Friday, May 3, 2013

Virus GE

Kalau boleh tak mau cakap pasal GE sebab aku tak boleh mengundi. Kalau boleh mengundi pun aku rasa tak best untuk cakap pasal GE dan nak menangkan mana - mana parti. Anggap lar, aku neutral. Tapi bukan atas pagar.

Aku kesian tengok orang yang fanatik politik nie bercakap, tak kira lar dalam FB ke, twitter ke, youtube , blog, dekat pasar malam , dekat meja makan sambil mengadap rezeki ataupun cerita kedai kopi. Hinggakan teater KakiSeniFest pun terjebak sekali, bila ada topik GE dalam teater RebinaBerry. Nak menangkan parti masing - masing, sudahnya tak bertegur sapa terus sebab fahaman berbeza.

TV tak payah cakap lar, bukak sana GE, bukak sini GE selagi tak GE nie, selagi tue. Tak der cita yang boleh kau tonton jika kau tak langgan Astro.

Bagi aku, sapa pun yang bertanding, sapa pun yang dorang sokong dan orang lain sokong. Kita perlulah ada sifat HORMAT. Hormat hak orang lain sebagai pemilih dan Hormat pada memimpin. Bukan HORMAT pada pemimpin yang kita sokong saja tapi juga HORMAT pada pemimpin yang kita tak sokong jugak dan pemimpin terdahulu dari padanya.

Kadang - kadang sedih tengok orang yang tak bersalah dimaki di kata bukan - bukan yang bukan diri nya. Video sex sana sini kononnya semua melibatkan pemimpin. Alim Ulama dikatakan dicaci dimaki. Agama Islam seolah dipermainkan untuk penggunaan peribadi politik semata - mata. Inikah permainan politik kita?

Aku bukan salahkan pemimpin parti or parti itu sendiri. Tapi kadang - kadang pengokong fanatik yang terlalu creative mencari idea - idea baru untuk menjatuhkan pihak lawan. Sampaikan kekurangan hair spary dipasaran pun turut dijadikan issue politik. Tue belum lagi kes penipisan lapisan ozon, spender besar dabak, dan jam omega lagi.

Sedih bila tengok dan fikirkan balik. Kenapa dengan orang kita, ye orang kita, sanggup memusuhi bangsa sendiri. Mengutuk, mengkeji, hilang hormat semata - mata sebab politik. Seolah tiada budaya, hilang sopan santunnya bila masuk bab politik. Keluarga sendiri jadi lawan bila dekat - dekat GE nie, kalau ideologi politik berbeza.

Tak sabar nak tunggu GE tamat. Rasanya tak sanggup dah nak tengok. Kawan jadi lawan, meja makan jadi medan pertempuran perang kata - kata. Ruangtamu jadi medan ceramah politik. Tepi jalan dan serupa sarkas.  Tengok sana nampak biru, tengok sini nampak hijau, pusing skit nampak merah, dan biru lagi.

Orang luar datang Malaysia pun geleng pala. Kenapa teruk sangat sampai macam nie. Kalau duit beli bendera yang kalau hujan tue terbang terus jadi sampah berlungguk di hulurkan pada rumah anak yatim, kebajikan dan orang miskin kan lagi molek. Dorang nak baca surat khabar tempatan pun 10 kali tanya Why and why. Jenuh pemandu pelancong nak jawab. Aku cakap, sebab aku ada pengalaman terpaksa explain A - Z bagi  dorang paham. Kadang - kadang terasa malu pun ada bila nak ceritakan semua. Malu  kenapa orang Malaysia jadi macam nie. 

Please nak berpolitik sila lar berpolitik cara sihat. Kurangkan fitnah. Besarkan fakta. Dahulukan rakyat. Hormati Raja dan Negara. Berlandaskan Agama. Jaga kata, jaga mulut, jangan sampai terbuka aib sendiri kerana mengaibkan orang.


4 comments:

Tukang Karut said...

aku dah tak sabar nak hari isnin depan... harap2 habis la semua ni...

tenku butang said...

virus GE? hu3..

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

aizamia3 said...

lepas PRU, semua bendera yang bergantungan diturunkan.. apa kesudahannya.. ? Buang..? beraoa banyak..? membazir je..

Lizzie Yasmin said...

Aizamia: Ada yang diturunkan kira ok lar. Ada yang mintak tolong alam turunkan. Kejam, sepah merata. HUJAN