30 hari baik , bulan baik nie.. berebut - rebut orang pun nak jadi baik. Tak kira lar apa sebab pun, semua nak nampak baik. Hingga berkejarkan TITTLE baik itu sendiri.
1st day puasa, ramai orang memilih rumah mak bapak sebagai port buka puasa paling heaven dengan mendera mak masak makanan kegemaran anak - anaknya. Tapi bagi manusia perantau, tak ingat mak bapak, kekangan kerja, mencari rezeki diluar dan menggali ilmu diseberang sungai. Mak angkat terjun selalu muncul dalam setiap hari.
Antara mak angkat terjun yang jadi pilihan adalah bazaar dan kedai top top budget makanan mervelous penipuan dari segi visual menu. Selain masak sendiri untuk mendapat kepuasan masakan rumah even telur dan kicap jer pun dan cukup sedap.
1st day puasa, aku dangan along terpaksa terjah One Utama sebab nak cari Bufday present En Kekasih Along. Wallet Quiksilver telah menjadi pilihan hati tuk buah jantung. "Ceh bufday aku blaja kt Souled Out jer pun, tue pun bill kasi aku, suruh claim kt C.O"
Seperti biasa lar, selain mencuci mata dalam butik Quiksilver memilih barang ROXY, memang hebat juga cuci mata memandang S.A yang gantang - gantang dah tentu pangkat adik2 bagi aku. Kelip mata sekali dua, senyum semanis kurma.. Done, dah tak payah nak ngorat lebih2 mintak no telepon, or ajak berborak bagai.
Perut keroncong menandakan waktu berbuka puasa hampir tiba, baik cepat - cepat pi cari port berbuka. Otak - Otak jer tempat yang macam best dan terpikir nak pi.
Yang best tentang otak - otak nie, while u waiting for food , korang boleh main mainan yang ada kt situ. Ok aku tak tau mainan lain yang dia letak, aku cuma tau main kad Happy Family jer.
OK, suara berdua dah macam guruh, kalau bertiga comfirm ribut. Aku plak dan wat macam rumah sendiri.
Tiba - tiba, OPS?
Alamak dia masuk sini lar plak dok blakang meja tue.
Sapa dia?
Ala budak2 Quiksilver tadi lar...
Ehem - ehem, dok blakang meja jer pun, aku peduli apa, bukan berdepan pun. Makan berbuka mesti lar rakus dapat plak order Milo Toast (Roti Bakar letak Milo dan susu cair), heaven tak ingat.. kembali jap zaman kanak - kanak, curi2 milo makan ngan susu cair.
"U.... U....U...u...u.. " Nada orang memanggil
"Eh mamat tue panggil aku lar," (ceh prasan dia panggil sapa saja kt meja aku tue)
"U nak tak pakai coupun nie, buy 1 free 1. Nanti u dapat free satu main dish, tapi I bagi u 2 coupun, tapi nanti 1 main dish I nak boleh. "
"Haaaaah? tak paham " (Maklum lar otak lembab skit, makanan tak sampai ke otak lagi, tuk membolehkan ia bergerak pantas)
Berkali - kali dia explain, aku dengar macam dia dok nyanyi jer, rasa macam nak suruh dia diam dan aku nak perabis makan dulu, baru kau cite.
Memang begitu lar jadi nya. Aku letak jer coupon tak kerusi blakang aku, pemisah antara dia dan aku. And buat diam.
"U so u tak nak order apa2 ke pakai coupon nie?"
"Tak nak lar, u order lar.., "
"Guna bill u tau, tapi nanti i bayar separuh kat u"
(aku yang blur wat wat paham)
Makanan dia sampai, waiter hantar kat meja aku, aku suruh ja past kt meja blakang. Cis mesti waiter tue ingat aku nak ngorat mamat2 tue, konon2 nak blanja depa. "Harem aku nak wat mcm tue"
Time bayar, aku pi kt cashier n mintak bill. Memang masuk bill aku lar 1 of depa punya dish, terus pi kat depa mintak coupun satu je pun aku nak, sebab nak bagi settle depa punya makanan tue.
"I amik 1 jer lar, wat apa nak 2, i tolong bayar kan untuk U"
"Eh, amik lar 2 "
"Nak wat apa sampai 2, kira nya u guna bill i nak dapat free makanan u jer lar.. tak pe i tak kisah.. I tolong ikhlas jer.. malas lar nanti terhutang budi plak dengan u"
"So skang U LAR NAK JADI BAIK LAR?"
"Kenapa U NAK JADI BAIK KE? blanja i pakai coupon u?"
"..............amik je lar i memang nak bagi U"
Skali senyap - senyap rupanya akak aku dah masukkan 1 coupon dia bagi tue dalam bag, sebab akak aku blur dengan keadaan kami bertekak ala ala manja, dan dia lagi tak paham function coupon tue.
"Ok lar u nak jadi baik kan, Thanks lar for the coupon"
Terus amik coupon kt tangan akak aku bawak pi kt cashier dapat disc 100% tuk dua daripada main dish dlm bill.
Jalan laju - laju keluar kedai, tak mo pandang their group.
Habis, eh kan tadi dan cakap THANKS tak kan nak bagi no tel skali kot. Alahai adik - adik jer pun, kalau dorang ingat aku sebaya dorang, kira nasib lar kan.. Muka I kan macam umo 20 jer pun.
"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi" nada Mia Sara dalam Sekali Lagi..
(aku bukan blogger tegar boleh snap semua kejadian yang berlaku
takat story mulut ker k. )