Tuesday, August 13, 2013

Raya Stories

Raya dah habis. Apa cer? Memang tak der cer. Balik kampung, makan, tido, pergi masjid, makan tido, pergi masjid, makan tido, makan tido. Memang tak kemana.

Bezanya this year, sebuk dekat masjid. Maklum lar mak apak aku kan orang kuat masjid Al - Halimi. Anak - anak dikerah untuk take part sama. Dari buka puasa hingga raya pertama bertangga dekat masjid sampai tengahari. Dok settlekan hal - hal jamuan raya lar, buka puasa jemaah lar, tahlil lar, hinggakan kenduri cukur jambul.

Tak ke dah macam YB.

Dari Raya pertama, hingga raya ke-5 memang rumah lar tempatku. Gemuk dengan masakan di rumah. Balik KL timbang berat tak jugak naik. Tapi aliment semua lari, ada part - part dah mula terjojol.

Raya pertama, pulut kari daging,
Raya ke-2, LUPA
Raya ke 3, pulut sambal ayam
Raya ke4, nasi  tomato, sambal ayam, dalca, kurma daging
Raya ke5, nasi putih, sambal udang, sayur campur, dalca semalam. Siap dapat bungkus untuk perjalanan pulang. 

Memang mak , aku tak bagi chance anak - anak makan luar. Dihasutnya dengan makanan rumah. Tue belum lagi, hidangan sampingan KeyEpSi , kerepek, Pulut sama serunding daging, dodol, buat kunyah - kunyah, di kala masa senggang.

OOTD memang tak der nak share, sebab gambar riang ria raya pun tak der masa nak snap. Ada jugak hati nak ambil gambar kesibukkan di masjid di kala menyediakan juadah berbuka dan persiapan jamuan raya yang sampai pukul 4 pagi di masjid.

Dah kata pun sebuk, memang tak sempat jugak lar nak pegang camera bagai. Mak jemah lebih sebuk dok perah santan, husung periuk ke hulu kehilir, patong bawang, layoq daun pisang, basuh beras, kacau gulai, anak lebai lalu pun tak mampu nak pandang - pandang. Pulut 10 kg woi, pitam wei nak sediakan. Tak masuk lagi gulai daging berapa puluh kilo tak tah.

Masa jamuan, orang lain sebuk membaham, aku plak sebuk potong tembikai, cari mangkuk, cawan tak cukup, husung dish merata, gulai tumpah atas baju dan sebagainya. Kalau ada yang budget nak main mata tue, mintak maaf lar. Tak sempat nak ghering punBaju cantik pun tak guna. Nasib baik baju tahun lepas je. 

Apa punya dasar lar, lepas je solat raya terus serbu meja jamuan. Makan plak serupa tak der benda makan kat rumah. Mungkin sedap bebeno pulut mak den makan sama gulai daging rempah pelbagai tue.

Orang dah start beraya, aku sekeluarga masih dekat masjid, tukang bersih itu ini, kutip sampah merata depa buang, jadikan seperti sediakala. Dah bagi makan percuma pun tak reti nak buang sampah di tempatnya. Masjid kot, sila jaga kebersihan skit. Itulah orang kita, plastic sampai tepi punggung ja, tetap nak buang kat lantai. Tetap nak tinggal bawah kerusi. Bukan orang kampung ja, orang pekan pun serupa. Tak payah main tuding - tuding jari.

Balik dari masjid, hadap laman rumah dah serupa dilanda musim luruh, nak hadap waktu bulan puasa memang ko tak mampu.Mau pengsan di tengah panas. Maka bertukarlar OTTD kepada seluar pendek, T-shirt sama selipar, sambil pegang penyakar. Maka bermula lar, sesi membersihkan halaman rumah yang terdiri daripada 13 pokok rambutan itu.

Dikala orang ramai berpakaian cantik dihari raya. Saya pulak serupa amah. Nasib baik tak der tetamu hari tue. Kalau tak, peluk - peluk XOXO  terus pitam. Bau peluh tahap neraka. Tue belum lagi kuku kuning sebab gaul kunyit goreng ayam 18 ekor, tangan kasar main klorok tonyoh dinding, dan choriang sana sini, akibat terpotong jari waktu kubas bawang 4 guni.

Bagi aku, raya bukan pada pakaian cantik, makan sedap, dan ziarah menziarahi. Tapi Raya adalah kepausan. Aku puas bila tengok family aku happy dan bahagia di hari raya, aku puas bila tengok rumah bersih, cantik, kemas walaupun hanya teratak buruk. Aku puas bila dapat berkhidmat untuk masyarakat kampung aku, walaupun depa tak perasan pun.

Lantak lar, aku tak der baju raya, tak der gambar raya, tak der jalan raya. Yang pasti aku raya tahun nie, aku rasa super happy, sebab mak abah aku tak der kes tarik muka, dan adik  beradik aku, boleh tido sebantal sambil gelak - gelak.

Nie jer, gambar di hari raya yang aku ada. 
Rehat jap. Sebelum sambung bahagian depan plak. 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. 




Weekend nie, baru nak beraya rumah family di KL.
Sila bukak pintu luas - luas. 

4 comments:

timm_bill said...

Bgusnyer..ank mithali ni..slmt hri rya..

Ibu Aina Ainul said...

salam kenal n singgah blik heheh..penat mnegejar masa la ktkan...nanti jemput follow yer dear..done follow u..^_^

Tukang Karut said...

fuh... raya dan makan memang tak boleh dipisahkan kan kan kan...

adzairdawati makdara said...

Selamat Hari Rayerrrrrrrrr