Wednesday, January 16, 2013

#Listen

Sana sini kecoh, di Instag kecohkan kes sorang Diva. Tak nak cita bab tue.

Di fb lain plak ceritanya.. Dah jadi serupa trending plak #LISTEN. Dah dekat Seminggu kot benda di dihebohkan. Tapi aku baru tau semalam secara tak sengaja. Sebagai seorang yang tidak memihak mana, aku panas telinga jugak dengar. Baiklar sapa yang "rude" di sini.

Katanya negara kita demokrasi, mendengar suara dan pendapat rakyat, tapi bila orang berkata ko sampuk.

"When i speak u listen" kooooooonon
"When people speak have u listen?" 
Respect? Aku tak nampak pun mana respect dia di situ. Kalau ko shake hand, hati masih membongkak, and shoot her dengan kata - kata. Adakah respect mananya? Baiklah pi cari kamus dan faham betul - betul perkataan R.E.S.P.E.C.T tue.

Nasib baik bukan aku dalam hall tue, kalau tak. Aku lar yang menjawab NO (sekuat hati) , bagi persoalan.
"Did i give her the respect?"

Tidak menjawab soalan bahkan dikaitkan plak dengan masalah binatang. Apa masalah ko wahai Saripah.

Ku akui, mulut mu ibarat peluru, kencang berkata - kata. Tapi isinya NOTHING. Kalau dalam perbahasan, ko memang dalam bab keyakinan dan kelancaran. Tapi ko kalah bab fakta. 

Isu ini bukan baru, sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang menyaport kerajaan kau patut MASTER untuk diperdebatkan bila isu ini berbangkit.

Peluang dah ada kot, ko bercakap di dapat lebih dari 1000 orang pelajar, yang juga tertanya berhubung perkara ini. Tapi apa yang kau jawab?

Bangga konon, ko cakap orang pakat sorak. Trust me, dorang sorak sebab antonasi suara ko mintak sorakkan. Sama macam antonasi mintak tepukkan. Cara paling senang nak buat macam tue adalah dengan meninggikan suara dan sebut perkataan dengan. SeBijik.  - SeBijik. Maka bersorak lar penonton/pendengar. Kalau tanya balik apa dorang sorak tadi. Comfirm depa tak tau apa  - apa. P.E,R.C.A.Y.A  L.A.H

Serious lar, kalau orang tanya aku pasal isu pendidikan percuma tue, isi dah dalam kepala kot. Tinggal nak curahkan je.

U are someone kot dalam politik, takkan benda tue tak boleh keluar spontan. Yang ko spontankan isu Kucing, Ikan, Jaws dan binatang.  Nampak sangat ko lebih ambil berat pasal binatang dari manusia.

Sometimes aku terlalu sokong apa yang kerajaan buat bagi membantu rakyat, menaikkan ekonomi negara. Tapi for this time, I say No. Langsung tak betul. Mungkin sebab faktor pengalaman dan common sense tak cukup untuk di diangkat.

Sapa je yang lantik dia nie WEI? bikin malu kerajaan je 

Friday, January 4, 2013

Delay

Alhamdilillah, dah tahun baru dah pun. Walaupun 1 haram pun, azam tahun lepas berjaya, tapi tahun nie aku tak lupa nak buat azam jugak. Hope berjaya lar kali nie.

Cuma bezanya azam tahun lepas dibuat dengan emosi dan akal tidak stabil. Azam tahun nie lebih logik dan memerlukan kekuatan mental menjayakannya.

Tak payah lar ribut nak tau apa azam tue. Cukup setakat mendoakan yang terbaik untuk aku tahun nie, aku dah bersyukur.

Pasal kawen ke hapa, tak payah ribut - ribut nak tanya jugak. Memang tidak ini tahun. Tahun depan pun belum tentu.

Yang pasti aku banyak jugak HUTANG entry dengan ini belog sejak 2 menjak nie. Ye entry tahun lepas belum tertunai. Aku cuma akan pilih 1 jer, untuk sajikan bila ada angin semangat untuk belog datang. The rest simpan rapat - rapat dalam gobok.


Malam new year memang plan tak gi mana. Dok lepak rumah sambil order Dominos hantar depan pintu. Sebab esok dah plan dengan Najib nak daki Broga. 

Dah serupa tradisai plak. Last year on New Year pun panjat Broga dengan Najib jugak. Tahun depan kalau panjat lagi,... memang tak kot. sebab tahun nie Najib dah nak kawen.

******
Tipu, i keluar jugak malam tue, Cma sms jam 11, ajak keluar tengok bunga api. Lepak sampai pukul 2.30 sampai rumah pukul 3. Pukul 4 nak bangun Najib datang nak amik keta pi Broga. 
Memang tak tido. Panjat Broga sambil mata tertutup (tipu). 

Turun, cukup Dopluh sembilan jam aku tak tido, baru jumpa bantal. 
1.1.2013 aku penuh dengan sesi qado tido sampai malam. 

Wasalam.