Monday, November 17, 2014

Projek Gelandangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lillahi, ini bukan entry meriak atau untuk menayang kebaikan, tapi tak salah jika kita mengajak orang untuk berkongsi melabur untuk saham akhirat.

Homeless, gelandangan adalah 2 perkataan yang membawa maksud yang sama. Siapa mereka tak perlu kita huraikankan lagi, semua sudah sedia maklum.

Banyak cara untuk kita menghulurkan bantuan pada mereka, terutama dari segi makanan.

Tapi sedar atau tidak mereka juga memerlukan keperluan lain yang kita lupa, dan tak perlu keluarkan sebarang modal berupa wang ringgit untuk membuat jariah ini.

Kumpul pakaian terpakai yang tidak mahu lagi digunakan dan start donate.  Pakaian adalah antara yang diperlukan, selain makanan.

Jariah mudah, daripada buang dan bakar, bikin semak almari, mak bising baju banyak sangat, badan membesar atau mengecut, ataupun sudah hilang trend. Kenapa tidak kumpulkan dan berikankan saja pada yang tak peduli baju kau in trend tau tidak. 

Nak memulakan memang susah, tak tahu bagaimana, tak der kawan yang nak turut serta, busy dengan pelbagai agenda. Tak pa serahkan saja pada saya. Kumpul baju - baju tersebut dan hantarkan pada aku atau  butik partner aku yang berada di Gombak. 

Kalau rasa - rasa nak turut serta dalam aktiviti ini pun boleh jugak, tapi kalau boleh tak nak lar ramai - ramai mengekor, sebab untuk elak perhatian. Kita buat benda underground. Cuma ingin membantu.

Buat masa ni, kami bergerak 4 - 6 orang, tiada persatuan, tiada mintak sumbangan. Semua keluar atas dasar kemanusiaan.

Sumbangan diterima hanya dalam bentuk barang. Kalau rasa nak sponsor air kotak, biskut, roti, mineral dan sebagainya memang kami terima, tidak dalam bentuk yang ringgit. 

Selain itu, baju, seluar panjang, pendek, selimut, bag, kain pelikat amat amatlah kami hargai. Cuma nak mintak tolong, pastikan semua berada dalam keadaan bersih, size tak kisah sebab mereka juga adalah seperti kita S, M, L, XL, XXL, XXXL.

Post ini bukan untuk meriak, tapi aku sakit bila baju yang kami bawak tak cukup. Ada yang terpaksa melopong.


************
Contact aku untuk sumbangan. 

013 - 2322933 (Liz) 






Friday, November 14, 2014

Perginya seorang anak ke syurga.

Apa perlu kita tangiskan,
Dia aman di sana,
Ceria tanpa dosa,
Bertemu rakan sebaya,
Tiada yang perlu dideritakan,
Lengkap tanpa sebarang cela,

Mungkin kita terasa hiba,
Sampaikan doa, happykan dia di sana.

Sayang tenanglah kau disana,
Doakan moga nanti kita berjumpa.












********

Nur Qistina Nabila
17 Aug 2005 - 11 Nov 2014












Tuesday, October 7, 2014

Street View

Banyak feed back negatif timbul yang tak puas hati bila ada yang sampai 1 keluarga masuk  street view. Mak pergi pasar, bapak  bawak moto, adik ke sekolah dan sebagainya. Kira ok lar, tiba- tiba tersnap laki ko tengah pengang tangan scandal waktu lintas jalan, ko nak kata apa?.

Ada yang risau bila gambar rumah kau terang - terang dipamerkan. Bukan rumah kau sorang rumah orang lain pun ada jugak.

Tak nafikan ada keburukkan terutama bagi si penyangak atau psiko secret admire. Tapi benda tue bukan update 24 jam pun. Gambar yang ada sekarang di ambil pada bulan Nov 2013 kalau tak silap.

Pertama sekali gambar - gambar dari Street View ini adalah dari kenderaan yang ditugaskan untuk memetakan  kawasan tersebut. Kamera yang ada pada kenderaan tersebut adalah 360 darjah. Dia hanya memetakan jalan - jalan utama saja.  Sebenarnya banyak negara dah lama ada Street View, cuma baru kini sampai ke Malaysia.

Tahukah korang, sebenarnya korang boleh kaburkan gambar dalam Street View ini. Hanya dengan beberapa langkah, korang mampu kaburkan rumah, muka, plate kereta dan apa saja yang rasa penting untuk menjaga privisi.


  1. Buka laman Google Maps.
  2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
  3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
  5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda. (sumber)


Bagi aku banyak kebaikannya, bila Malaysia sendiri dah ada Street View. Sedangkan aku sendiri adalah pengguna tengar Street View, terutama dalam misi Backpaker.

Sangat - sangatlar membantu, untuk kenal pasti tempat yang bakal menginap, tempat - tempat menarik, laluan - laluan utama, dekat atau tidak dengan jalan besar, selamat atau tidak jalan tue. Kedai apa yang terdekat dan gambaran sekeliling untuk jadikan diri aku familia dengan kawasan tersebut.

Kalau sebelum nie aku pernah blogkan yang aku  backpacker hanya dengan bantuan Internet dan Google. Ini adalah salah satu senjatanya. Yang lain rajin - rajin lar search baca blog orang yang pernah pergi ke tempat tersebut, dan mintak bantuan google map dan jangan lupa study public transport yang ada dikawasan tersebut. Jangan tunjuk pandai, print map public transport dan tampal dalam buku note/ log perjalanan ko. 

Semoga dengan adanya Street View di Malaysia, takkan ada lar kes Rombangan Pengantin sesat nak ke majlis. Sebelum mulakan perjalanan, study sikit - sikit dulu. Itu pun kalau jenis kaki study. 

Sekian

Lama tak update blog rasa semacam pulak. 







Wednesday, September 24, 2014

Dengki

Dengki ada 2 jenis, 1 kau dengki dengan orang dan kau BERUSAHA untuk jadi macam dia. Ke-2 kau dengki dengan orang, kau mula nak JATUHKAN dia, biar dia terlingkup padan muka.

Apa kepuasan yang kau dapat bergantung pada niat kau.

Motif kau berdengki dan kau nak jatuhkan dia, puas ke hati kau, tenang ke hidup kau, kusyuk ke solat kau bila dia dan terlingkup. Tenang ke hidup kau lepas kau berjaya.


Lagi puas kau berdengki, dan kau berusaha jadi macam dia, jadikan motivasi untuk lebih dari dia. USAHA, SAKIT, JATUH BANGUN PENAT LELAH dan berjaya.






Thursday, July 10, 2014

Kongsi

Status FB :

Cuba tanya kawan non-muslim di office kita. Tahukah mereka tentang apa yang dikecohkan tetang #PrayforGaza. Jawapan kebanyakkan dari mereka adalah, tak tahu. Dan ada yang cakap perang diantara muslim. 

Percaya atau tidak, mereka langsung tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku diantara Palestin dan Israel, kenapa kita begitu marah pada Israel. Yang mereka tahu kita cakap Israel kejam, kejam kenapa is No Idea.

Mereka malas nak campur jika itu kes Muslim sesama Muslim.

Kenapa kita tidak kongsi dengan mereka apa yang berlaku dan kisah sebenar disebalik #PrayforGaza. Siapa Israel, siapa Palestin, siapa tuan, siapa pendatang. Biar mereka mula berfikir betapa kejamnya Israel.

Ini bukan sahaja isu agama, tapi ini juga adalah isu kemanusiaan.

"Kita bagi orang tumpang rumah kita. Orang tu pula menTUANkan diri dalam rumah. Lalu halau kita keluar."


********
This is what happen to my colleague after i told her about Palestine and Israel. She keep questioning  me, searching and viewing all the video and article.  Finally, ada air mata dihujung mata yang perlu dikesat. 

Ini katanya  " Kenapa i tak tahu pun pasal nie " 

********
Aku puas kerana aku berjaya hasut seorang lagi manusia untuk membenci Israel Laknattullah. 

Sekian

Monday, July 7, 2014

Next KLVF:  28 Aug - 2 Sept 2014 
#57Merdeka
#KLVF2014

Wednesday, May 28, 2014

Kronologi Kisah Rambut Gugur Aku

Susah nak jumpa perempuan sempurna yang tiada langsung masalah pada kesihatan dalaman. Tak masalah kulit berjerawat, masalah keputihan, keguguran ramput, migrain, sengugut teruk, datang bulan tidak teratur, sungul, moody, kulit kusam, dan sebagainya pasti  ada. Aku tak faham apa yang orang dulu  - dulu makan sampai dorang tak pernah pun ada masalah macam nie.

Arwah nenek aku, meninggal pada umur 70++ dengan boleh kira berapa uban atas kepala. Dan tak pernah nampak rambut tersumbat di lubang tandas selepas dia mandi. Kalau dibandingkan zaman arwah dengan zaman sekarang, lagi macam - macam fomular shampoo di pasaran, Setiap jenama ada anti hair fall yang berkesan atau tidak korang sendiri boleh tau.

Sumber Google

Keguguran rambut aku dikesan sejak aku study kolej. Kalau dulu dok rumah kampung lantai pakai tikar getah gelap kot lar tak pernah nampak rambut gugur. Tapi since dok hostel, lantai kemain mosaic putih. Setiap kali sikat ramput, penuh lantai dengan rambut. Itu baru sorang punya kepala dalam bilik aku ada 4 kepala yang turut mengalami masalah  sama. Itu baru dalam bilik. Kalau dalam rumah tue ada 8 orang, bayangkan lar, berapa banyak rambut yang terhasil.

Sampai pernah sekali, saluran air dalam bilik shower tersumbat, bila panggil abang maintenance yang di tarik keluar dari lubang tue adalah segugus rambut yang boleh mewakili 1 kepala punya rambut.

Since kerja, kira dah berduit skit. Mula beli macam - macam product konon untuk elak rambut gugur. Ada kadang shampoo sampai beratus pun aku pernah beli. Consume berbotol - botol konon kalau guna sebotol belum tentu membuahkan hasil. Jangan kata buah, bunga pun tak nampak bayang.

Nasib baik lar aku jenis hormon agak activ, rambut still grow walaupun gugur. Jadi tak der lar nampak kesan nak botak ke hapa. Cuma segan kot wei, rambut ko bersepah kat lantai. Sampaikan aku jadi tak suka pergi cuci rambut dekat salon sebab, setiap kali amoi tue akan tegur rambut aku gugur banyak. Dan dan jugak lar nak suggest treatment rambut gugur,  padahal dah berkali - kali aku cuba dan hasilnya BUANG DUIT SAJA.

Petua apa yang aku tak buat. Selang 3 hari lumur telur, lumur daun bunga raya, pucuk rambutan, santan, santan masam, minyak kelapa, minyak kelapa dara, olive oil campur lemon, yogurt, limau nipis, pisang apa lagi. Memang dah try , still nehi - nehi.

Jangan tak tau shampoo terlajak laris pun aku try. Sampai dah 2 bulan nie aku asyik beli yang expired ke hapa. Bau dia mak air, kalah kain buruk kene rendam air. Sampai aku buat report jumpa dealer bagai do compare segala,  nasib baik tak sempat jumpa Datuk apa tah waktu Event Vendour di Stadium Melawati itu hari. Kalau tak mesti terus dia amik aku jadi duta dia. Bukan nak kata product dia tak bagus, aku rasa at least 30%  dari keguguran rambut aku dah berkurangan. Tapi masih tak dapat menghalangnya.

Dah dekat setahun jugak aku ada dengar product jenis supplement nie. Konon boleh atasi masalah rambut gugur. Tapi nak beli dengan tak beli sama banyak, sebab aku susah sikit nak percaya doctor - doctor express dari laman social nie. Hasil testimoni pun tak pernah nampak pun. So sifat kepercayaan tue kurang lar skit.

Since akak aku dah start terpengaruh dengan ubat - ubat kurus, tiba-  -tiba dia plak tertry pulak dari syarikat pengeluar yang sama, dan terus jadi ahli. At least jadi ahli dapat lar sedikit discount, bukan nak meniaga and make annoy dekat page orang pun, lepas pakai sendiri pun jadi lar. Alang - alang dia jadi ahli, aku mintak lar dia order kan sekali Zink Complex yang dah lama aku usha tue.

Padahal aku tak tau pun fungsi zink dalam badan manusia. Yang aku baca, dari description pengedar - pengedar kononnya dia mampu elakkan rambut gugur dan mencantikkan kuku.,  Kejadahnya kuku cantik aku bukan peduli pun pasal kuku pun, asal bersih aku dah cakap cantik. Harga pun bukan mahal pun. Memang mampu milik pun. Makan pun tak susah sebijik sehari makan pagi - pagi. Dalam ada 120 biji. mampu tahan dalam 4 bulan.

Tak payah tunggu minggu pertama aku makan, dalam 3 hari awal tue. Aku dah nampak kesan dia. Selalunya kalau ko cuci ramput, dan ko pakai conditioner masa ko usap - usap rambut dengan conditioner tue, tangan kau dah berselirat dengan rambut masuk celah lari. Lagi kau tarik lari banyak keluar, sebab conditioner kan licin. Memang senang rambut kusut lerai.

Sumber Google

Pasrah tak pasrah kau alirkan saja tangan kau dekat air, biar rambut tue pergi dengan rela. Lepas mandi mula lar proses kutip rambut dekat lubang air. Ada kadang kene kuis sikit rambut tue, sebab air tak mau lalu rambut dah tutup aliran air.

Nie bukan ayat peniaga ok, nie memang ayat aku sebagai pengguna yang agak impress. 3 hari aku makan memang tak der langsung drama tue waktu mandi. Rambut gugur masa conditioner pun cuma 2 3 helai saja. Kalau dulu bilik kene sapu hari - hari sebab rambut penuh lantai , tapi sekarang sapu seminggu sekali pun tak der hal.

Sekarang aku masih experiment, tunggu rambut aku tebal semula. Kalau dan start tebal memang aku nak bagi award kat Shaklee untuk product Zink Complex.
Kalau dulu aku cakap sebijik pill tak mungkin mampu rawat luaran. Tapi sekarang aku percaya.

Kalau korang kata elleh sebelum nie korang makan ubat kurus Shaklee tak kurus - kurus pun. Itu aku taktau. Sebab aku bukan makan ubat kurus dia. Aku cuma makan Zink Complex dari Shaklee saja.

Tapi kawan along makan set kurus Shaklee bukan badan dia makin kurus, tapi period dia makin teratur.
How.

Sekian


(entry ini tidak dibenarkan copy untuk tujuan pemasaran korang. Mintak izin dulu ) 


Tak jumpa egen Shaklee boleh cari dia nie. 
(Klik) Cik Nutrisi  


Monday, May 26, 2014

BERTERIMA KASIH

Kawan kawan yang kenal aku mungkin tahu yang aku bukan lar seorang cat person. Dia dekat aku lari, dia sondol aku jerit. Bukan aku takut, aku cuma geli tah pah apa je dengan binatang berbulu nie.

Sejak 2 3 tahun nie mak aku di kampung start bela kucing pelarian yang datang singgah kat rumah, nak tak nak, sekeras-keras batu  akhirnya berlekuk juga bila terkena air. Bukan makin mesra dengan kucing at least aku start boleh terima kehadiran dia asal dia tak terkam aku cukup.

Semalam waktu tengah lunch dekat sambal hijau sg. pencala tue. Tiba - tiba aku terkejut ada seekor kucing duduk atas kerusi sebelah aku, elok je hadap aku makan. Bila aku tengok, dia dan dan buat muka kesian.

Aku terus kepak separuh ikan dan dicampak ke lantai. Tak pe rezeki sama - sama kita kongsi.  Geli - geli aku pun aku still manusia, ada lagi sifat kemanusian kot.

Tak lama lepas tue, aku rasa ada benda soft tepuk peha aku. Sekali lagi si kucing tadi hadap muka aku dan sambil kelip mata. Aku suspect dia lapar lagi.

Mintak pulak ikan along campak ke lantai konon nak bagi dekat dia. Dah lama skit aku paling tengok bawah ikan masih di situ kucing lesap entah ke mana.

Kalau lapar mesti ikan ke-dua udah dijamahnya. Akhirnya aku buat kesimpulan bahawa, teguran ke2 tadi adalah untuk ucapkan TERIMA KASIH. 

Waktu nak balik aku perasan kucing tue duduk bawak pasu sambil mata kuyu nak tido.

Nampaknya Allah buka lagi 1 pintu hati aku. Binatang pun pandai berbudi.

SEKIAN.



Friday, May 16, 2014

Sedekah

Salam Hari Jumaat. Tiba- tiba pakai selendang tepis kiri kanan, menginsafi apa yang telah berlaku moga menjadi  insan yang lebih baik dari pada semalam.

Kisah nie terjadi dekat aku dalam beberapa minggu lepas. Tapi bila dipikirkan balik itulah hikmah bila kita bersedekah.

Hari  tue, aku pergi pasar malam, yang aku perasan memang dah kering kontang wallet aku, sebab dah hujung bulan, gaji yang patut masuk hari tue tiba - tiba terdelay atas kesalahan sendiri. Cuma ada terselit beberapa keping duit warna biru dicelahan bag.

Dalam hati konon nak makan puttu mayam beli RM2 dah boleh makan sampai kenyang, lazat pun boleh tahan jugak. Waktu bersesak di cari puttu payam  pujaan kalbu, tiba- tiba ternampak 2 orang pasangan buta mengaji tetengah orang ramai, sambil menjual tisu. Memang tak best untuk aku  gelar dorang peminta sedekah, sebab aku rasa dorang berkerja jugak. Bekerja dengan menghiburkan orang di situ.

Secara automatic aku godek bag yang selalunya payah benau nak jumpa wallet sebab bag aku kemain kedabak, tercapai beberapa keping wang kertas, terus letak dekat tangan si isteri pasangan tersebut. Waktu tue memang tak ingat langsung yang aku cuma ada beberapa sen jer dalam bag.

Waktu nak bayar putu mayam, baru teringat yang aku mungkin tak cukup duit nak bayar. Tapi bukak - bukak wallet aku terus tercengang bila nampak note Rm50 dalam wallet aku. Seingat aku, aku memang dah settlekan note RM50 semalam lagi. Tapi mana datangnya duit nie.

Sekian.

Thursday, May 8, 2014

Penjual Ubat Segera

Asal kau sebut sakit dia datang sebutkan ubatnya.
Asal kau sebut kau mengandung dia datang sebut supplimentnya.
Asal kau sebut anak kau tak kenyang terpaksa bagi susu fomular, dia datang bagi pertolongan.
Asal kau sebut kau gemuk, dia bagi kau kurus.
Asal kau sebut kulit kusam, rambut, gugur, sembelit, angin banyak, tak cukup rehat, kuku pecah, tulang rapuh, sakit pinggang, suami tak  kuat, mata kabur, anak tak bijak, anak tak  mau makan, semua sebut jer. Tiba - tiba dia  datang sampuk. Serupa doctor.

Tak payah kau cari, up saja dekat status FB, TWITTER kau. Nanti tiba - tiba dia datang komen serupa tiada kene mengena. Mungkin itu cara peniaga. Akak aku pun peniaga suppliment jugak. Tapi aku rasa peniaga - peniaga haruslah bersifat casual tak payah lar terlalu terdesak sangat sebab UV kau bulan nie tak cukup lagi untuk peroleh bonus.

Mungkin kau fikir kau cukup casual, tapi pikir kalau orang buat dekat kau. Rasa sesuatu tak. Ala perasaan macam tak best, serupa rasa nak maki pun tak, nak terajang pun tak..  Alaaaaa....atau nama lain dia adalah ANNOY.

Kalau kene dengan BFF aku yang tengah morning sickness  mengandung tue, mau dia muntah depan kau. Sebab salah satu alahan dia adalah hadap orang Annoy. Dia punya tahap alah ANNOY tue sampai ke tahap. Anak dia yang super talkative asyik cakap tak berhenti, tengah pok pek terus dia termuntah depan budak tue. Tercengang tak tercengang nya dia.  Nampak tak tahap tue. Tue belum lagi Annoy dengan mak cik kedai tom yam yang keje dia bebel tak tentu pasal. Nah amik rasakan, dalam mangkuk tom yam dia kasi kau.


Sudah - sudah, terpesong dari landasan sebenar entry ni.

Lagi 1, kalau orang tanya 1, kau jawab 10. Joke yang selalu aku adik beradik guna dengan akak aku adalah. "Kan dah keluar ayat peniaga" tak payah nak keluarkan ayat peniaga sangat boleh?. Ada kadang tue, kau tak paham pun apa yang kau jual. Takat copy paste penerangan kau rasa dah cukup. No, i don't thing so.

Apa salahnya terang dengan cara sendiri. Apa yang kau faham, apa yang kau sendiri experience. Tak perlu meleret - leret sangat. Kalau ubat kurus tue, semata tukang bagi kau berak apa yang kau makan pagi tadi cakap jer terus. Tak payah tukar fakta cakap dia boleh bagi kurus. Aku memang tak sokong benda tue. Sebab tak semua react dia sama.

Bukan aku tak sokong peniaga online, aku sokong gila - gila kot. Sebab aku juga peniaga online. Tapi bila bab posting tue, aku amatlar berjaga - jaga. Sebab aku jugak adalah pengguna laman social. Aku jugak terasa loya bila tengok posting meleret, dari atas ke bawah dari semua dari kau sorang jer. Dah tue, jenis main share jer, sehari berapa puluh kali ko nak share benda yang sama labuuuuu..  Dah sampai muak membaca, apa ke bendanya tue. Mungkin kau rasa itu jer cara nak tarik perhatian orang, tapi tahukan anda yang tue jugak salah 1 cara orang tiba- tiba unfriend/ unfollow unlike page kau.

Kalau rasa susah, bukak saja account instagram kita main hashtag, tak der annoy sangat. Cuma 1 nasihat, tak payah lar pi spam page artis nak promote barang korang. Kesian. buat jadi bahan maki jer.

Sekian.

Tahukan anda SPAM jugak adalah jenama makanan dalam tin di Amerika. 
Memang SPAM betul lar kau nie.. 









Wednesday, May 7, 2014

Pengalaman: Hujan

Kalau baca entry aku yang lepas udah digembar - gemburkan bahawasanya aku akan menyertai event Damansara Street Fest Ep.2. Tak nafikan eventnya boleh tahan hebat, dengan kepelbagaian vendor dan jugak turut disertakan dengan hiburan dari artis - artis jemputan, dari pada indie hinggalah yang baru nak naik nama. Termasuklah, rancanngan SIS di yang disiarkan diTV9 membuat jualan amal, untuk Pendidikan Kanak - Kanak Pelarian Rohinya.

Kalau korang berada di kawasan barat tanah air, mesti tahu yang sekarang nie, asal petang jer hujan rahmat turun menderau. Dari panas terik membahang, tiba - tiba saja boleh berubah, gelap gelita, turut disertakan angin kencang 90darjah baru disusuli dengan hujan. Kalau nasib  baik, dia bagi sekali dengan petir sambung menyambung. Alhamdulillah, 1 day memang tak der petir, tapi yang lain ada. 

Udahlah location tapak aku adalah paling startegik untuk membolot kawasan extra dan mengembangkan tanah jajahan, iaitu di penghujung khemah. Ia jugak paling startegik untuk dihantam angin kuat dan hujan. 

Dapat dilihat betapa bolotan tanah jajahan. Walaupun di tengah panas terik, aku rela, dari berimpit dalam khemah sempit. Kita kasi skit space kat orang sebelah. Bila hujan, orang sebelah dengan baik hati bagi space kita masuk semula. Dan siap tolong apa yang patut. Itulah spirit bertimbang rasa dan tolak ansur. 
Dear orang sebelah, Saya sayang awak. 

Waktu 360 last time pun hujan jugak, tapi aku rasa tak lar seteruk ini. Walaupun keliling adalah banggunan , tapi siapa sangka angin pun mampu sesat tak jumpa jalan keluar bila memasuki satu - satu kawasan hingga menyebabkan ia berpusing sambil nervous untuk keluar. 

Canvas dah disediakan dari awal, konon takut baju basah, tapi sebaik - baik perangcangan kau, Hebat lagi perancangan Dia. Sapa sangka angin dicelahan banggunan mampu menumbangkan semua rak kau yang konon kukuh, lebih hebat lagi, dia masuk dalam khemah dan bikin onar kepada peniaga dalam yang kononnya selamat dengan kaedah yang sama. Maka bersepahlah baju mereka di terbangkan angin. 

Alhamdulillah, walaupun canvas tak dapat nak menampung angin kuat, tapi dengan daya manusia ini, yang gigih pegang/pijak railing dengan pemberat manusia dan canvas pada masa yang sama,  yang mampu  terima cumalah  tempiasan hujan bagai renjis - renjis di pilis. 

Sekental - kental aku dan along menahan  baju dari basah, kental lagi si pengacara SIS TV9  (AmyNadia) shopping dalam hujan. Aku rasa memang Allah kesiankan kitaorang, yang dah kuyup, kasut serupa boleh perah. Sambil pegang railing yang nak terbang, sambil juga layan Si Amy pilih baju dengan sebelah tangan. 

Settle jer hujan, matahari memang tak bersinar, sebab dah malam. Yang bersinar cumalah, jalan basah kene tempiasan lampu spotlinght. Tiba - tiba ramai pulak customer datang. Betullah, orang kata hujan itu rahmat, hujan itu pembawa rezeki.

Aku memang tak merungut sebab hujan, cuma hari ke2 aku berdoa agar tidak hujan, sebab nak keringkan baju - baju aku yang lembab. 

Hari ke 2, tanda - tanda memang ada, sekejap gelap, sekejap terang. Sekejap.. 1 2 titik, sekejap angin kencang hinggakan rambut palsu mampu terbang. Tapi akhirnya cuaca baik hingga malam. 

Pada siapa yang sudi datang aku nak ucapkan Terima Kasih. Tak pasti samaada ada pembaca belog ada yang datang atau tidak. Yang pasti ada follower Insta: UsFaminnileVintageCloset yang datang berebut baju vintage kesukaan ramai. Sebab tuan punya malas nak upload gambar baju di Insta.  

Kalau ada pembaca belog datang, sila maklumkan pada aku depan - depan tu jugak. Yang Awak pembaca belog kudus ini. InshaAllah harga boleh adjust kalau amik banyak. 

Kita jumpa lagi event lain. InshaAllah. 

Thursday, April 24, 2014

Next

Next event, Damansara Street Fest Ep2 akan diadakan di Empire Damansara.  Dengar cerita Ep1 di The Strand Kota Damansara, hari tue boleh tahan koyak jugak para peniaga. Serbuan tanpa henti. Macam macam jenis peniaga ada, kemain havoc lagi katanya. Waktu tue, aku tak join sebab aku ada event dekat Matic 360 tue. 

Sebenarnya aku memang ternanti - nanti sapa yang bakal organise event dekat Empire Damansara nie. Dulu dok area sana, hari- hari adore tempat tue walaupun belum siap lagi. Setiap kali lalu mesti intai, apa isi dalam dan tertanya bagaimana hasilnya banggunan nie nanti. 

Nampaknya ada jugak yang berani cucuk jarum lamar kawasan nie untuk jadi medan Bazaar. Aku tak boleh berkata tidak.

InshaAllah aku akan turut serta dalam event nie. Aku ajak sekali sepupu aku join. Dorang jual monopod and shuttle. Kalau nak tau, harga monopod dan shuttle dorang adalah paling murah dari yang lain. Aku dah survey dulu dah.

Ini sebenarnya medan berkumpulnya peniaga - peniaga online. Tak semua barang yang ada jual di bazaar nie, ada di atas kedai. Kebanyakannya adalah rekaan sendiri, dah harga of coz lar jauh lebih murah. Sedikit rahsia yang boleh aku share adalah. Selalunya peniaga akan turunkan semua harga barang, mau tak cair tengok pembeli merayu mintak murah. Kalau online kitaorang kebal skit sebab ada skrin laptop or handphone lagipun postage nak  kene bayar. 

Sapa yang teringin nak ushar tempat nie, inilah masanya. Tak perlu malu datang tanpa tujuan semata nak amik gambar. Waktu event ramai skit orang, jadi tak segan sangat nak bergambar.

Nah, gambar bakar skit. Kalau tak tau celah mana tempat nie. Dia dekat Menara Mustafa Kamal, Damansara Perdana. 






Cari aku dekat sana, 
3 dan 4 May 2014 
Empire Damansara

Sekian. 


Monday, April 14, 2014

Slek

Kita salu pandang slek bila nampak orang buang sampah merata - rata. 
Kita salu pandang slek bila orang potong barisan tak reti beratur. 
Kita salu pandang slek bila nampak orang curi tulang di tempat kerja. 
Kita salu pandang slek bila orang tiba- tiba korek hidung dalam LRT
Kita salu pandang slek bila nampak orang meludah merata
Kita salu pandang slek bila nampak orang muka cantik kuku kotor.
Kita salu pandang slek bila nampak awek gelak kuat - kuat dan bercakap kasar di tempat awam
Kita salu pandang slek bila nampak mak marah - marah tarik tangan anak di shopping mall
Kita salu pandang slek bila nampak couple berkepit serupa belangkas serupa tak der "Water face" di tempat awam
Kita salu pandang slek bila nampak orang berpakaian selekeh masuk ke Pavillion
Kita salu pandang slek bila nampak perempuan berpakaian seksi tak cukup kain.
Kita salu pandang slek bila nampak lelaki dan perempuan serupa mesra semacam
Kita salu pandang slek bila seseorang tue berjaya dengan tiba - tiba
Kita salu pandang slek bila nampak orang berfashion lain macam skit. 

Kita jugak pandang slek bila  tiba- tiba orang judge pasal kita

Sapa pun kita, kita memang manusia tak lepas dari suka hati judge orang. Tapi biarlar berpada. Tanpa kita sedar kadang - kadang kita juga melakukan benda yang sama, dan orang lain pula menghakimi.

Berfikir sebelum bertindak.

Thursday, April 10, 2014

Backpacker: Butterworth - Bangkok via train

Finally, azam zaman bila tah, akhirnya terlaksana jua. Iaitu azam untuk backpacker. .

Backpacker kali nie aku menghala ke Utara Semanjung, seterusnya ke negara jiran iaitu ke Bangkok, Thailand. Sebagai cabaran, perjalanan pergi dimulakan dengan menaiki bus ke Butterworth seterusnya menaiki TRAIN ke Bangkok.

Kenapa aku pilih ke Butterworth , adalah untuk menjimatkan masa. Boleh jer Kalau naik train dari Kuala Lumpur - Hadyai- Bangkok. Tapi sila pikir tentang masa yang terbuang. 

Perjalanan menaiki train ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 22 jam keseluruhannya. Bukan sebab nak jimatkan kos kehapa, tapi memang impian aku untuk menaiki train untuk perjalanan jauh. Boleh tengok permandangan negara jiran dengan lebih dekat. Tambahan pulak, ada yang kata, perkhidmatan train negara jiran adalah antara yang terbaik. 

Bus dari KL jam 9:30 pagi, tiba di Butterworth dalam jam 1:00 petang. Jadi aku ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit lagi, sebelum keretapi tiba. Tiket keretapi  jam 2:30 petang. Perjalanan keretapi dari  Butterworth ke Bangkok hanya sekali sehari sahaja. Iaitu jam 2:30 petang. Tiket keretapi boleh dibeli di mana - mana stesen KTMB, tapi bukan di stesen komuter. Tapi  kene ingat, tiket adalah terhad. Sila beli beberapa minggu awal, terutama perjalanan korang melibatkan musim cuti.  


Harga ticket adalah seperti berikut. Sila paham ini, harga ticket bergantung pada katil anda pada malam hari. Ticket katil tingkat bawah adalah lebih mahal dari katil atas. Katil bawah juga lebih luar dari atas. Bila siangnya, ticket atas dan bawah seperti tiada beza, kerana korang akan duduk bertentangan. Jika perjalanan ber-2, ber4, or ber-6, sila beli ticket ticket, 1 bawah dan 1 atas, supaya dapat duduk bersama. Class adalah sama sahaja, tiada kelas 1, 2 mahupun 3. (untuk perjalanan Butterworth - Bangkok, Hadyai  - Bangkok aku tak tahu plak) 

Siang: 1 seat, seorang.
pic: Google 

Untuk yang tak tahu, stesen bus Butterworth dan stesen keretapi Butterworth adalah cuma lebih kurang 200meter sahaja. Memang tak jauh pun nak jalan kaki, cuma tanya orang, arah menghala ke stesen saja sudah cukup, memandangkan stesen keretapi agak tersorok sedikit, kerana masih dalam  proses menaiktaraf ketika ini. Begitu juga terminal ferry. Semua sekitar situ jer. 

Jadual perjalanan sebenarnya tak berapa menentu bergantung juga pada kelewatan yang tidak disengajakan. Ketetapi aku mengalami kelewatan selama 2 jam. Jadi jadual perjalanan baru adalah pada jam 4:30 petang. 

Jika cuaca baik, aku, cadangkan dalam masa 2 jam tak payah buang masa termenung hapa. Ada baiknya, naik ferry, sewa basikal, terus terjah street art dekat Penang. Bukan jauh mana pun. Itu cuma cadangan aku saja. Tapi untuk yang cergas, mampu bergerak pantas sahaja. 2 jam macam - macam boleh buat, cuma jaga timing jer. Takut ada yang terlepas keretapi pulak nanti. 

Tapi nasib memang tak menyebelahi aku, untuk buat semua tue, kerana cuaca betul - betul dengki. Sebaik saja masuk stesen keretapi, hujan turun serupa tiada maaf bagi mu. Jadi activiti aku cuma..... 


Membuta.  

Tepat jam 4:30pm, officer start calling - calling penumpang ke Bangkok sila ikut dia. Kerana tempat menunggu sementara (sementara stesen baru siap) dan platform adalah bukan berada di tempat yang sama.


Beginilar rupa train Butterworth - Bangkok. Cuma terdapat 2 gerabak yang setiap 1 gerabak terdapat lebih kurang 40 seat. Itu sebabnya aku cakap, seat dia limited. 

Ting tong ting tong, pukul 5:30 jugak  baru dia gerak. 12:00 tengah malam sampai border chop passport. 2:30 keesokkan harinya baru sampai Bangkok. 

Aku tak pasti samaada aku akan sambung lagi  atau tak, entry back packer ni. Tapi di sini suka untuk aku share beberapa tips dan point kalau ada yang merancang untuk Bagpacker ke Bangkok melalui keretapi. 

1) Sediakan tukaran duit lebih awal. (money changer dekat Stesen agak cekik darah)

2) Sedia makanan secukupnya, terutama orang islam. (dalam train ada jual makanan tapi tidak halal). Kalau boleh bungkus nasi goreng, roti, air mineral, air kotak, or apa saja untuk kunyah - kunyah dalam train. Ini bukan joke, bila malam mungkin kita tak sempat untuk makan malam, jadi nasi goreng boleh tampung perut dari kebulur.  Esok pagi, boleh makan roti. 

Naik train malam adalah super membosankan, kunyah - kunyak mungkin boleh membantu dari bosan. (Dekat stesen butterworth ada food court, boleh tapau dari sana) 

3) Kalau boleh jumpa water heater bersaiz mini sila beli. Jangan risau, dalam train ada plug point. Cuma bawak international adaptor sahaja. Boleh lar, makan maggi dengan bahagia. 

4) Ulangan, PLUG POINT disediakan dalam train (sila bawak international adaptor, untuk cas handphone dan sebagainya. Keselamatan jangan risau. Kalau dapat segerabak dengan mat salleh, dorang tak der nafsu nak mencuri barang ko pun. 

5) Ada gerabak kantin, tapi tidak halal. Kalau takat nak mintak air panas untuk maggi tak der masalah, tapi kene hadap pelayan yang tak berapa mesra alam. Mungkin kerana faktor bahasa. 10 bath untuk air panas (RM1)

6) Bawak toiletries, boleh je mandi dalam train kalau korang mampu tahan ayungan. (Aku ok jer mandi dalam toilet tue, cuma kene jaga skit bila train berhenti, dan sila jauhi dari bandar) 

7) Bawak selipar. Senang untuk bergerak. 

8) Bila malam, seat, yang korang duduk akan ditarik menjadi katil oleh pekerja yang terlibat. 

Train attendant sedang menyediakan katil. 

Tidur dalam train adalah sangat selesa, terutama yang berada di tingkat bawah.

Malam, harinya. 

9) Sweater tak  berapa nak perlu sangat. Dalam train di sediakan selimut. Yang risau tentang kebersihan, sila pikir semula. Selimut baru bukak dari plastic dan masih berbau dobi. 

Nampak tak, betapa sayang nya aku dengan selimut dia. Dah pagi, waktu kemas - kemas aku terbagi sekali selimut. Bila tidur, tiba - tiba terasa ada orang letak selimut atas badan aku. Rupanya Attendant tue letakkan selimut, sebab nampak aku merekot. Terharu, selimut baru bukak lagi. 

10) Esok paginya, sediakan camera dan jangan lupa shoot gambar cantik pemandangan sawah padi yang luas terbentang, kampung - kampung dan stesen yang unik. 

Taken, dari pintu belakang train waktu nak pergi toilet. 
Via Samsung Note Only. 


11) Plan your route early, survey perjalanan, kemudahan transport awam, tempat menarik, makanan halal dan hotel terlebih dahulu. 

**********
Kalau ada kerajinan aku share macam mana aku rancang perjalanan dan how i been an expert in Bangkok, hanya dengan bantuan internet. 

InshaAllah perjalanan backpacket seterusnya ke Vietnam via train juga Doakan. Masih dalam kepala lagi. 
Kalau ada yang sporting nak ikut, jom kita buat perancangan dari sekarang. Budget jangan risau, aku jenis LOW-COST je. 





Tuesday, April 1, 2014

Perempuan

Kami perempuan sering dianggap  lemah oleh sesetengah lelaki kolot. Kononnya kami tak mampu berdiri tengah panas jaga trafik jika kereta mengalami kerosakkan di tengah jalan, jumper kereta akibat beteri kong, tolak kereta ketepi, angkat kotak A4 10 rim, pindah barang, membaiki barang elektronik, menebas semak, panjat pokok selamatkan kucing, basuh periuk/kawah di kenduri kendara, pergi site, panjat tower crane, dan banyak lagi, kalau nak taip tak habis cerita nie karang.

Kami sebenarnya mampu buat semua tue, cuma peribadi kami sebagai wanita yang menolak untuk melakukan semua tue untuk sesetengah dari kami. Bukan apa, kadang - kadang ada diantara dari kami sangat menjaga kulit, tangan, dan kesihatan.

Menjaga kulit nie bukan mudah. Makan collagen mampu buat kulit kami nampak glowing. Jika terdedah pada matahari fungsi collagen itu akan musnah begitu saja, dan mengambil masa berhari untuk dibaiki. Maklum lar collagen nie bukan murah, boleh tahan jugak harganya, bulan - bulan mau jugak Rm200  paling cikai. Memang ada sun block, tapi sejauh  mana dia berkerja, kita pun susah nak percaya. Bagi kami, kulit yang cantik adalah first impression orang lain terhadap kami, sama seperti lelaki, body yang tegap bidang or apa sajalah adalah confident korang. Sebab tue kami sanggup berabis untuk pelembab, lotion, toner, serum, dan apa istilah yang kadang lelaki jadi bingung.

Itu baru hal  kulit, belum masuk bab menjaga kesihatan. Aku tak pasti sama ada adalah mitos or benar. Tapi kami dilarang melakukan activiti yang terlalu berat, seperti angkat barang berat dan sebagainya. Kerana ada yang kata, kalau angkat barang berat nanti  susah nak beranak, peranakan akan turun.

Ada jugak antara kami mampu jer angkat barang berat, tapi lepas tue pasti kene tocher dengan mak -  mak. Yang tak boleh angkat tue, mungkin dorang cuma nak bermanja, dan memang tak mampu angkat pun, sebab jarang training, dan dibiasakan.

Otak kami tak secomplex lelaki, cara pemikiran kita berbeza. Kita pun sudah tahu apa yang beza. Kami perempuan memang tak berapa tertarik sangat dalam bab apa yang laki suka, tapi kami menghormati apa yang korang suka. Tapi  ada kadang, aku pelik, kenapa lelaki tak menghormati apa yang kami suka, dan mudah memperlekehkan.

Owh mungkin ada antara kami jugak suka perlekeh laki kot.



Kami nampak saja macam susah nak paham. Terutama bab penampilan, pemilihan barang dan lain - lain yang melibatkan penilitian. Tapi kami sebenarnya biasa - biasa saja. Kami suka yang sedap dilihat oleh kami dan jugak sedap dilihat oleh orang lain juga. Sebab tue lar ada kadang kami susah nak buat keputusan dalam bab memilih, sebab suka sangat pikir apa orang kata. lain dari korang lelaki, asal sedap  dimata korang, dah kira proceed. Aku pun suka cara korang, tapi nak buat macam mana dah nama pun perempuan. Memang begitu lar diakhirnya.

Pernah waktu KLVF 2013 baru nie, ada sorang brother jiran meniaga aku tanya.

"Perempuan nie apa yer korang rasa time shopping? abang tengok perempuan kalau tengok baju macam nampak belian,, bersinar je mata, automatic muka macam senyum sorang - sorang. Abang perati jer orang yang masuk kedai korang nie, semua macam tue. Teruja semacam. Bini abang tak payah katalar.. kalau tanya kang kene marah, nanti kata abang berkira tak mau bayar" 

Aku senyum je, tak tahu nak explain apa. Cuma aku cakap, "abang, apa perasaan abang bila tengok barang mainan  yang pelik macam apa yang abang jual nie?" Abang tue jual barang permainan lama, rare, dan patung aksi (anime) Japan.

Mana - mana jantina pun kalau suka sesuatu, memang akan terpancar perasaan excitednya itu. Kami perempuan tak semestinya suka benda yang mahal dan branded. Benda bundle pun kami boleh jer layan kalau cantik, murah dan yang penting lain dari lain. Kami macam anti skit lar, kalau sama dengan orang lain.

Kami suka benda feeling - feeling, seperti drama romantic, membaca novel dan kisah sedih  Sebab kami boleh kata sangat concern dengan keliling, suka peningkan diri sendiri dengan hal bukan - bukan. Kalau boleh, semua benda nak letakkan diri sendiri pada situasi tersebut. Lepas tue, mula emo feeling terlebih lalu bermain air mata tak kene gaya.

Hati kami memang begitu, cepat tersentuh, mungkin sebab jiwa keibuan kot. Kenelah dengan korang lelaki, yang contra dari sifat kami. Kalau korang pun berjiwa keibuaan, sapa pulak nak ajar anak main bola sepak,  dan menukang-kan.

Tapi kalau dilihat zaman sekarang banyak dari kami makin tabah dan nampak cekal. Bukan untuk melawan sapa gagah, tapi lebih pada mencabar diri sendiri. Melakukan apa yang boleh hingga limit terakhir. Jadi apa yang kami harapkan adalah, sokongan dari kamu - kamu lelaki untuk tidak memperlekehkan. Kerana kami mengaku ada kerja seperti memasak dan mendeko, korang lebih master dan awesome dari kami.

Sekian.

Monday, March 31, 2014

360

THIS WEEKEND 

5 & 6 APRIL 2014 
LANAI MATIC, JALAN AMPANG (SEBELAH ZOUK) 






Thursday, March 27, 2014

Maklumat Peribadi

Sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank, daftar wifi, card credit dan lain - lain terjamin?

Jawapan aku adalah mustahil. Terutama card credit dan daftar free wifi dari mana - mana cafe yang kene register maklumat peribadi.


Pendaftaran wifi percuma
Free wifi sapa jer tak nak kan, lebih - lebih lagi kalau data phone adalah limited, tinggal hujung - hujung nak habis ataupun memang tak langsung langgan data untuk internet, tapi guna smartphone. Memang seronok dapat pakai benda percuma. Proses registrer memang susah skit, nak masukkan itu ini, no tel phone bagai. Bagi yang lurus bendul, segala adalah tulus. Main bagi jer, tanpa reti temberang.

Akibatnya adalah, tak sampai seminggu terima call dari pelbagai agent, jual insuran, promote barang, dan sebagainya. Jual insuran lar, yang paling kerap sekali. Asal salah cakap skit nanti terus terdebit dari account kau. Maklumat bank tak payah cakap lar. Memang dorang tau ko ada account dari bank mana.

Ini pernah terjadi pada aku, tak pasal selama setahun, setiap bulan potong RM20++ untuk insuran excident. Ok tak pe lar, memang malang tak berbau. Tamat setahun dia call lagi, aku cakap aku tak nak dah. Dah ada medical card dah cukup. Ayat dia memujuk memang cair, ada kalanya emosi kau yang akan bengang. Solusinya adalah, cakap jer buzy or maaf saya tak berminat.

Aku rasa ramai  ada experience nie.

Card Credit
Daftar credit card pun 1 hal jugak. Bulan pertama waktu kau belum pakai mungkin senyap skit phone kau. Bila kala kau mula start swipe card, bertalu - talu lar call di terima kalah businessman. TAWARAN PERCUTIAN berjumlah Rm5000, VOUCHER PERCUTIAN selama setahun, INSURAN PERIBADI untuk pemegang card visa master, dan sebagainya. Alih - alih di akhir perbualan dia akan cakap bill bulan depan kita akan charge RM450 untuk voucher nie.

Aku memang berhati - hati  isu card credit  nie, hutangnya bukan boleh buat main. Pakai ikut mampu. Ada baiknya dengar sampai habis penjelasannya sebelum bagi apa - apa maklumat tentang card dibocorkan, terutama 3 digit di belakang card. Tak perlu nak excited sangat, tak der benda semuanya percuma. 

Di awal perbualan dia akan cakap tahniah kerana mendaftar dengan Visa or Master Card. Memperkenalkan diri dari bank yang didaftarkan card korang atau dari Visa/Master Card Malaysia. Tahniah sekali lagi dan kerana pendaftaran anda itu, anda berhak menerima voucher percutian bernilai RMXXX dan minta alamat untuk diposkan voucher tersebut.

Ada kalanya mereka terus saja tanya ke mana voucher ini akan dihantarkan adakah ke alamat , lalu di bacakan alamat kita. (maklumat kita memang ada bersama). Meminta comfirmation card no... Yang buat kita terpedaya adalah, bila dia jugak tahu card no kita. Lalu diterangkan kelebihan voucher ini, dan apa yang kita boleh dapat dan sebagainya.

Pernah jugak terkene, promoter tersebut terus tanyakan no digit di belakang card tanpa menerangkan, jumlah amount yang akan didebitkan kedalam account kita.

Aku dah terima lebih dari 20 panggilan yang lebih kurang sama, semua datangnya sebaik saja pertama kali swipe card, yang aku sendiri daftar hujung tahun lepas untuk kegunaan peribadi dan emergency.

Sekarang memang dah pandai, dengar jer panggilan dari mana - mana promoter, terus aku cakap "Sorry I'm buzy" atau pun terus tanya berkenaan apa. "Selagi kau cakap kau buzy, selagi tue, hari - hari kendiannya, dia akan cuba call sampai boleh dia cerita sepenuhnya."

Pernah sekali aku tanya berkenaan apa yer. Lalu di jawab "Support seruan kerajaan Cuti - Cuti Malaysia" Memang terbahak aku dalam tue jugak.

Terus aku jawab "owh pasal voucher maaf saya tak berminat, dan saya tak suka bercuti" 

Persolan aku sekarang, sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank dan sebagainya. Untuk wifi percuma tu aku faham mungkin sebab dorang mengambil keuntungan daripada memberi services percuma kepada kau.

Tapi untuk maklumat card pula bagaimana? Padan lar, orang Malaysia antara yang paling ramai menanggung hutang card credit. Begini rupanya kesempatan yang diambil.

Sekian.


*** Ada comment  yang menyatakan maklumat dekat bank boleh di PRIVACY-kan dengan mengisi borang PDPA (Privacy Data Act)  tick 

YES membenarkan bank menggunakan data peribadi seperti no tel untuk menghantar sms berkaitan promosi bank. or 

No tidak membenarkan bank menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan.

Terima kasih pada Bro Ewan manfaat sungguh comment itu.  




Wednesday, March 26, 2014

Kita Malaysian

Bila orang luar cakap buruk tentang keluarga kita,
kita bangkit kerana kita lebih kenal keluarga kita,

Bila orang luar cakap buruk tentang NEGARA kita,
kita bangkit mempertahankan-nya,
kerana cuma KITA TAHU SIAPA KITA.

Kita adalah  MALAYSIA.
Pemegang IC berwarna biru,
lahir dalam sebuah negara Islam,
Yang mengamalkan kebebasan beragama,
Pelbagai bangsa dan warna.

Kita hidup aman,
Tak pernah telagah,
Politik adalah perkara biasa,
Bila masing - masing punya pendapat berbeza.

Tapi kita masih mampu duduk semeja,
Roti canai, teh tarik, buat kita bahagia,
Antara benda yang SATU-kan kita.

Orang luar tak kenal kita,
Depa cakap apa saja,
Mula cari salah kita,
Cerita buruk - buruk tentang kita.

Kita tahu siapa kita,

Sekarang mari  kita bersuara,
CERITAKAN pada dunia siapa kita,
Hentikan segala propa,
Naikkan status, dan hebahkan pada dunia,
TENTANG KITA.
BETAPA HEBATNYA KITA,


#LoveMalaysia









Thursday, March 20, 2014

Memilih

Sedih bila kejadian menimpa - nimpa negara. Tak habis lagi cerita MH370, dan buka lagi cerita FMFA yang beberapa remaja mati akibat terlebih dos. Benda dah jadi tak perlu nak tuding jari mana - mana pihak, ambil tindakan sewajarnya. Kita tengok tahun depan apa jadi.

Aku sedih bila tengok adik - adik kita nie tak mampu memilih dengan waras. Bukan tak biasa muda, sekarang pun kira muda lagi umur aku. Tapi dasar berfikir baik dan buruk adalah datang dari diri sendiri. Sendiri yang pilih jalan mana yang harus di pilih bukan kawan yang buat tolong buat keputusan.

Bukan dasar blogger nak cerita good - good tentang diri sendiri. Tapi ada kadang - kadang kita harus kongsi pengalaman sendiri untuk dijadikan ikhtibar orang lain.

Zaman study aku memang tak der warna warninya. Life aku cuma kolej dan partime work. Yang lain ellek. Dekat kolej pun aku tak berapa ramai kawan sebab aku tak der masa untuk hang out dan lepak - lepak dengan dorang.

Nak kawan dengan budak nerd sangat pun tak boleh, sebab masa dorang study aku mesti kene pergi kerja. Masa aku adalah tengah malam saja untuk buat assignment dan lepas kelas. jadi aku berkawan dengan yang tak  berapa nerd sebab senang untuk aku study dan buat assigment. Masa dorang flexsible memang tengah malam baru nak cari buku, minggu - minggu ahkir baru kejar assigment, ala nama pun student . Lagipun aku lebih selesa dengan otak gila dorang, tak banyak pressure, asal boleh jer.

Bila hari tak kerja baru ada sikit ruang untuk bersenang dengan kawan - kawan. Siapa yang pernah study kolej swasta mesti tahu macam mana ragam pelajarnya. Kebanyakkan datang dari golongan berada dan senang. Life dorang kadang - kadang macam drama swasta. Benda haram, semua adalah halal kononnya masih muda dan ingin merasa. Benda kecik serupa masalah dunia, tension tah pah apa.  Mula amik macam - macam konon nak bagi lupa dan alasan paling klise adalah belajar senang masuk dan mudah tumpukan perhatian bila ambil  benda terlarang. 

Dalam kelas, ada yang tiba - tiba mula ketawa seorang diri adalah perkara biasa. Bukan sebab terlalu beremosi atau berfikir, tapi itulah akibat dari -nya.

Disebabkan perangai aku  jenis tak kisah benda semua nie, jadi kawan- kawan berani bercerita about Dia depan aku. Pernah beberapa kali teman dorang pekena dekat rumah member. Aku rasa masa tue, kalau kene rush, dah tentu dengan aku - aku sekali kene angkut.

Hinggakan tokan mana zaman tue pun aku kenal. Ala bukan budak luar pun, budak kolej yang drop sem jugak. 2 tahun lepas new year boleh plak aku terserempak dengan dia. Siap belanja minum lagi tanda hormat kawan - kawan. Kira kawan  lar kan, orang yang kita kenal. Dia pun dah stop. 

Bukan tak pernah terima pelawaan, tapi aku sendiri tolak dengan baik. Tujuan aku cukup takat aku kenal dan tahu, dan tidak langsung ada keinginan untuk mencuba.



Pendirian aku utuh, hingga sekarang aku masih rasa benda yang sama. Untuk apa aku mencuba, bila dia langsung tidak ada makna. Takat untuk melepaskan tension, aku rasa tak perlu itu semua bukan settle pun masalah kerana ia masih sama.

Begitu jugak pelawaan untuk ke kelab malam dan sebagaimana. Apa yang aku respek kawan- kawan aku ketika itu adalah tidak memaksa aku untuk mencuba, mahupun mengejak kerana pendirian aku. Walaupun begitu mereka tidak lokek untuk berkongsi apa yang mereka rasa bila mencuba sesuatu yang baru tentang pill. Jadi pengetahuan aku tentang itu adalah datang dari mereka.

Bukan tidak pernah menghalang. Ada kadang mereka seolah malu - malu depan aku. Mungkin sifat tak kisah aku, mendatangkan malu pada mereka. Hingga lama-kelamaan sorang demi makin kurang melibatkan diri. Bukan sebab aku, tapi sebab masing - masing makin matang.

Semester terakhir di kolej telah menampakkan berbezaan besar berbanding sem pertama dan ke2,  bersama mereka. Masing - masing nampak lebih serious dan kelibat berkhayal, cakap sorang - sorang dan moody dalam kelas tiba - tiba hilang.

Result masing - masing pun dah bertambah baik. Memang janji kitaorang dulu, nak grad sama - sama jangan ada yang repeat. Walaupun pada hakikatnya, sebelum bersama dah berapa kali repeat.

After study masing - masing bawa diri. Sekali sekala dengar berita, ada yang dah pun berjaya punya syarikat sendiri. Ada yang berubah 360 darjah, hingga ko tak kenal  sapa. Kalau pikir balik sapa mereka dulu, masih tak percaya. Semua terletak pada diri macam mana nak merasa.

Mungkin itu naluri muda, sejauh mana kita mampu kawal diri.

Tapi aku masih tak faham, yang waktu muda tak merasa, bila dah tua baru terhegeh - hegeh baru nak kenan sini sana. Tolong kupaskan. Adakah itu salah satu kejutan budaya?  

Sekian.








Wednesday, March 19, 2014

Spekulasi

Aku suka berita sensasi, macam MH370. Baru nampak rupanya orang Malaysia nie sangat bijak  dan penuh imiginasi.

Ada yang boleh come out hingga 100 point kenapa, bagaimana, siapa, dengan apa, dan segala persoalan. Jika semua persoalan sudah dijawab kenapa masih bingung kita berpikir. Adakah ini kesan sel - sel otak berhubung kerana terlalu banyak sangat menonton filem action, penyiasatan dan permianan video.



Ada juga hingga imiginasi itu membawa kepada perbuatan. Buah kelapa, gayung, pendayung, dan teropong ajaib. Mungkin kerana terlalu berfikir. 

Pernah tak terjadi pada korang, rakan sekelas or teman sekolah. Tiba - tiba bertindak diluar jangkaan. Macam kisah sorang classmate aku waktu form 3 dulu. 

Aku tak tau mana nak mula. Yang aku boleh kata. 1 pagi, dia lewat ke sekolah, terus pergi pejabat dan cakap dekat kerani tue, dia dah lambat untuk menduduki PMR. Sedangkan PMR lebih kurang 3 bulan lagi. 

Kerani tue, suruh dia duduk dulu di meja yang ada computer di depannya. Sementara cari mana - mana guru boleh bantu member aku tue. Waktu cikgu sampai, nampak dia seperti menaip sesuatu pada keyboard computer sedangkan komputer tersebut langsung tak di switch on. 

Bila cikgu tanya apa dia buat, terus dia jawab dia dah kesuntukkan masa, tengah jawab PMR. Cikgu terus speechless takut mengganggu  emosi dia, lalu dibiarkan saja, dengan pengawasan. Bila dah behenti tangan dia menaip, cikgu tanya lagi. Dah habis dah ke? 

Dia jawab dah dan terasa macam penat. Kebetulan pejabat terletak betul2 depan surau. Jadi cikgu suruh dia masuk dalam surau dan berehat. 

Bila cikgu jenguk apa dia buat dalam surau, rupanya dia dia tengah solat. Bila dah selesai beri salam cikgu tanya lagi. Tadi solat apa? Dia jawab solat Zuhur. Sedangkan jam baru pukul  10 pagi. 

Dengan tak pikir banyak cikgu terus call parents dia dan seterusnya, aku dah lupa apa jadi dekat dia. Yang aku ingat Girlfriend dia terus mintak clash. 

Tahun yang sama, classmate akak aku, tiba- tiba cakap sorang- sorang pasal fizik depan information board dan gelak- gelak. Tau - tau, dah tak datang sekolah lepas tue. 

Ada orang cakap sebab dorang terlalu risau dan banyak berfikir. Entah, aku malas nak ambil tahu. 

Aku tak tau apa kaitan cerita aku nie dengan keyboard warrior yang bijak merumus kes MH307.

Yang aku tau, kalau kita tidak berkenaan tak payah menyebuk serabutkan otak pikir teori dan  praktical berkenaan kejadian ini. Tak payah asal boleh sangkut je fakta. Biar mereka yang ariff menjalankan tugas. Yang kita boleh bantu adalah DOA dan KURANGKAN SPEKULASI untuk elak percanggahan maklumat. 

Jangan asal orang up teori, kita pun nak up teori jugak. Tak membantu pun kalau pegang HIT banyak - banyak sebab nak kejar KEYWORD. 

Tuesday, March 18, 2014

Jawab

Ada orang tanya. BILA LAGI? 

Aku jawab : TAHUN DEPAN

Tanpa tahu apa maksudnya. 


Monday, March 17, 2014

Emosi

Suka, Duka, Sedih, Nangis, Benci, Marah, Sakit, Menyampah, Gelak, Senyum, Sakit, Perit, 
Penat, Terharu, Bangga, Cinta, Mengantuk, Lemah, Takut, Bersalah, Teruja, 
Terkejut, Malu, Bosan, Keliru, Risau, Nakal, Curiga, Kecewa, 
...................................................
......................................
..................

Desperato

Duit adalah benda terpenting masa kini (tak payah nak ceramah sangat duit bukan segala - galanya, ini tak berkaitan) . Walaupun hanyalah sehelai kertas bercetak tapi nilainya merubah seseorang kepada sifat yang berbeza. Juga mampu mempengarui seseorang kepada sifat tamak dan melakukan apa saja deminya, termasuklah menipu, menggadai maruah keluarga dan masyarakat. Dan ada juga mengambil kesempatan demi duit.

Ada beberapa kisah yang suka untuk aku kongsi tentang duit dan penipuan. Berlaku keliling aku, dan orang yang aku kenal. 

Kisah 1: 
Ini adalah kisah yang aku rasa masih baru di negara kita. Berlaku pada pekerja Bangla dekat tempat kerja aku nie. Belum berlaku pun sebenarnya, tapi baru mendapat tawaran je pun. 

Kalau korang rajin berborak dengan bang - bang-la nie. Macam - macam cerita korang tau tentang budaya dorang di negara asal. Contahnya, dorang masih mengamalkan perkahwinan yang dicari oleh family, ada sesetengah dah pun kahwin dari kecik dan telah di aturkan keluarga. 

Bila  umur dah jejak 20 ke atas jika masih solo, maka family akan ribut untuk nikahkan ko dengan anak jiran lar, anak kawan jiran kepada mertua lar , dan  macam - macam lagi, asal ada anak dara yang sepadan. Umur bukan halangan bagi untuk memilih anak dara asalkan dah cukup baligh. Ada kadang tue, tungging langgang family jadinya, Pak Cik kawen anak sedara, dan sebagainya. 

Si lelaki desperate lain pulak ceritanya. Macam nak mati esok kalau tak dapat kawen. Like mesti - mau kawen jugak, tak kisah lar siapa. Padahal bila dah kawen, tak sampai sebulan tinggalkan bini dan balik Malaysia kerja. Lagi 2 tahun baru balik kampung tiba - tiba dah ada anak. 

Lebih kurang ceritanya dengan sorang worker aku nie. Mak pak dia sebuk carikan bini, tapi taste dia tak boleh blah nak orang melayu jugak dijadikan bini. Tapi boleh aku kata, dia nie agak sopan jugak lar, bukan jenis bang-bang-la yang gatal miang tue yang yang penting, kalau dari site masuk office, baunya tak der lar sampai 1 office kene tahan nafas. Agak ok lar disitu. Cuma lodakkan nak bernikah tue boleh tahan jugak lar gatainya, sampai suruh aku carikan perempuan melayu bagi dia kenal. 

Ko gila, tak kan aku nak musnahkan life budak perempuan tue untuk kahwinkan dengan bang - bangla. Walaupun aku tau dia baik. Cukup takat baik memang tak lar, banyak lagi aspek yang perlu diberi perhatian. (ala korang pun paham kan) Ko ingat Malaysia serupa negara dia kot. Memang aku tak layan. 

1 hari  tiba - tiba dia buka cerita yang ada sorang pak cik melayu nie tawarkan dia kawin dengan anak pak cik nie. Tah mana dia kenal pak cik nie pun aku tak pasti, katanya dekat Puchong tesco sana. 

Tapi dengan syarat. Budak perempuan tue masih muda dan tengah belajar. Si Shohorab (nama Bangla tersebut)  kene tanggung budak tue belajar dan kos sara hidup dia. Bila dah cukup umur baru boleh kawen. 

Tak habis dia cerita, aku dah sebuk. "Then u ada bagi dia duit dah ke? " Fuh nasib baik belum bagi. Pandai jugak otak si Shohorab nie, dia cakap tengah pikir dulu. Aku terus bidas "Dah tak payah pikir, jangan bagi apa - apa duit dekat dia, itu terang - terang mau tipu lu" "Kalau lu kaya sangat, mari bagi duit lu pada saya, boleh saya pergi shopping hahaha" 

" Ini Malaysia tak macam Bangladesh, sini tak der orang jual anak  mau bagi kawen itu macam. Kalau adapun lu sudah kene tipu."

Mungkin ini cara untuk menipu foreigner. Yang tak bestnya dilakukan oleh orang kita, melayu kita, atas nama kahwinkan anak untuk duit, atau nama kasarnya jual anak. Padahal aku percaya, anak tue langsung tak wujud. Semata - mata untuk mendapat kepentingan peribadi iaitu DUIT. Kemudian lari. 

Tertanya jugak berapa ramai dah kene kene tipu macam nie. Confirm -  confirm tak ada siapa pun yang mampu buat report polis kerana takut. Shohorab adalah  Padi (Pendatang Asing Dengan Izin) boleh lar dia buat report bagai. Kalau terjadi pada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) Memang senyap je lar, dan paling teruk adalah dendam and what nexts pikir sendiri. 

Terutama bagi mereka yang juga ada agenda sendiri untuk kawen dengan orang Malaysia, iaitu Kerakyatan. 

Sila bermain api, kalau berani ambil risiko bakar diri. 

Kisah Seterusnya sambung bila - bila senang. 
Pasal kisah biasa orang Malaysia, si tamak haloba yang tenggelam dengan  labu - labunya





Tuesday, March 11, 2014

BERITA

Bila ada berita hangat panas dan semasa, ramai ingin meluarkan kata - kata.
Ada yang keji mula mengata dan ada yang pandai mula nak bercerita.
Pokoknya semua sama, untuk menggembar - gemburkan cerita,
dan kejar hit berita semasa.

Biar pihak berkuasa jalankan kerja jangan sebuk nak mencerca.
Jangan juga pandai - pandai reka cerita.

Apapun marilah kita berdoa,
buka sekadar #doa mahupun perkataan DOA yang dikongsi bersama,
Tapi tadahlah tangan hulurkan pada yang ESA
adulah padanya.

Kerana kita insan tak berdaya,
Sesungguhnya semua kuasa dia.







Friday, February 28, 2014

28 Feb 2014 : Update

Dah berapa hari suara aku serak. Orang kata sebab cuaca, tapi aku cakap sebab habuk dan aircond. Saja nak perangat officemate yang suka sangat control aircond. Kalau  melampau sejuk ok jugak kot, at least ada jugak ventilation dalam office nie. Ini tidak, dah serupa sama panas dengan luar. Baik ko angkat kerusi meje letak luar. Biar orang nak ber -aircond nie dok dalam.

Aku pun bukan spesis tahan sejuk pun, tapi agak - agak lar nak berpanas pun. 30 apa rasa. Dah lar batuk tak menahan, memang berkokok je lar kalau badan membahang. Padam muka, pasang telinga lar ko dengar aku berkokok sebab panas.

Suara tak payah cakap. jerit sampai terkeluar anak rengkong pun belum tentu orang dengar suara aku. Azab bila nak bercaka,p kene keluar nafas dari perut. Letih mencungap bila orang ajak berdebat dengan condition sekarang.

Deal dengan supplier pun 1 hal jugak. Wa tau lar suara wa seksi, tak  payah lar ko berdehem pat ratus kali. Wa yang sakit rengkong pun tak melampau macam tue.

Seksa jiwa raga dah lar, berat badan makin naik, ada orang cakap wa dah nampak sikit shape berbanding dulu macam papan plywood. Tapi wa tetap cakap.. "OMG.. WA GEMUK.. "  Maklum lar belum biasa lagi dengan angka  5 didepan. Last jejak 5 pun 5 tahun lepas.

Itu saja update. Tengah nak heat up balik blog.



Friday, February 21, 2014

ESOK

SEMALAM aku  DELETE

HARI  NIE aku  EDIT 

ESOK  aku  PUBLISH 

-Liz- 



Thursday, February 20, 2014

Sepi

Hari - hari bukak blog..
hanya setakat bukak,
baca apa yang patut dan tutup.
Kadang biar sampai ke petang shutdown sama dengan pc.

balik rumah jangan harap nak mengadap.
penat sangat pun tak jugak. Mungkin ini panggilan malas.

Biar dia sepi sementara.
Tak der apa yang untuk dicerita.
Kerana hidup aku masih sama.

1 azam dah pun terlaksana,
nanti aku cerita itu pun bergantung pada masa.

Selamat Tahun Baru, kalau masih boleh wish.
Kalau tak, cukup setakat bersapa.

Liz