Wednesday, January 18, 2012

Secret: Girl Love This

Kalau zaman hingusan lelehan pekat dan di sapu dengan tangan lalu melekat di pipi, pakai baju tak perlu memikirkan saiz sebab main sarung jer apa mak beli. Zaman itu jugak berdoa biarlah ia kecil dan tak membesar sebab malu, dan bila mak mula berhenti di section inner wear kita mula blushing dan pura - pura ikut abah jalan ke tempat lain kekonon itu tidak penting bagi kita.

Tapi kini, seperti satu hobi dan koleksi rahsia, untuk kepuasan diri sendiri. Bukan untuk tayangan perdana seperti gadis mat salleh. Tapi ia melambangkan satu perasaan, hish hanya perempuan jer rasa. :p

Last weekend, on saturday me n my sis, memang tak pernah pun pergi mana - mana jualan gudang tiba - tiba tertarik dengan 1 banner sepanjang jalan di area Kota Damasara. "Owww, ooohhhh menarik tertarik kau memang deboom wajib pergi.." walaupun dalam hati mengatakan "ala, salu jualan gudang nie mana ada saiz sangat."

Tapi hati tetap girang untuk sampai ke sana. Dan bila sampai "Owwwhh ini chomel, ini cantik, ini sweet , oowhh ini murah giler, apa ini brand mahal nie pasti sangat selesa... bla bla bla... " pick pick pick.... Almost 2 hour dekat situ jer.

Nah ko ingat bawang jer main timbang.. 
Pun boleh main timbang.. ala 1 pc berapa gram lar sangat. 

Cekup selagi boleh, nampak jer yang tertarik rembat jer, aku mungkin agak choosy tapi untuk Si Tak Kisah dan Sang Arif Saiz Anda.. Sila Ambil tanpa segan silu. 

Kalau aku pi dengan Along dan tentu lar Along juara RM terbanyak dilaburkan. Boleh buat stock setahun pakai, tak payah beli dah.  

Just guess if my total bill RM63.50 and Along RM94.00 how much we get. :p



Jualan Gudang ini untill 20 January, serbu selagi boleh. 




Tuesday, January 17, 2012

2nd time Broga Hill

Kali ke2, dalam tempoh 2 minggu, mengambil masa 2puluh minit, disertai 2puluh orang (main tembak jer, tak kira pun), 2+1 kumpulan, mendaki Broga pada 15 hb January.

Penuh gigih sekali lagi menawan Broga , dalam otak nak buat record jejak puncak 15 min. Tapi malang nyer, tayar pancit pada awal perjalanan. Tak perlu tahu kenapa, mungkin kesan lemak dan permakanan tidak sihat.

Mereka yang laju itu mungkin kerana menelan asap rokok setiap masa. (itu statement En. Najib)

Badan sakit, otak stress, jari malas, mood tarak layan pic sudah.

********


Hero hero yang mengexcort saya. 
Tima kasih, awk, awk, awk, dan awak. 
(betul ke ejaan itu) 
*Kene marah dengan najib gambar secantik ini tidak sharp, SORI aku memang sengaja sebab dengki.. hehehe * 

**********************
Hai pokok beso, berapa lar umur kamu. 
Sapa yang pi Broga tak jumpa pokok nie, bukan bermaksud anda tertipu, tapi dia berada di pendalaman hutan, menuju ke Gunung Tok Wan



Aku memang tak bawak mineral naik, but i bring with me MILO . 
Yang pasti dia dapat ganti kadar gula dalam badan yang hilang tue. 


Aksi cemas, padahal i had rotate this picture. 


Penjaga saya, tima kasih najib sebab sudi teman dan sama - sama pancit dalam bab kejar - mengejar JIN tiga ekor tue. huhuhu

Sebenarnya plan together with Anis, tapi malang sungguh, dah nak balik baru jumpa pasangan nie.
Alahai sweeeeeet betul dalam aksi sama - sama tergolek waktu turun bukit tue. 

Finally u made it, tawan Broga bersama. HUBBY. 

***************



Sungai Tekala. 

Kalau rasa - rasa nak tambahkan kekejangan pada otot kaki sila lar melawat dan bermandi manda di sugai sejuk bapak ini. 

We of coz not swimming sebab, bodyguard aku nak balik awal atas desakkan masalah. Tapi Kak Sue, Kak Chot and the Geng siap berpicnic ok. 

Ops, forgot to tell tell u, there have another 1 group come with us, tapi waktu aksi panjat memanjat tue, habis terabur kene tinggal. Just because my lead too fast. 


****************
TQ Najib for nice picture of this 













Tuesday, January 10, 2012

Carry On

It is may funny quote, i think it's really true. 

Life not really short like what u think but it also not longer enough untuk diratap tak sudah - sudah. 
Walau seteruk mana hidup tue, still kene carry on.
 :)


Monday, January 9, 2012

It's Suprise

Suprise lar sangat, siap sentap Laki Bini, punya ajak bercomplot. Si laki nak menjayakan suprise, si bini plak sebuk nak tido umah neneknya. Kalau tido umah neneknya al jadi, tak suprise jawabnya.

Plan asal untuk diadakan sambil picnic pun tak jadi, madam tak approve, so di RUMAH DADI sudah.

Said "Happy Birthday To Birthday Gurl" 

Everybody say CHEESE

Sisters

Tuan Rumah kene inter frame jugak. 
Dadi's my cousin's grandma. Other side lar nie.. 
Tapi me and my sis LOVE her just like Our grandma. 
She is. 

Birthday never end easily  like that. Kalau zaman kecik cenoet, mesti ada majlis tari menari, lompat - lompat main baloon, kotak beracun, bukak hadiah. baru lar meriah. 

Tapi us yang gajah ini menyedari itu majlis kanak - kanak. Tak remaja lar nak main kotak beracun dan lompat - lompat tangkap baloon, main ballon bubble bagai, walaupun itu yang kitaorang main sebenarnya. 
Pening pala jiran sebelah menyebelah, nampak yang terkinja itu sebenarnya anak dara, mak dara, dan bapak dara, melayan kerenah anak sedara. 

Ini acara remaja. membazir tepung dan telur, padahal orang kat Somalia tak dapat makan, tapi kita di sini membazir tepung yang boleh di buat roti. 

Ampun baru nak insaf, SEKEJAP

Ops, sudah kene. 

Biasalar kalau sudah kene mesti ada nafsu berdendam, and this is what will happen. 

14 June? 
Elo, depan - depan tue tak der sapa punya birthday ke? 
Kenapa semua suka sangat bolot hujung tahun? 

***********
And i said 
Padahal dalam hati. 
Jom bercuti over the sea, hope there can't get me. :p 


















Friday, January 6, 2012

Yang Over

Aku nie jenis yang over bila plan sesuatu.

Disebabkan sifat overthinking itu, aku jadi seorang yang sangat cerewat. Tak kisah lar, bab baju, pakai, idea, plan, activity, shopping, future termasuklah decoration.

Sebelum laksananya sesuatu, aku dah bayangkan hasil yang bakal jadi.So dalam proses construction tue mula  macam - macam conflict. Well u know 

Contohnya sekarang aku dalam proses nak make over bilik, dan aku dah bayangkan bilik yang penuh dengan collage di bahagian kepala katil, dan mode vintage di satu sudut. Ada picture frame, shelf tempat susun katak, lampu, dan dream board.

Combination color malap not to bright like back 50's. And of coz can't describe by word coz semua dah dalam kepala.

50's living room decoration

Betul lar cakap mak dan Along, aku nie memang susah nak paham, bila masuk bab apa yang aku nak. Kalau teman aku beli kain untuk baju kurung, jangan kata mak aku, aku sendiri pun naik rimas dengan diri sendiri. Sebab ada jer tak kene di mata aku. Last - last balik tangan kosong, nanti aku datang cari sendiri.

Mak aku siap surrender awal - awal lagi, untuk plan majlis kahwin aku. Walaupun kahwin nya pun tah bila tahun, dan calon pun tak der. Biasa lar mak - mak kn, suka sangat berangan lebih dari anaknya yang nak kahwin.

And now i'm over thinking about my cousin surprise birthday party yang akan diadakan esok.In plan akan diadakan dekat Tasik or Taman in mode picnic. Akan ada hydrogen ballon yang terapung, cake, cuppies, candy, kids (yang 3 orang tue), theme color (walaupun awl2 dah kene reject), good food, games, and family activities. Everyone get fun, full of laugh and surprise. See over kan. 

Share some idea with U, untuk yang nak berpicnic party.

Watch This Sweet Sangat











Petua Nature Dalam Kehidupan Modern


Aku mungkin kelihatan seperti seorang yang modern. Tidak menyamalkan sebarang petua dalam kehidupan harian. Tapi aku adalah seorang yang sangat edict pada nature dalam memaintainkan kesihatan dan kekonon kecantikkan. 

Aku adalah manusia yang tidak percaya pada pengambilan Vitamin, protein mahupun sebarang zat dalam bentuk tablet. Mungkin aku bukan bangsa suka telan ubat, tapi aku percayakan penyambilan secara natural melalui bahan makanan yang di ambil.


Diet harian aku, walaupun tak pernah teratur tapi aku tak pernah menolak untuk ambil sayur – sayuran dalam hidangan. Sebab aku percaya ia adalah sumber serat dan vitamin yang penting. Dah tentu – tentu dalam ia berkhasiat.

Aku bukan juga peminat ayam, tapi aku peminat ikan dan telur. So i will get protien from there. Bukan tak makan langsung ayam, Cuma aku tak bapa minat makan ayam dekat kedai lauk campur jer. Susu, dan buah memang aku tak tolak, ada jer stock di simpan sebab aku tak boleh hidup tanpa dia.

Orang lain bukan main geli dengan minyak kelapa, tapi aku memang tak lar. Sanggup kopek, mesin, perah dan masak santan sendiri semata – mata untuk hasilkan minyak kelapa. Sebabnya, aku akan sapu minyak kelapa pada rambut setiap seminggu sekali. (hari cuti lar). Bukan sebab nak hitamkan rambut, or lebatkan ia. Tapi aku percaya bahan semulajadi adalah terbaik. Tak lebat jugak rambut aku, tak hitam jugak rambut sebab masih ada kesan color sebelum nie. Tapi sebab aku percaya khasiat dia, untuk jangka masa panjang. Dan hasilnya aku dah nampak sekarang.

Kalau balik kampung, mak aku suka sangat taram kepala aku dengan daun bunga raya lar, santan lar apa lar, aku memang tak tolak. Benda tue semulajadi, bukan aku pakai chemical pun yang tak tau kesan dia. Kadang – kadang time rajin kuning telur pun boleh atas kepala dan beberapa petua mat salleh lain untuk rambut.

Mungkin konu untuk orang muda macam aku, tepek bedak sejuk memalam. Tapi itulah habit aku. Pakai bedak sejuk buatan mak sendiri dicampur dengan air gamat, dan tepek di muka. Memang keras jer muka rasa tapi you will love it bila dah nampak kesan dia dalam seminggu dua pakai.

Kulit makin halus, bangun pagi nampak kulit cerah jer. Tapi bagi kulit kering macam aku, jangan lupa pakai pelembab esoknya. Sebab it may dry ur skin. Jerawat, kulit kusam, minyak, parut jerawat, sun burn semua hilang lar. Auww i suka lar. Tak perlu membazir.

Haip, sapa cakap aku tak pakai product lain, malam jer aku pakai benda tue. Siang i tepek my lovely Nutox  lar.

Seminggu sekali jugak aku suka sangat pakai masker telur, juga aku tak tau kesan dia sangat. Tapi lepas pakai aku  rasa kulit jadi tegang, dan kelihatan lebih cerah.

Banda Nature yang sangat miracle, banyak kegunaan dia selain rambut, kulit, dan sangat bagus untuk kecantikan kuku. 


Pakai scrub daun jambu. Kalau ikut petua orang dulu – dulu, ia bagus untuk hilangkan bau badan. Tapi aku suka sapu satu badan sebab lepas sapu aku rasa kulit halus, dan tiba – tiba terasa suka membelai kulit sendiri. Untuk yang ada bau badan u will get both benefits, hilangkan bau badan dan kulit jadi halus.  Dah tentu sisa - sia kulit mati , lari merata. 

Mana nak dapat daun jambu batu, harap balik kampung lar jugak jawabnya. Mak jugak yang suka sediakan. Kadang – kadang tiap kasi tapau bawak balik KL. Sebab itu I LOVE MY MOM. 

Semodern mana pun zaman kita, tapi secanggih mana chemical dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan . Sumber asli natural adalah still terbaik, sebabnya ia dari hasil sebenar tanpa produck campuran yang kita tak tau kesan dia pada masa akan datang, dan keserasian pada kita. Takut jugak campur – campur chemical kang jadi chemical lain plak.

Sama macam makan MSG dalam makan, memang sedap tapi hasilnya, kancer lar, keracunan lar dan banyak lagi.  

Sekarang tak perlu risau untuk dapatkan product Nature di pasaran, bagi yang malas untuk amalkan petua - petua kuno. Kebanyakkan product nature di hasilkan dari sumber asli tanpa pengawet jugak. Tapi perlu diteliti jugak kandungan dia. 

Thursday, January 5, 2012

Bersila Lar Kita

I have 1 habit, yang semestinya tak dapat diubah mahupun diubati. I have 2 simple reason dan tak masuk akal untuk dijadikan alasan kenapa aku suka sangat bersila.

Bersila memang tebiat ke or ia adalah budaya masyarakat timur. "Apa yang ada pada bersila yang kau nak kecoh kan Cik LIz Oiii" 
"Orang lain pun bersila jugak"

Tapi tebiat bersila aku nie boleh dikatakan agak kronik, dan tah pah pe. Kalau takat duduk kat meja office nak dok bersila tue memang tak heran lar, dok kat rumah apatah lagi. Tapi kadang - kadang ia terbawa - bawa sampai ke kedai makan. Kalau takat kedai mamak tak kisah jugak, tapi sampaikan ke Undangan makan dekat Hotel Semperna Annual Dinner pun aku boleh taram dok bersila juga.

Ada aku kisah kalau dok lepak kat Garden dengan Ajib n Kak Sue, sambil dok bersila atas kusi. Tak kisah lar aku pakai skrit ke, seluar pendek ke, baju kurung ke, boleh jer aku dok bersila.

Kalau dapat jemputan kenduri, aku dengan bukan main ayu, mungkin pakai kebaya, baju kurung, or kurung modern yang ketat itu, mungkin nampak agak ayu, dan sila lar ushar bagaimana aku duduk yang disorak oleh meja. BERSILA ok. Sapa nak nampak? Orang nampak atas jer. Tapi kalau tiba - tiba nak bangun mengejut mau lar terhegeh - hegeh keluarkan kaki dan betul kan baju yang ternaik tinggi tue.

Aku jugak tak heran kalau tiba - tiba aku tak larat, dan boleh jer duduk bersila di kaki lima, semata - mata melepaskan leleh.

And now time taip this n3 i was sitting sambil bersila di Starbuck. Paling tak selera, bila ada sorang apek, looks like bussinessman look at me, dengan pandangan tak puas hati sebab aku dok bersila depan dia, sedangkan dia siap bersilang kaki berlagak orang kaya. Ye mungkin dia kaya, coz talk about business in ICT , dan mula mengumpan CEO itu, dan CEO itu, oleh itu penampilan harus di jaga.

Of coz u wanna know why i love to sit like this, of coz lar sebab aku tak suka kaki aku berada dalam keadaan tergantung dan paling penting, kalalu dok bersila aku akan terasa kaki aku panas, kerana aku sering mengalami masalah sejuk kaki. Owh sungguh orang tua.


if u tell me that's so selekeh. I will said "Itu untuk keselesaan aku, apa aku kisah" 
Bukan tak pernah kene tegur.
Kene tegur dengan Boss sendiri pun dah pernah aih, becauce this habit. 

Dil To Pagal Hai, dan memories zaman dulu.

Merajuk, menangis sampai tertidur itulah keje aku bila merajuk dengan mak dan along yang suka sangat memonopoli TV bila time cuti sekolah, terutama pada hari Jumaat dan Sabtu .dikala petang (Kedah cuti Jumaat n Sabtu ok)

Aku memang tak paham, kenapa dorang nie suka sangat tengok cerita yang aku tak paham bahasa dia, asyik kejap - kejap menari dan menari, cerita plak suka beno ada aksi gaduh dan bawak parang.

Memang tak pernah pun aku tengok sampai habis, sebab mulut waktu tue asyik mengomel tak puas hati lalu terbawak ke tidur.

*********
Tiba - tiba satu revolusi muncul dalam diri aku. Waktu balik kampung umah nenek. (tak kampung sangat lar umah nenek aku kat KL, umah aku kat kedah). Nenek asyik pasang cerita hidustan. Mana tumpahnya pengaruh kalau tak ke anak cucu.

Dah dasar ada darah  kaum kerabat mesti benci macam mana pun tetap jatuh cinta punya. Zaman tue tengah hot cerita Dil To Pagal. Lagu Le Gayi menjadi siulan waktu basuh pinggan, time kenduri arwah. Arwah nenek memang suka buat kenduri arwah.

Termasuk lar waktu kenduri kahwin Auntie Maya (mak cik aku)  siap ada malam tema Bollywood dan lagu yang dimainkan mestilar Le Gayi dari filem Dil To Pagal. Siap gerak tari mampu dihafal oleh segenap umur. Seperti pengaruh Single Ladies by Beyonce dan Nobady by Wonder Girl.


Tiba - tiba waktu tue result UPSR pun keluar, dan disebabkan keputusan cemerlang 4A 1B Dada (atuk aku) nak berlanja cucu dia pi tengok wayang dan guess what? Of coz lar cerita Dil To Pagal, dan semestinya itu kali pertama aku jejak Panggung Wayang.

Dada belanja lar sangat, dia beli ticket dan dia tinggal jer kitaorang kat panggung tue dan datang amik balik waktu cerita dah habis.


***********
Orang kata Cinta Pandang Pertama, akan sentiasa tersemat di hati dan sanubari.

Dan itu cinta pertama aku terhadap cerita hindustan yang selama ini ditangisi sebab menyampah nak tengok. Dan cinta pertama pada Shah Ruck Khan hero yang tak makan tua tue. Sampai sekarang aku masih minat dia  character SRK sebab gilakan watak gila - gila, kelakar, lomantik, rambut, gaya. Kadang - kadang boleh jer senyum sorang sorang terbayang diri ini heroin dia.. hahaha..

Evolusi Dil To Pagal memang tak habis di situ. Mamang boleh menyebabkan orang Pagal (gila)  dengan dia. Mak aku yang tak pernah - pernah beli kaset boleh beli kaset lagu cerita tue. (zaman tue mana ada CD lagi). Dan setaip kali naik kereta nak hantar aku balik asrama, mesti lagu tue jer yang bermain dalam kereta, sampai boleh hafal lar.

Paling dasyat aku boleh bayangkan, video clip , dan  cara dia menari sekali. Hebat sungguh pengaruh itu. Sejak dari hari tue, aku tak pernah tolak bila ada cerita hindustan main kat TV. Dan mula lar berangan, nak jumpa soulmate macho macam dalam cerita tue. Sungguh Hampeh dan melalai kan. :(

*********
Semalam boleh plak TV2 tayangkan cerita Dil To Pagal , dan tiba - tiba memory zaman kecik terimbau. Dada dan nenek pun dah arwah, Auntie Maya anak pun dah besar, baju tema Bollywood pun aku dah tak muat pakai, step menari pun dah lupa, lagu apatah lagi.

Rumah nenek pun dah tak der, sebab dibangunkan sebagai Apartment. All the memories tertanam macam tue jer.

Tapi cerita tue rasa macam baru semalam dimainkan. I miss all the memories, rumah lama, bau Dhal nenek, suara nenek membebel, bau Dada lepas mandi, bilik gelap, maggi telur, kenduri, chapatti and the most thing I miss Dada and Nenek so much. Al - Fatihah .

Dada always been the best dan paling sporting. Mungkin tak banyak cakap, tapi selalu sebelahkan cucu dia bila kene marah dengan nenek. Dan jadi pemerhati terbaik. :p








Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday: Life


When I meet Broga in New Year

Dikala semua orang tengah layan concert, tunggu bunga api dekat dataran, The curve, KLCC, Sunway, tepi sungai Bandar Baharu (Kg Aku), aku plak malam New Year tengah layan mata dipujuk agak cepat tido, sambil memeluk empuk Chipmuk yang setia berada di dakapan.

Petang 31Dec aku dah ribut keluar hang out besama teman sedakapan yang dah lama tak jumpa. Tiba - tiba dah jadi jejak kasih plak. Setelah hampir 4 tahun tak ketemu akhirnya dapat jugak jumpa Kak Sue, teman peluk cium waktu zaman kerja partime dulu. Tiba - tiba terimbau kembali zaman perang di hari minggu hantar pizza, main kejar - kejar di Kitchen, pesta telur teping bila ada sambutan hari jadi, kes merajuk dengan manager yang mulut macam cilaka, mop satu kedai pinggang macam nak tercabut dan macam - macam lagi. Semua tue telah menggalakkan kehidupan lasak aku.

Sapa sangka dulu aku seperti jantan, tapi kini penuh lemah gemalai.

******
Of coz balik sebelum jalan jem, sebab aku tak kuasa nak tengok Consert, dan Kak Sue dan Najib nak balik segera. Sebabnya esok pukul 4 pagi harus meninggalkan tilam empuk  semata - mata untuk menikmati matahari terbit, di Broga.

******

Sungguh janji orang putih, pukul 4... pukul 3.30 aku dah bangun, kejutkan along. Seperti biasa aku memang tak kuasa nak mandi, sebabnya nanti bakal berpeluh jugak. Sarung baju, seluar dan bersedia untuk berambus.  Tapi Along wajib mandi.

Tiba - tiba jadi janji melayu, pukul 4 baru nak keluar rumah, nak amik anak dara Si Najib lagi, dong ting tong pukul 430 baru gerak ke Semenyih. Mujurlah 530 dah sampai kaki bukit.

Manusia tak berapa ramai, hari masih gelap gulita. Jalan laju - laju sementara nampak ada group yang nak daki bersama. Kami hanya bertiga, wijib lar follow mana - mana group di depan supaya tidak sesat.

Alhamdulillah, pukul 6pagi dah sampai di atas. Belum sempat lagi matahari membuka tirai kami dah teropong menanti.

Actually it's still dark when we reach up there. Hilang plak penat bila dah sampai puncak 



TQ Ajib, sebab ajak, sebenarnya plan nk naik skali dengan budak Kelab Photography dia. 
Skali dorang cancel last minit. Kitaorang main redah jer bertiga pun jadi. Tak gaduh angkut ramai - ramai. 


The person yang pancit, "demi Broga aku daki jua". 
Tq Along sebab company me. Walaupun dia dah serik untuk masa terdekat.

Ajib lar yang paling enjoy. He take a lot of candid picture. Anak orang, bapak orang, awek orang, bontot orang, semua dia snap. And his picture are excellence. 

Us, wajib ada pic adik beradik. 

n Me yang melentuk liuk.

Penat, lapar dahaga, sakit kaki, lutut hilang when u meet she. She yang malu - malu kucing menyintai hari. 
What the nice scenery 



Dah naik harus lar turun, tak kan nak panggil Pertahanan Awam datang dukung. "Ya Ampun, ingatkan jalan jer jem, rupanya nak turun bukit pun jem." hingga ada nya mengesot. 



Bye bye Broga, We will meet u another 2 week. 
Next climbing on 16 Jan 2012. 


Dah penat, plus package lapo. Nasik Lemak Peah and Hot Milo adalah terbaik. 
Tq Ajib lagi sebab blanja. 





Sekolah Zaman Sekarang

Aku bukan nak bandingkan sekolah zaman aku Nippon dulu dengan sekolah zaman Besi skang nie. Tapi kadang - kadang macam tak releven jer kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sistem pembelajaran yang berlaku.

Zaman aku sekolah memang dah ada makmal kekonan canggih dan memberi kemudahan pada pelajar untuk belajar terutama melalui technologi seperti internet bagai. Sumpah aku mengaku, zaman form-form nie aku memang tak tau apa itu internet maklum lar zaman Nippon, tinggal plak kat kampung. 

Masuk makmal komputer cikgu ajar buat power point, taip - taip words , excell jer. Adakah itu pendedahan yang diajar? Ok lar mungkin ada baiknya, kalau tak macam mana boleh buat assigment kat kolej kan.

Internet dah ada tapi untuk kegunaan cikgu sahaja, ajarnya memang idok lar. Lepas tue complain student tak pandai pakai kemudahan. Sedangkan bila kami perlukan komputer untuk hasilkan project waktu tue, takut - takut nak bagi, takut rosak lar , meletup lar, virus lar, sudah nya bukan student yang pakai tapi cikgu2 jugak dapat habuan. 

Itu cerita zaman Nippon. 

Zaman besi skang nie berbeza. Pelajar terpilih dapat notebook percuma dari kerajaan, termasuklar adik aku. Walaupun tak sepower laptop aku, tapi ia cukup membuatkan dia terasa riak dan asyik nak menayang jer. 

Tak cukup dengan itu, dekat sekolah dah ada kemudahan Wifi, untuk pelajar mengexcess internet. Kekonon untuk kemudahan belajar, tapi ko rasa dorang pakai untuk belajar ke? Keje update status FB dan game adalar. 

Cikgu plak tak nak pun share web - web yang berguna. Pembelajaran masih seperti biasa menggunakan cara manual. Sedangkan satu kelas dapat notebook percuma tue. Boleh jer, kalau gunakan untuk jadi bahan mengajar. 

Mcm nie lar Notebook free tue. 
Pic rembat Sini 



********
Sedangkan kakak nyer yang naif ini hanya dapat pakai makhluk itu pada usia 24tahun. Kat kolej pun husung komputer besar gedabak, bila nak pindah, itu yang sentiasa menjadi beban nak ngangkut. 

*******
Sekarang aku masih nak kertawa terbahak - bahak. Adik aku dah study dekat Politeknik, dah sem 2 dah pun. Bila ditanya, "kat kolej mesti ada WiFi free kan?" jawab nya dengan nada kesal dan keciwa. "Ada, tapi kene bayar untuk excess dan montly fee"  

Adakah ini releven? Di sekolah ada WiFi free untuk kegunaan pelajar yang tak bapa nak penting, tapi di Kolej benda tue umpama "makan nasi tak berlauk" tapi harus dibayar untuk excess. 

Nasib lar ko Min (nama adik aku). Mamak pun WiFi free pi jer lepak sana. 


*Tiada kene mengena dengan issue politik, jangan tiba- tiba ada kebangkitan plak. 






Tuesday, January 3, 2012

Tak Untuk Cinta, sebelum berjaya


Sebelum nie aku salalu tertanya – tanya kenapa ada orang tak nak berCinta? Sedangkan bercinta itu hebat , rasa seperti disayangi, ada orang ambil berat terhadap kau selain dari keluarga dan kawan – kawan, boleh keluar datinga dan ada tempat mengadu. Bermanja serta mengada – ngada, tempat meluahkan perasaan marah, sedih dan gembira. Seseorang yang tak pernah jemu dengan kita kerana  sayang. Ye, bila difikir memang rasa hebat tapi sedar tak, kadang – kadang ia merimaskan.

“YE, MERIMASKAN”

Bukan sebab ada orang peduli dekat kau, tapi rimas dengan perasaan sendiri. Terutama pada mereka yang tak dapat kawal perasaan tue. Memang dia yang kau sayang, dan cinta, yang kau fikirkan sentiasa, tapi kadang  ia akan menjadi sesuatu yang melalaikan.

Sebab tue lar, ada yang melarang kita bercinta waktu belajar kerana takut hilang FOKUS. Mungkin ada yang tak setuju, sebab mereka dikalangan yang pandai kawal perasaan tu or tak nak mengaku sebab perasaan sayang tue membuak.

Sedar atau tidak, jika bercinta dan terlalu sayang kita akan fikirkan Dia sentiasa. Makan, mandi, tidur, study, memerut pun boleh ingat dia. Boleh jadi lebih teruk bila kita, akan berangan tentang dia. Berangan bila korang dah kawin kelak, nama anak mungkin “Melatisukma” or apa jadah, perancangan honeymoon, apa bakal korang buat suprise waktu dating akan datang, dan tiba – tiba gelak dan cakap sesorang.

Ada yang sampai tak boleh buat benda lain selain fikirkan Si Dia, padahal ia tak bawak faedah pun. Mutu kerja jadi terganggu, belajar jadi lintang pukang hanya kerana asyik fikirkan Dia. Padahal dating seminggu dari sekarang tapi berangan nya 2 minggu dari tarikh sebenar. Dah get ready dan berangan apa nak buat, apa nak dibualkan, apa akan jadi, memek muka chomel macam mana nak kasi dia feel dan sebagainya. Semua yang korang buat mesti sebab dia bukan sebab diri sendiri. Yer itu adalah pengaruh buruk, dan bakal buruk kan diri sendiri.

Sebab tue lar, ada yang menggalakkan korang bercinta bila dah sampai tahap umur tertentu. Bukan bermaksud untuk menyokong nasihat tersebut, tapi mungkin ada relevennya. Bila kita dah matang kita boleh fikirkan sesuatu yang baik dan buruk, juga pandai kawal perasaan diri.

Ramai yang mencari kejayaan lari dari hidup bercinta, hanya kerana untuk menumpukan perhatian pada sesuatu bidang dahulu. Memang bodoh lar, sapa yang tak nak bercinta.. tapi  mungkin mereka ini sedar , tahu dan pernah alami situasi GILA SAWAN BILA BERCINTA (hanya berlaku pada sesetengah orang) . Lebih baik elakkan diri dulu, kejar apa yang patut, bila dah tiba masanya IA PASTI BERLAKU.  



Monday, January 2, 2012

Janji

Aku paling benci bila orang berjanji. Bila seseorang berjanji dengan aku, aku mungkin seperti tidak endah kan, tapi bila berkeras kata "Saya janji dengan awk... " "Aku berjanji dengan kau..." "Betul aku janji..." Ini akan menimbulkan kemarahan pada aku, bila janji tidak ditepati.

Aku adalah jenis manusia paling tak kisah dengan kata - kata , mahupun omongan kosang. Tapi bila bab janji memang aku sensitive skit. Terutama bab janji nak bayar hutang, janji untuk berjumpa, janji yang menyebabkjan aku tertunggu - tunggu


Aku bukan kebulur sangat janji tue, tapi aku jenis pegeng pada janji. Kalau janji takat sekali kau ulang tak pa. Kau sendiri dok ulang berkali - kali tanda nak amik hati ke hapa ke. Memang aku bakal tuntut.

Dan cara aku menuntut plak, bukan kasi propa ingatkan ko, or bising di FB sambil memaki hamun. Cukuplah takat memberi hint kalau kau tak paham tue, aku bakal berdendan dalam hati.

Mungkin kerana hati aku suci murni tak mampu meluahkan dengan cara kasar, sebab aku spesis suka jaga hati orang, dan suka sangat luluh bila diberi alasan. Alasan aku tak pernah kisah, asalkan ia releven, jangan masih terus berjanji.






Sunday, January 1, 2012

Azam Yang Harus Dicapai Edisi Monolog: Bag Pack

Mode: Serius ala2 tulis diary. Masih Liz menaip, jgn pitam.

Adakalanya bila kita nak lakukan sesuatu yang sangat di inginkan tapi tak tercapai akan buat kita rasa geram dan penuh gelisah. Biarlah benda tu baik atau buruk tapi ego dan kepuasan tak pernah terlepas selagi ia tak di realisasikan.

Hati akan meronta, nafas tak pernah lega, otak ligat berfikir bagaimana dan macam mana. Rimas dan lemas, bila difikirkan. 

Aku akan pastikan 2012 akan merealisasikan satu dari pada keinginan aku. Impian dalam mencari diri sendiri, tanpa pengaruh orang keliling. Kaki melangkah di tempat asing, berjumpa dan berkenalan, mengamati budaya dan alam. Tak perlu berkurung dan terperangkap dengan dilema teman. 

Identiti sendiri perlu diterokai, bagaimana dan siapa kita bila sendirian. Selama nie aku terlalu terkurung dan tertanya siapa aku. Kerana aku sangat mencari, berbintang Gemini selalu mengelirukan. 

Dua personality buat aku gusar. Di sana aku seorang yang happy go lucky, di sini aku sorang pendiam dan menyendiri. Ini perlu di settlekan. Bukan untuk mempersoal, tapi melihat sapa diri sebenar. Yang mana satu sebenarnya mempengaruhi diri bukan dipengaruhi oleh orang lain. 

Bukan bermaksud diri ini lalang, tapi aku sangat senang mengemBOO di kandang lembu dan meNGEMBEK di ladang kambing.  Biar kali nie aku lihat aku akan mengemBOO atau meNGEMBEK. 

Aku akan rasa hebat dapat berjumpa orang yang aku tak kenali, berada di tempat asing penuh mencabar. Makan, berehat, berjalan dan menerokai hanya aku dan Bag Pack ku. 

Bukan tak pernah bag pack sebelum nie, naik flight seorang diri dah berapa kali aku buat, sampai ke tempat asing. Tapi kali nie, jangan ada yang menanti. Di mana akan ku pergi? Mungkin tak jauh tapi biar ianya tenang. 

Nie bukan bag packer tapi balik kampung namanya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails