Monday, May 20, 2013

Hoi, Pickpocket

Jumaat lepas aku keluar awal dari office. Konon kerja dah habis, dan nak keluar pegi KL jap, nak cari baju pakai sendiri semperna THE YARD. Biasalah perempuan, baju penuh lori pun cakap baju tak der. Selalu sangat dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. Kan baik kalau dikaburkan padangan wanita nie dari bershopping seperti mana dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. T_T'

Balik tue, janji dengan Along untuk pick up aku dekat Kepong Sentral, coz ofis dia dekat Manjalara je. Dari KL entah merayau macam mana tah boleh sampai hingga ke Masjid Jamek. 

Dari Masjid Jamek aku amik Putra ke Bandaraya then tukar naik komuter di Bank Negara ke Kepong Sentral. 

**********


Kejadian nie berlaku waktu aku dalam Putra dari Masjib Jamek ke Bandaraya. Selang 1 station jer pun. Oleh sebab train tak pack, so aku pun duduk lar depan sorang pak cik nie. Orang melayu kita berkulit gelap, berbadan besar, berbaju kemeja T oren, sambil pegang document bag warna hitam. 

Waktu berdepan dengan dia, mata dia tak lepas dari pandang muka aku. Aku rasa pelik, dan dia kelihatan tak senang duduk. 

Sebelah dia ada sorang mak cik, dan suami dia. Sebelah aku ada perempuan anak mak cik tue.

Bila train bergerak, Pak Cik yang dok ushar aku nie, duduk rapat sedikit belah dinding tepi, dan ada ruang sebelah mak cik tepi dia. So anak mak cik nie pun ubah tempat dan duduk tepi mak dia, sambil rancak berborak dengan handbag menghala arah pak cik belah dia. 

Tiba - tiba aku nampak ada pergerakkan pada pak cik tue. Dia mula mengesot, sambil sebelah kaki diangkat ke atas (macam orang lenguh kaki)  dan lindung tangan dia dengan document bag yang dibawanya. 

Hati aku rasa tak sedap, tapi still tak nak suspect bukan- bukan. Sebab Allah sendiri marah bila kita buruk sangka. 

Alah, 1 station je pun, bukan lama mana pun aku dalam tue. Kelip mata aku dah sampai ke station Bandaraya. Waktu langkah keluar, memang niat aku nak intai di balik cermin luar. Memang tak syak lagi, pak cik tue, cuba meraba handbag gadis tersebut. 

Dengan sepontan aku terus KETUK CERMIN DARI LUAR, supaya salah sorang dari keluarga tersebut pandang ke arah cermin. Dengan gaya dari luar, aku tunjuk handbag dan arahkan dia pusing handbag tue kearah lain. 

Mula - mula gadis tersebut tak hiraukan aku. Mungkin dia ingat aku gila or cakap sorang - sorang. Tapi aku ketuk lagi, dan kali nie bapak dia pandang aku, sekali lagi aku cakap "BAG", dengan isyarat pegang bag aku dan halakan ketepi supaya dia dapat ubah handbag tue. Kali nie, aku nampak dia terus tarik bag dia kedepan dan terus kepit. 

Aku memang tak hiraukan muka pak cik pick pocket tue. Aku tau, dia nampak aku bagi amaran. Tapi yang pasti, aku tak sure sama ada akak tersebut perasan or tak, isyarat aku tue adalah bagi mengalakkan dia dari ditimpa malang. Tapi asalkan dia dah ubah kedudukan handbag, aku rasa dah selamat. 

Badan aku terus mengigil, takut benda buruk berlaku pada family tue kalau aku tak bagi amaran. Kerana mereka kelihatan seperti baru sampai dari jauh dengan bag besar semua. Pada masa yang sama aku bersyukur dapat selamatkan keadaan. Tapi masih ada gusar, kalau - kalau massage aku tak sampai sebenarnya. 

Tak sangka perempuan pun boleh jadi mangsa seluk saku, kalau kita lalai. Please - please kakak , adik, mak cik, auntie, miss,  madam, jaga handbag bila berada di tempat awam. Jangan sesekali lalai. Benda nie jadi pengajaran pada aku jugak. 

************

Bila dah balik baru terpikir, kenapa aku begitu penting diri, kenapa tak masuk balik train tersebut, dan jerit pada pak cik tue. Biar dia terus ditahan. "Grrrr....... Mengesal kemudian tiada guna." 

SEKIAN.


7 comments:

Mila Ahmad said...

Nasib baiklah, kat train ni banyak penyeluk saku yela berasak-asak kan.

LelakiSemalam said...

org kalau nak buat jahat x memilih jenis!

Lizzie Yasmin said...

Mila : HAti2 lar kita, bahaya,bila bag terbuka je..

Lizzie Yasmin said...

Lelakisemalam: Salu pikir macam mana nak seluk bag perempuan, kali nie, memang aku dah tau bagaimana. Sungguh terang - terangan. Hati2 je lar.

Lizzie Yasmin said...

Lelakisemalam: Salu pikir macam mana nak seluk bag perempuan, kali nie, memang aku dah tau bagaimana. Sungguh terang - terangan. Hati2 je lar.

gamepoint amd said...

peh kau ni boleh dikira heroin jugak lah. bagussss

pipoq said...

zaman sekarang ni asalkan ada kesempatan tak kira usia dan mangsa..kita je la yang kena beringat selalu supaya tak jadi mangsa..