Thursday, March 27, 2014

Maklumat Peribadi

Sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank, daftar wifi, card credit dan lain - lain terjamin?

Jawapan aku adalah mustahil. Terutama card credit dan daftar free wifi dari mana - mana cafe yang kene register maklumat peribadi.


Pendaftaran wifi percuma
Free wifi sapa jer tak nak kan, lebih - lebih lagi kalau data phone adalah limited, tinggal hujung - hujung nak habis ataupun memang tak langsung langgan data untuk internet, tapi guna smartphone. Memang seronok dapat pakai benda percuma. Proses registrer memang susah skit, nak masukkan itu ini, no tel phone bagai. Bagi yang lurus bendul, segala adalah tulus. Main bagi jer, tanpa reti temberang.

Akibatnya adalah, tak sampai seminggu terima call dari pelbagai agent, jual insuran, promote barang, dan sebagainya. Jual insuran lar, yang paling kerap sekali. Asal salah cakap skit nanti terus terdebit dari account kau. Maklumat bank tak payah cakap lar. Memang dorang tau ko ada account dari bank mana.

Ini pernah terjadi pada aku, tak pasal selama setahun, setiap bulan potong RM20++ untuk insuran excident. Ok tak pe lar, memang malang tak berbau. Tamat setahun dia call lagi, aku cakap aku tak nak dah. Dah ada medical card dah cukup. Ayat dia memujuk memang cair, ada kalanya emosi kau yang akan bengang. Solusinya adalah, cakap jer buzy or maaf saya tak berminat.

Aku rasa ramai  ada experience nie.

Card Credit
Daftar credit card pun 1 hal jugak. Bulan pertama waktu kau belum pakai mungkin senyap skit phone kau. Bila kala kau mula start swipe card, bertalu - talu lar call di terima kalah businessman. TAWARAN PERCUTIAN berjumlah Rm5000, VOUCHER PERCUTIAN selama setahun, INSURAN PERIBADI untuk pemegang card visa master, dan sebagainya. Alih - alih di akhir perbualan dia akan cakap bill bulan depan kita akan charge RM450 untuk voucher nie.

Aku memang berhati - hati  isu card credit  nie, hutangnya bukan boleh buat main. Pakai ikut mampu. Ada baiknya dengar sampai habis penjelasannya sebelum bagi apa - apa maklumat tentang card dibocorkan, terutama 3 digit di belakang card. Tak perlu nak excited sangat, tak der benda semuanya percuma. 

Di awal perbualan dia akan cakap tahniah kerana mendaftar dengan Visa or Master Card. Memperkenalkan diri dari bank yang didaftarkan card korang atau dari Visa/Master Card Malaysia. Tahniah sekali lagi dan kerana pendaftaran anda itu, anda berhak menerima voucher percutian bernilai RMXXX dan minta alamat untuk diposkan voucher tersebut.

Ada kalanya mereka terus saja tanya ke mana voucher ini akan dihantarkan adakah ke alamat , lalu di bacakan alamat kita. (maklumat kita memang ada bersama). Meminta comfirmation card no... Yang buat kita terpedaya adalah, bila dia jugak tahu card no kita. Lalu diterangkan kelebihan voucher ini, dan apa yang kita boleh dapat dan sebagainya.

Pernah jugak terkene, promoter tersebut terus tanyakan no digit di belakang card tanpa menerangkan, jumlah amount yang akan didebitkan kedalam account kita.

Aku dah terima lebih dari 20 panggilan yang lebih kurang sama, semua datangnya sebaik saja pertama kali swipe card, yang aku sendiri daftar hujung tahun lepas untuk kegunaan peribadi dan emergency.

Sekarang memang dah pandai, dengar jer panggilan dari mana - mana promoter, terus aku cakap "Sorry I'm buzy" atau pun terus tanya berkenaan apa. "Selagi kau cakap kau buzy, selagi tue, hari - hari kendiannya, dia akan cuba call sampai boleh dia cerita sepenuhnya."

Pernah sekali aku tanya berkenaan apa yer. Lalu di jawab "Support seruan kerajaan Cuti - Cuti Malaysia" Memang terbahak aku dalam tue jugak.

Terus aku jawab "owh pasal voucher maaf saya tak berminat, dan saya tak suka bercuti" 

Persolan aku sekarang, sejauh mana keselamatan maklumat peribadi kita di bank dan sebagainya. Untuk wifi percuma tu aku faham mungkin sebab dorang mengambil keuntungan daripada memberi services percuma kepada kau.

Tapi untuk maklumat card pula bagaimana? Padan lar, orang Malaysia antara yang paling ramai menanggung hutang card credit. Begini rupanya kesempatan yang diambil.

Sekian.


*** Ada comment  yang menyatakan maklumat dekat bank boleh di PRIVACY-kan dengan mengisi borang PDPA (Privacy Data Act)  tick 

YES membenarkan bank menggunakan data peribadi seperti no tel untuk menghantar sms berkaitan promosi bank. or 

No tidak membenarkan bank menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan.

Terima kasih pada Bro Ewan manfaat sungguh comment itu.  




15 comments:

kakyon said...

yang penting jangan mudah memberi maklumat peribadi kepada sesiapa saja.agen2 penyangak memang bnyk kat luar.cara akk kalu ada cal dari no pelik x angkat atau sori"saya tengah sibuk"

n O e s u h a i m i said...

gud info puteri katak...bukan senang nak jaga keselamatan maklumat pelanggan...ada ramai staff boleh access maklumat kita...sama juga bila kita register dengan telco...mcm member sorang ni...nombor baru register...tiba2 dapat call ... siap tahu nama lagi...padahal belum pun maklum kawan2 nombot baru...kita yg perlu berhati2...bab kredit kad tu pun sama...mcm2 cara marketing...sesak otak kalau dapat panggilan2 macam ni...

profhariz said...

Kalau berkaitan dengan internet. Hmmm

t.a.t.a said...

Oh aku memang tak percaya langsung benda² ni semua. Kalau orang called minta no CCV hah memang la sah pembohong besar.

Aku nak bayar bil Astro by phone guna debit card pun fikir 400 kali (400-397). Risau beb.

Jangan percaya la kalau kata data anda selamat dengan kami. Bohong je tu. Entah apa-apa iklan sms yang masuk kat phone karang. Hampeh betul.

Bos aku dua kali dah terkena dengan insuran. Bila kata setuju, polisi belum sampai, belum sign, tapi dalam akaun bank dah siap tolak. 1st insuran no refund. Bahabi betul! Bengkek aku. See! Akaun bos, tapi aku yang bengkek.

2nd insuran alhamdulillah boleh refund. Aku cakap dengan bos next time nak apply insurans, ambil je la dengan customer kita. Kat bangunan sebelah tu je pun.

Lizzie Yasmin said...

@Kak Yon: masalah no pelik2 selalunya dikalangan our supplier, or customer or anything about kerja. Kalau tak angkat 1 hal jugak. It will stop right after kita cakap tak berminat lepas dengar penjelasan dia.

Lizzie Yasmin said...

@Noe: uih, advance betul, baru jer dapat no terus terima call.

Lizzie Yasmin said...

T.a.t.a: memang asal salah cakap ok jer, mesti dah masuk perangkap. Kadang - kadang aku kesian dekat budak2 yang kerja macam nie. Dorang kene cari komisyen. huhu...

ewanthology said...

dekat bank dah ada borang PDPA (privacy data act), boleh isi dan tick 'yes' or 'no' untuk perlindungan data peribadi anda di bank.

jika 'yes' maknanya anda membenarkan bank menggunakan data peribadi seperti no tel untuk menghantar sms berkaitan promosi bank.

jika 'no' maknanya anda tidak membenarkan bank menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan.

Lizzie Yasmin said...

Ewanthology: yeke ada borang tue. Memang tak pernah tengok. Padahal salu jer pergi bank. Nanti nak tanya officer dia. TQ bagitahu.

t.a.t.a said...

Lizzie, FYI ewan tu officer bank, that's why dia tahu benda tu semua.

Lizzie Yasmin said...

T.a.ta: Masalahnya waktu isi form untuk card tak pernah ditanya or di maklumkan. This is my 1st experience. We orang tak kerja bank memang tak tahu about this. My boss also face the same problem with me.

aswadz said...

kalo agen insurans call aku, aku akan ckp aku x berminat sbb aku dah ada beberapa insuran dah. walaupun hakikat nyer aku ada 1 je insuran.

ewanthology said...

baru berkuat kuasa bulan februari 2014. klu buka akaun confirm bank akan bg borang tu skali.... klu dah lama buka boleh request borang pdpa tu...isi dan submit. nnt bank akan update.

Time Traveller said...

Zaman sekarang ni memang susah kan.. tapi apa boleh buat.. data2 tu semua kene jugak kita buat untuk membuat cara kehiduapan lebih mudah...

Anonymous said...

Peculiar article, totally what I wanted to find.

Feel free to visit my webpage: شركة مكافحة البق بالرياض