Wednesday, September 25, 2013

Umpat

Banyak cara kita boleh isi masa. dalam erti kata orang good - good kata HOBI. Definasi Hobi adalah adalah kegiatan rekreasi yang dilakukan pada waktu luang untuk menenangkan pikiran seseorang. (Copy paste dari Wikipedia)

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi keinginan dan mendapatakan kesenangan . Terdapat berbagai macam jenis hobi seperti mengumpulan sesuatu (Koleksi), membuat,memperbaiki, bermain dan pendidikan dewasa. (Copy paste Wikipedia)


Tapi aku tak pasti bila ada  orang hobinya pakai mulut. Kalau gunanya ke arah yang baik. Alhamdulillah. Tapi bila gunanya menambahkan berat di akhirat entah apa faedahnya. ini peringatan untuk diri sendiri jugak. 


Adat mungkin, bila bosan kita bercerita, bila tak der cerita mula bukak cerita. Dah tak der benda isu nak tuju ,terus buat isu. Asal ada sedikit isu pokok, tambah skit pandapat peribadi dan sedikit kesimpulan konon paling berasas. 


Sebuk itu - ini. Pengetahuan ingin tahu seolah - oleh membuak tiba - tiba. Dapat plak partner tukang lauk tambah. memang seronok buat dosa. Kenyang makan daging saudara sendiri, siap boleh buat kenduri./ 


Memang dah jadi budaya kot. Mengumpat kadang - kadang dah jadi darah daging, terutama berkumpul ramai - ramai dan tak der story nak cerita. Mungkin susah untuk kita elakkan budaya ini, tapi bagi aku tak susah untuk kita elakkan dari berkumpul, sebelum hidangan daging mentah dikeluarkan. Angkat bontot, cakap sebuk. 




Lantak lar, bila tiba- tiba jadi bahan di masa depan. Sedia hadapi apa saja. Asal kau tahu apa itu kebenaran. Melatah tak langsung mendatangkan hasil. Lama - lama cerita tutup, daging mentah kian membusuk, langsung tak der orang yang makan. 


Sekian. 

6 comments:

Chot said...

Umpat lite2 boley ke?tu pun sbb sakit hati sgt. Tp..kalau umpat hal org plus tukang sebar tu..no no no..xsuka org mcm tu..

downgila said...

bagus kau ni. kau ekceli kredit ke wikipedia. takut wikipedia marah ehhhhh

my name is ivana said...

Hai,

Nak tak nak, tu da mcm jadi "budaya" kat sini.
For me, as long kau tak kacau aku, insyaAllah aku tak ngumpat kau..
Hahaha tp kalau kau cari pasal..ngeh ngeh ngeh..

*peringatan tuk diri sendiri sebenarnya*
Kurangkan umpatan, dosa da bertimbun oiii
T_T

Lizzie Yasmin said...

Downgila: bukan nak credit bg dia. Cuma tak mau orang cakap aku kutip dari wikipedia. Baik aku bagi tau dulu. hahaha

Tukang Karut said...

ala... ok gak apa kalau ada orang ngumpat... dapat pahala free free je...

downgila said...

kira kau kredit jugak lettew. suka la nnt wikipedia