Tuesday, June 11, 2013

Review: Pakai product mengandungi racun berjadual.

Baiklah, ini entry pengalaman sendiri. Tidak bermaksud nak tutup periuk nasi sapa - sapa. Sebab tue, aku tak akan sebut nama poduct tersebut.

1st of all kita perkenalkan dulu maksud racun berjadual. Racun berjadual adalah racun yang tidak memberi kesan buruk serta merta, tapi mengambil masa untuk bertindak jika penggunaan yang lama dan berterusan.

Product nie aku dapat dari akak aku. Dia beli, aku tukang pakai. Sebab dia tak suka kesan melekit bila pakai. So dia past dekat aku, memang timing baik lar.. cream muka aku pun tengah habis time tue.  Dapat plak waktu tue, jerawat silih berganti naik. Walaupun sebijik - sebijik, tapi tetap rasa annoy.

Nak kata habis segala suku sakat family aku pakai product nie. Kononnya berkesan dan best. Hinggakan anak mat salleh culup pun pakai. Kulit dia tak payah cakap lar, dari ada spot - spot bintik hitam, terus jadi flawless, dan nampak gebu dan bersih. Aku terpengaruh sebab nampak perubahan pada kulit dia lar.

Tak dinafikan. Kulit aku memang tak der masalah sangat pun. Cuma kadang-  kadang tue tak puas pada diri sendiri, sebab ada je bintik halus singgah dekat kulit. Ada masa kulit kelihatan kering,  liang pori mengembang memang nampak serupa baru bangun tido. Dah lar, aku jenis tak suka pakai cosmetic bila keluar. Nampak kusam lar jadinya.

1st week aku pakai memang tak nampak perubahan. Cuma yang nampak, bijik pada kulit muka, dan jerawat yang sebelum nie silih berganti mula surut dan hilang terus.

2 3 minggu aku pakai, memang tak nampak apa - apa. Or mungkin aku bukan jenis suka kelebet muka sangat. So tak nampak perubahan dia. Tapi bila dah pakai 3/4 botol tue, aku perasan kulit aku makin cerah. Urat - urat pada pipi pun boleh nampak. Padahal aku bukannya bangsa cerah mana pun. Cerah dia tak nampak merah, tapi sekata dengan kulit asal. Pipi nampak gebu dan mulut.

Rutin harian aku adalah, pakai hada labo (untuk kulit kering) sapu cream X dan tepuk bedak powder Johnson baby,  sapu blusher dan settle. Tapi bila keluar, orang ingat aku make up bedak, bronze bagai. Sebab kulit nampak LIKE super cantik all ready. Along yang bagi kat aku pun, sudah ada jeles pada perubahan yang berlaku.



Baru pakai sebotol, dah serupa Ratu diri nie. Perubahan super ketara. Tiba-  tiba rasa bangga dan seronok, dalam hati bakal nak order lagi 1 bila dah habis nanti. 

Untuk pengetahuan, mula - mula kau pakai cream nie, memang aku rasa was was. Oleh sebab waktu tue memang malas nak beli cream muka so aku pakaikan je lar.Yang buat aku rasa was - was adalah, texture cream itu sendiri. Dia tak sehalus cream biasa, dan bila apply dekat kulit dia serupa ada glitters skit. Serupa ada logam tersembunyi, kadang - kadang ada panas skit (panas waktu mula - mula pakai dulu, bila dah lama tak rasa apa - apa dah) . Lepas pakai kulit terus rasa tegang. Langsung tak der rasa, gatal, pedih or apa saja tanda alahan.

Baru - baru nie, member aku ada tunjukkan aku satu keratan akhbar. Bila baca, perasaan was - was pada cream tue datang balik. Aku start google dan do research. Yang aku dapat adalah pendapat yang berlainan.

Cuma 1 blog nie jer, yang aku rasa sedikit informatif. Dia ajar Cara Untuk Mengesan Kandungan Merkuri Dalam Cosmetik. 

Ambil secalit cream yang hendak diuji, dan gosok dengan emas. Jika cream tersebut bertukar pada warna grey, ini bermakna cream tersebut mengandungi Logam Mercuri. Lagi gelap warna cream tersebut bertukar, lagi banyak kandungan Murkuri dalam cream tersebut. 

Oleh sebab, aku tak der emas lain selain rantai tangan aku, yang susah mak datuk nak bukak. Jadi, aku sapukan saja pada lengan dan gosok pada rantai tangan yang memang aku pakai nie. Tak terkejut sangat lar, bila cream kesayangan aku bertukar jadi grey dan lebih mengejutkan lagi. Tiba - tiba tempat bercream grey tue terasa panas pijau. Berdebo terus jantung aku.


Nak comment lebih - lebih memang aku tak berani sebab aku bukan pakar. Tapi bila dah jadi macam nie, baik lar aku stop penggunaan dia. Dan cari benda lain untuk dipakai.

Kesan sekarang memang lar best. Tapi kita tak tau, kesan sampingan bila bergunaan berlebihan dan kesan pada anggota dalaman pada masa akan datang.

Jadi sekarang aku terpaksa said bye bye pada Cream Magic itu. Padalah dalam hati terasa sayang, tapi sayang pada diri sendiri lagi kuat kot. Biar tak cantik sekarang, tak hodoh jugak akan datang. 

Sebagai seorang yang prihatin, aku nak sarankan korang perhatikan product cosmetik yang sedang korang pakai sekarang. Terutama yang dibeli melalui online. Sebab macam banyak sangat founder cosmetik tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Certificate tak tau dapat celah mana. Takut barang mentah dari seberang, balik bancuh, masuk botol, letak label sendiri.

Aku mintak maaf pada penjual - penjual cosmetic sekalian. Kalau barang korang benar, buat apa nak melatah. Ini adalah entry membantu. Sebab bukan kita tak pernah dengar cerita perenggan di atas tue. 

Sekian.

Share sikit info berkaitan  

10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. perghh ngeri siot aku dengar. mujur, aku jenis susah nak try2 produk ni. nasib baik kau test krim ajaib tu..

:: Mrs.Eady :: said...

hurmmm...

Cik Eka said...

kite penah try satu cream ni. cream ni jenama dia ada huruf saja.

tettttt

dan bila pakai, rasa melekit2, tapi lepastu tegang. Kemudian ada macam glitter. Mula2 macam pelik. Ape nie. Pakai seminggu.

Lepastu kan, muka kita jadi kering. Kering sangat. Dan lepastu macam gatal.

terus stop!

takmo pakai dah. huhuhuhu

skang ni kita pakai sabun dn serum sahaja. takde benda lain dah. itu je sesuai

Patricia Charles said...

pasal satu produk yg kena banned kat singapore, produk seberang tu.. yg famous tuuu.. sampai si Marsha AF pun pakai. ye aku pernah kena. bukan setakat muka rosak, aku mengadu domba di FB kena sedas dengan kawan sendiri kerana aku dituduh menutup periuk nasik orang dengan mengatakan aku terpakai T****A tiruan. aku guna krim susu beras je.. berapa hengget je.. wajahku gebu kembali. tq.

eLL said...

alamak, brand apa tu...

Umie Artoqiemie said...

uishhh baru tahu ni. lepas ni nak test cream kot2 bukan grey, golap terus haa ahahhaa.boleh tahu pakai cream ape?

Lizzie Yasmin said...

Umie & Patricia: Memang aku tak kan cakap lar brand apa. Korang try test sendiri lar cream korang tu, lagi elok.. Dari cuma dengar khabar je. Puaskan hati sendiri, bila tengok sendiri.

Elie Lily said...

Elie lagi selesa pakai benda2 asli dari dapur. Macam bedak sejuk dengan kulit kayu manis untuk hilangkan parut atau hitam2 di muka dari cuba krim2 tak tahu asal usul ni. silap hari bulan, rosak muka. huu

Liza Razak said...

saya mmg x berani beli sebarang jenama..nak pulak kalau yg kat online ni..takut ada side effect

gadisBunga™ said...

mmm...better be careful. better better be really careful. pesanan untuk diri sendiri gak nih. masalah gak takde barang kemas kat badan ni, takleh nak test produk kita...