Friday, November 15, 2013

Cuti sekolah (1)

Pejam celik bijik mata cuti sekolah dah pun bermula. Walaupun aku peduli apa bukan aku yang cuti pun.Tapi aku tumpang happy, sebab jalan bakal lengang untuk berapa ketika. Dan pasaraya bakal penuh sentiasa.

Kalau kebiasaannya, Mid valley, BB , Pavillion hanya sarat di hujung minggu kini tak payah tunggu. Mall - mall kecil turut menjadi tumpuan kalau di situ ada bowling dan panggung wayang dah cukup. Karaoke jaambat tak payah kira dah tentunya sesak. Restaurant makanan segera tak perlu gusar pasal tak der sale, kerana bakal cecah target, dan outlet akan meletup tak sempat berkemas.

Makhluk - makhluk kecil bersepah tepi tangga sambil galas bag sendeng, ada yang kepit rokok kongsi ramai - ramai dan borak kosong. Yang dewasa lalu, jelingan serupa dia yang besar. Bagus adik - adik, belajar dari pemerhatian. Cuma please jaga adap, jangan sampai ada mulut yang mengata, ada maruah yang tergadai. Bergaul boleh, jaga maruah jaga bahasa.

Bagus semua happy. Tapi yang tak bestnya. Minggu depan aku kene outstation. Dan hotel dah pun fullbook. Cil betul. Laut tengah gelora lar, kejadahnya semua sebuk book hotel dekat laut. Biar lar jenis - jenis aku yang perlu cari nafkah nie jer dok kat laut. Jadi apa - apa, Insurance CO boleh cover. Walaupun dalam hati ada sedikit getar. Eh KK kene monsun ke? Fail betul geografi.



4 comments:

my name is ivana said...

Sambil baca entry ni, aku tersengih-sengih.
Jgn tanya mengapa
Tapi the best part is "jaga maruah jaga bahasa."

Selamat beroutstation.
:)

timm_bill said...

cuti sek stat,,cuti kt u da abes..

Azwan GP said...

Tu belum kira yg bawak DSLR gantung2

Tukang Karut said...

cuti dah ek... patut la tak jem...