Monday, July 30, 2012

Family Gathering 3 in 1: Bayou Coffee House

Aku dah janji pada diri sendiri tak mau up entry makanan sepanjang bulan posa kan. Tapi sebabkan blog dah macam diary harus disampaikan supaya jadi tatapan anak cucu sepapat semua. Dan demi membantu mereka - mereka yang masih tak tahu mana nak cari tempat untuk getherting Iftar nie. Aku gagahkan jugak.

Tapi percaya lar, gambar makanan menyelerakan tidak ada kot. Sebab nanti aku sendiri pun boleh tergugat.

Planning selama sebulan dari satu tempat ke satu tempat lagi. Dari groupon ke Milkdeal, ke Street Deal, ke web - web terpilih, search sana sini. Akhirnya terputus jugak venue nya. Iaitu di Bayou Coffee House terletak dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya jadi pilihan.


Mana tak pening masing - masing looking for the great price and verity of food. Kalau dekat KL memang tak dapat harga nie. Kalau ada pun, jumlah makanan yang disediakan hanya boleh kira pakai jari.

Memang every year pun akan di adakan activity seperti ini. Tapi tahun nie, macam super special skit, sebab jatuh pada Hari Jadi Naufal dan sambil - sambil tue buat Baby Shower untuk Auntie Cat.
"Yeay, we gonna get new cousin"  Fine, dah tua gajah pun dapat cousin yang little - little lagi.

Agak terkenjan jugak nak plan nie, sebab the baby will be out at anytime from now. Yelah, lepas nie kene pantang sebulan. Mana boleh enjoy makan sedap - sedap. Raya pun tak dapat enjoy the food, so she hope, she can enjoy before that lar kan.


I did this, macam tak caya jer, hasil tangan sendiri. 
"OK tipu, along tolong jugak" 

***************
Tutup kisah baby shower, dah boleh bangga dekat cucu nanti, nenek kamu pandai buat Drypers Cake. 

********

Drypers Cake tak boleh potong dan makan, tapi ini cake boleh makan. 
Walaupun, pada hakikatnya, pada ketika ini. Tak der sapa pun, mampu nak makan dah. 
Perut masing - masing dah ke depan. 

Sebab, nak cukupkan syarat. "Ko potong, dan nyanyi lar skit fal" 
Cake balance kita kasi tapau. 
Amik paper cup dia, potong cake bedak - bedak pada little - little one yang ada. 
Korang bawak lar balik cake tue. 

Of cos, lar potong cake after buka puasa kan. 

************

The intersting part is coming. 
FOOOOOOOOOOOOOOOD


Berpuluh jugak pilihan makanan yang di ediakan dekat Bayou Cafe. Dan yang paling best dan orang semua akan rasa menyesal sebab amik biryani awal - awal dalam dis. Adalah, biryani kambing. 

Kalau dalam susunan makanan, biryani kosong dia letak dulu, dan biryani kambing nie dia letak hujung - hujung line makanan tue. 

Tapi boleh katakan makanan dekat sini semua sedap - sedap. Tak  perlu menyesal datang jauh - jauh semata nak buka puasa punya pasal. 

Salalunya benda yang paling pertama fail dalam juadah berbuka puasa adalah kuih. Tak cukup rasa lar, santan sikit lar, pakai kepala dah perah lar, tawau lar, manis sangat lar. Tapi dekat sini, ko rasa nak layan jer kuih dia. Sedap betul kot. Ada kot dekat 15 jenis kuih yang sedap. 

Tandori , mee, pasta, grill, salad, rojak mamak, pecal, semua ada. Kira not so melayu dan not so mamak, dan tak jugak not so western. Kita semua sedang - sedang. Elok - elok dengan tekak Malaysia yang pelbagai. 

Nak sampai beratus jumlah makanan tue tak lar, macam dekat hotel ko bayar Rm70 ++ tue. Kalau beratus pun, bukan ko boleh makan semua pun. Ko pilih yang the best jer pun. Tapi kira sangat worth it lar. Rm39.90 jer kot. Plus tax baru RM41.++ jer. 

Mungkin sebab ramai , kids eat free. 
Yeay... 

OK, nak sambung, terkenangkan Biryani kambing hari tue. Along siap cakap lagi. Gathering dengan kawan pun nak makan kat sini lar. OK ke korang?   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails