepun lama
-
-

Ops i did it again

Sudah berkenalan dengan zaman kecil nya..
dan kini, setelah 27 tahun

Dia masih seperti dulu...
 lemah lembut, dan sabar... walaupun kadang - kadang menyakit kan hati.

Semperna Hari Jadi Mu 

Aku kasi



-
-
-
Alhamdulillah kamu suka


Nie lar, hadiah nya.......
Sebiji bag from Bonita

Nak beli mahai2.. tunggu aku kaya dari Nuffnang


Korang nak jugak hadiah ke???
Cepat bodek blog aku..
(komen dan jelajah smpai lebam)


Baru birthday korang aku bagi.....


1week to go.. b4 vacation


Thursday, October 7, 2010

You Again

poster

Ergh.... benci nya kalu suruh pikir pasal waktu sekolah terutama tadika dan sekolah rendah. Zaman tu lar aku adalah manusia paling tak senonoh sekali. Waktu tue jugak aku rasa diri aku sangat kerdil, dan hodoh. Semuanya gara- gara sorang minah buntal nie...

Tadika:
Aku tadika kat Taska since umo 5 tahun so umo 6 thn aku dah jadi senior kat situ.. Segala selok belok taska aku dah teror. Kat mana nak tangkap pepatung, cari batu cantik, petik bunga masak2 sume dah teror..

Bila 1st day tadika, tahun ke2, aku pergi tanpa diteman kan mak aku (dah biasa katakan). Waktu tue memang ramai mak pak datang mengantar. Paling aku tertarik waktu tue, ada sorang budak gemok menangis siap rasa bergegar lubang telinga nie... dah lar kuat, berdengung plak tue.. Nama dia A.L, (bukan nama sebenar). dari situ aku kenal dia nie..


Mula kawan macam ok  ok lar, tapi waktu tue aku dah perasan dia nie, jenis kaki arah orang. Kawan - kawan yang cantik semua dia nak buat baik, bodek bagai nak rak lar. Siap warning kat dorang "Jangan kawan ngan dia tue, dia tak cantik.. nanti hampa sumua tak cantik macam dia" , wah siapakah dia itu... huhuhuh... paham2 lar ek...

Dia jugak pernah putuskan gelang aku, gara2 berebut barang. Selain curi lukisan aku, coz dengki aku salu dapat bintang,

Antara benda jahat yang dia buat kat aku:
* curi color pencil, warna merah , hijau, biru, ungu aku
* pecahkan istana pasir aku
* jatuhkan bekal makanan aku
* ajak kawan2 boikot kat aku..
* pukul budak lain, dan ckp aku yang pukul
* curi lukisan aku, dan cakap dia yang lukis
* putuskan gelang aku

Sekolah Rendah:
Memang jodoh aku ngan minah nie rapat  beno lar, mana tak nyer, tiap - tiap tahun kelas kene rombak, dan setiap tahun jugak lar, aku dapat sekelas ngan dia (malang betul lar)... Waktu darjah satu aku tak heran sangat lar ngan peel minah nie, tapi waktu darjah 3 perangai dia nie dah naik melampau...

Pernah jugak dia curi buku teks aku kerana buku nya dah koyak hancur. Jangan ingat aku tak melawan, selalunya kalu ada orang gaduh ngan aku, aku akan gigit dorang. Dan dia tak terkecuali, tapi bila aku gigit dia, dia akan report kat cikgu dan mak bapak dia.


Maka mak dia telah datang kat sekolah dan melihat2 ke dalam kelas, (aku dah pun cabut menyorok ketakutan), padahal mak dia bukan nk marah aku pun, saja nak anta barang dia tinggal tapi aku plak dah gelabah lebih... huahaha...

Setaip benda dia arah or kata aku, aku salu lawan, sebab tue lar dia makin bengang ngan aku. Aku pernah tulis surat cinta layang konon dari dia bagi kat sorang mamat huduh kt dalam kelas, gara2 dia ngata aku ngan mamat tue..hehehe... slama dia kata kt aku, aku wat bodo jer, tp sebenarnya aku jenis simpan dlm hati...

Kalu nk tahu mulut dia nie bisa, dia pernah hasut kwn2 lain supaya jgn kawan ngan aku, konon nya aku nie nampak macam anak india, (jelah lah i kan mix).. Tapi tue kira ok lar.. aku memang sedar, aku nie macam kene sambar helang. Tapi benda yang paling menyengat yang aku kene, telah  menyebabkan aku down sampai sekarang juga bagi impact besar dalam perkembangan minda aku adalah....

Waktu sekolah, biasalar ita saja2 akan buat pertandingan nyanyi suka2 ngan kawan2.. Aku pun tak terkecuali lar terlibat.. (nie pertandingan suke2 ok.. jenis kalu cikgu datang mencicit lari. selalunya waktu cikgu ada meeting or tak masuk). Jangan gelak ok.. korang dulu pun sama kan... betul ke tidak .. betul ke tidak.. (ala2 Datin Wan Abe)

Tiba2 time aku nak nyanyi jer, tiba minah gemok nie sound, "Wei, sore hang terok, baik hang jangan nyanyi,  " kata-kata dengan penuh parasaan + memek muka + serious., = buat aku kedebek, tak terkata, nak nangis memang ego.. tapi terasa diri ini memang seorang bersuara teruk dan terus masuk golongan katak yg sungguh hudoh dan keji.. Sungguh terhina waktu itu dan kawan2 lain hanya berdiam.


Dia menyebabkan dunia aku berubah, dan mula rendah diri.

Dan sehinggalah pada pada tahun 2009, aku tidak menyanyi lagi.. dan sekarang baru berani nak berkarok balik, tue pun bergantung pada keadaan dan sapa yang bersama aku.

Antara benda jahat dia buat:
* cakap aku anak india dan budak itam
* ajak kawan2 boikot aku
* cakap  suara aku teruk
* amik tempat duduk aku, coz dekat ngan mamat dia suka
* curi stiker bintang aku
* cakap aku menari macam kayu (acara sekolah)
* curi kawan baik aku
* bla bla bla bla....

Nasib baik sekolah menengah tak sama, tapi aku masih terasa aura dia. Impak dia telah menyebabkan aku kurang berkeyakinan sehingga masuk ke U. LEpas tue baru baru aku kenal diri aku. Dan aku berharap tak akan jumpa dia lagi..

Tapi, setiap tahun bila g sembahyang Raya, orang lain aku tak jumpa, tapi aku mesti jumpa dia. Dan jangan harap aku tegur dia, walaupun dengar dia panggil-panggil nama aku. Dan aku masih geram dengan apa dia cakap dan buat sampai sekarang... 

Bila g Pasar Malam jumpa dia

Bila g Market jmpa dia

Bila g Kedai jmpa dia

dan kini aku dapat tahu dia dah kawen
tapi dia tinggal di Damansara..

Weh, dekat tue... jangan lar aku jumpa dia..
berhantu weh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails