Wednesday, July 31, 2013

Generasi akan datang: Sinetron + Fairy Tale

Kerosakkan remaja sekarang bukan saja pada gejala sosial yang berleluasa. Ponteng sekolah, dadah, rempit, hidu gam, ganja, telan ubat batuk, buli, pergaulan bebas , seks bebas semua kita dah memang nampak dan masih tak dapat dikawal.

Punca kita dah tau, datangnya dari pengaruh rakan sebaya, keinginan  mencuba, keseronokkan luar, kurangnya kasih sayang dalam keluarga, media  social dan persekitaran. Dah banyak sangat perdebatan berkaitan isu ni, tapi penyesaian masih hambar. Bila institusi kekeluargaan sendiri tidak memainkan peranan.

Mak bapak masing - masing sebuk cari rezeki, bagi kebebasan penuh pada anak - anak. Percaya 100% pandai lar ko bawak diri. Duit udah diberi, nasihat udah dikasi, hadamnya belum tentu lagi.

Ada pulak, mak bapak sebuk bekerja. Anak diasuh oleh bibik. Bibik pulak sebuk layan sinetron dan drama bersiri. Kasih sayang kurang, nak bercerita tak der orang disisi. Kawan jadi penasihat dan kaunseling tak bertauliah. Itu yang jadi nasihat bukan - bukan dan membawa pada masalah.

Itu kalu  ada kawan, kalau tak  der. Jadi lar macam nie. 1 lagi gejala baru.


Gejala sakit mental, hidup  dalam 2 alam. Tak dapat bezakan reality dan fantasi. 

Gabungan pengaruh, sinetron sebab join sekaki dengan bibik, dan bed time stories dibaca mak pak baca tetengah malam. 

Aku suspect lepas nie, masalah mental akan jadi sama naik dengan masalah social. Ini memang kelakar, tapi berapa banyak dah karangan yang kita baca, serupa bikin perus sakit macam nie. Dah banyak bukan? Itu yang terpublish, yang tak? 

Inilah dia generasi akan datang kalau tak di kawal. Wah hebatnya dunia , SYABAS.. 





Monday, July 29, 2013

Melur and Thyme


Kebiasaannya, itik bukan menu utama masyarakat melayu, mungkin sebab jarang dapat restaurant HALAL yang menyajikan hidangan berunsur itik, kalau ada pun tak kene dengan tekak. Sebab hidangan itik boleh dikatakan agak cerewat dalam penyediaannya. Silap sikit boleh mengakibatkan bau yang tak berapa nak best

Menyajikan masakan melayu berunsurkan hidangan itik, rasanya best jugak aku share restaurant nie. Rendang itik, sate itik, itik salai dan banyak lagi. Bukan saja masakan melayu ada juga western dan Chinese berunsur itik di sini. 

Ah, bosan asyik sebut itik je. Sebenarnya ada jugak hidangan ayam , daging dan seafood dekat sini. Yelah, tak semua orang lalu makan qwuek qwuek nie kan. 


Last saturday, finally tercapai jugak hajat along nak repeat makan di sini. Yang bestnya, ada Set Ramadhan untuk 2 orang dan lebih. 

Setiap set terdiri daripada pelbagai lauk pauk dari pelbagai unsur. Itik, ayam dan daging. Juga disertakan nasi, air dan pencuci mulut iaitu bubur. Hari yang aku pergi tue, dia sajikan air pink guava dan pencuci mulutnya adalah bubur kacang. 

Owh, feeling seperti berbuka dirumah plak. 

Cerita banyak pun tak best, dah macam makruh plak, bila asyik kecur je air liur. Tapi boleh visit sendiri website (MELUR AND THYME) dia dan usha menu yang ada sebelum nak pi terjah. 

Owh lupa lokasi dia adalah dalam Suria KLCC je pun, tingkat LG, berdepan dengan pintu ISetan yang hujung sekali.  

 
Nie hidangan untuk 2 orang, Ramadhan Set. 
Jangan kata sikit, jenuh nak habiskan tau, at last tapau je. 

***********

Owh ho , sepanjang bulan puasa this year. Nie baru 1st time makan luar tau. Memang pecah record memasak di rumah tanpa jemu lar. 

Lepas nie, dah boleh ada segmen resepi plak. Ala - ala, akak - akak baru kawen. 

Dangerous makan di rumah nie sebenarnya, kerana terlalu sedap. Makan 3 kali tambah pun tak sedar. Patutlar abang - abang yang sudah berkahwin perutnya makin kedepan. Isteri rajin rupanya. 

Sekian.  



Back To Basic: Petua Muka dan Rambut.

Setelah lebih 2  bulan meninggalkan product penjagaan kulit muka yang dikhabarkan terdapat racun berjadual di dalamnya. Sejak dari pada hari tue, aku dah stop penggunaan product muka.

Kembali pada rutin biasa, mencuci guna pencuci biasa dari watson, tepuk hada labo moisturizer, and done.

Kulit nak kata elok, memang tak lar sangat. Kadang -kadang psiko jugak bila terpandang kulit kering dan kusam bila menjengah tengahari. Tapi nak buat macam mana, akibat limpahan terlalu banyak product muka dipasaran, telah menyebabkan orang confius macam aku berada dalam situasi dilema.

Baca review orang nie kata elok, lagi 1 review cakap tak memberi kesan. Dan lebih teruk yang ada komplikasi akibat kulit tak sesuai.

So far, begitu lar harian aku. Bila hujung minggu bergantung pada kerajinan. Buatlar masker sendiri guna barang dapur. 

Terbaru, PUTIH TELUR DAN OAT 
Seperti biasa putih telur mampu mencerahkan kilit dan oat pulak mampu menaghapuskan jerawat. Dalam erti kata lain mengecutkan jerawat.

Ala bukan susah pun, putih telur, campurkan dengan oatmeal. Kalau testure dia besar sangat, blender skit or rebus bagi dia lembut. Campurkan kedua - dua bahan and tepek pada muka  yang baru dibasuh. Jangan tak keringkan pulak muka tue. Sebelum tepek.

Kalau ada madu, letak lar skit. Coz madu adalah salah 1 bahan pelembab dan penegang. Dah macam bahan buat cookies pulak, memang sedap pun. Tapi rasanya benda nie tak berapa sesuai untuk orang kulit kering kot.

Nak tukar bahan pun boleh. PUTIH TELUR + OLIVE OIL. Lepas cuci terasa lembab dan tegang. Sesuai untuk kulit kering dan sunburn.

Bila dah amik putih, telur kuning dia jangan nak gatal buang pulak. Letak je dekat rambut. Dah alang - alang berlengaih. campur KUNING TELUR dengan sedikit MINYAK KELAPA OR OLIVE OIL, tunggu sekejap sambil tue boleh lar settle kerja rumah bagai. Pakai malam esok basuh pun boleh.

Busuk memang lar busuk. Basuhlar bagi bersih. Lebih afdal basuh 2 kali and bilas dengan perahan limau, kalau tak der pakai shampoo wangi pun boleh. Hasil dia boleh tengok sendiri nanti. Rahsia tak mau cakap... :p

Tiba-  tiba jadi entry ala - ala petua dahulu kala pulak. Ada banyak lagi lar yang aku amalkan, bergantung pada stok .

Sekian saja.  COME DAK KAK TON.....
(Tiba - tiba teringat kak ton dekat jalan TAR, sapa dah pi.. tau lar) 


Sapa ada product baik cuba review tengok. 
Aku nak baca. Masih dilema nie. 




Wednesday, July 24, 2013

Mercun

Asal nak raya jer putus jari. Asal nak raya jer, kebaboooom sana sani, putus jari, melecur muka, rumah terbakar panggil bomba akibat mercun.

Tapi kalau Raya cina yang kebaboom dia lagi sakan, dah macam hujan meteor. Tak der pun dengan putus rabit sana sini. Elok sihat ja depa Raya. Padahal budaya mercun  dan bunga api nie datang dari mana? Budaya sapa?

Kita melayu nie pulak yang ribut kebaboom sana sini. Terlebih pandai tokok tambah, buat experiment bukan - bukan, bila hantaq pi sekolah ko ponteng, tapi sebuk nak jadi pencipta. Ciptaan tak jadi, raya dalam hospital. Dari lahir cukup sifat terpaksa apply OKU sebab salah sendiri.

Mak pak, please lar. Anak -  anak memang degil. Tapi mak pak juga kene main peranan. Anak mintak bagi, anak nak duit bagi. Anak nak mercun bagi.. Konon zaman ayah dulu pun ayah main jugak. Biar lar depa nak  seronok.

Tapi  bila dan rabit, memang seronok beraya di hospital. Dapat plak bila ada orang kenamaan datang melawat. Bagi duit raya tebal, padahal dalam hati depa dok bising cakap padan muka sapa suruh hang degil. Kan dah susahkan semua orang.

Aku duku baru tau...


Tuesday, July 23, 2013

Baju Raya Vintage Style

Orang sekarang, selagi tak habis sebulan raya, selagi tue dok pikir nak cari baju. Maklum lar, open house sani sini bersepah merata. Nak repeat baju, kadang - kadang tue, sendiri dah tak lalu nak tengok. Nak beli baru onkos dah settle belanja raya. Dan akhirnya pilihan terbaik adalah mix and match. 

Boleh pakai repeat tanpa rasa muak, dengan pelbagai cara. 

Kalau baju kurung, rasanya kebarangkalian untuk mix and match adalah susah. Solution terbaik adalah dengan mempelbagaikan tops silap - silap boleh dipakai dengan jeans, dress,  mahupun skirt pelbagai bentuk dan corak. 

Lagi, 1 perangai gadis sekarang adalah berani. Berani pelbagaikan gaya dan paling YER adalah TAK NAK SERUPA DENGAN ORANG LAIN. 

Jika anda jenis penggemar, barang limited, dan suka mix and match dan paling utama penggemar fashion vintage classic. Sini nak bagi tahu, US FAMINNILE VINTAGE CLOSET tengah upload baju VINTAGE RAYA nya. 

Kalau berkenan cepat chop terus. Semua baju hanya ada SEHELAI setiap 1. Kebarangkalian untuk sama dengan orang lain memang tak lar. 

Material Lace Tebal, memang susah nak dapat material nie.
Saiz  limited. 
Sila check measurement untuk tentukan saiz. 



Material Crepe ada detail bahagian leher dan bawah baju. 



Pernah dulu entah sapatah berkenan dengan baju aku, lebih kurang macam nie. 
Konon susah nak dapat lar hapa lar. Nah sekarang terang - terang depan mata, tinggal nak beli jer. 
Tapi memang pun, lace lama macam nie, bukan senang nak jumpa untuk baju baru. 


Nie tak payah cakap lar. Memang my fav. Kalau ikut memang sayang nak jual. 
Tengok lar, kalau raya nie tak terjual. 
Memang wa rempat for myslef lar. hahahaa... 

Ada banyak lagi. Boleh visit www.facebook.com/UsFaminnile for more. 

Semua tops berharga RM30 dan RM32 (Sabah Sarawak) termasuk postage yer.  

Kalau kenal sapa pemilik KISAH KATAK PINK, maka tak perlu lah ragu - ragu dengan Page nie. 
Tuan Tanah Sama. 

Sekian. 





Thursday, July 18, 2013

Bukan terus jatuh hukum dengan MAKIAN - ALVIVI

Kejap jer publish, lepas tue tengok bagaimana.

Gempar masyarat Islam Malaysia bila gambar Alvin dan Vivian atau lebih dikenali sebagai Alvivi  memuat naik gambar yang dikatakan cukup kontraversi dan menyebabkan kemarahan seluruh umat islam Malaysia dan mungkin seluruh dunia.

Dorang nie memang tak payah dikenalkan, rasanya memang semua orang dah cukup kenal dorang nie. Bodoh lar aku kalau aku cakap aku tak marah, sebab bab agama memang tak boleh di buat main. Terutama bila ia melibatkan Agama dan berbaur perkauman.

Tapi aku jelek  bila baca komen orang Islam kita sendiri di bulan mulia ini. Bulan di mana setiap pertuturan, mulut, telinga dan hati perlu dijaga. Tapi mampu mengeluarkan kata - kata cacian makian dan kesat pada dorang. Dah macam menyamakan diri korang dengan dia jugak.

Kenapa kita tidak mendoakan semoga mereka di beri hidayah ketika bulan mulia ini. Adakah dengan penghinaan yang dilemparkan mampu memadamkan api yang dah pun jadi bara.

Ko jangan ingat hati dorang buta dan pekak untuk terus berdiam. Bara telah disimbah minyak, julangan kian tinggi. Jangan jadi bodoh, sebab bodoh lar punca banyak kejatuhan.

Permohonon maaf telah diberikan dengan ikhlas, tapi yer benar... Dengan maaf saja tak cukup untuk diberi pengajaran. Tapi dengan makian dan hinaan juga tak cukup untuk insafkan dorang?

Penjara? Denda? Cukup ke beri pengajaran? Mungkin cukup untuk memberi warning pada yang lain, supaya perkara sama tidak berulang. Tapi bagaimana pula dengan internal mereka sendiri. Kenapa tak dicadangkan juga sesi kaunseling dan khidmat sosial pada mereka. Supaya mereka lebih memahami dan mendalami apa itu Islam dan sensitivity dalam hidup pelbagai kaum.

Ada pulak yang cakap belakang bila baca statement aku nie, "Ah bukan tak belajar waktu sekolah dulu, lagipun benda nie am kot, lagi pun dorang orang berpelajaran kot. Ada otak pakai lar. dan bla bla bla... " 

Eh, korang bagaimana, pengetahuan am kot. Islam itu Indah. Sedangkan dosa besar korang pun kalau bertaubat Allah ampun kan. 

Ah tutup bab tue, .. kang ada pulak kene tembak sebab tak sependapat. Sekali lagi ingin dikatakan Aku memang marah pada mereka. Tapi tak elok rasanya untuk kita menghukum mereka dengan cacian. Cacian bukan ajaran agama kita.    


Tuesday, July 16, 2013

Kenapa Islam makan makanan HALAL -

Halal bukan hanya pada, tanpa babi. Tapi halal juga pada cara pengurusan makanan itu sendiri. Love share video ni, yang aku jumpa di youtube.

Allahu Akbar....


Subhanallah





Friday, July 12, 2013

Car Boot Sale yang betul - betul CARBUT

Dekat Malaysia nie jarang boleh dapat Car Boot Sale yang betul - betul dari simpanan sendiri (preloved), masuk bonet kereta dan main lambak dekat jalan dan jual. Bak kata mat salleh "someone trash is another person treasure" 

Berpegangkan prinsip sayang nak buang sebab masih elok, kenapa tidak dijual kembali pada orang lain. Tak payah lar nak ngada - ngada jual, sama harga dengan nilai yang dibeli. At least dapat duit poket makan seminggu pun jadi lar kan. Duit ko dapat , barang kita pun dapat tuan baru. Dia dari terperuk dalam lemari or terus ke tempat pembuangan sampah lagi lar rugi dan membazir namanya.

Susulan dari kes pindah rumah baru - baru nie. Aku dapat kesan terlalu lar banyak barang yang terpaksa dicarikan tuan baru untuk dia. Perempuan biasalar , apa lagi kalau bukan kain baju. Boleh dikatakan berguni jugak lar kain baju yang dilekgo. Setengah dah asingkan untuk didermakan pada badan yang memerlukan dan lagi separuh yang kurang skit senonohnya bakal dijual as preloved.

Jadi aku decide nak jual jer dekat Car Boot Sale at Bestari De'Kota yang terletak di Kota Damansara berhadapan dengan Gulam Mee. Berconceptkan barang prelove dan terpakai jadi memang tepat lar untuk mendapat pingat The Real Car Boot Sale in Malaysia, itu pun kalau ada anugerah tersebut.



Organizer dia memang tak kan layan peniaga yang datang menjual barang yang fresh dari plastik samaada dari China, Vietnam mahupun Bandung yang berebut - rebut orang ambil tue. Bagi mengekalkan kesucian bazaar barang terpakai beliau.

Dengan kadar sewa hanya RM10 sehari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari setiap hari AHAD rasanya ia adalah cukup berbaloi dan betul - betul Car Boot.

Jadi InshaAllah minggu nie or minggu depan, akan ku lambakkan baju - baju aku, dengan nilai jualan dari RM2 - RM8 sahaja. Nak mampus kau murah Ya Rabbi. Tue memang stock memang nak kasi clear namanya.

Jadi bagi yang masih mencari Car Boot yang the real one, ini lar tempatnya. Marilah kita sama - sama mengimarahkan  bazaar ini. Sila gembar gemburkan hal ini, supaya dapat dikongsi bersama. Jadikan bazaar nie pot hunjung minggu yang wajib anda. Pengujung pasti tak kan balik dengan tangan kosong. Sebab aku dah pernah pergi berapa kali dah. It like super crazy murah.

Bagi yang tahu lebih lanjut cara nak sertai dan lokasi yang tepat boleh view FB Car Boot Sale at Bestari De' Kota here LINK 

JUMPA DI SANA 






Thursday, July 11, 2013

Kelekatu Jantan

Hari nie ada date nak bagi kunci rumah lama dekat owner baru dia. Kalau berbuka di PJ dan datang balik memang kejung tengah jalan, dan takut berbakul bakul dosa keje maki orang kerana pemandu Malaysia terlalu berhemah di jalan raya.

Jadi kami adik beradik decide nak berbuka dekat rumah lama je, berbekalkan tapau dari bazaar ramadhan.
Ko paham lar rumah kosong ko hadap muka aku, aku hadap muka ko. No tv untuk dijadikan hiburan, sementara nak tunggu berbuka dan mak datuk lama nak  mampus si siew nie nak sampai.

Tiba -tiba ada 2 ekor kelekatu berkeliaran dalam rumah nie. Mungkin sesat kot. Lalu Along pun bukak story pasal kelekatu berdasarkan knowledge dia. Orang serangga lar katakan.

"Ko tau tak kelekatu, nie akan keluar banyak -banyak bila dia nk mengawan. Bukan tanah lembab or hujan dan sebagainya. Dan yang mati bersepah tue adalah kelekatu jantan. Akibat dari proses pengawanan tue."

Aku memang tak tau pasal serangga. So tak boleh nak balah kenapa si jantan kene mati.

Tapi dalam otak aku cakap "kesian si jantan, kuat jugak kelekatu betina nie. Huhu... " Noob

Baru

Sudah ada view baru. Bukak puasa hadap langit kalah hotel 5 bintang. Padahal berlauk orang bujang.

Alhamdulillah, Allah maha berkuasa dan mengasihani, dipermudahankan segalanya. 6 x trip kereta, 1x trip lorry 3 tan ponuh bukan cerita biasa untuk hidup bujang.

Kini officially penduduk PJ. Sikit - sikit Selamat Tinggal Damansara.