Tuesday, July 26, 2011

Alahai Omak : Betuah Punya Mak

(Luahan hati anak solehah,n3 tanpa gambar agak bosan. Kalau malas tak payah baca)

Tebalikkan dari bahasa emak - emak, "Betuah punya anak". Bukan bermaksud anak itu betuah tapi peragai yang salu buat mak - mak geram. Bagaimana pulak jika mak - mak yang buat anak geram? "Betuah Punya Mak" lar kan.

Cukup sudah intro pasal bertuah, harap -harap bertuah betul lar nanti, dapat menang Giveaway dari Cosmopolitan edisi Aug (sapa nak tau cepat pi beli, edisi Malaysia k.) tak pun contents yang kadang - kadang malu2 kucing pi gatai tangan masuk. (masih menati keputusan Sunshine Smile, oleh Bowl of Soup).

*********

Dah tajuk nya omak -, memang kisah omak aku lar jawabnya. Baru - baru nie mak aku turun KL melawat anak derhaka tak reti nak balik melawat mak anak sedara dia yang baru kematian anak. "lar kata abang kau, mesti lar cucu mak kau?" "Memang abang sepupu aku, anak sedara mak i lar"

Di sebabkan masalah rumah tangga yang bergelodak, dengan adik aku nak peksa, guide dia ketat - ketat waktu studi bagai mak aku tak dapat datang KL pada hari kejadian, so dia amik keputusan datang KL pada hari jumaat lepas, dengan naik bus seorang diri dari Parit Buntar ke KL. Yang paling best, tanpa pengetahuan anak - anak yang dua ini. (aku n along).

Aku pun dapat tau mak aku dah bertolak lepas call umah kt kampung Kina (adik bongsu) cakap mak dah naik bus pukul 3 pm tadi pi Ipoh, sebab tak dapat bus ke KL dari Parit Buntar. "Ya Allah begitu brani dia"

Belum cukup bertuah punya Omak, boleh pulak dia lupa bawak hp  bagi memudahkan anak - anak mengenal pasti lokasi dan waktu ketibaan. Jika anak - anak buat hal begini, sound omak - omak pastinya, hingga pecah gegendang telinga membebel, tapi jika omak - omak yang wat hal begini, speaker bagaimana harus anak - anak keluarkan.

Nasib baik lar, dapat anak pandai menilik nasib, ditliknya dengan hasi +, X, -, /.

*3 pm ______to ___Ipoh = 2 1/2 jam. Sampai Ipoh jam 530p.m

*Pusing - pusing cari ticket extimate 630 pm bus from Ipoh ____to ___KL = 3 jam (jika bus kurang merempit)

* Can reach to Hentian Duta at 930 pm


Sebagai langkah berjaga - jaga 2 beradik dah tertonggok di Hentian Duta jam 830p.m. Melilau , terjenguk sana - sini kehulu ke hilir tanpa arah. Bila nampak bus masuk dan turun kan penumpang, kami dah tercegat depan pintu bus kira penumpang turun. Kalau jual cucoq pisang semestinya laris terjual.

Aku bukan takut mak aku tak sampai tapi aku takut dia lupa no telifon kami berdua jer.  Kalau ingat salah sorang pun kira ok lar. Aku pasti mak aku ingat no tel aku yang dah lesap last 2 week tapi tak sure dia ingat no Along or tak.

Setelah hampir sejam membesarkan mata sambil cuci mata ...

"Teeet tenetnet" (kekonon bunyi hp lar)
"Korang kat mana mak kate korang dah nie"
"Ha? kat keta?, masa bila mak turun bus"
"Bus tepi jalan kt atas nuun"

Ok, hebat dalam berpuluh keta di Hentian Duta tue, mak boleh jumpa keta anak dia nie. Tapi anak tak jumpa pun mak dia tue. Waaaaahahaha. (arah tentang lar)

Dah bis peluk cium lepas windu "padahalbaru2minggutakjumpa"
"Awat tak bawak telipon"
"Lupa ingat adik dah letak dalam beg"
"ooooo"

Itu kisah mak - mak. Sifat mak - mak bukan seperti anak - anak yang dopluhpat jam hp lekat kat tangan kekonon ada jer boifrend, girlprend, BFF, GFF, scandal, balak, kayu,  nak col, padahal kalau dibiar 2 hari belum tentu dia berbunyi. 

Ok bai, Tima kasih baca luahan anak solehah ini, Amin.

Friday, July 22, 2011

Iqa: Jaga - jaga, jangan biarkan anak bermain air

(Awas n3 menjelar nak bebel. NOTE: Untuk ibu yang ada anak kecil, wajib baca)

Ye aku belum berkahwin, aku tak ada anak, mungkin belum pandai lagi nak mengasuh, menjaga, memberi makan menidur kan bayi. Yang aku tau aku hanya panda bermain dengan mereka. Aku tak tau selasak mana seseorang bayi, sedegil mana dia tak nak tido malam, seketegaq mana dia bila di tengah benda yang dilarang.

Orang luar mungkin hanya pandai menuding jari bila sesuatu tak baik berlaku. Masing - masing akan salahkan sana sini, tapi tak nak langsung dijadikan ikhtibar.

Bila terhantuk baru tertadah,  tapi benda dan jadi, tak boleh nak di tarik balik. Nie bukan application lappy boleh main undo or Ctrl Z. Life is running never turn back. Kita yang masih hidup  jadikan ia sebagai ikhtibar dan mulakan langkah berhati - hati.

Selalu kita dengar bayi lemas dalam bilik air. Kerana air sejengkal mampu memcabut nyawa kanak - kanak tak berdosa. Dalam mood amarah, semua orang disalahkan, tak pandai jaga anak, lalai, gembel, lembab, biar budak main merata, tak der kawalan, anak besar tue pun tak pandai jaga dan macam macam lagi tomahan akan kene batang idung. (Al fatihah baby Iqa)

Tapi cuba letakkan diri kita pada Si Ibu. Ini kisah kematian Nur Zulaika, anak abang aku yang kembali ke Rahmatullah semalam moga dijadikan ikhtibar.

Bukan tak dilarang, dah berbuih mulut dimarah, dibabab, di jentik telinga sebab main dalam bilik air, tapi budak - budak seumur macam tue (1 year 4 month), belum tahu lagi erti TAK BOLEH, JANGAN, NO ENTRY etc. Yang dia tahu apa yang best bagi  mereka disitu lar mereka tuju.Tak kira benda bahaya or tak.

Punca kematian Iqa adalah lemas dalam baldi bilik air. Bukan sebab ibu nya lalai, tapi mungkin terleka seketika. Sebelum kejadian, Kak Ida (mama Iqa) dan dapat tangkap Iqa masuk bilik air senyap - senyap, lalu di tarik Iqa ke depan dan diberi mainan tuk main, sementara dia pergi dapur kejap isi nasi nak bagi makan anak nya. Kalau kita estimate masa letak anak, pergi dapur isi nasik mungkin tak sampai 1 minit, tengah isi nasik dia pi carik balik anak dia, dan tak nampak di ruang tamu, terus berlari ke bilik air takut dia main air lagi, tapi tak kelihatan, berlari ke pintu depan takut main di luar tapi pintu kunci, arah adik dia cari keliling rumah, sambil si mama kembali ke bilik air nampak baby dah telengkup dalam baldi.

Rumah tak besar mana, waktu kejadian berlaku di  rumah mak bapak Kak Ida di Puchong. Rumah flat jer pun memang tak besar lar. Tak kan kalau berselisih tak nampak.

Mungkin Allah dah takdirkan dia takat tue. Kalau kita teliti balik,

Isi Nasik

Ruang depan

Bilik Air

Pintu Depan

Bilik Air

Lemas (tak bernafas)

Ye, is ibu dah carik dalam bilik air tapi tak nampak, kalau nampak mesti dah selamat baby tue. Bagi aku nie adalah takdir, Allah memang nak amik dia dah. Pandangan ibu dikaburkan hingga anak sendiri tak nampak.

Orang diluar boleh lar nak sok sek sok sek menyalah kan si ibu, tapi bagaimana hati seorang ibu? Bukan dia tak cari, tapi dia memang tak nampak anak nya disitu. Tak kan lar,dia nak biarkan anak yang dikandung selama 9 bulan, dijaga setiap hari tanpa berpisah selama 1 tahun 4 bulan, mati begitu saja.

Benda dah jadi, sila jangan salahkan orang, mungkin ini ikhtibar tuk kita yang masih hidup. Apa yang aku nampak, mungkin boleh hindar kan dari berlaku.

*************


Gambar tak bersebab

Kalau dah tau budak suka main air, jangan tadah air dalam besen yang boleh dia capai. Tong biar besar terus, tak dalam baldi or besen yang tak dak purpose sangat. Terutama baldi yang sama tinggi dengan dia. Kalau toilet dah ada paip tuk cuci berak kencing, nak wat apa nak tadah air dalam besen. Selain wat semak dalam bilik air dia jugak bahaya tuk budak. (tue alasan aku tuk lebih berjaga2)

Tutup pintu toilet sentiasa. Toilet kadang - kadang bukan harum pun, baik pintu ditutup biarkan tingkap ventilation yang buat keje pengudaraan. pintu tak payah sebuk - snbuk nak bukak.
Mungkin ada jenis bela kucing suruh berak dalam toilet tue, sila pikir 2 kali, kucing senang berak anak awak senang mati.

Buat hadang, Kalau letak dia (baby) dalam bilik, tak mau bagi dia keluar kurung lar dia seperti dalam penjara mainan. Biarlar dia bersuka ria dalam bilik yang selamat itu, tak payah nak merayap merata termasuk.
Rumah aku sampai skang ada benda nie dari ruang tamu nak ke dapur. Dibuat since kami kecik, tapi bila dah besaq nie, mak aku malas nak cabut, di biarkan je.. Ala dekat  kedai baby center pun ada jual benda nie. Kat ikea pun ada..



Pangawasan 100%, aku memang tak boleh sangat pakai benda nie. Sebab tak kan nak tengok anak tue 24/7 sampai tak buat benda lain. Sila be smart not hard

Kalau dilarang saja tak cukup, dikawal juga tak terkawal, tapi  awasi punca terus, tangani dari situ. Moga kejadian tak lagi berulang.

Nie cara di atas bukan melawan takdir, dari kita rasa bersalah menyalahkan diri sendiri kemudian hari. Baik kita ambil tindakan berjaga - jaga dari sekarang.

Al - Fatihah






Thursday, July 21, 2011

Al Fatihah: Nur Zulaika bt. Mohd Fairuz

Zulaika, adalah nama terindah yang pernah Mummy Ija dengar. Harapan Abah Iqa nak pasangankan anak - anak nya dengan sejarah Nabi2, jelas sekali.. abang Iqa bernama Yusuf.Sudah tertulis dalam sejarah Nabi Yusuf berpasangan dengan Zulaika. Dan Abah juga berharap Iqa, akan membesar secantik Siti Zulaika.

Nur Zulaika bt. Mohd Fairuz

Tak sangka pertemuan Mammy Ija dengan Iqa last friday, adalah pertemuan kita yang terakhir. Mummy Ija mengaku, mummy Ija agak geram dengan sikap iqa yang agak hiper, tak seperti selalu. Iqa banyak merangam, dan tak nak berpisah dengan abah iqa dan mama Iqa.

"Tak best lar main engan Iqa skang" yes, mummy ija merungut dekat mama iqa.
Masih terbayang lagi, suara Iqa buat bising waktu orang baca tahlil jumaat lepas. Sama naik suara Iqa. Mama Iqa mengadu dengan Mummy Ija, Iqa sepak muka Mama dengan selipar yang berbau harum yang Iqa capai, waktu Iqa dan Mama duduk dekat pintu waktu tahlil berlangsung.

"Hai, buat hai betul lar..  "

Cepat betul Iqa membesar, rasa macam baru semalam jer tengok Iqa dekat hospital, dan hari nie Iqa telah meninggalkan kami semua. Semua orang sayangkan Iqa kerana Iqa adalah anak buah perempuan pertama, dan cucu perempuan pertama dalam keluarga. Sifat Iqa yang lone ranger, cepat mesra dan badan cubby buat semua orang geram "rasa nak gigit".

Semua sayangkan Iqa, mama, abah, abang usup, mami lin, mami ija, mami ima, auntie cma, nenek peda, auntie jijah, da ramai lagi, tapi kasih sayang kami tak cukup, kerana Allah lebih sayangkan Iqa.

Terlalu singkat Allah pinjamkan Iqa pada kami. Belum puas lagi kami bermain, melayan kerenah, dan menatap muka Iqa. Semoga Iqa tenang di sana, jangan nakal - nakal. Mummy tahu Iqa adalah salah seorang kekasih Allah yang Dia sayang. Sebab tue lar Dia nak Iqa kembali pada Nya.

Al - Fatihah







Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday: Us Faminnile?


and LIKE

Tuesday, July 19, 2011

Kerja Adalah Amanah Yaw, Tarak Alasan.

Dah tak mau ngadu pasal kerja, sebab kerja adalah wajib, susah senang tue atas kita yang nak handle dia.  Kalau perangai kau jenis menangguh, on due date.. memang azab lar jawab nya. Macam tue jugak zaman studi, kalau assingment lecturer bagi tempoh  2 minggu, hari ke10 baru nak baca soalan, hari ke 12 baru nak cari bahan, alamatnya paham  sendiri lar. WELCOME TO HELL

Dah masuk zone Hell, mula lar nak salah kan orang lain, pc problem lar, printer ink habis lar, corespondent lambat reply, buku dekat library habis dijilat api di pinjam, data hilang dijilat virus, teamate tak bagi kerjasama, etc alasan zaman studi.

Cerita bab dah kerja lain plak, Boss tak bagi instruction, orang atas lambat bagi maklumat, sub con tak submit claim, consultant itu ini, Architect tukar plan, VO sana sini.. Alasan bila dah kerja mamang advance skit, semua orang disalahkan kalau kau bukan jenis kaki push orang, kerja kau buat apa? Temenung tunggu kerja sembah depan mata?, dan akibatnya project jadi lembab, cost bertambah, = project rugi besar. Company tarak untung, kau jugak tarak Bonus, lepas tue nak jugak salah kan orang, padahal diri sandiri punca utama.

Masih jugak tak serik, salah kan Company pok pek sana sini dalam FB, diri sendiri waktu kerja layan FB, Blog walking, kasi up trafik, kejar duit naffnang tak bapa sen tue, tapi pendapatan utama kau? = Makan gaji buta. Well done

Prinsip kerja adalah berbeza yer kawan - kawan. Kalau stady dulu boleh lar, lecturer bagi  assingment, baru tau ada kerja nak buat. Tapi dah kerja lain, u have to offer yourself if u wanna learn more. Bukan jadi tunggul ikut saja arahan kekiri or kekanan, tapi adakala nya kau harus ke depan move yourself. Baru lar jadi pekerja yang BERWAWASAN (aku tak jumpa perkataan yang sesuai tuk ini, main letak jer)






Monday, July 18, 2011

Virus Kereta..

Mungkin ramai beranggapan kereta adalah tempat paling selamat dari serangan viruss, bukan serangan penyagak penyamun yang suka pecah kan cermin driver rembat bag, lap top, surat khabar atau apa saja dia nampak menarik di sit penumpang.

Jika keraka korang, dok sembur febreez setiap pagi tuk menghindarkan bau kasut yang berlungguk dalam keta ( adalah standard ppuan suka simpan kasut dalam keta ) dan mematikan becteria dlam keta, ia tidak cukup untuk mematikan pembawa becteria.

Dem, apa aku merepek nie. Dalam keadaan tekak serak - serak basah, suara ala - ala garau manja, badan belum lagi naik suhu nya, aku mungkin dia jangkiti virus.. yang di sebarkan dalam KERETA.

Febreez anti becteria pun tak dapat nak hapuskan ia. Haih....... "mangsa nya adalah penumpang yang tak bersalah"

psssttt: aku selalu terkejut bila akak aku bersin dalam keta, dia punya sound &%^&%*& nasib baik aku selamat dari serangan jantung, tapi boleh lari lar feel berangan, sambil tengok cermin luar..

Skang aku bukan saja berkongsi kereta ke tempat kerja, malah berkongsi virus yang tersebar... HHhaaaacom... srrrrooooottttt... (tarik dalam-dalam..) eeeeeuuuuwwwww

Wednesday, July 13, 2011

After A Week

Setelah seminggu menyemak file, merabun kan mata usha pc (menilik dan mengupdate data), selongkar longgokkan sampah berharga including petty cash yang bertahun milik En. Boss, kutip cebis - cebis invoice, menjojolkan mata menilik bank statement, korek - korek mana yang hilang, mengusun, melekat, menstaple, menfile dan finally mengkey in dan balancing.

Masa terlalu berharga ketika itu, blog takat kene jeling jer, baca n3 yang penting sahaja. Yang dok sebuk up n3 BERSIH , KoTOR memang i tak layan. FB takat Hi Hi Bye Bye jer... otak kene fokus, nak pi toilet rasa macam punggung melekat dekat kerusi, mood makan tiba- tiba pi holiday sekali lagi, balik umah siap bawak balik homework, tido jam 3/4 pagi. Mimpi pun boleh masuk bab kerja.  Muka dah kalah Kak Pon atas pokok, siap kene sound dengan En. Boss "U look tired n hungry". "mana tak tired n hungry, dok kejaq keja hang lar Mr. Ga**n oooiii". Siap mintak bantuan tambahan lagi.. Demmmmm. I need fokus.

Akhirnya hari nie, aku dah boleh berteriak HOREY HOREY kerana segala nightmare yang serabut kepala ganggu mimpi jumpa Aroon Aziz berkata BYE BYE.

Walaupun belum siap 100% tapi, 99.99% dah pun complete. Tinggal nak final touch up dan dengar comment dan nak kasi TIAU skit En. Boss yang salu sangat malas masuk office. Natijah nya, banyak document penting hilang, tak sempat sampai ke Office.

Esok, adalah hari nya, En Boss harus tunduk dan dengar setiap comment, dan menjawab segala soalan lost and fund yang akan aku kemukakan. Sebelum kita procced to the next stage.

*Moral of the stori, Jangan Menangguh Kerja, Nanti Mesti Ada Yang Lesap" *
"Bukan i yang menangguh k, salahkan En. Boss jugak.. , salah i cuma tak force dia...."



Kene warm up balik, dah segan silu tengok blog nie.

Monday, July 4, 2011

Live Me Alone (4 July 2011)

1. Semak file for audit
2. Update file project
      a. SS14
      b. PJ TIN
      c. SS11
3. Update file account
4. Semak invoice
5. Update Sub con & Supplier
6. Buat claim
7. Kira gaji KSK
8. Semak itu ini.
9. Ini itu,...

Apa lagi nak kene buat ek, aku dah tak boleh nak pikir dah, dalam pala dok pikir bab kerja untuk seminggu penuh. Tolong doakan aku tak gila, sebelum habis minggu nie.

Jangan lar buat perangai nak malas. Amin

Friday, July 1, 2011

CCM: A Famosa, Red Buliding, Melaka

Tak habis lagi story mory bab Melaka. Mambang apa tah dok merasuk asyik nak cerita jer bab Melaka nie. Mungkin terlalu bangga dengan negeri bersih, penduduk ramah, makanan sedap, banggunan cantik, yang paling penting KHAZANAH DUNIA.

Pagi Ahad, plan nak bangun awal, nak breakfast bawah hotel, dan nak start berjalan kaki ke A Famosa. 7.30 celik mata nampak gelap, 8.00 celik mata nampak gelap + sejuk + hujan = tarik selimut. Finally pukul 11.00 baru check out hotel. Breakfast ke mana jalan kaki ke mana.

Macam orang tak der arah tuju pagi tue, so ajak Along terus pi A Famosa. Beli parking ticket awal - awal dulu RM6.00, ada 10 keping. Gores sejam - sejam. RM0.60. Agak - Agak nak dok berejam, gorek lar bebanyak tak atas dashboard, tuk elak dapat surat cinta lagi.

Aku yang tamak, gorak 2 jam... badget nak jalan lama lar tue.

Nak panjat bukit apa tah, memang tak larat, lagi pun dah pernah panjat dah sebelum nie. Jalan - jalan kat bawah jer lar. Amik - amik gambar, budget model pakai camera yang berkarat lama.


Patut lar depa banyak jual topi. Panas membako rupanya. PANAS BARAN aku di buatnya panas macam nie.

Terpaksa lar, beli lagi satu topi budget chomel. Tapi harga dia memang 2 kali ganda lar dari Jonker Walk semalam. Tapi dah terdesak macam aku, amik kan aje lar  RM10 jer pun, tak payah nak berkira sangat dengan kulit yang tengah menggelap nie. Tapi this hat belong to Along, semalam dekat Jonker Walk orang offer dia jual mahal. Time panas lagu nie pandai plak rembat topi KOBOI aku.

Tak kan lar aku nak pakai topi KOBOI, I kan Girly hari nie.  

Kalau 1st time datang dulu, memang kalut beno aku amik gambar sana sini, panjat itu ini. Tapi this time, cuma nak jalan - jalan jer lar. (Mana tah pic Melaka Trip waktu kolej dulu??)


Memang tak boleh jalan lelama lar, dah kata 1130 pagi, memang matahari dok atas pala.
Perut memang tak isi lagi, nampak Ice Cream colek. Hati terus meronta, kata NAK NAK NAK..


Layan Ice Cream depan air pancut memang layan r. Dok plak, bawah pokok.. Redup jer rasa.
Teringin kot, ada Amoi dari China, tanya ice cream yang kami makan. Past tue pakat serbu Uncle Ice Cream ramai - ramai. Memang muka rezeki kot aku nie. HAhaha..

Tengah dok sedap berjemur, depan air pancut, dengar orang pakat dok jerit, ingat kan pasai pa.. Rupanya, ada minah gedik, nak amik pic dengan ULAR tapi dok geli kemain, baik tak payah amik.. wat malu jer, orang dok gelak tengok hang jerit.

Aku yang kepoci, nak tengok jugak.. hehehe


Mau color apa,OREN or CHOCOLATE

Kalau tak berani sila bawak geng, dan bodyguard.
Pasti kan dia besar supaya proses penelanan amik masa yang lama.

Kalau berani ikut SI Cilik nie.


"Tengok Uncle ok, jangan tengok Ular"
Si seluar panjang: "Tak nak pegang"


Giler macho budak nie, berani nak mampus...
Yang lagi sorang tak payah cakap lar, muka cuak habis...



Hari mula gelap, air dari langit mula turun. Mari kita berambus pulang. Sebelum pulang, sila singgah mana yang patut tuk snap - snap, dengan camera cabuk.

Sila abaikan, photo budget ...











Suka betul aku snap - snap kat sini, semua detail banggunan nampak cantik tuk di peragakan, walaupun pakai camera cabuk.

Hujan bukan halangan,
Finally balik kereta dalam keadaan lencun 2 beradik.
Merajuk dengan hujan, balik KL terus lar....


TQ. Habis sudah cerita Melaka.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails