Thursday, August 22, 2013

Menangis Lagi

Kita menangis lagi bila dengar khabar buruk yang berlaku di negara kita 37 orang terbunuh dan 16 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Genting Highland.

Bayangkan saat - saat terakhir yang terpaksa mereka hadapi ketika kejadian itu. Hentakan kuat, lambungan, dan lalu menjunam. Mangsa semua dijumpai berlonggok di bahagian depan bus di tempat pemandu. Yang hidup yang truma yang mati semua di situ. Kalau kau hidup apa perasaan ko berada di situasi itu. Hanya ALLAH yang tahu apa ko rasa.

Tak dapat aku bayangkan. Aku menangis, aku sebak dan aku sedih. Walaupun tiada seorang pun yang aku kenal dalam tue. Tapi aku masih sedih, sebab aku adalah manusia biasa. Air mata adalah salah satu anugerah Allah pada aku.

Pagi nie aku menangis lagi, bila dapat tau. 635 orang terbunuh dan 3600 orang lagi cedera akibat kerakusan manusia membolot kuasa. Jumlahnya adalah berkali ganda dari insiden kita hadapi. Rata - rata adalah anak kecil yang tak kenal lagi maksud KUASA.

Itu apa yang didedahkan dalam media. Apa lagi. Masih ada banyak yang tak dipaparkan, yang kita tak tahu.

PLEASE - PLEASE sedekah kan Al Fatihah dan mendoakan mereka. Mungkin ramai antara kita ringan menyebut AL FATIHAH, tapi berapa ramai kita yang menghabiskan SURAH itu, dan sedekahkan pada mangsa. PLEASE DO IT NOW.


Tak perlu wang pun untuk membuat jariah ini.

SEKIAN.


Tuesday, August 13, 2013

Raya Stories

Raya dah habis. Apa cer? Memang tak der cer. Balik kampung, makan, tido, pergi masjid, makan tido, pergi masjid, makan tido, makan tido. Memang tak kemana.

Bezanya this year, sebuk dekat masjid. Maklum lar mak apak aku kan orang kuat masjid Al - Halimi. Anak - anak dikerah untuk take part sama. Dari buka puasa hingga raya pertama bertangga dekat masjid sampai tengahari. Dok settlekan hal - hal jamuan raya lar, buka puasa jemaah lar, tahlil lar, hinggakan kenduri cukur jambul.

Tak ke dah macam YB.

Dari Raya pertama, hingga raya ke-5 memang rumah lar tempatku. Gemuk dengan masakan di rumah. Balik KL timbang berat tak jugak naik. Tapi aliment semua lari, ada part - part dah mula terjojol.

Raya pertama, pulut kari daging,
Raya ke-2, LUPA
Raya ke 3, pulut sambal ayam
Raya ke4, nasi  tomato, sambal ayam, dalca, kurma daging
Raya ke5, nasi putih, sambal udang, sayur campur, dalca semalam. Siap dapat bungkus untuk perjalanan pulang. 

Memang mak , aku tak bagi chance anak - anak makan luar. Dihasutnya dengan makanan rumah. Tue belum lagi, hidangan sampingan KeyEpSi , kerepek, Pulut sama serunding daging, dodol, buat kunyah - kunyah, di kala masa senggang.

OOTD memang tak der nak share, sebab gambar riang ria raya pun tak der masa nak snap. Ada jugak hati nak ambil gambar kesibukkan di masjid di kala menyediakan juadah berbuka dan persiapan jamuan raya yang sampai pukul 4 pagi di masjid.

Dah kata pun sebuk, memang tak sempat jugak lar nak pegang camera bagai. Mak jemah lebih sebuk dok perah santan, husung periuk ke hulu kehilir, patong bawang, layoq daun pisang, basuh beras, kacau gulai, anak lebai lalu pun tak mampu nak pandang - pandang. Pulut 10 kg woi, pitam wei nak sediakan. Tak masuk lagi gulai daging berapa puluh kilo tak tah.

Masa jamuan, orang lain sebuk membaham, aku plak sebuk potong tembikai, cari mangkuk, cawan tak cukup, husung dish merata, gulai tumpah atas baju dan sebagainya. Kalau ada yang budget nak main mata tue, mintak maaf lar. Tak sempat nak ghering punBaju cantik pun tak guna. Nasib baik baju tahun lepas je. 

Apa punya dasar lar, lepas je solat raya terus serbu meja jamuan. Makan plak serupa tak der benda makan kat rumah. Mungkin sedap bebeno pulut mak den makan sama gulai daging rempah pelbagai tue.

Orang dah start beraya, aku sekeluarga masih dekat masjid, tukang bersih itu ini, kutip sampah merata depa buang, jadikan seperti sediakala. Dah bagi makan percuma pun tak reti nak buang sampah di tempatnya. Masjid kot, sila jaga kebersihan skit. Itulah orang kita, plastic sampai tepi punggung ja, tetap nak buang kat lantai. Tetap nak tinggal bawah kerusi. Bukan orang kampung ja, orang pekan pun serupa. Tak payah main tuding - tuding jari.

Balik dari masjid, hadap laman rumah dah serupa dilanda musim luruh, nak hadap waktu bulan puasa memang ko tak mampu.Mau pengsan di tengah panas. Maka bertukarlar OTTD kepada seluar pendek, T-shirt sama selipar, sambil pegang penyakar. Maka bermula lar, sesi membersihkan halaman rumah yang terdiri daripada 13 pokok rambutan itu.

Dikala orang ramai berpakaian cantik dihari raya. Saya pulak serupa amah. Nasib baik tak der tetamu hari tue. Kalau tak, peluk - peluk XOXO  terus pitam. Bau peluh tahap neraka. Tue belum lagi kuku kuning sebab gaul kunyit goreng ayam 18 ekor, tangan kasar main klorok tonyoh dinding, dan choriang sana sini, akibat terpotong jari waktu kubas bawang 4 guni.

Bagi aku, raya bukan pada pakaian cantik, makan sedap, dan ziarah menziarahi. Tapi Raya adalah kepausan. Aku puas bila tengok family aku happy dan bahagia di hari raya, aku puas bila tengok rumah bersih, cantik, kemas walaupun hanya teratak buruk. Aku puas bila dapat berkhidmat untuk masyarakat kampung aku, walaupun depa tak perasan pun.

Lantak lar, aku tak der baju raya, tak der gambar raya, tak der jalan raya. Yang pasti aku raya tahun nie, aku rasa super happy, sebab mak abah aku tak der kes tarik muka, dan adik  beradik aku, boleh tido sebantal sambil gelak - gelak.

Nie jer, gambar di hari raya yang aku ada. 
Rehat jap. Sebelum sambung bahagian depan plak. 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. 




Weekend nie, baru nak beraya rumah family di KL.
Sila bukak pintu luas - luas. 

Thursday, August 1, 2013

Rupa

Penting sangat ke rupa, bila rupa sering dijadikan ukuran. Kalau boleh, semua orang nak jadi cantik. Kulit putih melepak, body bak kerengga, rambut ikal mayang.

Sedangkan cantik itu sendiri adalah satu benda subjective.

Tiada yang Allah jadikan hodoh, dan tidak ada dalam Al - Quran, kurus, cantik itu baik dan hodoh, gomuk itu derita, beban ataupun berdosa. Yang ada cuba kalau kau orang beriman, baik, dan bertaqwa maka cantik lar pada pandangan NYA. 

Sedangkan DIA pencipta pun tak tengok pada rupa, inikan pula kita manusia dan hambanya yang sebuk sangat nak jadi DIA untuk hukum orang kerana rupa.

Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu. Oleh kerana kulit aku gelap, dan muka aku ala - ala mix india. Orang yang tak kenal aku panggil aku budak hitam kononnya dan habis beralas lar tue. Dari panggil aku keling. Sampai ada yang tak nak bagi awek dia kawan dengan aku hanya kerana muka aku hudoh dan selekeh. Jadahnya, baru awek ko dah control serupa hapa.  Bagus lar tue.

Manusia memang suka menilai tanpa cermin. Seolah - olah dia yang dikata itu buta, tiada perasaan, kayu, tunggul untuk merasa. Persetan lar. Macam lar dorang bagus sangat.

Apa yang penting stand up and don't give. Tunjuk je orang hudoh boleh dihormati. Seorang yang kutuk bakal berganda yang memuji. Hanya kerana kecekalan sendiri. Be yourself and go on.


Nah secebis inspirasi untuk yang rasa diri dia hudoh dan berkejar cari cantik luar. Dari wanita yang di Label-kan Wanita Ter-Hodoh di Dunia. 

Dah lapuk lar isu hodoh nie, orang sekarang lebih open minded. Orang yang suka nilai orang nie adalah orang zaman batu je