Wednesday, October 31, 2012

Memberi pada sumber yang betul.

Entry Melekat. Sila scroll down untuk bacaan terbaru

INI ADALAH SATU KEMPEN SILA HABISKAN BACAAN ANDA:

Sekarang kecoh pasal pengemis yang menipu. Meng-explotasi kanak - kanak, wanita, orang kurang upaya untuk meminta sedekah. Dan paling panas baran bila, menggunakan agama untuk dapatkan belas kasihan.

PLS READ MORE



Last Ramadhan, bersepah dekat bazar mereka - mereka yang menadah tangan untuk mencari rezeki. Dan berpura - pura bertutup litup padahal cuba kau suruh mengucap tengok.

Aku pernah nampak satu pak cik, tak pasti berbangsa apa, pakai kopiah baju melayu usang, tadah tangan konon macam berdoa sambil goyangkan badan. Macam khusyuk habis lar. Depan dia, ada cup plastic menadah simpati. 

Patah balik, 2 3 kali lalu, aku tengok doa di baca tak habis - habis lagi. Waktu nak balik, nampak dia tengah elok tonggang air di bulan Ramadhan. "Positif thinking, mungkin dia UZUR" 

Pendedahan demi pendedahan telah dicangkul keluar berhubung isu pengemis jutawan nie.

Congak Skit. Kalau kita kerja gaji RM2500 sebulan. Maknanya dalam sehari gaji kita adalah RM96++. 

Tapi mereka, duduk 4 jam di satu - satu kawasan boleh dapat Rm200 sehari. darab lar dengan sebulan. 

Sapa lagi kaya? 

Nie bukan kaitan kaya or tidak. Orang Malaysia nie memang lembut hati. Cepat tersentuh bila nampak keadaan macam nie dan ada niat nak bersedekah. Dan cara paling mudah adalah dengan dermakan duit pada mereka yang menadah tangan di depan mata. "Yes, dah dapat pahala menderma, senang kerja" 
Tak gaduh nak pikir macam mana nak berdedekah dan dapatkan pahala. Pahala lalu depan mata jer.

*********

Tapi bila isu pengemis jutawan nie keluar, hati mula tak sedap. Terutama nampak plak Pak Cik, Mak Cik Or Adik yang kene rembat dalam Majalah 3 tue. Salah seorang yang kau penah hulurkan.

Dan dan rasa nak ungkit. Terus hasil derma tue jadi tak ikhlas

Lari bersepah pahala.

Ala mesti ada yang cakap "anggap jer sedekah itu ikhlas, rezeki dia. Kalau dia nak menipu itu antara dia dengan tuhan.  Dengan kita dah settle sebab dapat double pahala. 1 pahala sedeka dan 1 pahala di tipu."   

Tapi bagi aku itu masih tidak adil. Kalau benda nie masih berterusan pengemis jutawan balik negara dia boleh bina banglow,  TAPI BAGAIMANA PULAK DENGAN ORANG YANG BETUL - BETUL MEMERLUKAN. Mereka yang segan untuk meminta, dan bertarung dalam kesusahan?



********

Sini aku nak reader dan korang kongsi, INDIVIDU, RUMAH ANAK YATIM, FAKIR MISKIN yang  rasa perlu di bantu. Dan Insyaallah. Kita akan kongsi beramai - ramai INFO tu. 

Kempen ini, adalah untuk memudahkan kita MEMBERI PADA SALURAN YANG BETUL. Tanpa perlu mengungkit, sakit hati bila di tipu. 

Kalau boleh, sila HASILKAN ENTRI tentang Individu, Rumah Anak Yatim, Dan Fakir Miskin tersebut, atau menggunakan Tajuk "Memberi Pada Saluran Yang Betul, or apa saja yang berkaitan" untuk meluaskan kempen. 

Tujuan adalah untuk Memudahkan Individu, NGO yang rasa nak menghulurkan bantuan pada saluran yang betul dan tepat. 

Boleh tinggalkan link pada kotak comment. Nanti kita akan satukan semua. Insyaallah walaupun bukan dengan wang ringgit tapi mungkin ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
AMIN.


****************
ps: Tak payah nak pesan follow aku ke hapa. Kalau boleh aku nak benda nie tersebar jer. 
Walaupun aku tau, banyak mana sangat lar pengaruh aku dalam dunia maya nie. 
Tapi aku harap ia berhasil. 

Penambahbaikkan adalah digalakkan. 

9 comments:

fifie said...

Aku pernah jumpa dengan seorang budak foreigner yang mengemis mintak sedekah. Katanya ikhlas nak bagi kad surah al fatihah tu pada aku, tapi aku tak nak amek sebab dah tahu niat dia. Last2 dia sepak kaki aku. Gila betul budak macam tu.

Iffah Afeefah said...

erm betul

kalo nk bersedekah pon skng kene berjage2

Kesuma Angsana said...

InsyaAllah kita sama2 ye

Ros said...

Salam ziarah...

Lyaa Suriany said...

baru dua hr yg lps org mintak sdkh
hti memang kesian sgt sgt
tp nekad kan hti

Maria Elena Zarul said...

salam my dear! masyallah, thank you for this post!!
may Allah reward you for this =)

btw, thank you for agreeing to join me sabtu ni!! wo ai ni! see you there k!! <3

Anonymous said...

I look forward to reading more of your articles and posts in the future, so I've bookmarked your blog. When I see good quality content, I like to share it with others. So I've created a backlink to your site. Thank you!…

Anonymous said...

You need to participate in a contest for among the finest blogs on the web. I'll advocate this web site!

Kesuma Angsana said...

setuju sgt2