Friday, June 7, 2013

Penang Walk

Tak jakun sangat lar, kalau orang tau rumah aku dengan Penang cuma 45 minint. Tapi banggunan unesco Penang pun aku tak tau celah mana. Orang dari luar, pegi Penang semua amik gamba sampai penuh mamory card, dekat lukisan - lukisan dinding lawa - lawa. Aku pi Penang takat naik feri makan pasemboq, cendol, laksa dekat Padang Kota lepas tue balik. Sedih betul dengar.

Kali nie balik Kampung memang tak tunggu dah, dalam schedule memang nak pi Jalan Kulit usha barang lama dekat sana. Oleh kerana, i memang tak reti jalan Penang. So kita guna transport awam je comfirm tak sesat.

Dari Jeti Seberang Perai, naik ferry bawak body je. Keta parking seberang. Senang.  RM1.20 tambang pegi, balik feri free. Jetty Penang, terus tanya no bus ke Stadium Bandaraya, sebab Jalan Kulit dekat situ je. Betul - betul depan stadium, dari bus stop kene jalan skit belakang stadium terus boleh nampak payung banyak.

Ah, tak banyak memori di Jalan Kulit, sampai orang dah nak bungkus kedai.

Waktu atas bus aku dah nampak bayang - bayang jalan banggunan Unecso bagai tue. Mural dari wire dah nampak kelibat, memang tepi jalan je.  The rest, kene masuk lorong - lorong jalan cari.

View atas bus. 

Memang dah aim, balik turun bus dekat Chow Rosta, balik jalan kaki ke Jetty. Sambil menikmati pemandangan banggunan lama - lama dekat situ.

Memang tak jauh, tapi kalau ko jalan kaki jam 1 - 2 petang. Time cuaca terik itu memang nikmat. Sambil seret 2 adik aku, perjalanan harus diteruskan. Dalam hati nak sewa basikal boleh main kayuh je. Tapi bila pikir balik, kitaorang menuju ke Jetty. Memang tak patah balik pun. Macam mana nak return basikal. So baik tak payah. Pakai kaki pun senang jugak. Kalau tak larat jalan, seret je kaki pun boleh sampai.









The best thing pasal murals wire nie, dia banyak menceritakan tentang sejarah, adat, budaya, makanan dan apa saja tentang Penang dalam bentuk kartun.

Betul - betul satu tarikan yang menarik. Jangan gaduh amik gambar je, tapi maknanya kosong. Rasa - rasa nak abadikan mural nie. Tapi tak dapat baca dek bayang - bayang. Pi dekat mana - mana kedai souvenir tepi jalan nie, ada dijual semua gambar tersebut. Baca lar sampai lebam.

**********

Bila dah sampai tahap berjalan sambil seret kaki, baru berjaya jumpa mural painting. Tue pun dah nak sampai hujung jalan. Bayang - bayang Jetty pun dah kelihatan. Nampak now dekatnya dengan Jetty Penang nie ha.  

Tiba - tiba semangat mural hunting datang balik. Ko pandang aku aku pandang ko, larat berjalan lagi ke? 

Bertentang dengan jalan mural nie boleh jumpa lagi 1. 

Lagak mau seperti pelancong. Hanya pelancong je sebuk mau amik gambar itu - ini dekat tempat orang. Mulut bia ringan kalau nak tau lebih. Kalau uncle kedai tue tau aku orang seberang je, mau dia tak layan bagi direction cari others painting. 

Tima kasih uncle, bagi direction ulang - ulang sampai pening kepala dibuatnya. Siap sebut nama jalan bagai, padahal tue tak penting pun untuk saya. 


2 gambar di atas adalah sinonim. Yang tak sinonimnya, macam mana nak ambil 2 gambar tersebut sekali. Kerana masing - masing berada di penjuru yang berlainan. 
"Kacau sangat aih keta tepi2 tue. Kalau tak memang boleh kot."

Bagi bekas - bekas pelancong Penang. Sila jangan bunuh diri sebab dulu korang pergi tak jumpa mural nie. Bukan salah korang. Kerana menuruh uncle yang ramah tamah itu. Mural nie baru je siap about last week. 
Lucky us, jadi antara orang pertama yang dapat bergambo dengan kucing gergasi.
Sila redeem hadiah anda. 


Yeay, yang dicari dah pun kutemui. 
Mari lar, adik - adikku. Akak ko dah tak larat jalan nie. Balik seberang kita cari kedai makan dulu. 

Nak pekena Line Clear tak bapa clear. Maklum lar lunch hour. 

Tips daily trip to Penang: 
Turun jeti terus berjalan menghala ke kiri anda. Nampak kedai basikal terus sewa. Masuk celah - celah lorang dan boleh ketemu lukisan2 menarik. Silap - silap boleh sampai komtar terus. 

Jangan segan bertanya. Sebab rata - rata orang Penang adalah ramah. 
Bawak bag yang mudah dibawa. Dan sediakan topi sebelum panas.
Pakai sunblock, kalau pakai product mahal mana pun, tapi lupa pakai sunblock .. burn jugak kulit tue. Kutuk, diri sendiri. 

Penang nie, pusing sehari pun boleh settle. Kalau tak der plan nak sampai Feringgi bagai lar. 

Sekian.

7 comments:

micah aje said...

hi, salam kenal, micah dah penah pusing2 dah cari gambar idup camni..banyak lagi kat lorong2 kecik...penang memang best

Nastyna said...

Menarik.. sama macam Berlin Wall penuh dengan lukisan.

Mek Onie said...

awesomeeee!!!! penang memang best :D

Giorgio Izas said...

Nmpak menarik btol mural 2... tp xprnah plak terperasan akan kewujudannye... (^_^)

zakirasli .. said...

Wah, smart lah gambar kucing tuh, comel :D

Rizal Slaughterheart said...

smart btul grafity tuh

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. aku tak pernah lagi pergi sana. nanti kalau aku pergi, kau jadi tourist guide boleh? hehehheee