Monday, July 29, 2013

Melur and Thyme


Kebiasaannya, itik bukan menu utama masyarakat melayu, mungkin sebab jarang dapat restaurant HALAL yang menyajikan hidangan berunsur itik, kalau ada pun tak kene dengan tekak. Sebab hidangan itik boleh dikatakan agak cerewat dalam penyediaannya. Silap sikit boleh mengakibatkan bau yang tak berapa nak best

Menyajikan masakan melayu berunsurkan hidangan itik, rasanya best jugak aku share restaurant nie. Rendang itik, sate itik, itik salai dan banyak lagi. Bukan saja masakan melayu ada juga western dan Chinese berunsur itik di sini. 

Ah, bosan asyik sebut itik je. Sebenarnya ada jugak hidangan ayam , daging dan seafood dekat sini. Yelah, tak semua orang lalu makan qwuek qwuek nie kan. 


Last saturday, finally tercapai jugak hajat along nak repeat makan di sini. Yang bestnya, ada Set Ramadhan untuk 2 orang dan lebih. 

Setiap set terdiri daripada pelbagai lauk pauk dari pelbagai unsur. Itik, ayam dan daging. Juga disertakan nasi, air dan pencuci mulut iaitu bubur. Hari yang aku pergi tue, dia sajikan air pink guava dan pencuci mulutnya adalah bubur kacang. 

Owh, feeling seperti berbuka dirumah plak. 

Cerita banyak pun tak best, dah macam makruh plak, bila asyik kecur je air liur. Tapi boleh visit sendiri website (MELUR AND THYME) dia dan usha menu yang ada sebelum nak pi terjah. 

Owh lupa lokasi dia adalah dalam Suria KLCC je pun, tingkat LG, berdepan dengan pintu ISetan yang hujung sekali.  

 
Nie hidangan untuk 2 orang, Ramadhan Set. 
Jangan kata sikit, jenuh nak habiskan tau, at last tapau je. 

***********

Owh ho , sepanjang bulan puasa this year. Nie baru 1st time makan luar tau. Memang pecah record memasak di rumah tanpa jemu lar. 

Lepas nie, dah boleh ada segmen resepi plak. Ala - ala, akak - akak baru kawen. 

Dangerous makan di rumah nie sebenarnya, kerana terlalu sedap. Makan 3 kali tambah pun tak sedar. Patutlar abang - abang yang sudah berkahwin perutnya makin kedepan. Isteri rajin rupanya. 

Sekian.  



3 comments:

cha said...

oh tadi kwn i pun ada upload kt instagram. btw nama kedai and konsep diorang mcm unik la. how much eh set ramadhan ni?

Lizzie Yasmin said...

Cha: Dalam RM80 tak silap. Sekaali tax bagai.. RM92 i bayar.

diana said...

akak suka itik..mertua akak kat kampung bela itik banyak..bila balik dia sembelih memang puas la makan..heheh..tapi bahya makan banyak..kolestrol tinggi..