Friday, June 1, 2012

Turn me OFF

Jangan ingat laki jer suka tengok perempuan lawa. Perempuan pun suka tengok laki kacak, "er bukan kacak, kemas kot, er bukan kemas, bergaya kot, er.. bukan - bukan". Tapi bergantung pada mata nak catch sapa jer yang lalu di mata.

Reason dia sama seperti lelaki  bukan nak ngorat nak buat Boifreind or Scandal pun, tapi sekadar cuci mata. Kalau handsome terus cuit kawan sebelah dan muncungkan mulut arah berkenaan. Kalau tak handsome bukan nak jadi bahan kutuk pun, diam sudah..

Tapi masalahnya akan berlaku bila terpandang benda yang tak kene pada masa dan ketikanya.

Contoh 1: 

Semalam dalam kereta, waktu tue tengah nak cari parking dekat area Shop Lot Damansara Perdana sebab nak singgah office Kak Mazni, nak ambil lauk dia masak nak bagi pada adik - adiknya yang kebuluran nak makan Kari Ikan yang sedap homemade. Sweet kan Kakak itu.

Back to the story:
Tiba - tiba mata tercatch sorang mamat dari belakang. Boleh kata ketagori handsome lar, kalau ranking boleh bagi 8 dari 10. Belum lagi nak cuit Along cekat sebelah tiba - tiba nampak mamat tue tengah rentap sesuatu dari hidung dia, di tengah - tengah jalan. "Ops, ok u turn me off lar." terus rasa tak handsome dimata aku.

Kalau yer pun bulu dok cucuk lubang hudung, tunggu masuk kereta lar, baru nak rentap ke hapa.

Contoh 2: 

Port paling best kalau nak usha salunya mesti kedai makan. Entah sapa lar suka - suka cakap kalau nak ushar mamat or minah cun kene gi tempat highclass.

Aku paling tak setuju, dah tentu - tentu kalau tempat highclass nie percent nak ushar yang single kurang. Apapun bergantung pada niat. Aku memang salu niat nak makan jer, kalau dapat cuci mata tue tak kira bonus pun. Kira pandang jer lar.

Yer kalau muka handsome kita akan espect dia elok dari segalanya. Tapi kalau muka handsome makan berkecap kecip. Maaf awak tak handsome bagi saya.

Sebab tak kira laki ke perempuan bagi aku, sila jangan makan berbunyi. Sebab ia terlalu huduh dan mengelikan bagi aku. Pantang sungguh aku bab nie, boleh tinggal makan terus. 

Contoh 3: 

Nie aku tak tahu ada orang sokong or tak. Tapi bagi aku ia sangat penting dalam bab penampilan.

Trend sekarang ramai lelaki suka keluar pakai kasut. Mungkin ak nampak smart dan apa - apa jer lar.

Memang nampak smart pun.  Tapi aku cukup tak berkenan kalau pakai kasut tapi tak pakai sock.

Hygiene kot. Dah tentu - tentu kalau tak pakai sock kaki akan berkepuk peluh dan bau. Kene plak jenis kulit sensetif dan kasut yang tak sesuai, bila bukak mula kaki bau ikan masin.

Tak suka ok.

Kalau rasa - rasa nak isi borang dengan aku, blaja - blaja lar pakai stoking. Kalau tak awal - awal lagi kene reject. 

Errgg: tiba-  tiba teringat kes 2 tahun lepas kaki Project Manager aku bau ikan masin. Sebab dia baru balik site waktu tengah hujan. Masuk site office bukak kasut, sapa pun tak berani nak tegur sebab bau melampau.