Friday, December 14, 2012

Sudah tukar lar

Finally , blog saya telah berjaya ditukarkan dari BLOGSPOT ke DOT.MY. Semua ini adalah hasil dari pemberian Innanie yang pernah di warwarkan beberapa entry lepas. Kalau ada yang berminat sila pergi ke belog dia, kerana masa belum terlambat. tak silap hingga 25hb nie dan terhad untuk 1500 orang sahaja.

Yuran pendaftaran adalah percuma sama sekali, manakala yuran tahun adalah RM20 hinggat sampai bila - bila.

MY is stand for Malaysia.

Segala langkah telah di tutorialkan. Tak susah pun, aku yang buta IT nie pun mampu buat sendiri. Kalau tak reti tanya, Tapi, rasanya so far tutorial adalah sangat lengkap. Ikut je, step pasti berjaya.

Tapi yang paling tak best sekarang adalah, bloglist aku semua lesap. Dah sekarang aku kene buat bloglist baru. Kalau nak tau, rentak aku bw adalah cuma berdasarkan bloglist sahaja. Jarang sangat lar nak blogwalking pakai dashboard.  Kalau adapun memalam time bosan. Dan bila bloglist tiada yang update.

Kalau korang rasa blog korang cukup hebat, mampu menenangkan kepala otak aku, kurang rembasan emosi, penuh ilmiah, ada isi , silalar tinggalkan link nanti lepas proses tilikan. Adalah lar nama blog korang di bloglist aku tue.

Sekian

Thursday, December 13, 2012

Lupa

Aku rasa sekarang, tahap lupa aku adalah berada ditahan boleh tahan kritikal. Kalau lupa nama kawan waktu sekolah rendah tue, mungkin sebab faktor lama dan memori tue berada dalam almari paling usang di benak kepala.

Lupa isi kandungan buku baca semalam mungkin sebab aku baca sekali lalu. Lupa kerja semalam sebab aku malas nak pikir dan benda tue tak penting. Lupa tarikh - tarikah penting, sebab aku malas nak ingat. Lupa arah, sebab kadang - kadang aku berangan dalam perjalanan.

Kalau kes, selasa lepas aku pi office bukan sebab aku lupa. Tapi memang aku tak amik tau. Patutlar jalan lengang, office gelap. Sekali memang tengah Public Holiday untuk negeri Selangor. Masuk office, tung tang tung tang terus cabut balik. Bosan - bosan terus merayap KL sorang sorang, macam orang waras.

Tapi kalau lupa makan bagi aku is memang parah. Penyakit nie salu menyerang di kala weekday or lebih dikenali sebagai "hari - hari berkerja". Berlaku antara pukul 11 dan 2 setengah petang. Bila sedar jam 3. Ternyata sudah lewat untuk keluar. Ini sebab nya jangan kerja dengan teman sekerja yang sedikit, dan boss yang suka hati masuk pukul berapa pun.

Jam paling faveret dia masuk adalam diantara waktu tersebut. Di sebabkan bz melayan itu - ini kerenah bos, maka kau akan lupa bila waktu ko harus makan.

Dah lar, aku memang ada penyakit tak rasa lapar. Dalam sesetengah situasi, aku memang tak dapat kesan rasa lapar dan dahaga dalam diri aku. Itu namanya gastrik paksa diet.

Maka terbongkar lar lagi, rahsia kerempeng aku.