Friday, February 25, 2011

Perempuan Memang Complicated: Pakai

JAngan ingat senang nak jadi ppuan. Ada kadang kaum laki nie senang jer cakap perempuan nie leceh lar bagai lar.. Keluar mesti nak kene tepek dua baru ada confident nak kuar. Kalu nak bersiap paling jijik 15 min dah tentu, tue baru nak pilih baju n terus keluar, tak kira lagi make up dalam keta.. sambil dengar sang lelaki dok kutuk, ngata, perli.. majuk bagai.

"Eh, awek sapa tue?... cun nya... "
Nah, idung sapa kembang.... idung aku as GF tak lar kembang mana, kalau nak banding hidung kau BF.

Perempuan nie, bukan pun dia mintak jadi complicated dalam bab - bab macam nie. Tapi mungkin dah jadi salah satu dari ramuan untuk jadi perempuan nak wat macam mana. Kau lelaki, mesti ada ramuan ego tuk tunjuk kau berani, kuat.. dan gagah berkasa.. kekonon nak protect awek dari kene buli. Macam tue lar jugak perempuan.

Kau ingat kami perempuan nie tak rimas ke dengan segala jadual yang kene ikut, tuk jadi perempuan nie..

1. Keluar rumah, baju bukan boleh main sarung jer.. mesti kene pikir tempat dan apa yang nak buat keluar nie.. dan pakai baju kene dengan tempat..

Di buatnya keluar macam nie rupa, orang tak kata ke "Kau Gila"
Apa kau pakai nie...

Tak kan nak pi pasar pakai dress labuh kot.. Mau mencicah hujung kain dengan air busuk pasar.

Pi kedai mamak mesti pakai sempoi jer, supaya orang tak cakap .. "makan kat kedai mamak jer, tapi dressing macam nak pi clubbing" .

Shopping.. kene lar melaram lebih skit,.. supaya nanti kalu masuk butik mahai2 tak lar malu sangat.. tak kan nak pakai selipar jepun jer (kalu selipar ko tue mahal pun orang tetap kata selipar jepun based on rupa dia.. ) , bila nak pi cari kasut kat ALDO.

Penat tau, kalu tiba-tiba kau ajak kuar dating, memula janji nak pi karok n tengok movie.. Tiba - tiba kau ubah plan nak pi main futsal. Dah tue, aku yang dah melaram nie apa jadi..? Minum peluh lar... punya berasap kat sana.. dah kata nak tengok movie memula, aku bantai lar pakai tetebal takut beku dalam panggung..


Kalu keluar main sarung jer tak der hal.. kalu aku jadi macam nie, sapa nak jawab..
Jangan nanti kau tak nak ngaku aku awek kau sudah lar...

Macam aku yang free hair nie, mesti lar kene sentiasa jaga rambut, supaya waktu keluar dengan kau tak gerbang macam langsuir. Nie tak, bila ajak teman pi saloon kejap nak pi blow, kau mula membebel panjang, lama lar, penat nak tunggu lar.. malu lar, bosan lar..
Tapi kalu aku teman kau pi Gym tue tak dak bunyik pun.. Dok ngadap angkat besi, bila paling skit tengok abang badan ketak lain kau mula berangin.

Bagi yang bertudung pun bunyi nak sama.. Dah kata pakai tudung kejap2 mesti lar ngadap cermin. Di buatnya waktu tue lepas makan sup tengkorak ke, lutut dinasor ke.. apa jer lar yang memerlukan ngangaan besar ular.. Kau ingat tudung nie dok lari ke...? dah tue, bila tudung senget kau mula perli.. " Apa lar, pakai tudung pun dah macam orang giler... " ... "weh nie bukan orang giler ok, nie trend pakai tudung belit - belit.., nanti pakai tudung main sarung jer.. kau cakap pulak macam mak cik mak cik... "
Tak lagi masuk lagi, pakai tudung bunga, baju bunga, beg bunga.. kau kata mcm taman bunga plak... kau senang jer,.. baju laki tak banyak cekadak.. balik2 warna kosang, strip or petak2... tak gaduh pun nak mix n match sangat..

Kasut, bag, pehiasan bukan boleh main sarung jer.. semua tue kene bijak..kalu tak dah macam cerca merba lar alamak nya.. silap - silap haribulan macam pokok cristmas pun ada... terlebih dan serba tak kene..
Sapa yang malu.. "Kau jugak selaku BF "

Tue baru bab pakai,.. belum masuk bab mix n match lagi... susun atur barang... hiasan rumah, bilik, beli barang and else..

Kau laki pakai memang senag, sarung T-shirt + Jean = siap tengok wayang, shopping, lepaking, pasar malamning, mamak, rumah kawan, ..  - (cabut) jeans + suar pendek= futsal, sport, tido... - (cabut) baju = swimming .. Apa lagi.. semua pakai boleh main pusing - pusing jer...

Nah, jangan salah kan, perempuan kerana complecate.. kerana kami lebih prihatin tentang penampilan dan segalanya.

Wednesday, February 23, 2011

Dating Kekonon Paling Hot

Sumpah aku memang tak minat pun dengan mamat muka jambu dan bersuara indah  si Justin Beiber, tapi bila dah kata jodoh aku memang tak boleh nak lari.

Mungkin nie adalah petanda memaksa aku untuk meminati dan terus menyintai dia sepenuh hati aku. "Cis paling tak boleh blah bila wat ayat jiwang reput nie.. "

Tapi aku tak tipu, semalam aku jumpa Justin Bieber dan siap hang out dengan dia lagi. "Hoit hoit pada peminat Justin sila jangan marah aku, coz .. bukan ku pinta ini berlaku,... "

Memula, macam biasa lar,.. aku kalu jumpa artis, aku memang jual mahal.. tak kuasa aku nak kejar sana sini.. mintak Autograff ber-pic bagai... tapi TEETTT.. upa nya dia dah usha aku dulu,.. n terus datang dan tanya sama ada, aku nak tak autograff dia... so untuk tidak malu kan dia.. aku keluarkan buku nota yang memang salau tapau pi mana jer, bagi dia sain...
(Sumpah weh, cute giler mamat nie, tgk live tak lar nampak macam budak sangat.. )

*Dah kata aku kat obersea, sume benda kene dalam catatan, supaya tak miss apa pun..

At last dia tanya nama aku, kekonan nak tulis kt autograff tue.. and siap ada ucapan bagai... Malas nak riak cite apa dia tulis k.. takut korang jeles nanti..

After a few minutes cit chat skit, dia ajak aku hang out dengan dia, cakap dia tak dak teman.. Teeeeettt, skali lagi aku.. debak debuk alamak dah lar bahasa aku terabur, kang nak speaking dengan dia lar plak...

After tanya si guide aku, Si Guide pun cakap it's ok, Guide akan tunggu aku kat hotel jer, tapi dia bagi kat Justin our hotel and his cantact supaya Justin dapat call dia kalu ada apa - apa jadi kat aku.

Weh, kat tempat orang nie weh, silap2 kene jual plak aku kang..

Pandai betul penyamarann artis Hollywood nie, tak nampak pun aku kelibat Paparazi. Aku di bawa ke tempat apa tah milik Justin. Tiba - tiba dalam dok berdua - duaan... Tiba - tiba aku dengar pintu kene ketuk...

"Dik, bagun.. nak gi keje nie.... "

Cis potong betul lar.... "Haish... macam mana boleh mimpi Justin Bieber nie... "

Walaupun Baru 27 Tahun Merdeka.

Alhamdulillah, Selamat Hari  Kemerdekaan pada semua warga Brunei.

Pada penduduk seantero bumi, sapa yang tak tahu bertarikh 23 Feb 1984, Brunei telah diishtiharkan merdeka dari jajahan British.

Walaupun baru berusuia 27 tahun, nama Brunei telah menjadi sebutan di mana - mana jer.. kerana kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah dan kepimpinan pemimpin yang sangat prihatin pada penduduknya, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sebenarnya, aku pun baru jer tahu, bahawasanya negara ini, sebegitu muda. Kalau di lihat pada kemajuaan yang ada mungkin kita sendiri tak sangka ia berusia semuda ini. Walaupun negara nya tak se-Gah nama negara maju lain, dan dari segi pembagunan tak sehebat Malaysia.. Tapi Brunei cukup kukuh dari segi politik dan ekonomi nya.

Sebagai sebuah negara Islam, Brunei boleh dijadikan contoh yang paling tepat, kerana segala activiti yang berunsur tidak baik adalah diharamkan di sana. Tiada penjualan no ekor, tiada pusat hiburan, tiada arak  yang di jual. Antara fakta paling best dan pelik yang aku tahu.. tiada bangunan tinggi  di sana.. (bangunan tak boleh lebih dari ketinggian kubah masjid.)

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN BRUNEI.. jiran terbest... dari pelbagai sudut..

Tuesday, February 22, 2011

Valentine Ini Tahun...

Walaupun sebagai manusia yang tak pernah sambut Valentine tapi tahun nie punya Valentine telah muncul satu detik baru dalam pengalaman hidup aku.

Kenapa aku publish entry nie lambat kerana aku tak nak kelihatan seperti aku menyambut hari yang ada sesetengah dari korang terasa sangat sensetive.. tambahan pulak pada tahun nie Hari Kebesaran Junjungan kita Nabi Muhammad SAW hampir dengan detik  " Pasangan Kekasih Bercengkerama"

Sebagai seorang yang tak lar creative mana, tapi dari punca suka - suka menghasilkan Bunga Telur Teddy tuk Majlis Cukur Jambul Amanie, aku dan sis telah terima tempahan bagi menghasilkan Teddy For Valentine + Chocolate.

So sepanjang awal bulan Feb, aku dengan along bukan main perah otak,  tenaga dan mood bagi mancari ilham menghasilkan Teddy yang Lovely pada pasangan kekasih yang rasa  - rasa nak meraikannya.

Sebenarnya tempahan dari pada My Auntie yang nak jual dekat hotel tempat dia keje, sambil - sambil nak jual sama CEKELAT dia.

Malas nak cite lebih.. FINALLY hasilnya adalah seperti berikut...

30 pcs, ready to deliver... tiba - tiba rasa bangga dengan hasil tangan sendiri...
Bukan senang tangan tak bedong nie nak hasilkan satu benda nyarut macam nie...



Nampaknya lepas nie, boleh lar terima tempahan...
Sapa nak tempah...
Atas request pun boleh buatkan...

Monday, February 21, 2011

Morib Berantu - Hantu Gambar

Lepas penat bekubang dengan rumput, berguling sana sini macam bola goft, badan mula mengaru sesama sendiri. Entry Sebelumnya

Bertenggek dekat swimming pool dok layan Mak Aji Ngan Haji dok berenang sana sini. Sampai lupa lar, dok pegang tittle Haji Hajah... Nasib baik both of them masih menjaga urat dari kelihatan tuk tatapan umum..

We all? , dah kata anak dara.. of coz not interesting with public swimming pool.. kecuali Pak Aji bina sebijik tuk kitaorang berendam kat rumah dia.. op coz swimming pakai 2 pcs jer..


Mak Aji and Pak Aji dok lepas gian tengok air..
Pak Aji is not my dad, he is mu Uncle.. n i call him Mamu Aja...

Goda tak terdoga.. mangsa balingan pertama ke dalam swimming pool adalah:

She is, our 1st mangsa balingan kejam...
Ha kau, tak bernafas kau tenggelam.. hahaha

OK, tipu... lepas sorang demi sorang kene baling termasuk aku..
Finally, semua enjoy dok dalam kolam sampai segan nak kuar..
We not only swimming, but.. main baling baling bola pink sampai bola yang lemas...

Boys.... tak payah cakap lar...
This pic after both of them jatuh dalam adult pool...
Ok si gemuk selamat dari lemas sebab dia pi pijak Si keding..
Si keding: Kenapa kau pijak aku tadi??
Si Gemuk: Asal ko tarik aku....

Accually those boys jadi our pembaling bola..
Tapi yang kejam nya.. dia akan baling kat mak depa jer.. arghhh....
*****************


Makan Time: Pantai Golf Coast, Sepang..

I do not know what is the name of this place is, tp memang dekat lar dengan Resort atas air tue. Memang banyak kedai kat sini pilih jer mana mau. Semua dok saji seafood terus dari laut.

Memang lar jauh dari Morib nak datang sini. Abaut 30 min lar perjalanan. Tapi berbaloi.. makanan dia meletup dan kene pada harganya.

We are starving.. Food please.....
Pic makan memang tak dak lar... sebab dah settle belum waktu nya... Semua orang dah lapoo past melenjan pool tadi... Nampak makanan memang lupa camera bagai...
*****************

Pantai Gold Coast, Sepang.

Memang aku tak tipu, pasir pantai nie macam nak makan .. bapak halus.... lembut gile... Entry sebenar  
Bagai di kata, gelap gulita pantai nie, tak tau rupa dia waktu siang. Hope tak lar banyak sampah k... sebab aku tengok ramai dok berkhemah kat sini, tangkap ikan bagai.

Sebenar amik gambar nie, totally cameraman tak nampak kitaorang dok senyum or tak, main snap jer...
Nasib baik tak dak yang tumpang bergambar.. HAhaha.. (you know wat i mean )

Tak make up ok... C how natural nya aku nie... hahaha

Manusia yang paling enjoy, kekonan dia nampak laut tue color apa tetengah malam nie... entah biru? hijau or cekelat?
***************

Next Day: Pantai Morib

We love sport, and we meant it...

Dari bola tampar hingga lar......

Kejar mengejar bola.....

Di tengah matahari dok terpacak atas pala.....
And we never care....
Padan muko, sorang pun tak bawak sun block, and the result....

PAHAM - PAHAM LAR......

Habis sudah.....

Friday, February 18, 2011

Mambang Morib

Dalam proses menghalau si  mambang malas yang dok bersarang dalam jiwa aku, dan melakukan hubungan intim tanpa kerelaan, aku sedang cuba untuk Warming Up diri nie dengan entry yang tak bapa panas.

Aku cuba kenal pasti kenapa si mambang durjans nie dok gatai sangat singgah kat aku..

OPS punca di kesan.

Masuk jer bulan FEB aku mula berada dalam mood HONEYMOON yelah dok ingat bakal cuti panjang Raya Cina (walupun cuma 6 hari jer... ), boss tak dak di ofis for 2 week (ofis aku lar yang punya).. dan bercumba seseorang yang buat aku asyik dok ingat kat dia jer... (En. Kekasih.. saya tidak curang k, cuma terpikat skit jer.. hahaha) dan bla bla.. selebih nya tiada dalam ingatan buat masa sekarang..

COOOTIIIIII panjang.. kekonon aku pi berholiday lar.. terbang sana sini.. Cis, tipu akutak pi mana pun, dok lepak di KL dan negeri jiran sahaja...

COOOTIII Raya Cina yang menjela di isi dengan sesi 2 hari jer di pantai yang agak berbau, dan tak bersih or mesra alam lansung tapi bernasib baik, resort yang di inapi punya SWIMMING POOL YANG BAPAK BESAR..

MORIB , cis berpuluh taun aku dok KL baru 1st time aku sampai Morib. Ok macam aku cakap pantai tak bersih ok, takat nak rasa udara pantai boleh lar. Tapi aku tertarik dengan PASIR pantai dekat GOLD COAST Sepang, walaupun cuma pi tengah malam gelap gulita. Sumpah tak tipu, pasir dia lembut rasa macam nak makan, tapi sayang tak berpeluang tengok view waktu siang.. Ok, tak pa, sesapa nak agak aku dating.. meh bawak aku pi GOLD COAST Sepang nak tengoksunset.. hehehe.. (Lomantik kan aku.. hahaha)

Malas cite lebih layan lar apa yang patut..

Seperti biasa, kalu jumpa pantai mesti ada yang kene ada pic lompat melompat..
OK, macam nak nari ballet pun ada,.. apa pun crdt to Mamu Aja for this nice picture..

Nie bukan mat salleh sesat kat pantai k,
He is my Auntie's Husband.. Mat salleh tak layan lar pantai macam nie, tak boleh nak bo bo ...

Ratu pantai Morib, macam bajet jer sesekor paling ketara yang depan tue..
WE ARE LOVELY NENEK ALONG GRANDAUGHTER...
Love u cuzy...

Makhluk sesat, mencari jalan pulang ke laut. Sementara air surut..

Bila air pasang semua mula cabut dok bertenggek kat batu.
Bila ombak mula ganas cabut lagi, tenggek kat pokok..
(sambil di perhatikan oleh baby sitter kitarong.. hahaha.. )
Sorry Mamu, Uncle, Mak Peda.. we taking a lot of time here..

Pari pari, para para mula tunjuk skill lompatan paling cool....

Pokok yang banyak membantu dalam pelbagai post ...
Tak kan nak letak semua kot... 
Tak orang pun nak tengok muka aku.. n others..  

Disebabkan resort kitaorang sebelah ngan Goft Club,
mangsa seterusnya tuk amik pic meletup of coz padang hijau baik tuk berguling - guling.

Pic request from Mak Su, and she is our photografer for today...
Love Mak Su...

Dah bis berguling,
Sila terima padah nya, gatal - gatal satu badan...

NEXT ..
Mari kita kasi hilang gatai....

C U Next entry...


Hai Si Mambang

HAi mambang segan, mambang malas, mambang ngantuk, mambang segala mambang yang buat aku penat dan malas..pergi lah lau dari diri nie.

Aku dah penat jadi malas, bagilar aku tenaga buat keje semua.... berblog semula, dan njoy my life back....

BISMILLAH....
Jom mulakan kan hari ini dengan indah dah ceria..... YAHOOOOOO..... esok dating time...

Thursday, February 17, 2011

LIFE Fwen

Kerja, balik umah.. makan, tido.. bangun pagi gi kerja, balik kerja, makan tido, COOOTIIII... bangun lambat kuar makan, gi shopping, tgk movie... enjoy myself balik, tido.. COTIIIIII bangun, kemas umah, basuh baju... makan... rehat.. guling - guling .. tengok TV makan tido....

Apa lagi boleh buat, kadang - kadang aku rasa hidup nie dah bosan tuk di gambar kan. Balik - balik  will do the same thing every single day, NO FUN AT ALL..

Miss my student life, everyday is adventure, we do different think every day, rushing for assingment, kadang - kadang sampai tak tido 2 hari, laugh and laugh everyday, rushing here and there to complete assingment, meet new thing every single hours. Sometimes we laugh, talk, scare, love, sad, cry, moody, swimming, singging, jumping, lepaking, gossiping all ...together..

BUT NOW

Where is everybody gone?
 So silent..
didn't smell any fun

Betullah, lagi banyak comitment lagi sunyi hidup nie...

Wednesday, February 16, 2011

Belog Sunyi Sepi

Wah memang dah lama betul belog nie, tak dak gelak tawa... tegur menegur dan singgah menginggah.

Sori, k.. so far.. aku memang hilang mood, may be in holiday mood lagi kot.. Tangan berat jer, otak plak terasa beku nak cite apa pun tak tau.

Insyaallah will be came back soon. Sila doakan yang terbaik k.

LOVE YOU.. ALL

Wednesday, February 9, 2011

Fixed Gear : Main Depan Belakang kasi puas...

Sejarah aku dengan basikal memang dah terlalu lama, dari mula merangkak bawak basikal roda 3, sampai  dah besar panjang nie pun, aku dan basikal tak dapat dipisah kan. Sampaikan balik kampung aku tetap cari basikal adik - adik tuk lepas gian.

Ada jugak simpan hajat nak beli basikal kat KL nie, tapi nak naik pi mana pun tak tau, tak kan nak kayuh main turun rumah kot, pi keje memang posible lar, coz kene rentas highway bagai. Takat nak kayuh waktu weekend kt taman baik tak payah, coz kadar kerajinan aku tuk berbuat demikian mungkin terlalu rendah.

Tapi, aku mula jatuh cinta kembali pada beskal, lepas aku cuba sendiri basikal yang coool ini. Tak dak brek, tak dak gear, boleh main reverse (mengundur), susah nak belok, bergantung sepenuhnya pada kayuhan dan tempat kayuh dan brek pakai kaki (kekuatan kaki ), dan paling penting WOOOOOWWWW, laju sial.

OK, tak tipu aku dah cuba beskal cooool giler nie, dan memula bawak, dah tentu terasa cuak coz tinggi (gayat) dan laju.. memang susah nak belok tapi mungkin cubaan pertama aku, terus berjaya dah paling best aku dapat berhentikan beskal pakai kaki rempeng aku. (tak dak pixca nak propa sebagai bukti, tapi meh tanya xperiance, aku boleh stori sampai esok walaupun bawak hanya 15 min jer.. )

Teringin nak buat skill macam depa..
Owh tidak aku sudah jatuh hati.

*Mungkin tak bapa sesuai bagi ppuan tapi aku peduli hapa, sebab aku yakin pada kekuatan kaki gajah nie. Sedikit bahaya, jangan cuba - cuba bawak turun bukit, mungkin mengundang maut. Sebab aku pernah dengar ada budak mati dekat Puncak Alam sebab bawak turun bukit.

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Cukur Jambul Nur Amanie (Item Review)

Bersepah - sepah event nak review dalam blog nie, tapi sume main rajin dengan idok jer aku nak update. Aku bukan rajin pun review event, coz sapa lar aku.. dok gaduh nak cite sana sini.. apa aku buat. Sapa plak nak baca? Ade ke? Kalu aku pun kadang - kadang takat event birthday, kawin, kenduri itu ini pun aku malas nak baca.. kalu tengok takat pixca yang cantik past tue terus comment.

Ok malas nak taip panjang - panjang, just nak show skit, pixca waktu majlis cukur jambul Nur Amanie. Ala anak sepupu aku lar...

Date : 29 January 2011
Place: Jalan Kebun, Shah Alam

Dah kata pun baby girl , mesti lar tema ala Pinky gitu...


Amanie, get ready to Botak kepala...
Ala Comel nya mata itu...


Baju Amanie, is from Designer ok..
Di tempah khas tuk majlis nie...

From Fiqs, student of Fashion And Art UITM
It's sooooo preeety...

Some drama behind the screen
Rayyan trying to propose Amanie...
Ala soooo sweeetttt....

Some Sourviner For Quest

Rose Lolipop From Auntie Maria
It's so preety..
Macam plastic jer... but can eat ok....


Teddy Bunga Telur
By Me n Sister
Kalu nak order dah sedia amik tempahan....
Ini cubaan pertama, Alhamdulillah success 

Baby memang murah rezeki, banyak betul dapat sponsor.. mak dia cuma tinggal kuar duit tuk jamu orang makan jer, yang lain Al- Free FOC

Bertuah lar badan, kalu aku kawen nati dapat sponsor macam nie pun bagus jugak kan... hehehehe...

Sebarang pertanyaan tuk tempahan any item di atas boleh lar PM aku k....
CHOW....

TIMA KASIH...

Is buzying for Valentine project plak... 

Soalan itu Ini: Lepas Balik Cooooottttiiiiii

Lenguh sana sini, hari nie 1st day keje lepas coooooootiiiiiiiii menjela - jela panjang. Korang best lar cooootiiii lepas dapat Ang Pow, gaji, bonu$$$... meh skit tanya aku nie..

Dah gaji ke?    BELUM 9hb baru kuar..

Kenapa?  Sebagai orang kanan depan blakang boss, aku lebih memahami stuktur acc company aku. Lebih straight to the point... Duit dah bis bayar hutang, tapi orang hutang kita lambat bayar, so sementara nak tunggu incoming to aku, sebagai pekerja berhemat temah, telah sacrified untuk terima gaji dan bonu$$$ lambat.. OK nanti aku kayo korang dah kayap...

Eh boleh plak macam tue? Boleh kita yang buat dia bukan dia buat kita... disamping menunjukkan tanda tulus aku pada CO nie... (Kasi Aircond baik punya... )

Dah tue cooti panjang wat pe jer wit tak der? aku still berjalan dan berjimba - jimba seperti orang lain. Ala Shopping Complex sume tutup, tak payah lar nak berangan nak pi shopping..

Berjalan mana jer Cik Katak Oiiii? Uik, Cik Katak tak pi jauh pun... jalan - jalan cari laut jer...

Mana N3 nyer? Nanti lar, kalu rajin aku buat k, kalu malas... kelaut lar alamat nyer...

Dah bis bebel ke ? Dah malas taip... OK BYE....

Sunday, February 6, 2011

Skill baik punya

Bila dah lama tak update otak mula beku.. tapi tangan dah gatal nak menaip. Menari- nari jari aku tengah dok taip, tapi isinya tak tahu ada kualiti ke tak.

Punca: Bila aku dok tengok orang dok sebuk update, dah berpuluh untuk bulan Februari, tapi aku satu haram pun belum ada lagi.

Ah persetan lar, yang penting skang aku tengoh dok lenjat WiFi hotel tempat aku bercuti nie ha... Cina dok sebuk raya aku plak dok sebuk kira cuti. Maklum lar,Cuti Raya Cina nie bapak  panjang , dah tue mana ada sangat Complex bukak.... (nasib baik, aku tengah muflis nie... waaaa... cepat sedekah nuffnang kat aku)

Ok, JOM sambung.. nak main skill apa pulak lepas nie... Teeeeeeetttttttt....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails