Monday, November 19, 2012

Boikot boikot boikot..

Perang di Gaza meletus lagi. Bising lar balik laman social dalam bab Boikot - memboikot nie. Adat lar kan. Benda  tengah panas.

2 3 minggu lepas ko makan BigMac siap pos dekat FB, Instag, Twitter sambil berkata. My Fav meal, Best In The World. Makan honey star Nestle siap celup dalam susu kemain sedapnya. Shampoo mau layan Loreal jer, kononnya shampoo lain tak kene dengan rambut. Gugur lar jadah lar.

Bermula minggu lepas, kejadian pengebomman di Palestin malam Maal Hijrah hari tue. Ko pos plak Boikot , wei boikot. Boikot MCD. Makan mcd di serupa makan daging saudara islam kita di gaza. Boikot, Loreal, Boikot Nestle, Boikot Starbuck, Boikot Bla Bla bla...

Kalau nak boikot, FACEBOOK pun tersenarai milik ISRAEL jugak. Tapi hari - hari, setiap jam kau bukak.

Mana satu ko sokong nie. Kalau nak boikot, kasi betul skit istilah boikot tue. Bukan hangat - hangat taik ayam. Perang kat Palestin tue memang tak pernah pun berakhir. Dorang masin belum aman. Anak - anak kecik, bangun pagi masih mengigil ketakutan lagi. Masih ada nyawa terkorban, masih tersimpan bom simpanan oleh pihak Israel. Masih ada lagi muslihat barat kaburkan mata kita dengan janji itu ini.

Minggu nie up cerita Pelestin ko mula status boikot. Minggu depan berita di TV senyap. Ko start buat gathering support MCD. Apa cer beb.


*****************
I do, setiap pagi. nampak orang pos gambar perang kat Gaza. Buat aku tak lalu nak makan. Mata pedih serupa ada habuk. Gigi rasa ngilu nampak luka. Hati rasa berdebar. Tak tahu bagaimana kita orang biasa dapat membantu. 

Kalau boleh, nak hantar diri sendiri. Berjuang sama. Bukan jihat yang di cari. Tapi kemanusiaan. 



AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787 
Bank Muamalat 12070005133717


Jangan hanya membatu, dan kasihan. Jika tak mampu dari segi wang ringgit, doakan pun dah cukup. 
Tak payah nak propa sangat BOIKOT sana sini. Tapi do nothing for help. 



Wednesday, November 14, 2012

Sleep Talker

Pagi - pagi kepala dah berat. Berdegung tak der. Tapi bergegar tue ada lar. Mata kerja nak tutup, air mata asyik keluar sebab kerja menguap. Rupa mata tak payah tanya, rabak serupa kena gigit tebuan. Semua gara - gara ada orang sleep talking.

Kalau talk - talk sorang - sorang lantak lar. Mungkin ko bermimpi terpacut dialog dari alam mimpi ke reality. Nie tidak, aku rasa ala - ala mengingau kot. Call aku dan cakap bukan - bukan tanpa sedar. 

Mula-mula aku ok jer kot, ingat berdialog seperti biasa. Memang ada conversation di situ. Sekali dah jadi luar biasa. Siap terjerit aku dalam talifon mengamuk punya pasal. Tak pasal rumah sebelah terjaga dengarkan lolongan aku, di pagi hening yang sunyi. Rasanya Along pun ada keluar bilik dengarkan jeritan aku tue. 

Bengkak juga lar mata menangis. Siap up status sedih dekat FB. Nasib baik tak call BFF minta tenangkan hati. Dalam hati ada jugak nak buat solat istiqarah and hajat bagai pepagi buta tue. Tapi otak dah serupa tak waras, better abaikan dulu. Amik wuduk, baca 2 3 surah dalam Note terus tido walaupun hati tak tenang. 

Pagi - pagi talipon bunyi lagi. Nak angkat, tak nak angkat dah sama banyak. Sekali tangan berat, jawab jugak talipon tue. Bila tanya, apa yang awak cakap semalam. Sekali tuan badan tak mengaku. Terdapat percanggahan di situ. 

Terkena lagi, huh dia memang sleep talker. Kenapa asyik aku jer dia call. Cuba lar call dan bikin onar dengan orang lain. 

Huh scary betul dengan Sleep Talker nie. Membazir air mata aku jer semalam. Akibatnya, bukan kau yang terima. Kepala aku sakit, mata aku bengkak dan ngantuk nie sapa nak jawap? 


Terganggu n3 Deepavali aku, kasi keluar nie dulu. 
Sapa ada pengalaman dengan Sleep Talker nie,, Jom share.