Tuesday, June 21, 2011

Single is Owesome , tak lar teruk mana pun.

(Note: Pada mereka yang putus cinta, dan asyik merungut kerana Single)

Orang lain jangan baca

Been In Relationship kepada Single, tak lar teruk mana pun. Ada orang cakap been single ni bosan? Bagi aku tak lar bosan mana pun, sebab aku pun pernah jadi single. Best OOOOooo Single
Been single adalah lebih kepada diri sendiri. Macam mana nak menghargai diri dan hanya memikirkan hal sendiri tanpa perlu serabut kepala nak fikir setiap jam nak kene punch card, roger wat apa saja termasuk pi tandas patbelas kali pun kene bagi tau. (kalu tak bagi pun nak merajuk)

“Babe, i nak pi toilet jap, nanti dah bis i msg u lagi k” Ada ke macam nie??

(Memang sifat pasangan bercinta, keje nak report jer)

Single, inilah masanya tuk KENALI DIRI. Buat segala yang menjadi fevret korang sebelum nie. Benda yang korang tak dapat buat waktu berpunya. Kalu aku, Yes benda yang aku akan buat mesti lar usha mamat handsome dan cuba been noty skit, tak pun buat benda gila – gila yang memang aku suka buat, iaitu pi holiday,gelak kuat – kuat kt public, sengeh (senyum) macam kerang busuk bagi orang tengok rasa Annoying... lagi lagi..

Kalau dulu pantang keluar mesti lepak Chilli, Garden, TGI padahal tekak korang bukan western sangat pun, n Sen bukan lebat mana, tapi nak belagak punya pasal ikutkan aja Si Dia yang kekonon bertekak omputih nun. Padahal fevret food korang sebenarnya Chinese or Japanese food. Yeay, ini lar masanya nak balas dendam makan benda tue kn. Tak pun gerai tepi jalan pun sodap. Takdak sapa nak jaga Standard korang. been yourself.

Dengar music, tonton filem, shopping, makan,hang out with best buddy, trekking, talking, gossiping, met new people new fwen, buat apa jer yang korang rasa nak buat. Single is not bored yaw...

Bila been single bukan bermakna seorang tapi, masih ada family dan kawan – kawan yang selama nie diabaikan sebab banyak masa di habiskan dengan Balak jer.

Berada di samping kawan – kawan adalah salah satu cara untuk kembali pada sifat sebenar korang. Jarang sangat lar, kita nak menipu diri kita bila berdepan dengan kawan baik. (Kecuali lar ko nie jenis cakap besar n nak menang jer)

Tak der orang lebih sayang kan korang lebih dari family sendiri. Hargailah waktu – waktu begini, kerana meraka lebih memahami korang lebih dari segalanya.

Menjadi single bukan bersifat kekal. Satu hari pasti akan ada 2 nya. Kerana setiap manusia telah dicipta berpasang – pasangan. Inilah masanya korang menghargai dan merasai habis – habisan pengalaman ini. Tak perlu mempunyai teman tuk buat diri korang lengkap, tapi sebenarnya korang dah cukup lengkap kerana DIRI SENDIRI.





Note: nie n3 tuk sapa tah. Aku kan penasihat cinta, dan perasaan.  

Monday, June 20, 2011

Sayang 100%

Aku selalu tengok , ramai orang suka sangat meratap bila putus cintun or istilah korang clash. Wei, bukan orang tue mati pun yang nak meratap sampai nak gila. Bila korang gaduh ngan mak bapak korang tak der plak meratap macam tue. Lagi depa yang bagi makan hang dari kecik.


Kadang tue sampai seratussepuluh hari sepuluh jam nak meleleh air mata sampai mata kalah hantu kak limah, either makin kerempeng or makin buntal, baju pat bakul tak basuh, badan kalah bau lori Alam Flora, bilik jangan cakap lar dah rupa tongkang meletup.. muka lagi lar kalah mayat.

Wei, kalu teruk macam tue pun, bukan dia nak datang kat hang balik pun. Tak payah lar.. penaya diri sampai mudarat macam tue.

Aku pun pernah jugak in that situation. Tapi sebenarnya, aku dengar cakap sorang kawan baik aku. (Tapi sebelum kes nie lar.. dia suka sangat nasihat aku base on dia punya pengalaman. yes aku sayang dia, sebab semua nasihat dia logik, bukan kosong.)

“Kalu kita sayang benda apa sekalipun, tapi pastikan sayang tue tidak melebihi sayang kita pada diri sendiri, Tuhan, dan keluarga.”

Contoh : Dari 100% sayang tue... pastikan percent tertinggi adalah tuk diri sendiri, 20% diri sendiri, 20% Agama (penting nie) , 15% keluarga, 5% Kawan – kawan, .. etc,.. (paham ke idok).

*Bila kita sayang diri kita secara tak langsung kita menghargai apa didepan mata kita.*

Double OOOmph  Cer Klik TGK
Start Engine Let's Go to HK

Monday, May 16, 2011

Semua Salah Cikgu

  • Saya bodo, cikgu tak pandai ajar,
  • Saya tak boleh jawap, cikgu tak ajar,
  • Saya tak buat homework, cikgu pukul, cikgu salah....
  • Saya isap rokok, cikgu salah
  • Saya ponteng sekolah, cikgu salah
  • Saya tak masuk U, cikgu salah. Saya tak keje elok, cikgu salah

terbaru

  • Saya gemuk, cikgu salah

Semua salah cikgu...

  • Cikgu yang ajar ABC
  • Cikgu yang ajar membaca
  • Cikgu yang ajar kenal ASID, supaya leh simbah kat orang
  • Cikgu yang ajar English Education
  • Cikgu yang ajar mengira, sampai boleh jadi Ah Long
  • Cikgu yang ajar menulis
  • Cikgu yang ajar, sains.... (sistem pembiakkan lelaki dan perempuan)
  • Cikgu yang ajar Geografi ..
  • Cikgu yang ajar mengarang.. n boleh stori dalam blog

Gikgu memang salah

  • Cikgu yang ajar PM ..
  • Cikgu yang ajar Bush
  • Cikgu yang ajar Mark Zukerberg
  • Cikgu yang ajar Gikgu

Semua cikgu yang ajar....... saya benci cikgu

Yes suma salah cikgu

  • Cikgu yang buat saya jadi Architech
  • Cikgu yang buat saya jadi Doctor
  • Cikgu yang buat saya jadi Engineer
  • Cikgu yang buat saya jadi CEO
  • Cikgu yang buat saya jadi pemilik syarikat ASID
  • Cikgu yang buat saya jadi Angkasawan
  • Cikgu yang buat saya jadi CIKGU

Cikgu yang buat saya jadi semua...... saya benci cikgu. Kalu tak der cikgu mesti saya dah jadi

  • Haiwan
  • setan
  • kutu rayau
  • katak dalam gua (up skit dari tempurung)

Kalu tak der cikgu jugak mesti negara kita dah lama

  • meletup

  • berpecah belah

  • bankrup

  • padang jarak padang tekukur

Semua salah CIKGU

SELAMAT HARI CIKGU

Thursday, April 28, 2011

Naik lemau

Family, Boifwen, officemate, mate...  kerja, assingment, balik umah, makan tido, shopping, movie, lepaking, blogging, happening...

Bila check balik apa yang aku lalui setiap hari, nampak sama jer.. kadang - kadang rasa bosan buat benda yang sama setiap hari, cara dan situasi kot lain skit.

Nampak nya aku dah start merungut pasal hari - hari aku kot. Nie menandakan aku kene pi holiday... 

Last year memang ada 2 kali aku wat SOLO VACATION, fly sesorang. Lawat tempat orang, meet new people who does't know who i'm, n what my personality are... n been myself.
 
Ada suggestion tak, prefer BEACH or ISLAND

Wednesday, March 9, 2011

Cara Berkenal, Yang Penting Mengorat Dengan Tepat

Aku bukan jenis kaki reject orang, paling penting aku memang tak pandai menyatakan tidak dan secara tidak langsung melukakan hati sesapa. Tak kira lar laki ke ppuan ke, selalunya aku akan layan sama rata. Terutama mereka - mereka yang bergelar kawan aku.

Tapi aku paling tak suke bila orang yang aku tak kenal nak cuba propose or buat ayat geli - geli kat aku. Sebab aku jenis straight to the point, malas nak tunggu mukadimah pepanjang, walaupun aku dah dapat point dia dari awal lagi.

Aku pulak paling tak suke jenis kuat berdalih, kalu nak ajak date, sila cakap " Awak, nak ajak awak date boleh" Tak payah buat ayat, "saya bosan kat rumah, dok sorang - sorang, tak tahu nak wat pe... kawan sume kuar dating.." Nak suruh aku plak ajak dia kuar... Kekonon dia lar hot stuff tue.. padahal.. ko yang tengah nak ayat aku... Choiii... mak tak layan lagu tue ok...

Dalam satu hubungan antara kawan dan kekasih aku akan utamakan kawan ok. ko jangan harap, sekali dua aku kuar ngan ko aku akan cakap ko balak aku .. ko masih pegang tittle kawan baru. Dah namanya kawan sila berkelakuan seperti kawan, boleh share cerita ngengarut, seperti lawak bodoh, cerita family, kawan2 dan kisah zaman kecik2 pun boleh masuk jugak.. Dari sini proses perkenalan mungkin jadi semakin rapat.

Aku menyampah jugak, kalu itu ini ko nak cover, cerita ko dengar macam dalam Drama Koperat, Kekonan semua elok jer, tak pernah susah, kentut depan kawan tak pernah, minum air tersembur tak pernah,  main lecah tak pernah, tak suke main hujan takot demam, tak itu ini.. Ternyata ko palsu. Ko nak berlakon baik jer depan aku.

Serious, aku tak pernah kisah pasal duit, aku pun bukan jenis nak berkira kalu nak belanja orang, tapi aku paling tak boleh blah bila 1st date takat minum air jer, ko mintak bayar asing... Walaupun pun belum pernah alami situasi macam nie, tapi ternyata - nyata aku paling bengang.

Dan aku jugak bukan kaki kikis, aku pun pandai lar pikir, dan ada maruah... kalu ko belanja makan kenapa tak aku bayarkan ticket movie. Kalu ko belanja makan kat Chillis, aku akan pastikan next time ku belanja ko makan dekat Garden or apa apa lar bagi sama level.. Dah nama pun kawan, mesti lar bagi fare... Sedangkan BF aku pun aku layan macam tue.

Ko bukan laki aku, tuk tabur duit merata kat aku, dan aku bukan kaki kikis, i got my own money, coz a got carier... sama lar macam ko... Bukan sebab, terhutang budi tergadai body, tapi tue memang sifat aku.. (gurls, sila jgn rambang dengan duit lelaki.. apa2 jer dorang boleh cakap belakang kita... )

Tuk step seterusnya, ko tak segan tuk kenal kan aku dekat kawan - kawan ko, dan selesa bila hang out dengan kawan - kawan aku. Di situ, mungkin boleh tau, ko nie jenis macam mana. Selalunya, depan kawan - kawan.. sifat hipokrit tak akan wujud.. sebab kawan2 telah kenal siapa kita. Boleh lar kenal kepala ko sebenar nya macam mana...

Selesai, kau masih bukan kekasih aku, kerana masih kawan aku, kawan lebih rapat dari sebelum nya...Dan proses berkenalan dan menggila bersama.. masih berterusan.

Sebenarnya aku lebih selesa berkawan, kerana aku tak perlu berselindung or jadi hipokrit.. ALL OUT