Ini bukan berkaitan 1st day posa lepas tue tepek gambar makanan. Gara - gara gambar, bagi semua orang terliuq. Silap - silap gugat iman berpuasa. Terus pi teguk air.
Aku harap, tuhan tak matikan idea aku untuk buat perkara tak bermoral itu. Dari nak kumpul banyak - banyak pahala, dengan gambar makanan mengugat jiwa, terus kurang pahala posa. No no no...
*****
Aku dah lupa, bila 1st time aku berposa. kalau tak silap waktu darjah 1 kot. Ala posa separuh - separuh hari jer pun. Mula - mula bukak posa pukul 10a.m. Past tue up skit pukul 12p.m makin hari makin naik. Bila dah hujung - hujung posa tue dapat jugak lar complete 1 sehari, tapi tak sure berapa hari dapat.
Yang aku tau, complete sebulan posa is darjah 3 dan ke atas. Lepas umo 14 tahun, jagan harap dapat sebulan penuh. T_T
******
Semalam aku jadi saksi tengok 2 budak baru belajar posa. Nasib baik aku belum lagi bergelar mak mak. Kalau tak, pening jugak nak layan.
Yang sorang setiap 3 minit lari bukak peti ais, nak curi minum. Pantang mak dia lepa, cepat - cepat dia lari. Dah jadi adegan kejar mengejar plak.
Lagi sorang, tak payah cakap lar. Muka dah serupa nak telan orang. Tension lapo katanya. Kecundang jugak lar about 2 p.m. Dah bagi minum tak reti plak nak sorok - sorok. Dah lar lagi sorang mula persoalkan macam - macam. Sakit pala ok.
Lagi 1 cerita aku dengar semalam, anak kawan aku. Umo baru 4 tahun, di ajar posa. Lagi setengah jam nak buka, dia dah makan. Memang batal lar namanya. Dah tak tahan sangat lar tue. Mengamuk lar bapaknya. Anyhow aku tetap respect orang yang boleh latih anak berpuasa dalam lingkungan sangat muda.
Belum masuk lagi, bab upah duit. Lama - lama bankrup lar bapak ko. Nak raya kene bagi duit lagi. Nak plak bukan seringgit dua. RM10. Pengsan dengar. Please jagan jadikan anak mata duitan macam tue. Susah kalau dah ASAH PISAU CUKUR DARI MUDA.
Fine, memang susah jadi mak bapak yang nak kene latih budak berpuasa. Semua bergantung pada pendekatan yang kita bawak.
"Takutnya nak jadi mak, grrrrrrr...."
2 comments:
anak buah aku berlakon penat puasa... padahal kitorang dah tau dia minum air paip... hahahaha...
Assalamualaikum wbth.....jalan jalan ptg...
salam kenal....
nice post ttg 1st time puasa..
Post a Comment