Tuesday, November 19, 2013

Highland Tower

Gempar, ramai pulak sekarang berlagak berani konon nak jejak hantu.  Bagi aku, dari jejak hantu baik lar kita jejak benda yang lebih reality dan tidak bermain dengan fantasi.

Ye, aku dah pun menonton filem Highland Tower. Bukan tonton di screen you tube, or dvd cetak rompak. Tapi aku laburkan duit aku untuk pembagunan filem Malaysia, dengan menonton wayang. Tak nafikan keluar dari panggung aku terpaksa cari ice lemon tea dan minyak panas untuk mengelakkan ada yang terbelahak untuk filem kedua. Maraton movie

Mungkin genrenya begitu, tak boleh salahkan pemegang camera dan mutu camera itu sendiri. Salahkan diri sendiri yang tak boleh terima visual sedemikian rupa.

Cerita bagus, untuk mereka yang ada perasaan ingin tahu dan beringat. Memang ada makhluk lain selain dari kita manusia, haiwan dan apa yang kita nampak. Tapi tak bagus bila ia menjadi ikutan. Banyak lar keje pak ustaz lepas nie. Sana sini meracau dan hilang kononya di sorok benda mistik. Padahal lari tido rumah boyfriend. Dan penuh lar video budak - budak cari hantu bakal muncul di media massa, mengatasi video putus cinta.

Terima kasihlar kepada Mikael Andre, kerana dialah aku mula google apa sebenarnya terjadi pada Highland Tower. Yang aku tau, apartment runtuh, banyak nyawa terkorban, punca adalah aliran air dalam  tanah. Selebihnya....krik .. krik..

Finally aku jumpa video bersiri nie. Bagi aku ia lebih seram dari Highland Tower jejak hantu tue. Kerana ini adalah kejadian benar, suara alam, bila kita mula tidak endahkanya. Boleh jadi pada kita bila - bila jer, bila kita mula alpa dengan pembagunan.



Selebihnya cari sendiri. 

Sekian. 




No comments: