Tuesday, August 14, 2012

Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin

Alhamdulillah syukur, itu adalah word yang simple untuk kita menghargai rahmat yang telah diberikan pada kita.

Bersyukur sebab dapat tidur di tilam, beralas bantai empuk. Makan pakai cukup, kadang - kadang berlebih dalam almari yang tak terpakai. Bersyukur ada mak abah yang boleh dipeluk bila bersedih. Bersyukur ada tempat berlindung, bersyukur ada duit untuk membeli barang keperluan. Bersyukur di bukakan mata melihat kesuhan orang lain. Bersyukur .. dan bersyukur.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat adik - adik di Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As Solihin dekat Banting semalam. Ternyata satu lagi petak fikiran aku terbuka bila berada di sini.

Mungkin ramai antara kita dan termasuk aku. Bila fikirkan bantuan ke rumah anak yatim adalah berbentuk makanan, baju - baju dan buku - buku.

Tapi pernahkan kita terfikir, Keperluan lain?

******
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin terletak di Kanchong Darat, Banting. Merupakan salah satu rumah anak yatim yang paling memerlukan bantuan. Di huni oleh seramai 55 orang anak yatim dan asnaf. 23 perempuan 33 lelaki, kalau tak silap aku lar.

Disebabkan kehadiaran kali nie, hanya terdiri dari kalangan wanita dan gadis - gadis. Makanya , attention hanya tertumpu pada adik - adik perempuan kebanyakkannya.

Ala lawatan kecil - kecilan. Nak bagi sumbangan dan kain untuk uniform raya jer pun. Bukan lawatan koperat pun. Sendiri - sendiri jer.

*******
Aku sampai elok - elok waktu zohor. Azan Zohor dilaungkan oleh seorang adik lelaki. Aku dengan mak su terus mintak kebenaran untuk solat berjemaah dengan dengan yang lain.

Ummi, adalah salah sorang penjaga di sini. Ummi, iring dan bawak kitaorong ke satu bilik, dan dalam bilik tue ada bilik mandi untuk berwuduk. Terdapat 2 almari dengan baju bersepah dalamnya. Ada longgokan baju di lantai, boleh kata bertimbun jugak lar. Rata - rata warna putih and coklat. May be uniform. Tapi, macam tak der nama pun dekat baju tue. Mungkin bercampur jer semua. Tak tau sapa - sapa punya.

Tiba- tiba terkeluar pertanyaan dekat ummi "Adik - adik perempuan mana?"

"Dorang kat rumah belakang, nie rumah lelaki"

"Habis tue adik - adik laki tido mana? Ada bilik ke lagi ?"

"Tak lar, dorang tido kat depan nie lar, tarik tilam bila malam. Bila siang dijadikan tempat solat dan activity"

"Owwwwhhhh." Pap, tersedih...

Lepas berwuduk, keluar nampak ada yang dah solat berjemaah. Bacaan imam, kemain kuatnya, dari suara aku rasa budak nie kecik jer lagi. Skali solat sunat yang dijemaahkan.

Terus parking sebelah mak su, untuk solat fardu, imam bertukar tangan. Alas sembahyang kami adalah selembar kain putih cotton diatas lantai tiles putih.

Waktu tengah sembahyang, rasa ada pergerakan dekat belakang aku. Rasa jemaah belakang makin ramai. Ingatkan tukang masak perempuan or penjaga perempuan lain berjemaah sekali. Bila bagi salam, nampak  muka - muka budak jer. Fine, adik - adik perempuan pun berjemaah bersama.

Ada 2 baris saf  untuk perempuan. 1 saf aku, dan 1 saf belakang. Saf belakang tiada alas untuk sembahyang.   Lantai biasa jer.

Waktu doa. Tiba - tiba meleleh kejap air mata nie. "Eh, kenapa nie?" Habuk masuk mata kot.

**
Selesai solat fardu, terus sambung solat sunat. Di imamkan semula by si kecik suara nyaring tue. Macam chomel jer suara dia.

Menurut ummi, memang dilatih dari kecik untuk mengimamkan solat. Mula - mula bagi solat sunat dulu.

"Owh ho cute sungguh kamu Daniel". Nie baru betul imam muda.

********

Selesai semua, keluar. Along, Kak na, mak su rancak jer borak dengan ummi. Aku merayap jap dalam rumah induk cum rumah adik lelaki. Owh bukan nak usha apa pun. Nak tengok keadaan rumah jer pun. Memang ada bilik, tapi tak kan nak bukak bilik depa kot. Di buatnya tengah salin baju ke hapa. "Tak ke malu i nanti"

Salah satu bilik dalam rumah induk. 
Entah bila masa Along amik pic nie pun tak tahu. 


Dekat dapur, nampak beras menggunung, dalam kepala mungkin dari hasil orang sedekah - sedekah. Barang kering lain pun ada.

Keluar terus ajak Along ke rumah adik perempuan. Bagi salam terus masuk. Rak buka yang sambut ko masuk. Tersusun macam dinding dekat sini. Disebaliki nampak susunan katil bagi salam lagi sekali.

"Owh, rumah adik perempan ada katil almari semua". Nampak complete skit.

Rumah gegirl 

Pakat berebut salam. Alahai, kecik - kecik jer semua. Adalar 2 3 orang yang besar. Yang lain semua macam sekolah rendah jer. Rata - rata umur antara 7 hingga 16 tahun.Yang besar, nampak sebuk lipat baju , susun baju - baju adik adik yang lain. Ada yang tido, ada yang dok berborak dan ada yang tengah bersiap nak keluar shopping.

Katanya, yang keluar shopping kali nie, untuk mereka - mereka yang terlibat dalam event sebelumnya. Baru aku tau, kadang - kadang tak semua dorang ikut pi event koperat nie.

Borak jer dengan mana yang ada. Kak Na and Cicia amik satu port. Aku, Along, Mak Su amik satu port. Tanya lar, sekolah, nama, semua. Mulut harus jaga, pertanyaan biar berhemah. Jangan ada yang terasa.

Ada kemain happy nak balik kampung raya nie ada yang tak. Tiba - tiba teringat iklan Bernas yang sedih tue. Si Cicia lar jadi artis hari tue. Maklum lar, budak kecik datang melawat, kemain happy lar dia. Semua melayan kerenah dia. Ada jugak yang tanya, "akak tido sini ke?"  
"Owh next time lar sayang, this time akak datang melawat tapak dulu k. " 

U feel like family in there. Mungkin sebab dorang dah biasa dengan kehadiran orang luar. So, memang tak kekok lar berada dekat situ. Serious aku tiba- tiba teringat adik aku kat kampung plak.

******

Lebih kurang sejam jugak borak - borak kat situ. Sebelum dapat hint untuk pulang. Dekat luar nampak rombongan untuk pick up budak - budak yang terlibat dengan event dah pun menanti.

*******
Kalau sebelum nie sebut rumah anak yatim. Dalam kepala mesti aku fikirkan beras, gula, barang kering, baju, buku, dan duit ringgit untuk didermakan. Itu perspectif dasar dalam dikiran kita.

Tapi pernahkan kita terfikir, mereka adalah manusia macam kita. Setiap benda basic adalah keperluan mereka jugak. Pandang diri sekarang, apa yang kita pakai. Bukan sekadar baju dan seluar saja. pakaian dalam pun termasuk dalam keperluan juga.

Kalau perempuan, setiap bulan mesti perlukan pad bila datang bulan. Cotton bud, deadorant, spender, baju dalam, getah rambut, hanger, sabun basuh baju pun diperlukan jugak.

Teringat cerita sorang adik nie. Bila ditanya bila datang bulan macam mana? "Kalau tak der terpaksa lar mintak dekat ummi"

Habis tue spender semua ada nama ke hapa? "tak kak, kadang - kadang kene curik. ko pakai aku, aku pakai ko, Kadang - kadang tue tak pakai pun." 

HAAAAA? 

Mungkin kita boleh cakap ala, penjaga dia boleh beli. Tapi kalau umi dan abi berdua jer yang menjaga. Sapa plak yang nak bawak depa pi shopping benda gitu kan?

Betul kita lupa benda macam tue kan.

*******

Untuk pengetahuan, Rumah anak yatim nie adalah suggestion dari panjaga rumah anak yatim yang lain.

Katanya kalau nak bantu, bantu lar rumah anak yatim yang kurang mendapat perhatian. Mereka lebih memerlukan.

Jangan kita fikir rumah anak yatim selalunya dapat bantuan, Perhatian banyak diberikan pada rumah anak yatim di kawasan bandar. Bukan pendalaman seperti ini.



********


Disini aku boleh simpulkan apa yang diperlukan oleh adik - adik nie untuk memudahkan korang memberi bantuan.

- dana berupa wang untuk asrama putera, katil, dan almari mereka
- sejadah, tikar untuk solat, telekung
- sabun basuh baju. (mana - mana rumah anak yatim pun benda nie sangat penting)
- bantal, cadar, selimut, tuala
- barang keperluan peribadi harian. sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, bedak,
- tuala wanita,
- peralatan tulis
- alat permainan untuk beriadah
- buku rujukan.
- komputer baru atau terpakai
- perabut baru atau terpakai
- makanan.
- langsir
- hanger
- selipar
dan apa saja yang dirasakan perlu.

******
Insyallah, after raya akan ada lagi kunjungan ke sana lagi. Kalau sapa - sapa nak join boleh jer. Nanti kita roger - roger.

Boleh jer beli barang dari sekarang. Nanti bila nak pergi melawat. tak terasa sangat lar nak membeli. Barang dah beli sikit - sikit. Asalkan kan niat kita ikhlas bukan untuk meriak.

12 comments:

Miss Fifi said...

kesiannya diaorang..
nak sangat pergi aktiviti mcm ni,tpi slalu tak berkesempatan :(

Tukang Karut said...

TQ... Akan aku sebarkan nanti untuk bantuan selanjutnya...

ishy77 said...

eh, nk pegi gak

Miss PIJAOSIX said...

Salam...

Aduhai, bergenang airmate mengenang betapa daifnye mereka...:)

lelakisemalam said...

alhamdullilah jika ada rezeki aku pasti sampai kesana nanti...

Misz J said...

Bersyukur larr...kan... :')

siti farzaana said...

saya mtk izin letak dkt facebook ye page awak ni...baru trsedar apa yg diorg perlukn sbnr nye...

Lizzie Yasmin said...

Siti Farzana, saya izin kan.

Hisham said...

ada account maybank? senang sikit beri bantuan

Kenari Putih said...

Kesian tengok keadaan diorang, mcm ni la hidup diorang hari2, tanpa mak n ayah, yg ada kawan2... Jauh kat sudut hati mesti diorang pon ada igt mak n ayah diorang, yela sedih ke apa ke, life has to move on..

Anonymous said...

Salam...Tadi ada call Rumah Anak Yatim ni..Dorg xder Maybank...Ada Bank Rakyat & Agro Bank. BANK RAKYAT: 110181000175

Abi Zull said...

Assalamu alaikum....
Bersyukur sangat kerana saya diberi peluangmenjaga anak yatim sebagai warden