Tuesday, April 9, 2013

Pasar Pudu

Nak kata tak pernah pegi, aku rasa macam pernah teman member aku cari barang kat sana. member mana serius aku lupa, tapi masih tersemat elok gambaran tempat tue. Bezanya waktu pergi dulu, bukan hari ada pasar. So tak sebuzy mana sangat lar.

Last Saturday, entah angin apa tah datang tiba - tiba macam teringin nak jejak kaki dekat Jalan Pasar Pudu. Bangun seawal boleh lar, untuk hujung minggu. Nak cari apa?

Ada orang cakap kalau nak cari bundle boleh dapat dekat sana. Ceh, penat aku pusing jer. Batang hidung bundle pun tak nampak, kecuali bundle atas E-Mart dan mat mat pet jual barang longgok kat situ. Entah curi entah rembat, tak payah nak buat speculasi buruk.

Pijak jalan pasar tue, terasa heaven kot. Walaupun tak der benda yang terasa nak beli, tapi aku rasa heaven untuk mat - mat yang mencari barang electronik, bag dan entah lar apa - apa jer kot. Mungkin kepelbagaian jualan tue, yang buat nampak serupa heaven. Tak der lar, semua kedai jual benda sama jer kan.

Ko nak  hp pirate, AP semua ada. Jual tepi jalan jer. kalau dah membeli, jangan harap ko dapat jumpa si penjual lagi, kalau benda tue ada problem.

Ko cari ipad china, mini pad, power bank, rokok electronik semua jual tepi jalan. Main longgok - longgok lagi. Harga,? serious aku tak kuasa nak tanya.

Along siap boleh sound, "kalau ada orang rembat satu, comfirm dia tak perasan". Sebab kerumunan korang tue, dah macam semut hurung gula. Tapi aku sound, "ko ingat mata-  mata dia tak der kat belakang. Tak sempat nak pegang, orang dah pegang ko dulu." 

Dekat sini kita boleh tengok dari perspectif lain bandaraya Kuala Lumpur.

Sebenarnya bukan itu yang aku ingin blogkan. Tapi kebebasan membeli dan menjual yang dapat aku lihat disana.

Kebebasan menjual barang - barang AP underwater, memang tak dapat dinafikan dekat sini. Rasanya semua tempat ko boleh cari. Even dekat uptown pun ko boleh dapat iphone underwater.

Tapi 1 senario yang tak enak untuk dilihat disini adalah. Budak kecik sebesar 10 - 12 tahun. Relax je beli rokok electronic. Aku memang tak tahu harga benda tue, mungkin mereka memang ada duit, bukan nak kata depa tak der duit dan tak mampu nak beli benda tue.

Tapi sedarkan kita, dorang tue, budah bawah umur kot. Si penjual bodoh pun siap suggest perasa apa bagai.

"Kepala hotak ko, ada vit C bagai" 

Tak sedar ke dorang tue BUDAK, BAWAK UMUR PLAK TUE.

Dimana kesedaran si tue bangka tentang kebajikan budak - budak nie. Sila banyangkan yang membeli tue adalah anak - anak kita. Sekolah baca sifir pun tak hafal lagi sebuk nak isap rokok electronic.

Waktu mula  - mula penjualan rokok electronic nie, memang dia tak merbahaya. Tapi bila dah banyak sangat penjualan dia, permintaan refill dia mula meningkat, kandungan chemical dalam tue mula berubah. Ia mungkin bahaya pada kita. Inikan pulak pada budak  budak.

Kalau tak bahaya pun, benda tue, still tak elok pada budak - budak. Kerana budaya itu mampu merosakkan akhlak. Sila bayangkan  in future macam mana plak.

Tak kan tak der orang nak ambil tindakan pasal benda nie kot. Tak kan nak tunggu schedule rushing day, baru nak buat serbuan. Sekarang tak boleh amik tindakan ke?

Dah kata benda nie salah, kenapa masih ada yang menjual secara terbuka. 
Mana pihak berkuasa?  mana tindakan? 








2 comments:

zana fahmi said...

Keadaan yg sama juga di Sabah berlaku, malah mungkin lebih bebas daripada KL.

Lizzie Yasmin said...

Dekat sabah salu nampak budak kecik jual rokok je. Tak pernah pun nampak dorang hisap. Ada orang cakap, budak2 tue adalah dari Filipin yang datang sana secara haram.

Owh mungkin saya terlepas pandang.
Sedih lar benda tue jadi....