Thursday, October 24, 2013

Crazy Chicken

It's remind me about myself. Lantak lar, kalau orang gelakkan aku bila aku  tak berani hadap langsung binatang kecil ini. Tulis buku biodata darjah 6,  binatang paling ditakuti adalah AYAM.

Sebabnya cuma aku yang rasa. Bukan sekali 2. Tapi berkali. Dah serupa badi.

Asal nampak muka aku, dia mula bersedia, 
Aku bukak langkah, dia bukak kekuda. 
Aku lari seribu, dia lari berbatu. 

Sial betul, sedap agaknya dia nak tokak kaki aku. Padahal tak sedar, kaki dia orang makan hingga menjilat jari.

Bezanya, aku bawak payung pun kene. 
Crazy Chicken





Friday, October 11, 2013

Keterbukaan

Semakin maju negara, semakin canggih, semakin melampaui masa dan ruang, semakin terbuka pemikiran kita dalam menerima sesuatu perubahan, adat, ilmu, social yang merangkumi aspek kehidupan. Kecanggihan menyebabkan kita mampu merentasi ruang, berfikir tanpa mengira bangsa dan asal usul.

Kalau dulu, kita digalakkan berfikir seperti mat salleh, kononnya mereka adala super advance, maka ramai lar anak - anak muda melanjutkan pelajaran, berhijrah untuk cuba merasai dan mempelajari adap dan budaya mereka.

Tapi disebabkan kecanggihan, penghijrahan tidak lagi perlu, untuk meluaskan pendangan, setakat nak tahu apa nama muzium, street, dan bahan bacaan meraka. Pergi jer, dekat GOOGLE  semua boleh access dari situ. Apa jer ko nak tau semua ada dekat sana termasuk lar budaya dan social life dorang. Berhijrah adalah lebih kepada merasai sendiri pengalam itu, bukan hanya untuk TAHU.

Kadang - kadang kita kene terima kasih jugak pada yang mencipta internet nie. Bagi aku, dia adalah super brilliant otak buat dari apa tah. Banyak manfaat yang kita dapat dari Internet nie sendiri. Otak kita makin terbuka luas untuk menerima. 


Zaman 80 or 90 an, dapat bergambar dengan mat salleh nie kira paling power lar. Bangga kemain, siap bawak pi sekolah main tayang kat semua kawan- kawan. Aku ada sedara mat salleh ko ado? Ada kelebihan skit serupa jakun tayang, tengok, pamer padahal bagi masyarakat luar tue biasa - biasa jer.

Kalau dulu orang melayu pakai punjabi pasti kene bahan, rambut color merah kene usha semacam, sehingga kan orang albino pun kene panggil mat salleh. Belum lagi, pakai seluar warna merah, kasut merah, lipstik merah. Pikir, balik... apa yang kita cakap pada meraka yang begini?

"Oiiii, merahnya mak ngah.... tak takut kene kejar lembu keeeee? " 

Seluar hijau, seluar kuning memang dipandang jijik satu ketika dulu. Tapi sekarang, sapa tak der candy pant.. not in dalam fashion. lapuk, kuno. tah pa pe lagi. Itu dalam bab fashion.

Belum lagi bab budaya dan pergaulan.

Tapi sekarang, keterbukaan kita, bukan setakat berfikir ke depan seperti mat saleh. Pakai seperti mat salleh, bergambar seperti mat salleh, aksi seperti mat salleh, tunggang botol seperti mat salleh, tapi hampir 90 % nak ikut mat salleh.

Aksi ranjang kalau boleh nak tayang dekat Fb bangga seperti mat saleh. Kisah luar dalam kelambu jadi bahan bualan tanpa tapisan. Budaya malu - malu kucing masyarakat timur  mula lesap, sebab terapkan sangat budaya mat salleh dalam diri. Nak mat salleh sangat padalah, makan nasi sambal belacan, terus speaking jawa. Rupaya bapaknya bernama Mat Salleh.

Terganggu aku, pagi tadi, scroll down feed dekat Fb , dan terbaca salah satu Page info terkenal begitu terbuka mempamerkan video boleh kata 18Sx memang tidak sesuai untuk tontonan umum. Padahal page tersebut adalah page info, berkongsi berita dalam dan luar negara, ada kadangnya di selitkan juga mutiara kata, dan bab insaniah. Kalau nak up berita hot pun, aku rasa tak perlu nak selitkan video telibat sebagai supporting enrty.

Keterbukaan ini lar, yang membimbangkan sesetengah golongan dewasa. Mungkin setengah lagi tak fikir lagi keburukaan. Otak masih ingat seronok, tapi tak sempat nak fikir lebih hadapan, mungkin hanya difocuskan pada membaca yang berumur 18 ke atas. Tapi page sendiri tiada tapisan umur.

Budak kecik tengok, naik horny, nak mencuba, nak merasa. Bila ada kes remaja 12 tahun merogol adik sendiri/kawan sekolah or sapa jer. Ko plak up entry. mak bapak salah, didikan di rumah tak kukuh. Aqidah lemah longlai. Tapi tak nak sebut diri sendiri salah. Kau antara penyumpang. Sedar or tidak.

Kita sering salahkan orang lain, bila berlaku kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan masyarakat masa kini. 

Kalau ada yang mula, kenapa TIDAK KITA YANG AKHIRKANNYA. Stop spread. Buang semua dalam simpanan. Jumpa dalam HP kawan buang, jumpa dalam hp adik buang terus. Dorang tak kan tanya punya. Mana ada orang nak malukan diri sendiri.



Bila nak simpan stock blues pikir balik, kalau - kalau adik, anak kita tengok, dan dorang start bluetooth simpan  untuk simpanan dorang. Apa jadi pada minda dorang. Tak payah pikir jauh lar, tanya diri sendiri apa jadi pada minda korang, bila simpan dan tonton benda tak manfaat macam tue. Otak korang jadi apa?

BIAR KETERBUKAAN KITA ADA BATASAN, TIDAK MELAMPAUI BATASAN.

Sekian.

Friday, October 4, 2013

Esok, 5 & 6 Oct 2013

Banyak benda berlaku esok maklumlar hujung minggu, ada yang nak shopping barang raya haji, tudung raya haji dan culik anak bini orang ajak pi morib jalan - jalan ambil gambaq, bila balik tak tau apa jadah aku amik nie terus delete.

Krik kriiiik, (tiba - tiba cita bab morib jadahnya, itu minggu lepas)

Straight forward je....

Esok sapa yang tak der benda nak buat, teringin nak jadi model hijab, muka terpampang di majalah Lisa atau teringin nak shopping dengan online shop, tapi kemain cerewet takut kain tak best jadah. Ataupun teringin nak tau apa yang aku dok kalut meniaga minggu - minggu. Masih tertanya apa itu pakaian vintage, bundle yang di naik tarafkan.

Sila persiapkan diri, dan jengah kitaorang di RASTA TTDI bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Banyak online shop terlibat. Bagi pembaca KISAH KATAK PINK yang datang dengan password KISAH KATAK PINK, boleh dapat special discount dari TOTAL pembelian.

Pencarian gadis hijab akan diadakan pada hari sabtu 5 Oct sahaja, manakala bazaar akan dibuka hingga Ahad 6 Oct.





Sekian info hari nie.