Thursday, July 12, 2012

10 perkara student akan buat di Ikea.

1. Makan meatball or karipap

2. Simpan cup ikea, next time datang bawak cup tersebut. Sebab air free refill.

3. Jalan - jalan sampai lenguh kaki. Sebab ikea hanya ada 2 jalan keluar. Samaada nak patah balik or teruskan hingga penghujung.

4. Try, test, baring, duduk pada semua sample yang ada.

5. Veragan future house, dan buat ayat lomantik pada boifriend. "Yang, nanti rumah kita i nak macam nie tau" 

6. Beli frame gambar berharga RM5.90 cap Ikea. 

7. Tarik nafas dalam - dalam, konon bau gudang Ikea tue best. .

8.   Ambil gambar dan post di FB

9. (Isi tempat kosong apa yang anda buat di Ikea) aku dah tak der idea. 

10. Kutip souvenir

Tuesday, July 3, 2012

Jiran, do u care?

Semalam dapat tau rumah, exhousemate aku kene rompak. Waktu dorang pi honeymoon dekat Krabi. Padahal kawen bulan Nov last year, sama dengan cousin aku. Honeymoon baru sekarang. Best betul perancang. Tak payah gopoh, mampu merancang perbelanjaan.

Dorang pi hari Isnin last week, balik jer dari Krabi terus balik pi Temerloh kot, balik umah husband dia, lepas tue, pi balik plak kampung bini dia dekat N9. Ahad baru balik umah.

Balik tengok pintu umah tenganga. Barang tak der lar bersepah sangat. 2 biji laptop hilang, entah apa lagi tah yang hilang tak sure. Yang pasti barang kemas bini dia tak terusik. Sorok celah mana aku malas nak tanya. Hebat jugak tempat persembunyian tue. Langsung tak dapat dikesan.

Tapi, yang tak best nya, keta laki dia lesap. Padahal dorang dok umah Apartment kot. Rumah kene rompak keta pun hilang. Cerdik jugak perompak nie.

Ko rompak rumah orang, jumpa kunci spare, main -main alarm, keta mana bunyi, terus sapu skali.

********
Rompak, sah sah dah settle. Wat report polis, report inssurance maka settle lar. Tapi yang tak syoknya.

Pintu rumah ternganga bapa hari tak tau. Bila soal siasat jiran, dorang cakap since Tuesday dah melohong pintu tue. Tak sapa pun peduli nak wat report ke hapa.

Biasa lar dok KL, mana peduli jiran sebelah menyebelah. Jumpa pun sebulan sekali kot. Tu pun bertembung depat lift, tak pun, aku nak masuk ko nak keluar. Nak main angkat - angkat pala pun tak kose.

Sama macam aku, yang aku tau. Sebelah rumah aku melayu laki bini tak der anak kot. Tue pun main teka sendiri. Kalau suruh kawat cam jiran aku, sah aku tak kenal. Depan umah cina ada sekor angjing chomel. Tue boleh lar aku cam. Sebab main balas senyum. Sebelah lagi 1, anak dara orang kelantan. Pun tak cam muka. Yang tau dia orang Kelantan, sebab asal cuti sekolah jer, bingit sampai umah aku. Family dia datang. Nak main tegur - tegur memang tak lar. Masing - masing hal sendiri.

Tapi yang peliknya, dah nampak rumah tue ternganga pintu berhari - hari. Tak kan tak syak apa - apa. Aku syak jiran member aku memang tak der no tel dia. Macam aku cakap tadi jiran skang mampu main mata gitu jer.

Tapi  paling bangsat tindakan yang boleh dia ambil adalah report dekat pak guard. Pak guard boleh lar report polis and terus boleh pagar rumah dulu sementara tunggu owner dia balik.

Dari dah kene pecah sekali terus berkali - kali, sapa tau. Sumpah aku rasa jiran dia penting diri nak mampus. Rasa macam nak sumpah rumah dia plak kene bala macam tue.

Aku yang sombong nie pun, last time pintu rumah depan rupa kene gegar pun dah kalut jenguk celah pintu. Takut jugak kan. Memang kita tak kenal depa, tapi kita kenal sapa Pak Guard. Dibuatnya perompak buat kenduri berantai. Baru senonoh namanya.