Thursday, May 9, 2013

Aroma Hijrah

Lama tak update kisah makan. 1 sebab aku menyampah nak update kisah makan adalah, bila aku sendiri view entry tersebut perut sendiri mula bergolak. Terutama makanan yang tak dapat dilupakan keenakkan nya.

1 tempat yang aku nak suggest bagi penggemar masakan arab, iaitu nasi mandhi , kabshah yang bermain main sama lamb dan kebab.  Tak salah rasanya. kalau korang cuba Aroma Hijrah, yang terletak di JALAN OPERA H, TTDI JAYA, SHAH ALAM. Kalau nak survey - survey boleh tengok FB dia SINI.

Aku jumpa restaurant nie, adalah dengan cara tak sengaja. Waktu cousin aku tengah survey - survey tempat makanan arab di Google. Maklumlar, bibik yang teror masak nasi Mandhi tue udah lari. Semua pakat mengidam sampai gigil lutut punya ketagih. So terpaksa lar, main survey - survey Klik Klik sekali jumpa, terus buat tempahan untuk 24 orang dengan tamaknya. 

Peringatan, dilarang datang kesini dengan pakaian tidak cukup kain. Ia akan mengakibatkan anda sendiri pasti terasa segan, kerana anda akan dilayan oleh jejaka yang penuh tutup litupnya. (huhu insap jap. Terus mata meliar berpusing - pusing, mana 1 nak buat calon suami). - kain meja extra please, nak buat selindang jap. - hahaha

Ye bilangan kami adalah 24 orang ( termasuk 3 budak kecik) , tapi kedekut order tanya 4 set sahaja. jangan nak tamak sangat, kalau order melebih sapa nak habis kan. Allah marah kalau membazir. 1 set boleh makan 4 - 5 orang. 


Bila tengok menu dia DISINI
Tak tak dapat regonise set mana yang kita orang amik. 
Tak silap 1 set RM74.00, datang sekali dengan 1 jug air. 
Nasi Kabshah, ayam bakar, daging lembu salai, mutton, sup dan tomato pes seperti biasa. 

Sambil taip entry nie sambil telan air liur. Serius nasi dia sedap sangat, boleh makan macam tue jer tanpa lauk. Sebab dah sedia ada berperisa. Daging salai adalah fav, sebab cukup garing dan empuk. Kambing tak payah cakap lar, boleh nangis makan.

Boleh kata tempat nie 5 bintang lar, layanan dia baik sangat. Mak cik yang amik order tue baik, dan lembut orangnya. Kedai pun bersih, mata tak lekang melilau sana sini sebab terlalu impress.  Surau dan toilet disediakan. 

Nasib aku dok kat Damansara, jalan nak pergi pun tak berapa nak ingat. Kalau tak, mau hari - hari menggemukkan diri di sana

Baik lah, 
Sekian. 


Untuk persediaan nak pergi sana, 
boleh view FB dia dan terus call buat tempahan.










5 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sedapneeee :D

lama x makan.. buat den terliur je :D

aizamia3 said...

wah.. nak pulak masa baca entry ni perut memang tengah lapar.. aduyyaii..

betullah, kalau dekat confirm boleh jadi regular customer kat situ.. ;)

cha said...

i memang suka nasi arab. fav i kat Saba' Cyberjaya tp yang ni boleh try nanti hee

follow sini :D

Lizzie Yasmin said...

Cha: Saba salu dengar, tapi tak berkesempatan nak g, sbb jauh.

boni kacak said...

walaweh.. nak kena try tu.. hehehe