Monday, August 27, 2012

My Incredible Raya

Orang lain makan pulut, ketupat, rendang sampai lebam. Aku......., kalau nak cakap celah gigi pun tak merasa lagi, apatah lagi dalam mimpi.

This year mak aku sebuk masak benda lain, dengan contract masak di masjid menjadi - jadi. Asal balik jer terus menglepek penat.

Sudahnya, 1st raya sapa datang, memang jamu biskut raya dengan air jer lar. Nak tak nak, ada lar.. rebus ketupat segera. Makan dengan dalcha semalam. -___-'

Nasib baik tak der sangat serbuan berlaku. Anak - anak apa lagi, amik kesempatan membuta secara berjemaah lar namanya. "Penat mengecat rumah, dijadikan alasan munasabah" 

Bila azan maghrib dilaungkan, barular semua berkebil - kebil bangun. Takut gila katakan. 

2nd raya, baru acara masak memasak berlaku, tue pun. Masak nasi tomato jer pun. Nak jamu rakyat jelata yang datang bertandang.

3rd, 4th raya... best lagi ke?

Rasa tak complete plak raya aku, this year.

"Mak ai, sebuk masak benda lain lar. Nak merequest kesian plak. "
redha -__-'

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. 








Wednesday, August 22, 2012

Cam wore freak

5 years punya pic 


Sapa boleh kalahkan dia dia memang aku kata hebat lar. 

Tuesday, August 14, 2012

Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin

Alhamdulillah syukur, itu adalah word yang simple untuk kita menghargai rahmat yang telah diberikan pada kita.

Bersyukur sebab dapat tidur di tilam, beralas bantai empuk. Makan pakai cukup, kadang - kadang berlebih dalam almari yang tak terpakai. Bersyukur ada mak abah yang boleh dipeluk bila bersedih. Bersyukur ada tempat berlindung, bersyukur ada duit untuk membeli barang keperluan. Bersyukur di bukakan mata melihat kesuhan orang lain. Bersyukur .. dan bersyukur.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat adik - adik di Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As Solihin dekat Banting semalam. Ternyata satu lagi petak fikiran aku terbuka bila berada di sini.

Mungkin ramai antara kita dan termasuk aku. Bila fikirkan bantuan ke rumah anak yatim adalah berbentuk makanan, baju - baju dan buku - buku.

Tapi pernahkan kita terfikir, Keperluan lain?

******
Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin terletak di Kanchong Darat, Banting. Merupakan salah satu rumah anak yatim yang paling memerlukan bantuan. Di huni oleh seramai 55 orang anak yatim dan asnaf. 23 perempuan 33 lelaki, kalau tak silap aku lar.

Disebabkan kehadiaran kali nie, hanya terdiri dari kalangan wanita dan gadis - gadis. Makanya , attention hanya tertumpu pada adik - adik perempuan kebanyakkannya.

Ala lawatan kecil - kecilan. Nak bagi sumbangan dan kain untuk uniform raya jer pun. Bukan lawatan koperat pun. Sendiri - sendiri jer.

*******
Aku sampai elok - elok waktu zohor. Azan Zohor dilaungkan oleh seorang adik lelaki. Aku dengan mak su terus mintak kebenaran untuk solat berjemaah dengan dengan yang lain.

Ummi, adalah salah sorang penjaga di sini. Ummi, iring dan bawak kitaorong ke satu bilik, dan dalam bilik tue ada bilik mandi untuk berwuduk. Terdapat 2 almari dengan baju bersepah dalamnya. Ada longgokan baju di lantai, boleh kata bertimbun jugak lar. Rata - rata warna putih and coklat. May be uniform. Tapi, macam tak der nama pun dekat baju tue. Mungkin bercampur jer semua. Tak tau sapa - sapa punya.

Tiba- tiba terkeluar pertanyaan dekat ummi "Adik - adik perempuan mana?"

"Dorang kat rumah belakang, nie rumah lelaki"

"Habis tue adik - adik laki tido mana? Ada bilik ke lagi ?"

"Tak lar, dorang tido kat depan nie lar, tarik tilam bila malam. Bila siang dijadikan tempat solat dan activity"

"Owwwwhhhh." Pap, tersedih...

Lepas berwuduk, keluar nampak ada yang dah solat berjemaah. Bacaan imam, kemain kuatnya, dari suara aku rasa budak nie kecik jer lagi. Skali solat sunat yang dijemaahkan.

Terus parking sebelah mak su, untuk solat fardu, imam bertukar tangan. Alas sembahyang kami adalah selembar kain putih cotton diatas lantai tiles putih.

Waktu tengah sembahyang, rasa ada pergerakan dekat belakang aku. Rasa jemaah belakang makin ramai. Ingatkan tukang masak perempuan or penjaga perempuan lain berjemaah sekali. Bila bagi salam, nampak  muka - muka budak jer. Fine, adik - adik perempuan pun berjemaah bersama.

Ada 2 baris saf  untuk perempuan. 1 saf aku, dan 1 saf belakang. Saf belakang tiada alas untuk sembahyang.   Lantai biasa jer.

Waktu doa. Tiba - tiba meleleh kejap air mata nie. "Eh, kenapa nie?" Habuk masuk mata kot.

**
Selesai solat fardu, terus sambung solat sunat. Di imamkan semula by si kecik suara nyaring tue. Macam chomel jer suara dia.

Menurut ummi, memang dilatih dari kecik untuk mengimamkan solat. Mula - mula bagi solat sunat dulu.

"Owh ho cute sungguh kamu Daniel". Nie baru betul imam muda.

********

Selesai semua, keluar. Along, Kak na, mak su rancak jer borak dengan ummi. Aku merayap jap dalam rumah induk cum rumah adik lelaki. Owh bukan nak usha apa pun. Nak tengok keadaan rumah jer pun. Memang ada bilik, tapi tak kan nak bukak bilik depa kot. Di buatnya tengah salin baju ke hapa. "Tak ke malu i nanti"

Salah satu bilik dalam rumah induk. 
Entah bila masa Along amik pic nie pun tak tahu. 


Dekat dapur, nampak beras menggunung, dalam kepala mungkin dari hasil orang sedekah - sedekah. Barang kering lain pun ada.

Keluar terus ajak Along ke rumah adik perempuan. Bagi salam terus masuk. Rak buka yang sambut ko masuk. Tersusun macam dinding dekat sini. Disebaliki nampak susunan katil bagi salam lagi sekali.

"Owh, rumah adik perempan ada katil almari semua". Nampak complete skit.

Rumah gegirl 

Pakat berebut salam. Alahai, kecik - kecik jer semua. Adalar 2 3 orang yang besar. Yang lain semua macam sekolah rendah jer. Rata - rata umur antara 7 hingga 16 tahun.Yang besar, nampak sebuk lipat baju , susun baju - baju adik adik yang lain. Ada yang tido, ada yang dok berborak dan ada yang tengah bersiap nak keluar shopping.

Katanya, yang keluar shopping kali nie, untuk mereka - mereka yang terlibat dalam event sebelumnya. Baru aku tau, kadang - kadang tak semua dorang ikut pi event koperat nie.

Borak jer dengan mana yang ada. Kak Na and Cicia amik satu port. Aku, Along, Mak Su amik satu port. Tanya lar, sekolah, nama, semua. Mulut harus jaga, pertanyaan biar berhemah. Jangan ada yang terasa.

Ada kemain happy nak balik kampung raya nie ada yang tak. Tiba - tiba teringat iklan Bernas yang sedih tue. Si Cicia lar jadi artis hari tue. Maklum lar, budak kecik datang melawat, kemain happy lar dia. Semua melayan kerenah dia. Ada jugak yang tanya, "akak tido sini ke?"  
"Owh next time lar sayang, this time akak datang melawat tapak dulu k. " 

U feel like family in there. Mungkin sebab dorang dah biasa dengan kehadiran orang luar. So, memang tak kekok lar berada dekat situ. Serious aku tiba- tiba teringat adik aku kat kampung plak.

******

Lebih kurang sejam jugak borak - borak kat situ. Sebelum dapat hint untuk pulang. Dekat luar nampak rombongan untuk pick up budak - budak yang terlibat dengan event dah pun menanti.

*******
Kalau sebelum nie sebut rumah anak yatim. Dalam kepala mesti aku fikirkan beras, gula, barang kering, baju, buku, dan duit ringgit untuk didermakan. Itu perspectif dasar dalam dikiran kita.

Tapi pernahkan kita terfikir, mereka adalah manusia macam kita. Setiap benda basic adalah keperluan mereka jugak. Pandang diri sekarang, apa yang kita pakai. Bukan sekadar baju dan seluar saja. pakaian dalam pun termasuk dalam keperluan juga.

Kalau perempuan, setiap bulan mesti perlukan pad bila datang bulan. Cotton bud, deadorant, spender, baju dalam, getah rambut, hanger, sabun basuh baju pun diperlukan jugak.

Teringat cerita sorang adik nie. Bila ditanya bila datang bulan macam mana? "Kalau tak der terpaksa lar mintak dekat ummi"

Habis tue spender semua ada nama ke hapa? "tak kak, kadang - kadang kene curik. ko pakai aku, aku pakai ko, Kadang - kadang tue tak pakai pun." 

HAAAAA? 

Mungkin kita boleh cakap ala, penjaga dia boleh beli. Tapi kalau umi dan abi berdua jer yang menjaga. Sapa plak yang nak bawak depa pi shopping benda gitu kan?

Betul kita lupa benda macam tue kan.

*******

Untuk pengetahuan, Rumah anak yatim nie adalah suggestion dari panjaga rumah anak yatim yang lain.

Katanya kalau nak bantu, bantu lar rumah anak yatim yang kurang mendapat perhatian. Mereka lebih memerlukan.

Jangan kita fikir rumah anak yatim selalunya dapat bantuan, Perhatian banyak diberikan pada rumah anak yatim di kawasan bandar. Bukan pendalaman seperti ini.



********


Disini aku boleh simpulkan apa yang diperlukan oleh adik - adik nie untuk memudahkan korang memberi bantuan.

- dana berupa wang untuk asrama putera, katil, dan almari mereka
- sejadah, tikar untuk solat, telekung
- sabun basuh baju. (mana - mana rumah anak yatim pun benda nie sangat penting)
- bantal, cadar, selimut, tuala
- barang keperluan peribadi harian. sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi, bedak,
- tuala wanita,
- peralatan tulis
- alat permainan untuk beriadah
- buku rujukan.
- komputer baru atau terpakai
- perabut baru atau terpakai
- makanan.
- langsir
- hanger
- selipar
dan apa saja yang dirasakan perlu.

******
Insyallah, after raya akan ada lagi kunjungan ke sana lagi. Kalau sapa - sapa nak join boleh jer. Nanti kita roger - roger.

Boleh jer beli barang dari sekarang. Nanti bila nak pergi melawat. tak terasa sangat lar nak membeli. Barang dah beli sikit - sikit. Asalkan kan niat kita ikhlas bukan untuk meriak.

Wednesday, August 8, 2012

Meraikan raya

Semua orang tau, setan kene ikat waktu bulan puasa. Kalau kau buat jahat dalam bulan nie, bukan sebab hasutan setan tapi sebab diri sendiri.

Tak payah lar, salahkan setan yang dok kene kurung tue bila kau shopping raya serupa shopping complex tue bakal tutup dan sale menjangkau 99%. Tak der nyer. Tak tutup pun shopping complex tue, tak wajib jugak untuk ko perabis duit siap buat loan semata - mata nak beli perabut baru, baju jenama terkenal.

Semata-  mata nak belagak di hari raya nanti. Tak der sapa pun peduli kalau ko pakai baju raya 3 RM100, kalau itu jer kau mampu.

Tapi orang akan peduli bila, bill credit card sampai dan kau tak boleh bayar. Dan mula mengagau merata mintak pinjam.

*******

Pada penglihatan aku. Bila nak sambut hari raya semua pun nak up nama raya. Baju raya, kasut raya, bag raya, kereta raya, spender raya, bra raya, kuih raya, sofa raya, langsir raya, kusyen raya, balang kuih raya, bunya raya, cebet raya, peti ais raya, baju jalan raya, sock raya, hp raya, casing raya, segala pun nak raya.

Dah jadi serupa beban plak raya nie. 
Kenapa tak raya ke kalau tak der semua tue?

Kenapa, kalau hari biasa ko tak tukar ke langsir? Tak beli spender ke?

Hari Raya adalah hari meraikan kemenangan bukan hari meraikan kepapaan. Kenapa perlu jadikan Raya sebagai beban. Beli apa yang mampu dah lar. Tak perlu lar nak tukar segala. Tak jejas pun raya kalau tak beli spender raya tue. :p


Thursday, August 2, 2012

TER

Hari nie along request nak makan ikan bilis goreng kicap, sawi goreng dan telur dadar. Memang lauk orang malas lar. Tak der rupa langsung, lauk bulan posa yang meriah itu.

Tak pe, itu pun sodap. Silap haribulan boleh licin periuk dibuatnya.

Tengah elok goreng ikan bilis, tiba - tiba Ter-ngap sekor masuk mulut. Terus tergamam kejap, waktu tengah kunyah tue. Pikir pat jenak, amik lagi ekor dah continue kunyah.  

Selamat Berbuka semua.


Wednesday, August 1, 2012

5 kupang

Again about bazaar. Sebab tue dah se- hari tak singgah bazaar. Merajuk lar konon. Padahal, lauk dalam fridge banyak nak kene habiskan, so kene stop produce barang dari bazaar jap. "baru sehari tak singgah bazaar woi, kira hebat juga lar kan." padahal kalau pi pun, hujung - hujung baru membeli. Itupun main rembat jer sebab tak nak balik dengan tangan kosong.

Hari isnin kot, aku pi bazzar, sebab nak cari lauk dengan kuih jer pun. Gulai masak merah semalam ada lagi, nak tambah sejenis lauk dan kuih manis - manis mulut cukup lar. Bukan nak makan ramai pun. Berdua jugak.

Aku nampak kuih seri ayu, tak tau betul ke tak nama dia. Kuih warna hijau atas ada kelapa tue. Aku fav kot kuih tue, dari sekolah lagi. Dapat plak yang jenis gebu lembut. Amik 2 ketul, sorang 1 cukup.

Along pilih kuih cara, amik 4belah. Kalau cantum jadi 2 lar kan. Sekali bayar semua Rm3.00. Kuih cara tue dia kira sebelah 5kupang. "Fine, memang sekali jer lar ko nampak aku beli kat ko, kalau kiuh ko pun tak sedap" Memang tak sedap, keras kebatu. Kalau baling kat dinding boleh jatuh elok lagi lagu tue.

Tengok pulak lauk, pening aku kalau bab nak beli lauk nie. Yelah , semua nampak macam pro masak, waktu meniaga. Tapi rasa takut hampeh. Aku benti dekat akak sorang nie, nampak rupa macam buat catering dari cara present dia.

Aku pilih lala goreng, tiba - tiba nampak macam best jer makan lala nie kan. Padahal aku bukan makan pun kalau orang lain masak lala nie, selain mak aku. Tak pe lar cuba jer. Amik Rm5, sebab aku tau dah, kalu aku cakap RM2 kang, bapa jemput jer, aku boleh dapat. Dah agak memang mahal pun, lala nie.

Along nampak sambal udang. Dia cakap nak. Along terus cakap "Kak, tambah sambal udang nie 2 ringgit." 

Muka aka tue blur blur, terus cakap, "kalau 2 ringgit, dapat 4 ekor jer." 

WHAT? Aku cepat - cepat cakap. "5 ringgit lar kak."  sambil pandang along, besarkan mata

Congak terus dalam kepala. sekor udang 5 kupang yer. Bukan udang besar pun. Udang biasa jer pun. Fine, TTDI kot.

*******

Pagi tadi terbaca dekat mana tah, sekor ikan kembung bakar 5 kupang. Lagi sedap kot. Dapat plak cicah air asam or sambal kicap.

Kalau hari - hari aku makan ikan kembung bakar sepanjang bulan puasa nie aku cuma belanja 15 ringgit jer sebulan. Fuh jimat. Sedap pun sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails