Friday, March 23, 2012

Lari

Dah 2 kes dalam minggu nie melibatkan, remaja belasan umur lari dari rumah. Dua - dua kes nie jugak digembar - gumburkan sebagai kes culik.

Kesian mak bapak , menangis meratap, pi balai polis buat report, upah orang buatkan poster, dah tue terpaksa amik cuti pi tampal poster sana, sini, dengan tak makan risaukan anak, kehulu ke hilir tak tentu arah cari anaknya. Itu belum kira lagi, berapa banyak air mata mengalir. Bapak yang selama nie ego dengan perasaan, pun boleh meleleh air mata tau kalau benda buruk jadi kat anak.

Tiba - tiba anak dengan sedapnya pi dating, lari pi rumah boyfriend kononnya laki tue boleh tolong settlekan masalah. Padahal mak bapak yang membanting tulang dari siang ke malam besarkan ko, bagi ko makan, cebuk berak ko dari kecik, belikan mainan, hantaq pi sekolah, beli baju baji  (rekaan sendiri) ko pakai,  last - last boifriend jugak ko cari. ?


Apa lar jantan tue bagi kat ko.? nak kata bagi kasih sayang, mak bapak bagi lebih dari tue. Depa sanggup tukar nyawa lagi dengan hang, kalau itu yang dipinta.

Serious, aku tak paham, mana letaknya otak dan fikiran bila sanggup buat semua nie. Umur baru 15 tahun, tinggal plak zaman millenuim nie. Bukan zaman batu, or zaman tok kadok yang semuanya boleh cari dalam hutan.


Belajar tak habis, lari sehelai sepinggang, kalau ada duit pun agaknya cukup - cukup untuk 2 hari ja. Itu pun kalau ko tak menjoli. Duit tue plak , rembat dari wallet mak. Kononnya nak lari hidup dengan boifriend, nak bina hidup baru. Biar padan muka mak pak yang asyik membebel marah ko itu ini dan semua tak boleh.

Hello, umo ko baru 15 kot, memang dah cukup besar untuk beranak kalau boleh, memang dah ada kuderat nak kerja, dah cukup besar untuk hidup sendiri dengan boifriend yang bukan Engineer pun dan bukan jugak Pegawai Kerajaan yang ada income bulan - bulan. Tapi pekerja kilang, makan takat cukup lalu tekak ja, itu pun untuk diri sendiri, hujung bulan mintak mak dia jugak tong kan duit minyak moto.

Di kaburkan dengan perasaan cinta memang ko kata BOLEH. Nanti ko cari lar KERJA. Ok. kerja apa yang boleh buat? Kalau takat umur 15 tahun, kerja kedai makan ja orang berani amik, dengan bayaran sejam RM3.00. Berapa jam ko boleh kerja?, sedangkan makan kat rumah pun, masih mak ynag cucikan pinggang, nie kan plak nak bersih table, kaup sisa makanan orang, bersih semua, sapu lantai, mop kedai, kerja berdiri paling lama ko boleh tahan 6 jam ja. Itu belum tambah lagi kalau order lambat or salah, orang maki segala. Dorang maki bukan macam mak ko marah pada anaknya. Tapi maki macam ko tue sampah jer.

Sanggup ke? 

Berapa lama jantan tue boleh tanggung ko, silap haribulan dia dulu lari balik umah mak bapak dia sebab tak sanggup bela ko, dan ko plak tinggal macam tu ja.

Cinta bukan boleh bagi ko makan, cinta juga tak ajar ko apa yang di ajar kat sekolah, cinta tak boleh buat duit, cinta jugak tak kejar cita - cita, cinta jadikan ko orang kaya, cinta tak jadikan ko pegawai, cinta bukan segalnya.

Cinta yang mengusahkan itu, adalah Cinta Monyet.



Note: Kalau tak puas hati dengan mak bapak, Sit and Talk, baru cara orang besar. Bukan lari. Kalau lari memang tak selesai apa pun, tapi tambah lagi ada lar.