Tuesday, May 14, 2013

Kirim Salam

Pagi tadi macam biasa, aku akan mengadap TV dulu sebelum nak pergi kerja, sementara tunggu Along siap. Rancangan apa? selalunya main random asal sedap ditengok je.

Pagi nie aku terbukak rancangan Pesan Atok, sapa tah nama ustaz tue main story - story dengan budak - budak. Kadang - kadang ada jugak topik best yang dibincangkan. Ala benda lazim, yang mungkin kita pernah belajar waktu kat sekolah agama or kat mana - mana dulu. Dan telah pun lupa.

Topik hari nie adalah SALAM.  

Tak nak cita pasal bagi salam, sebab aku rasa semua orang tau MEMBERI SALAM ITU ADALAH SUNAT, tapi MENJAWAB SALAM TUE ADALAH WAJIB.

Tapi benda yang aku nak SHARE nie rasanya lagi menarik kot. KIRIM SALAM.

Selalu sangat kita dengar orang cakap, "Eh kirim salam dekat (nama) exp Kak Ton/Family ko/ dan bla bla bla" . Orang yang boleh dibilang dan mampu untuk kita sampai kan salam tue.

Tapi selalu jugak kita dengar "Kirim salam dekat ORANG KAMPUNG ko / awek cun dekat sana/ or bla bla bla" Yang bilangan orangnya adalah ramai dan mustahil untuk kita sampaikan salam tue.

Untuk pengetahun kalau kita tak sampaikan salam tue, hukumnya adalah DOSA.

Adalah mustahil untuk kita nak sampaikan salam pada SEMUA ORANG KAMPUNG. Dan mustahil jugak ko jalan - jalan dekat Mall, nak cakap. "Eh awak, kawan saya kirim salam " Sebab dia awek cun, dan tadi kawan ko cakap, suruh kirim salam dekat awek cun yang ada sekat sana.

Bila salam tue tak sampai maka BERDOSA lar orang yang tak sampaikan tue. Sapa nak disalahkan?
Aku akan salahkan orang yang suka kirim kan tue lar. Grrrrrrrr....... tak pasal dapat dosa free 

******************

Aku personally, memang menyampah bila orang suruh Kirim Salam bagai nie, sebab aku bangsa pelupa. Takut memang tak sampailah salam tue. Dah lar, dosa sendiri tak tertanggung, nie tambah plak DOSA TAK SAMPAIKAN SALAM nie plak.


Sekian.

Chop Chop: JOm dating dekat sini Sabtu nie. SINI 
Cari Us Faminnile k.


4 comments:

the malay male said...

lepas ni kalau ada org suh kirim salam, nak bagi alasan apa ye untuk reject...huhu

Lizzie Yasmin said...

@The malay male : Cakap je, cuba ko bagi barang sekali. Mesti aku ingat nk kirim salam dan barang tue.

abghani said...

klu kt shoping mall-pegi kt tempat bertanya suruh kerani tu buat anosment.klu kt kg pegi masjid suruk pk imam buat anosment jugak....kawan aku krim salam

diana said...

akak pun tak suka orang suruh sampaikan salam..akak sendiri tak nak kirim2 salam kat orang..nyusahkan orang je nanti..