Wednesday, November 14, 2012

Sleep Talker

Pagi - pagi kepala dah berat. Berdegung tak der. Tapi bergegar tue ada lar. Mata kerja nak tutup, air mata asyik keluar sebab kerja menguap. Rupa mata tak payah tanya, rabak serupa kena gigit tebuan. Semua gara - gara ada orang sleep talking.

Kalau talk - talk sorang - sorang lantak lar. Mungkin ko bermimpi terpacut dialog dari alam mimpi ke reality. Nie tidak, aku rasa ala - ala mengingau kot. Call aku dan cakap bukan - bukan tanpa sedar. 

Mula-mula aku ok jer kot, ingat berdialog seperti biasa. Memang ada conversation di situ. Sekali dah jadi luar biasa. Siap terjerit aku dalam talifon mengamuk punya pasal. Tak pasal rumah sebelah terjaga dengarkan lolongan aku, di pagi hening yang sunyi. Rasanya Along pun ada keluar bilik dengarkan jeritan aku tue. 

Bengkak juga lar mata menangis. Siap up status sedih dekat FB. Nasib baik tak call BFF minta tenangkan hati. Dalam hati ada jugak nak buat solat istiqarah and hajat bagai pepagi buta tue. Tapi otak dah serupa tak waras, better abaikan dulu. Amik wuduk, baca 2 3 surah dalam Note terus tido walaupun hati tak tenang. 

Pagi - pagi talipon bunyi lagi. Nak angkat, tak nak angkat dah sama banyak. Sekali tangan berat, jawab jugak talipon tue. Bila tanya, apa yang awak cakap semalam. Sekali tuan badan tak mengaku. Terdapat percanggahan di situ. 

Terkena lagi, huh dia memang sleep talker. Kenapa asyik aku jer dia call. Cuba lar call dan bikin onar dengan orang lain. 

Huh scary betul dengan Sleep Talker nie. Membazir air mata aku jer semalam. Akibatnya, bukan kau yang terima. Kepala aku sakit, mata aku bengkak dan ngantuk nie sapa nak jawap? 


Terganggu n3 Deepavali aku, kasi keluar nie dulu. 
Sapa ada pengalaman dengan Sleep Talker nie,, Jom share. 




4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

erks!

Ada Acabin said...

sleep talker ni mcm mna? tak leh nak tangkap.... adakah saya sellowww?

Tukang Karut said...

erkkk... ada jugak cam ni ek...

Lizzie Yasmin said...

Ada Acabin: Dakap dalam tido is normal,. Tapi call orang dalam tido and do conversation memang tak normal. Dapat plak pengakuan tah pah apa.. huhuhu