Tapi sebenarnya lebih kepada isu semasa dalam news feed FB aku sendiri. Walaupun pada hakikatnya aku jenis silent dalam laman social. Sebenarnya otak aku ligat proses apa yang korang post. Nak border lebih - lebih memang tak kuasa. Cukup takat baca.
Pagi tadi aku terbaca status member aku yang kononya bising tentang isu saman AES , trafiik dan JPJnya. Tiba - tiba dalam bab berbalas comment aku terbaca bab maki - maki kerajaan bab makan duit haram dan sebagainya. Juga disentuh bab harga barang naik.
Saman nak kene bayar, harga barang naik, tol naik, cukai naik last - last makan pasir. Ok aku highlight skit SAMAN.
Kita flashback skit beberapa bulan lepas. Waktu bulan nak raya. Bukan main bangga lagi, up gambar meter naik sampai 200km/j sampai Padang Besaq kurang dari 3 jam dari KL. Tiba - tiba sekarang ko bising pasal amount saman tak logik nak kene bayar. Memang aku tak "get it".
Kalau jenis nak laju tapi tak nak kene saman aku rasa better join F1 jer. Itu pun kalau layak. Kalau nak laju, merbahayakan orang lain, anak bini dok dalam keta tue, nyawa serupa layang - layang ko memang penting diri. Pentingkan rembesan adrenaline sendiri, untuk kepuasan. Tak jauh beza dengan perogol yang gila seks. (Pentingkan diri untuk kepuasan)
Itu belum masuk lagi, saman, kerana tinted gelap dan kereta tak ikut spec. Semua katanya untuk kepuasan dan minat lelaki.
Selebihnya biarlar korang simpulkan sendiri. Aku memang suka taip benda tergantung.
Komen untuk pendapat. Terutama kaum lelaki.
Aku teringin nak tau KENAPA.