Thursday, July 18, 2013

Bukan terus jatuh hukum dengan MAKIAN - ALVIVI

Kejap jer publish, lepas tue tengok bagaimana.

Gempar masyarat Islam Malaysia bila gambar Alvin dan Vivian atau lebih dikenali sebagai Alvivi  memuat naik gambar yang dikatakan cukup kontraversi dan menyebabkan kemarahan seluruh umat islam Malaysia dan mungkin seluruh dunia.

Dorang nie memang tak payah dikenalkan, rasanya memang semua orang dah cukup kenal dorang nie. Bodoh lar aku kalau aku cakap aku tak marah, sebab bab agama memang tak boleh di buat main. Terutama bila ia melibatkan Agama dan berbaur perkauman.

Tapi aku jelek  bila baca komen orang Islam kita sendiri di bulan mulia ini. Bulan di mana setiap pertuturan, mulut, telinga dan hati perlu dijaga. Tapi mampu mengeluarkan kata - kata cacian makian dan kesat pada dorang. Dah macam menyamakan diri korang dengan dia jugak.

Kenapa kita tidak mendoakan semoga mereka di beri hidayah ketika bulan mulia ini. Adakah dengan penghinaan yang dilemparkan mampu memadamkan api yang dah pun jadi bara.

Ko jangan ingat hati dorang buta dan pekak untuk terus berdiam. Bara telah disimbah minyak, julangan kian tinggi. Jangan jadi bodoh, sebab bodoh lar punca banyak kejatuhan.

Permohonon maaf telah diberikan dengan ikhlas, tapi yer benar... Dengan maaf saja tak cukup untuk diberi pengajaran. Tapi dengan makian dan hinaan juga tak cukup untuk insafkan dorang?

Penjara? Denda? Cukup ke beri pengajaran? Mungkin cukup untuk memberi warning pada yang lain, supaya perkara sama tidak berulang. Tapi bagaimana pula dengan internal mereka sendiri. Kenapa tak dicadangkan juga sesi kaunseling dan khidmat sosial pada mereka. Supaya mereka lebih memahami dan mendalami apa itu Islam dan sensitivity dalam hidup pelbagai kaum.

Ada pulak yang cakap belakang bila baca statement aku nie, "Ah bukan tak belajar waktu sekolah dulu, lagipun benda nie am kot, lagi pun dorang orang berpelajaran kot. Ada otak pakai lar. dan bla bla bla... " 

Eh, korang bagaimana, pengetahuan am kot. Islam itu Indah. Sedangkan dosa besar korang pun kalau bertaubat Allah ampun kan. 

Ah tutup bab tue, .. kang ada pulak kene tembak sebab tak sependapat. Sekali lagi ingin dikatakan Aku memang marah pada mereka. Tapi tak elok rasanya untuk kita menghukum mereka dengan cacian. Cacian bukan ajaran agama kita.    


7 comments:

nurdani said...

apa yang diorang buat memang salah sebab sentuh sensitiviti agama. tapi betul la ko cakap, makian hinaan apa benda tu semua tak perlu pun. tak menunjukkan langsung peribadi seorang Islam.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. aku pun rasa kita memang tak patut nak maki hamun. aku doakan depa-depa yang dah buat jahat kat agama Islam ni, bertaubat dan tak ulangi kesilapan. jadikan tauladan :)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Setuju. Itulah realiti skrg, wan pun dh byk kali cuba tegur diorg ni supaya jgn ikut nafsu marah sgt dgn menyuarakan kata2 kesat dan lucah utk melepaskan geram.

Sbg org yg berfikiran rasional dan beragama, Islam tak penah mngajar kita utk jadi begitu.

Jika kita sendri menggunakan cara itu utk menyuarakan ketidakpuasan hati, maka tiada bezanya kita dgn mereka...apa yg penting di sini ialah, biar org yg bertanggungjawab mengambil tindakan. ALLAH kan ada. DIAlah sebaik-baik hakim dan kita sekadar hamba yg lemah.

cha said...

what you give you get back kan tapi tulah kita pun sampai keluarkan perkataan tak elok malu je dengan cina cina tu :)

boni kacak said...

itu lah.. memang kita marah pada dorang. tapi sebagai orang Islam, kita tak boleh juga melenting macam tu.. kena bersabar. tapi entah juga. sebab zaman sekarang ni dah lain. nasihat cakap elok2 pun dorang tak peduli. mungkin pihak atasan kena bincang semula cara terbaik untuk elakkan benda2 ni terjadi lagi

Adaa Arsenal said...

setuju, maafkan mereka. sebab mereka jahil. Doakan mereka supaya dibuka hati untuk terima Islam. Kalau Nabi Muhamad Saw pun mesti akan maafkan mereka. Nabi kesian tengok orang kafir, sebab kat AKhirat nanti, mereka tak ada peluang ke syurga. Doa je yang baik2 utk mereka.

Scya Lollita said...

semua kena belajar dari kesilapan. mana tau diorang terbuka hati tetiba, dapat hidayah ke, kan.