Monday, September 24, 2012

Gas Beracun dari barangan rumah

Don't try this at home

Semalam aku nak cuci bilik air rumah aku. (bukan nak kecoh sebab rajin cuci bilik air, baca kasi habis dulu baru judge ok). Spesis aku,. suka cuci toilet pakai clorox sebab memancar skit, tak gaduh nak tonyoh lebih - lebih.

Clorox tue kalau tuang dalam mangkuk jamban, tunggu 10 - 20 min, flush terus putih bersih jamban ko.

Toilet bowl settle, tapi yang sakit bila nak tonyoh lantai dan dinding. Nak bagi kilat kot, bukan nak bagi hilang kotoran jer.

Selalunya aku akan campurkan clorox dengan sabun cuci jamban dalam baldi air dan terus ke sesi memberus. Entah apa royan tah , semalam aku pi campur soflan sekali dalam sabun tue. Konon nak bagi wangi lar kan, plus malas nak amik Ajax dekat bilik air Along. 

Clorox + Jenama X (pencuci bilik air) + Soflan (quantity setamak habis) 

Tingkap memang aku tak bukak luas - luas pun takot orang atas skodeng, kang ada plak 3gp awek tengah cuci jamban. Pintu bilik air pun aku tutup , sebab nak mandi terus konon nya.

Tiba - tiba aku bau gas menusuk, nafas aku serupa dah huru hara. Aku yang memang batuk, lagi terbatuk - batuk serupa nak gila. Siap rasa nak vomit lagi. Cepat - cepat aku keluar  konon nak amik angin kejap. Masuk balik, sambil pakai mask orang selsema tue, macam boleh selamat jer. Nak continue memberus lar tue.

Bukak jer pintu bilik air tue, aku rasa nak pitam. Tapi degil jugak. Ada lar berus secalit dua. Lepas tue terus dah tak tahan. Capai towel, lari pi hall.

Along terus tanya, sebab tengok keadaan aku teruk bebeno dengan nafas tak cukup dan batuk - batuknya.. "Hang cuci toilet ke?, campur apa? macam bau gas...bau sampai luaq"

Laju - laju bukak semua tingkap, kuatkan kipas. Bagi ada ventilation.

Masuk bilik air balik sambil tekup muka pakai towel, bukak air shower laju - laju.

Lama jugak lar nak hilang, sampai aku kene tumpang mandi bilik air Along, sebab tak tahan.

Dah mandi pun, tekak aku serupa ada lagi bau gas tue. Cari air manis untuk minum konon boleh hilangkan rasa kat tekak. Tapi haremmmm.

Nak tido dalam bilik pun aku tak sanggup, terpaksa tido depan hall.

Nak tido pun rasa seksa, sebab bau tue bermain - main dalam kelapa, dan organ aku.

"Yes, i have to find something to kill that smell." nak cari coffee tak der plak stock dalam rumah. Habis segala rempah aku pi cium, amik bau. Dari kulit kayu manis sampai ke jintan konon nak cari bau paling kuat boleh matikan bau dalam rongga aku nie. Last - last jumpa halia dalam peti ais, kepak terus jadikan teman tido.

Agak - agak tekak aku sakit jer, melilau raba halia ke mana menghilang.

Pagi nie, aku rasa kepala aku berat plak. Macam ada lagi sisa - sisa gas tue.



******

Aku rasa, kalau aku degil lagi seminit berus toilet tue, mau hari nie keluar berita muka depan Metro.

"Gadis cantik mati terhidu gas beracun ketika mencuci tandas, sambil berBobo"