Monday, July 29, 2013

Back To Basic: Petua Muka dan Rambut.

Setelah lebih 2  bulan meninggalkan product penjagaan kulit muka yang dikhabarkan terdapat racun berjadual di dalamnya. Sejak dari pada hari tue, aku dah stop penggunaan product muka.

Kembali pada rutin biasa, mencuci guna pencuci biasa dari watson, tepuk hada labo moisturizer, and done.

Kulit nak kata elok, memang tak lar sangat. Kadang -kadang psiko jugak bila terpandang kulit kering dan kusam bila menjengah tengahari. Tapi nak buat macam mana, akibat limpahan terlalu banyak product muka dipasaran, telah menyebabkan orang confius macam aku berada dalam situasi dilema.

Baca review orang nie kata elok, lagi 1 review cakap tak memberi kesan. Dan lebih teruk yang ada komplikasi akibat kulit tak sesuai.

So far, begitu lar harian aku. Bila hujung minggu bergantung pada kerajinan. Buatlar masker sendiri guna barang dapur. 

Terbaru, PUTIH TELUR DAN OAT 
Seperti biasa putih telur mampu mencerahkan kilit dan oat pulak mampu menaghapuskan jerawat. Dalam erti kata lain mengecutkan jerawat.

Ala bukan susah pun, putih telur, campurkan dengan oatmeal. Kalau testure dia besar sangat, blender skit or rebus bagi dia lembut. Campurkan kedua - dua bahan and tepek pada muka  yang baru dibasuh. Jangan tak keringkan pulak muka tue. Sebelum tepek.

Kalau ada madu, letak lar skit. Coz madu adalah salah 1 bahan pelembab dan penegang. Dah macam bahan buat cookies pulak, memang sedap pun. Tapi rasanya benda nie tak berapa sesuai untuk orang kulit kering kot.

Nak tukar bahan pun boleh. PUTIH TELUR + OLIVE OIL. Lepas cuci terasa lembab dan tegang. Sesuai untuk kulit kering dan sunburn.

Bila dah amik putih, telur kuning dia jangan nak gatal buang pulak. Letak je dekat rambut. Dah alang - alang berlengaih. campur KUNING TELUR dengan sedikit MINYAK KELAPA OR OLIVE OIL, tunggu sekejap sambil tue boleh lar settle kerja rumah bagai. Pakai malam esok basuh pun boleh.

Busuk memang lar busuk. Basuhlar bagi bersih. Lebih afdal basuh 2 kali and bilas dengan perahan limau, kalau tak der pakai shampoo wangi pun boleh. Hasil dia boleh tengok sendiri nanti. Rahsia tak mau cakap... :p

Tiba-  tiba jadi entry ala - ala petua dahulu kala pulak. Ada banyak lagi lar yang aku amalkan, bergantung pada stok .

Sekian saja.  COME DAK KAK TON.....
(Tiba - tiba teringat kak ton dekat jalan TAR, sapa dah pi.. tau lar) 


Sapa ada product baik cuba review tengok. 
Aku nak baca. Masih dilema nie. 




1 comment:

mama_ka0ri said...

tamau product chemical?
saya boleh suggest..email kat kita..nanti kita boleh terangkan details..

[email protected]