Wednesday, July 31, 2013

Generasi akan datang: Sinetron + Fairy Tale

Kerosakkan remaja sekarang bukan saja pada gejala sosial yang berleluasa. Ponteng sekolah, dadah, rempit, hidu gam, ganja, telan ubat batuk, buli, pergaulan bebas , seks bebas semua kita dah memang nampak dan masih tak dapat dikawal.

Punca kita dah tau, datangnya dari pengaruh rakan sebaya, keinginan  mencuba, keseronokkan luar, kurangnya kasih sayang dalam keluarga, media  social dan persekitaran. Dah banyak sangat perdebatan berkaitan isu ni, tapi penyesaian masih hambar. Bila institusi kekeluargaan sendiri tidak memainkan peranan.

Mak bapak masing - masing sebuk cari rezeki, bagi kebebasan penuh pada anak - anak. Percaya 100% pandai lar ko bawak diri. Duit udah diberi, nasihat udah dikasi, hadamnya belum tentu lagi.

Ada pulak, mak bapak sebuk bekerja. Anak diasuh oleh bibik. Bibik pulak sebuk layan sinetron dan drama bersiri. Kasih sayang kurang, nak bercerita tak der orang disisi. Kawan jadi penasihat dan kaunseling tak bertauliah. Itu yang jadi nasihat bukan - bukan dan membawa pada masalah.

Itu kalu  ada kawan, kalau tak  der. Jadi lar macam nie. 1 lagi gejala baru.


Gejala sakit mental, hidup  dalam 2 alam. Tak dapat bezakan reality dan fantasi. 

Gabungan pengaruh, sinetron sebab join sekaki dengan bibik, dan bed time stories dibaca mak pak baca tetengah malam. 

Aku suspect lepas nie, masalah mental akan jadi sama naik dengan masalah social. Ini memang kelakar, tapi berapa banyak dah karangan yang kita baca, serupa bikin perus sakit macam nie. Dah banyak bukan? Itu yang terpublish, yang tak? 

Inilah dia generasi akan datang kalau tak di kawal. Wah hebatnya dunia , SYABAS.. 





No comments: