Wednesday, September 25, 2013

Umpat

Banyak cara kita boleh isi masa. dalam erti kata orang good - good kata HOBI. Definasi Hobi adalah adalah kegiatan rekreasi yang dilakukan pada waktu luang untuk menenangkan pikiran seseorang. (Copy paste dari Wikipedia)

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi keinginan dan mendapatakan kesenangan . Terdapat berbagai macam jenis hobi seperti mengumpulan sesuatu (Koleksi), membuat,memperbaiki, bermain dan pendidikan dewasa. (Copy paste Wikipedia)


Tapi aku tak pasti bila ada  orang hobinya pakai mulut. Kalau gunanya ke arah yang baik. Alhamdulillah. Tapi bila gunanya menambahkan berat di akhirat entah apa faedahnya. ini peringatan untuk diri sendiri jugak. 


Adat mungkin, bila bosan kita bercerita, bila tak der cerita mula bukak cerita. Dah tak der benda isu nak tuju ,terus buat isu. Asal ada sedikit isu pokok, tambah skit pandapat peribadi dan sedikit kesimpulan konon paling berasas. 


Sebuk itu - ini. Pengetahuan ingin tahu seolah - oleh membuak tiba - tiba. Dapat plak partner tukang lauk tambah. memang seronok buat dosa. Kenyang makan daging saudara sendiri, siap boleh buat kenduri./ 


Memang dah jadi budaya kot. Mengumpat kadang - kadang dah jadi darah daging, terutama berkumpul ramai - ramai dan tak der story nak cerita. Mungkin susah untuk kita elakkan budaya ini, tapi bagi aku tak susah untuk kita elakkan dari berkumpul, sebelum hidangan daging mentah dikeluarkan. Angkat bontot, cakap sebuk. 




Lantak lar, bila tiba- tiba jadi bahan di masa depan. Sedia hadapi apa saja. Asal kau tahu apa itu kebenaran. Melatah tak langsung mendatangkan hasil. Lama - lama cerita tutup, daging mentah kian membusuk, langsung tak der orang yang makan. 


Sekian. 

Tuesday, September 24, 2013

Featured Semperna Hari Malaysia

Mengapa dah lama tak update belog? Kerana hidup saya ada kadang lenggang kangkung, ada kadang padat umpama daging patty burger bakar. Nak bernafas pun tersekat. Tidur malam tak tenang, bukan untuk mengejar kaya. Tapi minat dan usaha untuk hidup tak sia - sia.

Ini adalah salah satu minat aku, bukan kerana nak cari duit poket lebih, tapi sebab minat. Minat terhadap barangan vintage, minat terhadap fashion urban dan mengalirnya darah seorang peniaga. 

Thank you, The Star kerana sudi selit Us Faminnile dalam keluaran 19 Sept lalu, semperna sambutan Hari Malaysia ke 50 di SS2 Mall. 

Lepas nie, US Faminnile akan berada di SS2 Mall pada 28 & 29 Sept, 5 & 6 Oct Rasta (Hijabster Bazaar dan pencarian model muslimah untuk majalah LISA) dan Insha Allah 25, 26 & 27 Plaza Damas (Pink Pop Up Bazaar- Breast Cancer Week). 

Pencinta barangan vintage wanita boleh ke sini https://www.facebook.com/UsFaminnile 

Tak larat nak update lelebih, nie pun curi masa jer.