Tuesday, April 9, 2013

Ketagihan

Aku benci bila hidup aku terikat. Bukan terikat dengan kerja, or hubungan cinta, tapi terikat dengan Series Television.

Dah berbulan - bulan Kak Maz asyik paksa suruh tengok The Walking Dead, sebab dia tak der orang nak share story about that series. Selama nie asyik kongsi cerita pasal Steffan and Damon (Vampire Diaries) je. Bila dah habis season tak der benda nak dikongsikan. Selain cerita about family bergolak bagai. At least kalau bercerita pasal series television kurang skit dosa kutuk orang. Biasalar manusia sikit - sikit mesti terbukak story pasal orang lain. Tak pasal dapat dosa mengumpat, padahal tak der niat pun.

Finally terbukak juga hati nak layan The Walking Dead. Amik kau, tak sampai seminggu dah settle terus boleh catch the laters series.

Macam aku cakap dari awal, aku tak suka terikat. Maksudnya aku tak suka tertanya - tanya. Bila dah ada depan mata, mau di marathon kan je semua, biar setiap persoalan terjawab.


ADA HATI NAK LETAK GAMBAR ZOMBI DI SINI.
 BILA PIKIR BALIK DIRI SENDIRI YANG SERAM. TAKUT TERPAKSA PUASA BERHARI - HARI KANG 


Nah, sampai terbawak - bawak ko dalam mimpi! Bila on road tetengah malam boleh terbayang zombi datang terkam sambil bunyi "Arrrgggggg Grrrrrr Arrrgggg" 

Benda tak scary pun tiba - tiba terasa menakutkan. Nak tido dalam bilik dengan pintu terbuka pun dah rasa cuak.

For this moment, season ke3 dah habis dah pun. Mengigil jiwa raga tak sabar nak tunggu next season.

Kenapa lar pi dengar cakap kak mazni, kan dah terikat dengan benda melalaikan nie dah. Pity too diri sendiri. Arrrgggggg .....


*The Carrie Diaries lambat sangat dekat TV, 
skang dah episode 13 dah pun online TV
(kenapa banyak sangat contra dengan novel nie? )


3 comments:

Nafisa81 said...

haha...sebb tu tak suka mulakan

gamepoint amd said...

hahaha the walking dead best kot. kira normal la kau tgk non stop tu

Anonymous said...

Is a computer science degree any good for computer forensics?
[url=http://www.bonoforbet.com/]bwin bono[/url]