Friday, July 12, 2013

Car Boot Sale yang betul - betul CARBUT

Dekat Malaysia nie jarang boleh dapat Car Boot Sale yang betul - betul dari simpanan sendiri (preloved), masuk bonet kereta dan main lambak dekat jalan dan jual. Bak kata mat salleh "someone trash is another person treasure" 

Berpegangkan prinsip sayang nak buang sebab masih elok, kenapa tidak dijual kembali pada orang lain. Tak payah lar nak ngada - ngada jual, sama harga dengan nilai yang dibeli. At least dapat duit poket makan seminggu pun jadi lar kan. Duit ko dapat , barang kita pun dapat tuan baru. Dia dari terperuk dalam lemari or terus ke tempat pembuangan sampah lagi lar rugi dan membazir namanya.

Susulan dari kes pindah rumah baru - baru nie. Aku dapat kesan terlalu lar banyak barang yang terpaksa dicarikan tuan baru untuk dia. Perempuan biasalar , apa lagi kalau bukan kain baju. Boleh dikatakan berguni jugak lar kain baju yang dilekgo. Setengah dah asingkan untuk didermakan pada badan yang memerlukan dan lagi separuh yang kurang skit senonohnya bakal dijual as preloved.

Jadi aku decide nak jual jer dekat Car Boot Sale at Bestari De'Kota yang terletak di Kota Damansara berhadapan dengan Gulam Mee. Berconceptkan barang prelove dan terpakai jadi memang tepat lar untuk mendapat pingat The Real Car Boot Sale in Malaysia, itu pun kalau ada anugerah tersebut.



Organizer dia memang tak kan layan peniaga yang datang menjual barang yang fresh dari plastik samaada dari China, Vietnam mahupun Bandung yang berebut - rebut orang ambil tue. Bagi mengekalkan kesucian bazaar barang terpakai beliau.

Dengan kadar sewa hanya RM10 sehari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari setiap hari AHAD rasanya ia adalah cukup berbaloi dan betul - betul Car Boot.

Jadi InshaAllah minggu nie or minggu depan, akan ku lambakkan baju - baju aku, dengan nilai jualan dari RM2 - RM8 sahaja. Nak mampus kau murah Ya Rabbi. Tue memang stock memang nak kasi clear namanya.

Jadi bagi yang masih mencari Car Boot yang the real one, ini lar tempatnya. Marilah kita sama - sama mengimarahkan  bazaar ini. Sila gembar gemburkan hal ini, supaya dapat dikongsi bersama. Jadikan bazaar nie pot hunjung minggu yang wajib anda. Pengujung pasti tak kan balik dengan tangan kosong. Sebab aku dah pernah pergi berapa kali dah. It like super crazy murah.

Bagi yang tahu lebih lanjut cara nak sertai dan lokasi yang tepat boleh view FB Car Boot Sale at Bestari De' Kota here LINK 

JUMPA DI SANA 






3 comments:

Miss PIJAOSIX said...

Lame tak layan carboot sale kat Shah Alam tu...macam-macam ada!!

eVa said...

huhuhu jauhnya.. dulu dulu masa kecik penah pegi carboot sale.. org puteh punya.. mmg seronok.. brg2 yang tak pernah kita jumpa. antik sgt.. hopefully msia ada buat slalu mcm ni kan.. mungkin sbb kurang organizer yang brani buat..

boni kacak said...

boleh jual barangan terpakai je ye??