Wednesday, May 29, 2013

DEY

Banyak benda pelik ko boleh jumpa dekat FB nie. Perangai orang ko tak payah sebut lar. Kadang-  kadang perangai kau sendiri pun Nauzubillah, sendiri tak sedar, merempan dan meroyan serupa FB tue boleh cakap. Padahal sendiri dah teraib dek kata - kata sendiri.

Aku baru nampak benda nie. Entah lar macam mana boleh dok dekat wall aku. Kadang - kadang, dengan tak sedar orang dah boh ko dalam group tah pah pe. Tiba - tiba nampak wall semak semacam. Memang 1 keja lar plak nak remove bagai.

Heran plak aku, kalau orang cakap pil E tue haram. Sapa bawak or simpan terus kene tangkap, masuk jail terus kene bicara. Paling tak pun kene denda or hantar pusat sebab ada kandungan dadah. Padahal, kadang - kadang bersepah di lantai club. 

Nie benda plak. Bukan takat high dia macam nak sama ke. Jual dekat FB personal lagi, sapa mau stock cantact je. 

  Dibuatnya ke bini sendiri tak pe. Cuma kalau boh kat bini orang or anak dara orang. Tak ke naya.  

Bebas sangat FB nie
Benda serupa nie pun boleh ko nak jual ke? 


Sekian.







Monday, May 27, 2013

Panggilan

Sejak - sejak bersepah jemputan kenduri teman sebaya, sekampung, anak jiran sebelah rumah dan sebagainya. Aku perasan satu perubahan diri pada mak aku.

Mungkin panggilan untuk menimang cucu telah membuak - buak kot.

SITUASI:
Tengah elok - elok berborak dengan mak aku. Tiba - tiba talipon bunyi (Tak kira lar msg or call)
Terus dia tanya, "Sapa tue?" 
"Kawan" 
"Laki ke popuan" 
"Laki" 
"Ajak lar mai rumah, boleh kenal - kenal" 
"Aaaaaaaaaaaaa?

SITUASI yang sama seperti di atas: 
Tengah elok - elok berborak dengan mak aku. Tiba - tiba talipon bunyi CALL
Mintak diri jap, jawab call
Dah letak, paling belakang ada orang pasang telinga. 
@__@

SITUASI:
"Mak nak kuar jap, jumpa kawan."
"Laki ke popuan" 
"Ala jumpa mezah jap" (perempuan) 
"Yeke, dating lar tue? Bawak lar mai rumah boleh kenal - kenal"

***********

Nampak tak permainan dia. Licik betul, lihat maksud tersirat.

Sekian. 

Sunday, May 26, 2013

The Yard Bazaar at Jaya One

Alhamdulillah The Yard dah settle. Walaupun berada di cerutan event Markets, at least jejak jugak target aku jualan aku. Paling best ada pengalaman yang aku dapat. Tak sangka ada jugak peminat barang vintage bundle nie. Sekurang - kurangnya naik jugak confident level aku, untuk try next bazaar.

Ini rupa booth aku.  Button tue adalah product baru, InshaAllah bakal jadi product tetap dan akan di DIY untuk jadi barang craft. 

Hari kejadian tak sempat nak craft apa - apa, sebab received a day before. 

Bagi peminat button, boleh beli dengan harga borang. Lepas nie, bakal di jual dengan timbangan tidak lagi by pieces. 

Tak sampai, setengah hari button dah settle dulu. Ada yang beli semua terus. Tak kuasa dia nak pilih. Memang rezeki dia lar, aku terletak harga murah. Apapun aku redha. Mungkin rezeki dia di situ. 

Ini adalah product limited. Ada lagi kalau nak. Yang kecik RM10, besar RM30. 
Kalau nak terus visit UsFaminnile pm jer terus, nanti aku layan. 

Next bazaar adalah 29 June 2013 di 1 Mont Kiara Mall,  Insha Allah. 

Eh eh apasal naik nama gua. Mana nama kedai gua nie. 
Grrr... 







Monday, May 20, 2013

Hoi, Pickpocket

Jumaat lepas aku keluar awal dari office. Konon kerja dah habis, dan nak keluar pegi KL jap, nak cari baju pakai sendiri semperna THE YARD. Biasalah perempuan, baju penuh lori pun cakap baju tak der. Selalu sangat dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. Kan baik kalau dikaburkan padangan wanita nie dari bershopping seperti mana dikaburkan pandangan tengok almari sendiri. T_T'

Balik tue, janji dengan Along untuk pick up aku dekat Kepong Sentral, coz ofis dia dekat Manjalara je. Dari KL entah merayau macam mana tah boleh sampai hingga ke Masjid Jamek. 

Dari Masjid Jamek aku amik Putra ke Bandaraya then tukar naik komuter di Bank Negara ke Kepong Sentral. 

**********


Kejadian nie berlaku waktu aku dalam Putra dari Masjib Jamek ke Bandaraya. Selang 1 station jer pun. Oleh sebab train tak pack, so aku pun duduk lar depan sorang pak cik nie. Orang melayu kita berkulit gelap, berbadan besar, berbaju kemeja T oren, sambil pegang document bag warna hitam. 

Waktu berdepan dengan dia, mata dia tak lepas dari pandang muka aku. Aku rasa pelik, dan dia kelihatan tak senang duduk. 

Sebelah dia ada sorang mak cik, dan suami dia. Sebelah aku ada perempuan anak mak cik tue.

Bila train bergerak, Pak Cik yang dok ushar aku nie, duduk rapat sedikit belah dinding tepi, dan ada ruang sebelah mak cik tepi dia. So anak mak cik nie pun ubah tempat dan duduk tepi mak dia, sambil rancak berborak dengan handbag menghala arah pak cik belah dia. 

Tiba - tiba aku nampak ada pergerakkan pada pak cik tue. Dia mula mengesot, sambil sebelah kaki diangkat ke atas (macam orang lenguh kaki)  dan lindung tangan dia dengan document bag yang dibawanya. 

Hati aku rasa tak sedap, tapi still tak nak suspect bukan- bukan. Sebab Allah sendiri marah bila kita buruk sangka. 

Alah, 1 station je pun, bukan lama mana pun aku dalam tue. Kelip mata aku dah sampai ke station Bandaraya. Waktu langkah keluar, memang niat aku nak intai di balik cermin luar. Memang tak syak lagi, pak cik tue, cuba meraba handbag gadis tersebut. 

Dengan sepontan aku terus KETUK CERMIN DARI LUAR, supaya salah sorang dari keluarga tersebut pandang ke arah cermin. Dengan gaya dari luar, aku tunjuk handbag dan arahkan dia pusing handbag tue kearah lain. 

Mula - mula gadis tersebut tak hiraukan aku. Mungkin dia ingat aku gila or cakap sorang - sorang. Tapi aku ketuk lagi, dan kali nie bapak dia pandang aku, sekali lagi aku cakap "BAG", dengan isyarat pegang bag aku dan halakan ketepi supaya dia dapat ubah handbag tue. Kali nie, aku nampak dia terus tarik bag dia kedepan dan terus kepit. 

Aku memang tak hiraukan muka pak cik pick pocket tue. Aku tau, dia nampak aku bagi amaran. Tapi yang pasti, aku tak sure sama ada akak tersebut perasan or tak, isyarat aku tue adalah bagi mengalakkan dia dari ditimpa malang. Tapi asalkan dia dah ubah kedudukan handbag, aku rasa dah selamat. 

Badan aku terus mengigil, takut benda buruk berlaku pada family tue kalau aku tak bagi amaran. Kerana mereka kelihatan seperti baru sampai dari jauh dengan bag besar semua. Pada masa yang sama aku bersyukur dapat selamatkan keadaan. Tapi masih ada gusar, kalau - kalau massage aku tak sampai sebenarnya. 

Tak sangka perempuan pun boleh jadi mangsa seluk saku, kalau kita lalai. Please - please kakak , adik, mak cik, auntie, miss,  madam, jaga handbag bila berada di tempat awam. Jangan sesekali lalai. Benda nie jadi pengajaran pada aku jugak. 

************

Bila dah balik baru terpikir, kenapa aku begitu penting diri, kenapa tak masuk balik train tersebut, dan jerit pada pak cik tue. Biar dia terus ditahan. "Grrrr....... Mengesal kemudian tiada guna." 

SEKIAN.


Wednesday, May 15, 2013

Kaki Shopping, minggu nie kita ada date

Untuk pertama kalinya Us Faminnile akan berada di The Yard bazaar minggu nie.
 
Please mark dekat kelendar dah kosongkan jadual dating anda sabtu nie, 18 May.

UsFaminnile akan berada di Block N, Bargain Corner. Semua barang jualan di sudut itu adalah RM100 below. Yang pasti barang dari UsFaminnile adalah RM20 below.

Yang bestnya kali nie,agak banyak gerai terlibat. Dan ada jugak lorong makan yang boleh isi perot yang lapar ketika bershopping.

Kalau korang jenis kaki shopping, yang salu dengki dengan fashionista dan tak tau mana nak cari benda stylo. Sini lar tempat dia.

Jangan lupa bawak bag untuk isi barang shopping k. Sabtu adalah hari tanpa plastic bag.

Jumpa di sana. Jangan lupa say hello to me.

Tuesday, May 14, 2013

Kirim Salam

Pagi tadi macam biasa, aku akan mengadap TV dulu sebelum nak pergi kerja, sementara tunggu Along siap. Rancangan apa? selalunya main random asal sedap ditengok je.

Pagi nie aku terbukak rancangan Pesan Atok, sapa tah nama ustaz tue main story - story dengan budak - budak. Kadang - kadang ada jugak topik best yang dibincangkan. Ala benda lazim, yang mungkin kita pernah belajar waktu kat sekolah agama or kat mana - mana dulu. Dan telah pun lupa.

Topik hari nie adalah SALAM.  

Tak nak cita pasal bagi salam, sebab aku rasa semua orang tau MEMBERI SALAM ITU ADALAH SUNAT, tapi MENJAWAB SALAM TUE ADALAH WAJIB.

Tapi benda yang aku nak SHARE nie rasanya lagi menarik kot. KIRIM SALAM.

Selalu sangat kita dengar orang cakap, "Eh kirim salam dekat (nama) exp Kak Ton/Family ko/ dan bla bla bla" . Orang yang boleh dibilang dan mampu untuk kita sampai kan salam tue.

Tapi selalu jugak kita dengar "Kirim salam dekat ORANG KAMPUNG ko / awek cun dekat sana/ or bla bla bla" Yang bilangan orangnya adalah ramai dan mustahil untuk kita sampaikan salam tue.

Untuk pengetahun kalau kita tak sampaikan salam tue, hukumnya adalah DOSA.

Adalah mustahil untuk kita nak sampaikan salam pada SEMUA ORANG KAMPUNG. Dan mustahil jugak ko jalan - jalan dekat Mall, nak cakap. "Eh awak, kawan saya kirim salam " Sebab dia awek cun, dan tadi kawan ko cakap, suruh kirim salam dekat awek cun yang ada sekat sana.

Bila salam tue tak sampai maka BERDOSA lar orang yang tak sampaikan tue. Sapa nak disalahkan?
Aku akan salahkan orang yang suka kirim kan tue lar. Grrrrrrrr....... tak pasal dapat dosa free 

******************

Aku personally, memang menyampah bila orang suruh Kirim Salam bagai nie, sebab aku bangsa pelupa. Takut memang tak sampailah salam tue. Dah lar, dosa sendiri tak tertanggung, nie tambah plak DOSA TAK SAMPAIKAN SALAM nie plak.


Sekian.

Chop Chop: JOm dating dekat sini Sabtu nie. SINI 
Cari Us Faminnile k.


Monday, May 13, 2013

Terapi Gelak

Macam - macam betul perangai orang kita. Kalau aku kerja operator mau aku hampuk ganggang talipon. Hilang sabar aku dengar.  Kalau tak hempuk, ganggang talipon... mesti dah lama kene buang kerja, sebab tak boleh jadi serous, dah mati gelak tang tue jugak.

Aku suspect caller yang sengal - sengal macam nie, mesti orang luar. 2 mamat indon n last tue mesti Thiland yang speaking klantan.

Bebal lar dia nie. Mahal bah, aku beli.. Lapan ringgit lapan pluhsen nie. 

Mamat nie lagi aku respect. Antonasi suara tak lari langsung. 
Sungguh profesional, dah lar suara agak boleh tahan.
"Encik nak makan pisang goreng kah? " hahahhaa

Nie lagi tak bleh blah. 
Nah amik, speaking tamil terus. 

Dah dah, pi sambung kerja. Aku nak sambung gelak nie. Hahahaha.....
Comfirm muka aku, hari nie muda 10 tahun, tak habis gelak dan senyum dari tadi.  




Friday, May 10, 2013

Doa Bulan Rejab

"ALLAHHUMMA BAARIKLANA FII RAJABIN WA SYA'ABAANA WA BALLIGHNAA RAMADHAN"

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'abaan dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (hingga) Ramadhan.



Thursday, May 9, 2013

Aroma Hijrah

Lama tak update kisah makan. 1 sebab aku menyampah nak update kisah makan adalah, bila aku sendiri view entry tersebut perut sendiri mula bergolak. Terutama makanan yang tak dapat dilupakan keenakkan nya.

1 tempat yang aku nak suggest bagi penggemar masakan arab, iaitu nasi mandhi , kabshah yang bermain main sama lamb dan kebab.  Tak salah rasanya. kalau korang cuba Aroma Hijrah, yang terletak di JALAN OPERA H, TTDI JAYA, SHAH ALAM. Kalau nak survey - survey boleh tengok FB dia SINI.

Aku jumpa restaurant nie, adalah dengan cara tak sengaja. Waktu cousin aku tengah survey - survey tempat makanan arab di Google. Maklumlar, bibik yang teror masak nasi Mandhi tue udah lari. Semua pakat mengidam sampai gigil lutut punya ketagih. So terpaksa lar, main survey - survey Klik Klik sekali jumpa, terus buat tempahan untuk 24 orang dengan tamaknya. 

Peringatan, dilarang datang kesini dengan pakaian tidak cukup kain. Ia akan mengakibatkan anda sendiri pasti terasa segan, kerana anda akan dilayan oleh jejaka yang penuh tutup litupnya. (huhu insap jap. Terus mata meliar berpusing - pusing, mana 1 nak buat calon suami). - kain meja extra please, nak buat selindang jap. - hahaha

Ye bilangan kami adalah 24 orang ( termasuk 3 budak kecik) , tapi kedekut order tanya 4 set sahaja. jangan nak tamak sangat, kalau order melebih sapa nak habis kan. Allah marah kalau membazir. 1 set boleh makan 4 - 5 orang. 


Bila tengok menu dia DISINI
Tak tak dapat regonise set mana yang kita orang amik. 
Tak silap 1 set RM74.00, datang sekali dengan 1 jug air. 
Nasi Kabshah, ayam bakar, daging lembu salai, mutton, sup dan tomato pes seperti biasa. 

Sambil taip entry nie sambil telan air liur. Serius nasi dia sedap sangat, boleh makan macam tue jer tanpa lauk. Sebab dah sedia ada berperisa. Daging salai adalah fav, sebab cukup garing dan empuk. Kambing tak payah cakap lar, boleh nangis makan.

Boleh kata tempat nie 5 bintang lar, layanan dia baik sangat. Mak cik yang amik order tue baik, dan lembut orangnya. Kedai pun bersih, mata tak lekang melilau sana sini sebab terlalu impress.  Surau dan toilet disediakan. 

Nasib aku dok kat Damansara, jalan nak pergi pun tak berapa nak ingat. Kalau tak, mau hari - hari menggemukkan diri di sana

Baik lah, 
Sekian. 


Untuk persediaan nak pergi sana, 
boleh view FB dia dan terus call buat tempahan.










Wednesday, May 8, 2013

Beza


Penggunaan perkataan biar betul supaya tiada salah faham, MELAYU, ISLAM dan BUMIPUTERA adalah 3 benda berbeza.

- Saya orang melayu (bangsa)
- Saya orang Islam (Agama, boleh jadi orang cina beragama Islam )
- Saya Bumiputera (Penduduk asal sesuatu negara, tiada kaitan dengan agama)

Tak kan benda simple macam tue nak kene sekolahkan.

Please take note.
(terutama dalam bab politik) 


* Grrrrr bengang dengan bos sendiri, 
belajar tinggi tapi benda macam tue pun tak reti beza. 



Tuesday, May 7, 2013

Akan Datang

PRU 14, akan datang. SPR perlu adakan counter interview : Antara soalan yang ditanya adalah:-
Rukun Negara, Lagu Negaraku, PM Malaysia dan serba sedikit soalan berkaitan Malaysia dan sejarah. Untuk elakkan pengundi dari Bangla.

Bagi rakyat Malaysia  sendiri yang tak boleh jawab soalan itu, akan di buang negara dan IC ditarik balik.

Bagi memastikan ketelusan PRU, saksi dari pihak bertanding akan berjaga dan tangan akan digari bersama kotak undi, bagi mengelakkan peti undi hilang,  atau  dilarikan. Termasuklah ketika peti undi dipindahkan (kalau ada 3 parti bertanding, maka 3 orang lar akan ditambat di situ.)


Sekian.


Friday, May 3, 2013

Virus GE

Kalau boleh tak mau cakap pasal GE sebab aku tak boleh mengundi. Kalau boleh mengundi pun aku rasa tak best untuk cakap pasal GE dan nak menangkan mana - mana parti. Anggap lar, aku neutral. Tapi bukan atas pagar.

Aku kesian tengok orang yang fanatik politik nie bercakap, tak kira lar dalam FB ke, twitter ke, youtube , blog, dekat pasar malam , dekat meja makan sambil mengadap rezeki ataupun cerita kedai kopi. Hinggakan teater KakiSeniFest pun terjebak sekali, bila ada topik GE dalam teater RebinaBerry. Nak menangkan parti masing - masing, sudahnya tak bertegur sapa terus sebab fahaman berbeza.

TV tak payah cakap lar, bukak sana GE, bukak sini GE selagi tak GE nie, selagi tue. Tak der cita yang boleh kau tonton jika kau tak langgan Astro.

Bagi aku, sapa pun yang bertanding, sapa pun yang dorang sokong dan orang lain sokong. Kita perlulah ada sifat HORMAT. Hormat hak orang lain sebagai pemilih dan Hormat pada memimpin. Bukan HORMAT pada pemimpin yang kita sokong saja tapi juga HORMAT pada pemimpin yang kita tak sokong jugak dan pemimpin terdahulu dari padanya.

Kadang - kadang sedih tengok orang yang tak bersalah dimaki di kata bukan - bukan yang bukan diri nya. Video sex sana sini kononnya semua melibatkan pemimpin. Alim Ulama dikatakan dicaci dimaki. Agama Islam seolah dipermainkan untuk penggunaan peribadi politik semata - mata. Inikah permainan politik kita?

Aku bukan salahkan pemimpin parti or parti itu sendiri. Tapi kadang - kadang pengokong fanatik yang terlalu creative mencari idea - idea baru untuk menjatuhkan pihak lawan. Sampaikan kekurangan hair spary dipasaran pun turut dijadikan issue politik. Tue belum lagi kes penipisan lapisan ozon, spender besar dabak, dan jam omega lagi.

Sedih bila tengok dan fikirkan balik. Kenapa dengan orang kita, ye orang kita, sanggup memusuhi bangsa sendiri. Mengutuk, mengkeji, hilang hormat semata - mata sebab politik. Seolah tiada budaya, hilang sopan santunnya bila masuk bab politik. Keluarga sendiri jadi lawan bila dekat - dekat GE nie, kalau ideologi politik berbeza.

Tak sabar nak tunggu GE tamat. Rasanya tak sanggup dah nak tengok. Kawan jadi lawan, meja makan jadi medan pertempuran perang kata - kata. Ruangtamu jadi medan ceramah politik. Tepi jalan dan serupa sarkas.  Tengok sana nampak biru, tengok sini nampak hijau, pusing skit nampak merah, dan biru lagi.

Orang luar datang Malaysia pun geleng pala. Kenapa teruk sangat sampai macam nie. Kalau duit beli bendera yang kalau hujan tue terbang terus jadi sampah berlungguk di hulurkan pada rumah anak yatim, kebajikan dan orang miskin kan lagi molek. Dorang nak baca surat khabar tempatan pun 10 kali tanya Why and why. Jenuh pemandu pelancong nak jawab. Aku cakap, sebab aku ada pengalaman terpaksa explain A - Z bagi  dorang paham. Kadang - kadang terasa malu pun ada bila nak ceritakan semua. Malu  kenapa orang Malaysia jadi macam nie. 

Please nak berpolitik sila lar berpolitik cara sihat. Kurangkan fitnah. Besarkan fakta. Dahulukan rakyat. Hormati Raja dan Negara. Berlandaskan Agama. Jaga kata, jaga mulut, jangan sampai terbuka aib sendiri kerana mengaibkan orang.